Tag: jemaah

  • Jemaah Haji Yang Terkandas Di KLIA Tetapi Dalam Keadaan Tenang

    Jemaah Haji Yang Terkandas Di KLIA Tetapi Dalam Keadaan Tenang

    Sekumpulan jemaah haji Singapura yang dalam perjalanan pulang dari Arab Saudi ke tanah air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam setelah pesawat mereka dipercayai mengalami masalah teknikal.

    Namun begitu, syarikat penerbangan pesawat itu, Saudia Airlines, telah menguruskan penumpang yang terjejas dan menempatkan mereka di The Saujana Hotel Kuala Lumpur, memberikan para jemaah peluang berehat selepas menunaikan ibadah haji.

    Antara penumpang pesawat itu ialah Pengasas TM Fouzy Travels & Tours, Ustaz Tengku Mohd Fouzy Tengku Mahid Jumat, yang berkata terdapat sekitar 270 jemaah haji Singapura yang terjejas.

    “Alhamdulillah, pihak syarikat penerbangan menguruskan kami dengan baik. Mereka menempatkan kami di hotel ini. Jemaah semuanya gembira. Pemandangannya cantik, cuacanya baik.

    “Mereka ada beri maklumat terkini sekitar 12 tengah hari tadi dan menyuruh kita bersabar dan tunggu di hotel buat masa ini,” kata beliau.

    Pesawat itu telah berlepas dari Jeddah pada hari Jumaat dan tiba di KLIA semalam pada sekitar 1 petang. Pesawat itu sepatutnya berangkat ke Singapura sejam kemudian.

     

    Source: http://www.beritaharian.sg/

  • 48 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

    48 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

    Lembaga Tabung Haji (TH) berkata setakat hari ini 48 jemaah haji Malaysia disahkan meninggal dunia di tanah suci.

    Anggota Lembaga Pengarah TH Prof Emeritus Dr Abdul Shukor Husin berkata angka itu rendah berbanding 32 orang keseluruhannya tahun lalu, selepas diambil kira pertambahan 10,000 jemaah bagi musim haji kali ini.

    “Pada tahun ini, kita lebih ketat dalam pemeriksaan kesihatan dan setiap doktor diminta untuk benar-benar memastikan tahap kesihatan jemaah sebelum memberikan kelulusan.

    “Jika ada sakit, perkara itu hendaklah dimaklumkan  lebih awal kepada TH dan jika didapati ada doktor yang meluluskan mereka yang tidak sihat, mereka boleh dikesan kerana setiap doktor diberikan nombor pengenalan khusus TH,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi waris Mohd Sufian Resli, 38 tahun, yang meninggal dunia di Makkah pada 6 September lalu akibat jangkitan paru-paru.
     
    Katanya TH akan sedaya upaya menziarah semua waris jemaah haji yang meninggal dunia di tanah suci.

    “Program ziarah ini adalah bagi kami menzahirkan rasa simpati kepada waris dan menyampaikan sedikit sumbangan daripada TH untuk meringankan beban waris selain mahu mengadakan tahlil kepada arwah di rumah mereka. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama pejabat TH setiap negeri,”jelas beliau lagi.

    Dr Abdul Shukor menambah sehingga hari ini, TH selesai menziarahi 17 waris jemaah dan berhasrat ziarah terhadap 31 waris lagi dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

    Beliau  juga berkata penerbangan terakhir  jemaah haji Malaysia  pulang ke tanah air dijadualkan pada 5 Oktober depan.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Yaacob Ibrahim Ketuai Delegasi Jemaah Haji Singapura 2017

    Yaacob Ibrahim Ketuai Delegasi Jemaah Haji Singapura 2017

    Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, akan mengetuai delegasi haji jemaah Singapura tahun ini.

    Beliau, yang akan berangkat Sabtu ini, akan memimpin rombongan itu sebagai tanda penghargaan pemerintah Singapura kepada kerajaan Arab Saudi bagi kenaikan kuota tahun ini.

    Seramai 800 warga Singapura akan menjalankan ibadah haji tahun ini, naik daripada 680 tahun lalu selepas pihak Saudi meningkatkan kuota rasmi haji Singapura Februari lalu.

    Dr Yaacob ditemui media di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi petang ini (24 Ogos). Seramai 88 jemaah daripada Halijah Travels dan Abu Bakar Travel Services akan berangkat pada 4.40 petang nanti melalui penerbangan Scoot TR 592.

     

    Source: http://www.beritaharian.sg

  • Sultan Kedah Gesa Bakal Jemaah Haji Berdisiplin; Jangan Jejaskan Imej Negara & Hubungan Dengan Arab Saudi

    Sultan Kedah Gesa Bakal Jemaah Haji Berdisiplin; Jangan Jejaskan Imej Negara & Hubungan Dengan Arab Saudi

    Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah meminta lebih 4,000 bakal jemaah haji dari negeri itu supaya menjaga nama baik negara sepanjang tempoh berada di Tanah Suci.

    Beliau berkata jemaah perlu menjaga adab dan mengelak sebarang perbalahan ketika berada di sana demi menjaga hubungan negara dengan Arab Saudi.

    “Jemaah haji negara diiktiraf sebagai jemaah yang berdisiplin dan sebab itu, patuhillah arahan pihak berkuasa di sana. Jangan terbabit dalam sebarang kegiatan haram ketika di sana.

    “Sekiranya berlaku, ia nanti menjejaskan imej negara dan hubungan dengan negara Arab Saudi,” ujarnya di majlis Mengucapkan Selamat Jalan Kepada Bakal Jemaah Haji Kedah malam semalam (16 Ogos).

    Seramai 4,564 jemaah haji dari Kedah dan Perlis akan menunaikan rukun Islam kelima itu pada musim haji kali ini.

    Sultan Kedah juga menasihatkan bakal jemaah haji supaya memberikan tumpuan sepenuhnya dalam mengerjakan ibadat tersebut.

    “Beta mengharapkan jemaah haji meningkatkan amal ibadat dan dapat melaksanakan rukun wajib haji serta menjaga akhlak yang baik untuk mendapatkan haji yang mabrur,” katanya sambil meminta mereka menjaga kesihatan kerana cuaca yang panas di Tanah Suci.

    Pada majlis itu, Raja Muda Kedah turut beramah mesra dengan 287 bakal jemaah haji yang akan berlepas terus ke Makkah pada 3.30 pagi tadi melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Musollah At Singapore Flyer; Everything You Require For Solat Provided

    Musollah At Singapore Flyer; Everything You Require For Solat Provided

    Musollah at Singapore Flyer.

    It’s been awhile since I came here. To my astonishment, sua ada musollah beb. Gua sua macam nak bikin breakdance dengan moonwalk bila nampak ni. 😁😁😁😁🤣🤣🤣🤣

    Everything’s provided. Telekong, selipar, sejadah, quran, kerusi and para malaikat yang kita tak boleh lihat dengan mata kasar. 😊

    Thank you Singapore Flyer. Now what you need is one or two halal joints here. And I will bring my compadres here for some siesta.

    No automatic alt text available.

    No automatic alt text available.

    No automatic alt text available.

    Image may contain: shoes and indoor

     

    Source: Chef Bob For Hire  (Thank you brader!)