Tag: kemalangan

  • Ibu Rayu Maklumat Orang Ramai: Kemalangan Boon Lay Ragut Nyawa Haziq; Separuh Badan Danish Pula Tersiat

    Ibu Rayu Maklumat Orang Ramai: Kemalangan Boon Lay Ragut Nyawa Haziq; Separuh Badan Danish Pula Tersiat

    Memang, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Kemalangan jalan raya yang berlaku pada petang Khamis lalu (14 Sep) di simpang trafik Jalan Boon Lay dan Jurong West Avenue 2, mengubah nasib Cik Norazah Adam sekeluarga.

    Segala keriangan dan ketawa senda mereka sekeluarga bagai dirampas, malah hati mereka seakan-akan dirobek bertalu-talu.

    Tidak dapat dibayangkan betapa hancur luluhnya hati Cik Norazah sekeluarga yang terpaksa menerima hakikat bahawa dua orang anaknya ‘diragut’ dalam sekelip mata – seorang meninggal dunia, dan seorang lagi sedang menderita kesakitan akibat cedera parah.

    Muhammad Haziq Juraimi, 20 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dan adiknya Muhammad Danish Juraimi, 17 tahun, mengalami pelbagai kecederaan teruk setelah motosikal yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pembawa kontena.

    ISI MUKA, BAHU & TANGAN BAHAGIAN KANAN TERSIAT HINGGA…

    BERITAMediacorp diberitahu bahawa arwah Muhammad Haziq sedang dalam perjalanan menghantar adiknya, Muhammad Danish ke sekolah. Mereka baru sahaja sekitar lima minit bergerak dari rumah apabila nahas itu berlaku.

    Muhammad Haziq meninggal dunia di tempat kejadian sementara adiknya Danish dan motosikal yang dinaikinya, diseret lori berkenaan sehingga terperangkap di bawah lori kontena itu. Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang bergegas ke tapak kemalangan kemudian, terpaksa menggunakan alat-alat hidraulik untuk mengeluarkan Danish.

    (Gambar: Watson Wong)

    Luka parah yang dialami Danish mengerikan. Segala isi di tubuh sebelah kiri muka, bahu dan tangannya tersiat keluar. Ini sehinggakan tulang bahagian kirinya jelas kelihatan.

    Dahi sebelah kirinya pula berlubang. Lebih menyayat hati, dia juga kehilangan kelopak matanya akibat kemalangan itu. Bukan itu sahaja, kedua-dua kakinya patah dan beberapa bahagian tulang belakangnya turut retak.

    DOKTOR BERUSAHA CEGAH MUKA DARIPADA JADI BUSUK

    BERITAMediacorp difahamkan bahawa para doktor di Hospital Universiti Nasional Singapura (NUH) sedang berkejar dengan masa untuk mencegah luka terbuka di bahagian wajah dan bahu Danish, daripada menjadi busuk.

    Oleh itu, pakar bedah melakukan graf kulit daripada paha Danish itu untuk ditampalkan kepada bahagian-bahagian tersebut.

    “Hanya tiga daripada 40 lebih saraf tangan yang berfungsi sekarang. Doktor akan cuba ‘curi’ saraf daripada bahagian lain di tubuhnya. Tetapi itu pun, peluang Danish menggunakan tangan kirinya amat tipis. Kecederaan di bahagian tangannya terlalu parah sekali,” luah Cik Norazah kepada BERITAMediacorp, mengenai keadaan tubuh anaknya itu.

    Meskipun mata ibu berusia 45 tahun itu bergenang dengan air mata dan suaranya tersekat-sekat dalam wawancara dengan pihak kami, beliau menggagahkan dirinya untuk menggambarkan segala kecederaan yang dialami oleh anak kesayangannya itu.

    IBU MINTA SAKSI KEMALANGAN TAMPIL KE DEPAN

    Cik Norazah sebenarnya bersedia membuka cerita kepada BERITAMediacorp demi satu tujuan. Beliau merayu supaya sesiapa sahaja yang menyaksikan kemalangan itu supaya tampil ke hadapan dan berkongsi dan memberi keterangan.

    Beliau mahu tahu, apa yang sebenarnya berlaku pada hari malang itu.

    “Saya merayu sangat kepada sesiapa, tolonglah sekiranya anda berada di tempat kejadian itu ataupun mempunyai rakaman video kamera pada kenderaan anda ketika kemalangan itu berlaku, tolonglah berikannya kepada pihak polis.”

    “Saya merayu sangat sangat… Anak sulung saya sudah meninggal dunia dan Danish sekarang pula di ICU. Saya ingin tahu perkara sebenar yang berlaku kepada anak-anak saya dan kemudian ambil tindakan seterusnya,” luah Cik Norazah kepada BERITAMediacorp.

    Cik Norazah bersama tiga orang anaknya – (dari kiri) Muhammad Danish, Muhammad Haziq dan Muhammad Baqir.

    DANISH MASIH TIDAK TAHU, ABANGNYA SUDAH TIADA

    Cik Norazah dan bekas suaminya Encik Juraimi Kamis tidak sanggup melihat anak mereka dalam keadaan menyayat hati itu. Lubuk jiwa mereka hancur luluh setiap kali anaknya itu meraung kesakitan di katil hospital.

    Namun, mereka kuatkan diri mereka kerana melihat azam Danish untuk terus hidup “amat kuat”.

    Sebagai ayah, Encik Juraimi terpaksa membuat keputusan berat untuk merahsiakan daripada Danish hakikat bahawa Haziq sudah meninggal dunia.

    “Allah sahajalah yang tahu betapa sakitnya Danish sekarang. Meskipun dia sekarang tidak boleh bercakap kerana tiub dijolok ke dalam mulutnya untuk membantunya bernafas, dia berkomunikasi dengan kami dengan menulis pada kertas. Dia beritahu bahawa dia ingin cepat sembuh dan bertemu dengan abangnya,” cerita Encik Juraimi kepada pihak kami.

    “Kami tidak sampai hati untuk memberitahunya bahawa muka dan tangannya akan cacat. Apalagi, memberitahunya bahawa abangnya sudah tiada,” tambah Encik Juraimi lagi.

    Buat masa ini, Encik Juraimi, Cik Norazah dan anak bongsu mereka, Muhammad Baqir yang berusia 16 tahun, sekadar mampu memanjatkan doa bahawa segala pembedahan yang harus Danish jalani akan berjalan dengan lancar.

    Mereka berharap sangat agar para saksi tampil ke hadapan. Itu sahaja yang mereka inginkan sebagai ibu bapa. Itu sahaja yang mereka mampu buat untuk anak kesayangan mereka itu buat masa ini.

    BERITAMediacorp cuba mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak polis dan diberitahu bahawa siasatan masih dijalankan.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Risiko Dan Bahaya Bagi Wanita Yang Tak Cukup Tidur

    Risiko Dan Bahaya Bagi Wanita Yang Tak Cukup Tidur

    Nampak remeh tetapi kesan orang tak cukup tidur boleh jadi macam-macam kes. Terutama bagi kaum wanita, anda kena ubah gaya hidup yang lebih sihat dan menjaga waktu tidur demi si dia. Ok, jom bongkar akibat orang yang tidak cukup tidur…
    1. Jadi tua
    Suka ke simpan eyebag bawah mata? Inilah kesan utama kalau tak cukup tidur. Bab ini wanita memang cukup takut, tapi ramai yang masih buat. Sanggup berjaga malam dan hasilnya kulit cepat berkedut dan kusam.
    2. Cepat lupa
    Jangan bajet umur masih muda, ingatan agak kuat. Kalau anda jenis payah tidur dan suka lepak sampai ke pagi, tak pelik kalau anda jadi cepat lupa. Serius, memori yang kuat dipengaruhi oleh rehat yang cukup setiap hari.
    3. Mudah gemuk
    Ya, kalau asyik berjaga mestilah perut cepat lapar. Lagi dasyat berat akan naik mendadak sebab tetiba muncul hobi makan lewat malam. Tambah pula kalau anda yang jenis suka lepak di kedai makan dengan kawan-kawan sampai awal pagi. Boleh jadi obes kalau tak kawal!
    4. Emosi ‘kelaut’
    Kalau tak cukup tidur, esoknya mesti murung. Badan cepat penat dan suka marah-marah. Sebab otak tidak dapat dapat berfungsi dengan lebih baik dan cenderung bertindak melulu tanpa berfikir panjang.
    5. Hilang nafsu
    Bila badan tak cukup rehat, mana nak datangnya nafsu. Nak celik mata pun tak mampu. Silap-silap si dia tawar hati sebab pendam rasa. Asyik tak layan, boleh jadi gaduh.
    6. Kemalangan
    Sekali terlelap ketika dalam perjalanan, ini memang undang bahaya. Sila berubah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.
    7. Pungut penyakit
    Mungkin tidak waktu muda tetapi kalau suka amal, ini bakal jemput penyakit berbahaya lebih cepat singgah. Contoh penyakit ialah darah tinggi.
    Macam mana ya, masih suka tidur lambat? Jika sayangkan diri sendiri, anda kena cukupkan rehat. Bukan hanya untuk cantik tetapi demi keselamatan dan kesihatan. Semoga anda boleh berganjak ke arah hidup yang lebih sihat.
  • Kisah benar pengalaman seorang bomba mengeluarkan mayat kemalangan

    image

    Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung.. Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!

    Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalangan yang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliau dan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana. Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.

    Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yang terbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.

    Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semua dari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulai di kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.

    Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia. Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan. Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bo gel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. Tulang punggung wanita itu pula hancur.

    Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalam kemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala, dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy……

    Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.

    Ahli bomba itu terjelepuk. Tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.

    Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut.

    Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata,

    “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.

    Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanita dan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalung tasbih yang memancar apabila terkena cahaya. Ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!! MasyaAllah!! Apakah yang telah terjadi???

    Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah Islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur.

    Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang. Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat?

    Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita. Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.

    Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? Itulah tanggungan kita hinggalah ke akhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur, janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yang dahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?

    Sesungguhnya Allah itu Maha Adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak. Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.

    Sumber: http://bit.ly/1kKAef6