Tag: ibu bapa

  • Berlumba-Lumba Hantar Anak Ke Kelas Tuisyen

    Berlumba-Lumba Hantar Anak Ke Kelas Tuisyen

    Pagi ini, saya mendengar sebuah stesyen radio membincangkan isu kelas tambahan atau tuisyen untuk kanak-kanak seawal 4 tahun. Macam biasa, ramai parents membuat call memberi pendapat dan rata-ratanya bersetuju kanak-kanak perlukan tuisyen.

    “Malu lah kalau anak saya tak pergi tuisyen, kawan-kawan sy semua hantar anak pergi tuisyen.”

    “Tuisyen kan sekarang trend. Kita kena follow trend.”

    “Daripada membazir masa di rumah, elok lah hantar anak ke kelas tambahan.”

    Owner pusat tuisyen pun siap called ni,

    “Bagus hantar anak ke pusat tuisyen, sekurang2nya anak-anak tak terkejut bila masuk ke pendidikan formal.Senang lulus ujian Linus. Masuk kelas first.”

    Pemikiran ibu bapa di Malaysia hari ini sangat menakutkan. Berlumba-lumba bersaing untuk menayangkan anak siapa paling cepat pandai. Untuk apa ya?

    Dan kebanyakkannya adalah ibu bapa di kalangan golongan yang agak berada dan berpendapatan tinggi. Tapi, malangnya keberadaan dan kemewahan yang dikecap, gagal ditancap sebaiknya untuk membuat mereka cakna mengenai kepentingan dan keperluan anak-anak yang betul-betul di perlukan.

    Alhamdulillah, sejak dari dulu rakyat Malaysia sedar mengenai isu penderaan fizikal. Mendera dan mrotan akan memberi impak yang berpanjangan kepada perkembangan anak-anak yang berterusan.

    Tapi kita terlupa, selain fizikal, kanak-kanak juga terdera EMOSI dan MENTALnya. Percayalah, penderaan mental dan emosi adalah lagi teruk dari penderaan fizikal. Fizikal kita boleh nampak luaran, mental dan emosi kita tak boleh nampak.

    Kita marah ibu bapa yang dera anak secara fizikal. Tapi kita terlupa pandang diri sendiri.

    Dan minggu ini, pelajar seawal 11 tahun membunuh diri akibat kegagalan beliau di dalam peperiksaan. Sebuah sistem yang membentuk intelektual kanak-kanak, tapi gagal membentuk akhlaq dan sahsiah. Di dorong oleh ibu bapa yang jumud jiwa nya.

    Bila kita nak sedar?

    Tak kan nak berhenti bila di dada akhbar terpampang

    “Pelajar Tadika bunuh diri dan membunuh rakan lain kerana gagal membaca ABC dan membuat kiraan mudah 1+1?”

    Berhenti lah ibu bapa. Semua ini salah. Kita semua salah.

    Ini semua malapetaka. Berhentilah.

  • Kes Anak Dirantai Pada Tong Gas Sebab Tidak Mahu Ke Sekolah; Bapanya Merupakan Seorang Anggota Tentera

    Kes Anak Dirantai Pada Tong Gas Sebab Tidak Mahu Ke Sekolah; Bapanya Merupakan Seorang Anggota Tentera

    Hanya kerana anaknya tidak mahu ke sekolah, seorang bapa bertindak kejam hingga sanggup mengikat kanak-kanak berusia 10 tahun itu pada tong gas, dengan menggunakan rantai, di sebuah rumah di Indera Mahkota, di sini, semalam.

    Tindakan tidak berperikemanusiaan lelaki terbabit terbongkar selepas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan melakukan pemeriksaan di rumah tersebut selepas menerima maklumat kira-kira pukul 10 pagi.

    Ekoran pemeriksaan yang dilakukan pasukan polis berjaya menyelamat mangsa serta menahan lelaki terbabit yang merupakan anggota tentera di Kem Batu 10, Jalan Gambang di sini bersama isterinya.

    Difahamkan, mangsa merupakan anak ketiga daripada lima beradik.

    Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh, ketika pemeriksaan, pihaknya cuba mengetuk pintu hadapan rumah itu namun tiada jawapan sebelum polis membuat pemeriksaan di tingkap belakang rumah.

    “Hasil pemeriksaan dilakukan polis menemukan seorang kanak-kanak hanya memakai seluar berada dalam keadaan leher diikat pada tong gas dengan menggunakan rantai selain berkunci,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini hari ini.

    Tambah Abdul Aziz, polis terpaksa memecah masuk ke dalam rumah itu dan cuba mengejutkan mangsa namun kanak-kanak terbabit tidak sedarkan diri kerana pengsan.

    Ujar beliau, pihaknya kemudian meminta bantuan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi membuat rawatan kepada mangsa.

    “Siasatan awal mendapati, mangsa baru sehari iaitu kelmarin tidak ke sekolah menyebabkan bapanya bertindak di luar dugaan,” katanya.

    Beliau berkata, bapa kanak-kanak itu ditahan reman selama seminggu bermula hari ini di Lokap Balai Polis Kuantan manakala ibunya yang berusia 30 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

     

    Source: http://www.astroawani.com

  • Komentar: Hutang Pada Anak-Anak, Merekalah Penawar Duka Dan Lara Di Hati

    Komentar: Hutang Pada Anak-Anak, Merekalah Penawar Duka Dan Lara Di Hati

    I have to 100% agreed with someone who post about ‘hutang pada anak-anak.’

    Bukan jarang, tetapi selalu kita memarahi mereka saat kita berasa penat. Kita memarahi mereka padahal mereka belum benar-benar mengerti kesalahan yang telah mereka lakukan.

    Tetapi, seteruk mana pun kita perlakukan pada mereka, segarang mana pun kita pada mereka, sekuat mana pun kita memarahi mereka, mereka akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya. Menghiburkan kita dengan tawa kecilnya, seseolah semuanya baik-baik saja, seseolah tidak pernah terjadi apa-apa sebelumnya.

    Anak-anak kita sering menyayangi kita meskipun kita tidak memberikan kasih sayang dan perhatian yang cukup kepada mereka disebabkan oleh kesibukan kita bekerja keras demi kebahagian mereka. Tetapi sebenarnya, anak-anak inilah yang membahagiakan kita ketika ketika penat dan merekalah penawar duka dan lara di hati kita.

    Kita selalu merasakan kita dapat menghiburan dan menghilangkan kesedihan mereka atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil mereka, tetapi, sebenarnya kitalah yang selalu mereka bahagiakan. Merekalah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.

    Kita berhutang banyak pada anak-anak kita.
    Dalam 24 jam, berapa lama waktu yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendekap dan bermain dengan mereka?

    Dari waktu hidup kita bersama mereka, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari mereka, melukis senyum sejati di wajah comel mereka?

    Tentang anak-anak, sesungguhnya merekalah yang selalu “lebih dewasa” dan “bijaksana” daripada kita. Merekalah yang selalu mengajari dan membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

    Seteruk mana pun kita sebagai orang tua, mereka tetap mencuba untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.

    Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita. Anak-anak yang menjadi mangsa setiap hari akibat dari cara buruk kita mengawal emosi. Anak-anak yang menanggung akibat dari tindakan dan keputusan buruk yang dibuat oleh ibu bapa mereka.

    Anak-anak kita mungkin terpaksa mengorbankan masa depan dan peluang mereka akibat kecuaian kita sendiri. Tetapi mereka tetap tersenyum, mereka tetap memberi kita kasih sayang, kita masih menjadi hero di mata mereka dan mereka selalu mencuba membuatkan kita bahagia.

    Maka peluklah anak-anak kamu, tataplah mata mereka dengan kasih sayang dan penyesalan, katakan kepada mereka:

    “Maafkan untuk hutang-hutang yang belum terbayarkan”

    Maafkan jika semua hutang ini telah membuat Allah SWT tidak berkati usaha kita. Maafkan karena hanya pemaafan dan kebahagiaan merekalah yang boleh membuat hidup ayah dan ibu lebih baik dari sebelumnya. Selamat memeluk anak-anak kita. 😪

     

    Source: Facebook

deneme bonusu