Setiap kali ada sambutan-sambutan tertentu, setiap kali juga timbul perbalahan dan perbezaan pendapat di kalangan masyarakat. Yang sambut dengan yang tidak sambut menengahkan hujah masing-masing dengan pilihan-pilihan yg dibuat.
Bukankah perbezaan pendapat adalah satu Rahmah? Cuma nya bagaimana kita mengendalikan perbezaan pendapat tersebut asal yg memberi hukum jgn sampai kelihatan sikap “holier than thou” dan hampir kepada sikap memperlekehkan orang lain…Jaga Hati!…
Yang nyata bukan hanya semalan atau pada hari tertentu, dari awal tahun pun, dari seminggu lepas pun dan pada hari-hari yang akan datang pun, insyaAllah, kita lihat masyarakat setempat menyayangi ibu mereka. Bawa keluar jalan, meraikan mereka, menggembirakan mereka, menyanjungi jasa mereka…Salah ke? Bukankah ini satu sunnah?…
Saya tak fikir mereka melakukan aktiviti bersama ibu-ibu mereka atas dasar ikut-ikutan budaya Kristian, nauzubillah…
Yang nyata saya suka dan ramai yg suka melihat gambar-gambar gembira, ucapan-ucapan dan saling doa-mendoakan antara ibu dan anak. Salah ke?…Bukankah mendoakan ibumu, ibumu, ibumu satu sunnah?…
Teruskan untuk meraikan ibumu bukan hanya semalam tapi pada hari-hari seterusnya…Saya pasti anda akan melakukannya…
Yang suka boleh Like. Yg tak suka…tak perlu kata apa-apa.
Patrick Tay dari NTUC telah memberikan satu hujah di Parlimen, menggesa masyarakat dan pemerintah untuk mengiktiraf dan memberikan ganjaran yang lebih kepada golongan suri rumah, atau “Stay-At-Home-Mothers. “
Beliau mula dengan memberikan sedikit later belakang mengenai golongan tersebut:
“Satu golongan yang sering kurang diberi perhatian dan bantuan adalah golongan ibu yang tinggal di rumah sepenuh masa. Pada 2013, terdapat sekurang-kurangnya 312,000 wanita yang tidak bekerja kerana menjaga anak dan juga menguruskan rumahtangga mereka. Namun, perhatian tentang peranan penting yang dimainkan golongan ini dalam menyokong sesebuah unit keluarga, yang juga kadang kala meliputi rangkaian keluarga yang lebih besar, masih agak berkurangan dari perintah dan juga masyarakat.
Selanjutnya, berikut adalah 10 isi kandungan dari ucapan beliau:
10. Golongan SAHM tidak seharusnya dilihat sebagai golongan yang tidak produktif dan kurang menyumbang kepada masyarakat.
9. Masyarakat dan pemerintah harus mengiktiraf, memberi ganjaran dan memberi jaminan kepada golongan SAHM.
8. Dasar-dasar perlu disasarkan dikukuhkan agar bantuan dapat diberikan pada tahap-tahap penting sepanjang pembangunan anak-anak mereka.
7. Kita perlu mencari jalan untuk membiayai usaha-usaha pro-keluarga , yang dapat meningkatkan lagi kefahaman serta pengiktirafan nilai ekonomi dan sosial yang ditunjukkan golongan ini.
6. Kini, masih belum ada subsidi pengangkutan bagi golongan SAHM. Mereka terpaksa membawa anak-anak mereka ketika melakukan pelbagai kerja-kerja rumah untuk keluarga. Subsidi harus disertakan dalam Pakej Perkahwinan dan Keibubapaan.
5. Dasar-dasar kita harus memastikan yang setiap bantuan danfaedah yang telah dimanfaatkan golongan ibu yang bekerja, juga diberikan kepada ibu yang tinggal di rumah.
4. Pelepasan cukai dan rebat bagi golongan SAHM boleh diperbaiki. Pelepasan bagi Ibu Bekerja dan Anak (WMCR) boleh dilanjutkan kepada golongan SAHM, dan pelepasan ini boleh dikongsi dengan pasangan mereka untuk meringankan beban bagi keluarga berpendapatan tunggal.
3. Keperluan perubatan pada masa depan harus dipertimbangkan. Ibu-ibu sepenuh masa tidak mempunyai sumbangan CPF dan Medisave yang tetap.Golongan SAHM perlu diberikan tokokansumbangan pada akaun Medisave dan Akaun Khas mereka.
2. Bagi wanita yang bergantung kepada sumbangan suami untuk sumbanganakaun CPF mereka, pemerintah harus memberikan sumbangan sepadan bagi setiap jumlah yang disalurkan kepada CPF mereka.
1. Syarikat-syarikat digalakkan untuk menimbangkan dan menawarkan pekerjaan separuh masa dan juga secara bebas bagi golongan SAHM,serta menyokong program-program kembali bekerja bagi golongan ini. Mereka perlu diberikan pelbagai pilihan yang ada untuk membantu menambah pendapatan keluarga mereka.
Patrick mengakhiri ucapannya dengan kata-kata ini:
“Golongan suri rumah mempunyai kerjaya utama yang unggul. Semua kerjaya lain wujud untuk satu tujuan sahaja – iaitu untuk menyokong kerjaya yang unggul “. Saya ingin memaklumi, mengiktiraf dan menyanjung semua ibu-ibu, terutamanya golongan ibu-ibu yang tinggal di rumah! Terima kasih kerana telah membesarkan satu generasi rakyat Singapura! “