Tag: isteri

  • Buat Suami Marah Tu Adalah Perkara Besar

    Buat Suami Marah Tu Adalah Perkara Besar

    Hormat suami ini perkara besar, bukan perkara kecil.

    Apatah lagi buat suami marah bila berbuat perkara yang suami tak suka dan tak izinkan.

    Kalau baca kisah Rasulullah, Umar dan Hafsah. Bagaimana Umar R.A mengingatkan anaknya jangan sesekali menyebabkan suami murka – walaupun niat asal hafsah hanya mahu menyatakan pendirian sahaja. Pun begitu ia tetap salah kerana membuatkan suaminya marah.

    Apatah lagi suaminya itu Rasulullah.

    Itu cerita hafsah. Dia ada ayah seperti Umar yang menegurnya. Dia ada suami seperti Rasulullah yang memaafkannya.

    Bagaimana dengan kita? Adakah kita minta maaf selepas buat suami marah?

    Atas apa alasan sekalipun, rujuk cerita hafsah, secara logiknya dia tidak salah tetapi buat suami murka, tetap satu kesalahan.

    Kita kena banyak baca kisah sahabiyah. Ia bantu kita faham agama ikut kehendak agama yang sebenar.

  • Luahan Seorang Wanita: Adab Bercakap Dengan Suami Orang, 5 Perkara Kena Jaga!

    Luahan Seorang Wanita: Adab Bercakap Dengan Suami Orang, 5 Perkara Kena Jaga!

    Bila dah berkawan rapat ada yang terover dalam pergaulan. Atas sebab inilah wanita yang berstatus isteri ini menegur. Adab berkomunikasi dengan suami orang / lelaki bukan mahram. (Medium: SMS, telegram, perbualan telefon, WhatsApp dan yang sewaktu dengannya)

    Dah lama saya nak tegur kaum saya sendiri berkenaan perkara di atas. Kesabaran, sangka baik dan menyerahkan semuanya kepada Allah memang menjadi perkara yg biasa si isteri buat…Tapi itu tak bermakna ,dia boleh dipijak-pijak.

    Teguran saya kali ini ditujukan terus buat kaum wanita yang masih belum berkahwin, tidak lagi berkahwin, apatah lagi yang sudah berkahwin.

     

    Adab 1: Jaga lenggok bahasa
    Tak perlu guna ayat-ayat manja seperti anda bercakap dengan bakal suami sendiri.

    Adab 2: Jaga penggunaan emoticon
    Tak sesuai digunakan langsung. Apa perasaan anda kalau wanita lain guna emoticon ini pada suami anda? Come on, this is common sense ok?

    Adab 3: Usah berlebih-lebih
    Lebih-lebih ambil tahu perihal suami wanita lain. Ada kala berlebih dari segi ‘kalau bersembang/whatsapp dengan si suami amboi panjangnya berjela, kemain berbunga macam orang bercinta. Panggil SAYANG la…hubby la….jari tu nak kena ketuk dgn senduk ke ?

    Adab 4: Jika nak bergambar, jaga jarak
    Bab ni memang sensitif apatah lagi apabila suami seorang ‘public figure’. Tak salah bergambar. Kami si isteri faham kerjaya suami yang menjadi perhatian dan idola ramai.

    Hanya jaga adab ketika bergambar. Kalau bergambar berdua sahaja tetapi sampai bahu bertemu bahu, dada rapat ke dada…apa kes? Dah lama hidup ke? Saya tak salahkan si lelaki saja. Kita wanita jaga lah diri. Syok sangat sampai boleh jadi fitnah, kan berdosa tu?

    Adab 5: BIG NO to any kind of physical contact
    Yang ni wajib ditegur, sebab sakit mata melihat kaum sendiri yang kadang-kadang dah bergelar isteri orang pun, tapi tangan tak boleh nak kawal. Bertepuk tampar dengan suami orang, atau lelaki yang bukan muhrim.

    Banyak cara boleh bergurau, pilih lah yang lebih bertempat. Jangan pakai redah ja dengan alasan ‘anggap adik / abang’ dan sebagainya. Yang terlupa hal ini, lepas ni beringat-ingatlah ya.

     

    JAGA ADAB, JAGA KELAKUAN, JAGA BATASAN.

    Perkara macam ni dah banyak berlaku dalam masyarakat dunia tanpa sempadan sekarang. Bukan hanya bermaksud ‘dia tulis sebab jadi kat dia’. Jangan gitu sis. Saya ni suka share pengalaman saya, umpama saya mencari pahala juga dgn menyebarkan peringatan bersama.

    I’ve done my part to say this out loud as a wife. It’s now up to you to choose how you respond to this posting. Open up and learn.

