Tag: hubungan

  • Macam Mana Nak Tahu Pasangan Kita Setia Atau Tidak?

    Macam Mana Nak Tahu Pasangan Kita Setia Atau Tidak?

    Setia, senang diucap tapi susah nak dilakukan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pasangan hilang kepercayaan lalu kesetiaan hilang.

    Bagaimana anda boleh menjadi seseorang yang setia atau melihat seseorang itu seorang yang setia.

    1. Menghormati Antara Satu Sama Lain

    Pasangan yang setia akan mendengarkan dengan teliti antara satu sama lain.

    2. Menggunakan media sosial dengan sebaiknya

    Mereka akan menjaga interaksi mereka dengan kawan yang berlainan jantina. Menjaga mata, tangan dan hati. Di laman sosial, mereka akan mengelakan untuk menggoda dan tergoda seperti chatting bagi mengelakan wujudnya ketidaksetiaan.

    3. Menjaga Hal Peribadi

    Pasangan yang setia akan selalu menjaga hal peribadi untuk anda dan pasangan sahaja. Jika jadi sesuatu, si dia akan cepat-cepat cari anda dan cerita segalanya kepada anda. Selain itu, pasangan setia akan menjaga perkara peribadi agar tidak bocor ke media sosial.

    4. Sentiasa Beri Sokongan

    Sokongan dan dorongan sangat penting dalam sebuah perhubungan. Pasangan setia akan sentiasa memberikan sokongan anda. Jika ada seseorang yang memalukan anda, pasangan anda akan membela anda dan bukan ikut terketawa.

    5. Berkemunikasi Secara Profesional Dengan Orang Yang Berlainan Jantina

    Pasangan yang baik akan bertindak seolah-olah pasangan mereka ada disisinya. Dengan itu, mereka akan menjaga jarak dengan mereka yang berlainan jenis. Mereka juga tidak akan bermain mata, menyentuh mahupun cuba untuk menggoda.

    6. Selalu Buat Keputusan Bersama

    Dalam satu hubungan, membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang penting. Pasangan yang setia akan berbincang untuk menentukan keputusan mana yang lebih penting.

    7. Bersifat Terbuka

    Pasangan yang setia akan bersifat terbuka. Mereka tidak akan menyimpan rahsia baik tentang perkara kecil dan besar.

    8. Mengutamakan Pasangan

    Bila berlaku sesuatu, pasangan yang setia akan segera memberi tahu kepada pasanganya. Mereka akan mengutamakan pasangan berbanding kawan, orang tua mahupun media sosial.

  • Sultan Kedah Gesa Bakal Jemaah Haji Berdisiplin; Jangan Jejaskan Imej Negara & Hubungan Dengan Arab Saudi

    Sultan Kedah Gesa Bakal Jemaah Haji Berdisiplin; Jangan Jejaskan Imej Negara & Hubungan Dengan Arab Saudi

    Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah meminta lebih 4,000 bakal jemaah haji dari negeri itu supaya menjaga nama baik negara sepanjang tempoh berada di Tanah Suci.

    Beliau berkata jemaah perlu menjaga adab dan mengelak sebarang perbalahan ketika berada di sana demi menjaga hubungan negara dengan Arab Saudi.

    “Jemaah haji negara diiktiraf sebagai jemaah yang berdisiplin dan sebab itu, patuhillah arahan pihak berkuasa di sana. Jangan terbabit dalam sebarang kegiatan haram ketika di sana.

    “Sekiranya berlaku, ia nanti menjejaskan imej negara dan hubungan dengan negara Arab Saudi,” ujarnya di majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Bakal Jemaah Haji Kedah malam semalam (16 Ogos).

    Seramai 4,564 jemaah haji dari Kedah dan Perlis akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

    Sultan Kedah juga menasihatkan bakal jemaah haji supaya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadat tersebut.

    “Beta mengharapkan jemaah haji meningkatkan amal ibadat dan dapat melaksanakan rukun wajib haji serta menjaga akhlak yang baik untuk mendapatkan haji yang mabrur,” katanya sambil meminta mereka menjaga kesihatan kerana cuaca yang panas di Tanah Suci.

    Pada majlis itu, Raja Muda Kedah turut beramah mesra dengan 287 bakal jemaah haji yang akan berlepas terus ke Makkah pada 3.30 pagi tadi melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg