Tag: LBKM

  • Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud: Executive Secretary Wanted

    Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud: Executive Secretary Wanted

    With the impending retirement of our current long-serving Executive Secretary in December, LBKM is looking for a qualified and experienced person to fill his position. Details are in the advertisement below:

    executive-secretary

    Source: Suhaimi Salleh

  • Pelajar Perubatan Terima Biasiswa LBKM Buat Kali Ke-3 Dek Keputusan Cemerlang

    Pelajar Perubatan Terima Biasiswa LBKM Buat Kali Ke-3 Dek Keputusan Cemerlang

    Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) menyampaikan biasiswa bernilai S$107,500 dalam satu majlis siang tadi (30 Julai).

    Biasiswa itu diberikan kepada para pelajar di peringkat sarjana muda dan pos siswazah. Kesemuanya, sebanyak 13 biasiswa disampaikan oleh Speaker Parlimen Halimah Yacob.

    Sebanyak 10 daripada mereka merupakan Biasiswa Merit bernilai antara S$5,000 hingga S$7,500. Sementara dua lagi merupakan Biasiswa Berprestij LBKM yang diberikan kepada dua pelajar yang menuntut di 10 universiti terulung dunia, berdasarkan ranking Quacquarelli Symonds (QS) dan Times Higher Education.

    Setiap biasiswa bernilai S$10,000 dan ditawarkan untuk tahun ketujuh tahun ini.

    Salah seorang penerima Biasiswa Berprestij LBKM ialah pelajar perubatan dari Universiti Kolej London, Muhd Ashraf Yusoff, yang menerimanya untuk tahun ketiga berturut-turut kerana berjaya meraih keputusan cemerlang.

    “Bagi saya, anugerah ini adalah sesuatu yang lebih daripada bantuan kewangan sahaja untuk saya dan keluarga saya.

    “Bagi saya, anugerah ini adalah satu amanah yang ingin saya memenuhi untuk mempertingkatkan martabat dan meneruskan kemajuan masyarakat umum, terutamanya, masyarakat Melayu,” kata beliau.

    Source: Berita MediaCorp