     

    Source: https://sempoimedia.com

  • Seorang Pakar Motivasi Kata Lelaki Beristeri Lebih Dari Satu Hidup Lebih Lama Dan Lebih Bahagia

    Seorang Pakar Motivasi Kata Lelaki Beristeri Lebih Dari Satu Hidup Lebih Lama Dan Lebih Bahagia

    Baru baru ini seorang pakar motivasi membuat sebuah kenyataan bahawa lelaki yang memiliki lebih dari satu isteri (poligami) umurnya akan lebih panjang dan lebih sihat.

    Umum mengetahui bahwa perkataan poligami sangat sensitif dikalangan wanita terutama wanita melayu.

    Mengulas kenyataan pakar motivasi tersebut mengemukakan pakta bahwa berpoligami memiliki peranan penting pada kesihatan dan umur seseorang.

    Berikut penjelasannya.

    Kajian yang dilakukan oleh Virpi Lummaa, seorang pakar motivasi Inggris dari Universitas Sheffield mengemukakan kenyataan itu dalam acara tahunan International Society for Behavioral Ecology di Ithaca, New York, Amerika Syarikat.

    Kajian itu menyimpulkan lelaki yang miliki isteri lebih dari satu dapat memanjangkan usia,kajian itu dilakukan kepada lelaki berusia 60 tahun yang berasal dari negara yang memiliki  140 orang yang beristeri lebih dari satu.

    Beliau berkata rata rata usia lelaki yang melakukan poligami umurnya lebih lama 12% dari lelaki yang berkahwin satu.

    Hal itu berkaitan dengan faktor sosial dan genetik.

    Kajian itu juga menyebut bahawa lelaki yang memiliki isteri lebih dari satu ,pemakanan dan pengurusannya juga akan lebih baik,tentu kesihatannya akan lebih baik,mereka akan lebih bahagia kerana memiliki anak dan kehidupan seks yang mencukupi.

    Kebutuhan seks yang terpenuhi akan membuat kesuburan lelaki tetap terjaga meskipun sudah berusia.

    Hal itulah yang berpengaruh terhadap fungsi hormon dan mengatur metabolisme tubuh.

    Bagi lelaki  miliki isteri lebih dari satu memang dapat membawa efek baik untuk kesihatan,namun sayangnya hal tersebut tidak bekerja pada wanita.Bagaimana pun kajian tersebut hanya akan berkesan pada lelaki yang berpoligami secara adil.

     

    Source: https://www.taikotai.tv/

  • Kelantan Galak Suami Berpoligami

    Kelantan Galak Suami Berpoligami

    KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami.

    Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata bagi mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga.

    Beliau berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti.

    “Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak.

    “Mereka yang memenuhi syarat (berpoligami) penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul.

    “(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi, kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Maqarrabun negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Balai Islam di sini, hari ini.

    Mumtaz berkata, sebagai galakan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga.

    “Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tapi memberi ilmu.

    “Kalau kamu (suami) tak boleh berlaku adil kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya, ” katanya.

    Source: www.bharian.com.my

  • Suami Isteri Berbasikal Ke Makkah Sudah Lepasi 11 Negara, Tinggal 1 Negara Untuk Sampai Destinasi

    Suami Isteri Berbasikal Ke Makkah Sudah Lepasi 11 Negara, Tinggal 1 Negara Untuk Sampai Destinasi

    Sepasang suami isteri Melayu yang sedang dalam perjalanan menunaikan ibadah umrah dengan sekadar mengayuh basikal sahaja, bakal mencapai hajat mereka tidak lama lagi setelah mengembara sembilan bulan lamanya.

    Ya, pasangan rakyat Malaysia itu – Encik Ahmad Mohd Isa, 27 tahun dan isterinya Noradilah Mohd Sapie, 28 tahun memilih untuk mengayuh kenderaan dua roda itu sahaja ke tanah suci.

    Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan nekad mencabar keupayaan mereka melakukan ekspedisi berbasikal ‘Kembara Memburu Hikmah’ (KMH), dengan mengayuh basikal dari Malaysia ke Makkah sejauh 17,000 kilometer.

    Setelah bertolak dari Malaysia, mereka perlu melalui 13 buah negara lain dalam tempoh sembilan hingga 12 bulan – iaitu Thailand, Myanmar, India, Nepal, Pakistan, China, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Iran, UAE, sebelum menjejakkan kaki ke Arab Saudi selaku negara ke-13.

    Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Khazakhstan.

    TINGGAL 1 NEGARA UNTUK SAMPAI MAKKAH

    Dalam wawancara menerusi kiriman emel dengan BERITAMediacorp, pasangan itu memberitahu bahawa mereka kini sudah berada di Afghanistan, negara ke-11 daripada 12 negara yang perlu dilalui. Ini bermakna tinggal lagi 1 negara perlu direntasi sebelum tiba di Arab Saudi.

    “Alhamdulillah, selama 27 hari kami di Uzbekistan iaitu dari 11 Disember 2016 hingga 6 Januari 2017, sekarang kami sudahpun berada di Afghanistan. Insya Allah, mengikut perancangan kami, perjalanan seterusnya (mengikut urutan) adalah Iran, Amiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi,” kata mereka.

    Menurut Encik Ahmad dan Cik Noradilah, antara cabaran besar yang mereka lalui sepanjang pengembaraan itu adalah masalah komunikasi dengan masyarakat di sesebuah negara.

    “Bahasa yang mereka tuturkan seperti Urdu, Uighur, Parsi dan Bahasa tempatan lain tidak dapat diterjemahkan menggunakan mana-mana aplikasi di internet.

    “Mereka pula kebanyakannya tidak memahami bahasa Inggeris atau Arab. Maka ini menyulitkan komunikasi antara kami untuk saling bertukar-tukar pandangan,” pasangan itu memberitahu BERITAMediacorp.

    Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Kyrgystan.

    PERTAMA KALI BERBASIKAL PADA MUSIM SALJI

    Sungguhpun begitu, pengalaman yang diraih ada juga yang memberi kesan mendalam kepada pasangan yang memang ‘kaki basikal’ dan membesar dengan berbasikal daripada zaman sekolah hingga ke universiti.

    Di laman Facebook KMH, pasangan itu berkongsi “pengalaman hebat” ketika berbasikal pada musim salji di Kazakhstan – menerusi video yang dimuat naik – kerana itulah kali pertama mereka bergelumang dengan salji!

    Ternyata bukan mudah kerana mereka beberapa kali tergelincir. Namun menurut pasangan berkenaan ia “membuatkan hati mereka semakin kental untuk meneruskan perjalanan”.

    “MAKANAN TIDAK PUTUS-PUTUS”

    Selain itu layanan baik yang diterima cukup membuatkan mereka tersentuh.

    “Pelbagai bentuk layanan dan bantuan yang di luar jangkaan kami terima daripada insan-insan berhati mulia sepanjang perjalanan ini dan semuanya membuat kami tersentuh.

    “Sejak memasuki negara-negara ‘STAN’ (Pakistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Uzbekistan, Afghanistan, Kazahstan), rezeki dalam bentuk makanan tidak putus-putus. Kami tidak sempat untuk berasa lapar.

    “Setiap kali dijemput makan, makanan penuh terhidang atas meja, kata mereka, ini adalah adat budaya mereka untuk memanjakan tetamu dengan pelbagai jenis hidangan.

    “Semoga Allah merahmati hidup mereka yang memberikan bantuan, sokongan dan mendoakan kami sama ada kami tahu atau tidak. Setiap kebaikan itu ada balasan dan rahmat di sisiNya.”

    MAHU “SUJUD SYUKUR DEPAN KAABAH”

    Setelah sekitar sembilan bulan perjalanan mereka, iaitu sejak April 2016, kini Cik Noradilah dan suaminya semakin hampir ke destinasi utama, yang diidam-idamkan setelah sekian lama.

    Ketibaan mereka di Makkah nanti pasti menjadi satu detik bersejarah dalam kehidupan mereka dan tiada tolok bandingnya.

    BERITAMediacorp diberitahu sebaik sahaja menjejakkan kaki di Makkah, perkara pertama yang ingin dilakukan adalah “bersujud syukur di hadapan Kaabah”.

    RINDU DAKAP IBU BAPA

    Encik Ahmad dan Cik Noradilah dijangka berada di Makkah menunaikan umrah selama dua minggu sebelum pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Malaysia.

    “Kami rindu sekali menjejakkan kaki ke tanah air sendiri selepas ke tanah suci Makkah dan Madinah. Selain itu kami juga rindu ingin mendakap kedua-dua ibu bapa kami yang tidak putus-putus mendoakan perjalanan kami agar sentiasa lancar dan selamat,” luah pasangan kembara ini.

    Encik Ahmad Mohd Isa dan isterinya Noradilah Mohd Sapie ketika di Nepal.

    Selain melakukan misi kemanusiaan di setiap negara yang dijelajah, pasangan suami isteri itu turut membawa cabaran merekod data berkaitan sejarah, budaya dan kehidupan masyarakat Islam.

    Turut mengiringi misi KMH itu ialah Mohd Nur Aiman Mohd Zaid, 27 tahun, dan Amirul Ariff Abd Wahab, 28, yang bertindak sebagai kru penggambaran video.

    Perkembangan semasa ekspedisi itu boleh diikuti melalui facebook Kembara Memburu Hikmah.

    Encik Ahmad dan Cik Noradilah yang berasal dari Selangor, dijangka menamatkan misi itu dan tiba di Masjidil Haram pada April 2017.

     

     

    Source: BeritaMediacorp