Tag: lelaki

  • 20 Sebab Kenapa Lelaki Tak Nak Kahwin Cepat

     

    Photo credit: http://tsuraraneko.wordpress.com/
    Photo credit: http://tsuraraneko.wordpress.com/

     

    1390662456144
    Photo credit: Google Images

    1.”Duit lum cukup lagi”.
    Pompuan mana tau susahnya seorang lelaki yang nak kena kumpul duit nak bayar mas kawin le? hantaran le. Dah tu mas kawin dan hantaran mak bapak dia orang letak harga tinggi2 mengalahkan anak raja. Camnak jual anak jer. Kita nak kumpulkan duit tu makan megi jer bukannya pompuan tau. Megi pun dah naik harga tau!

    2.“Nak beli kereta dulu baru nak kahwin”.
    Takde keta pompuan pun pandang kita sebelah mata jer. Pompuan karang ni mana yang tahan turun naik bas, mrt dan lrt? Jatuh standard kalau naik tu semua..

    3.”Susah la nak cari yang berkenan dihati”.
    Memang susah pun. Pompuan sekarang ini? Bila lelaki ade duit abangku sayang, takde duit sayangpun melayang!

    4.”Tak datang seru lagi kot”.
    Awek pun takde lagi? Camne nak kahwin.

    5.”Banyak sangat halangan dan rintangan”.
    Banyak sangatla procedure karang ni. Nak kena masuk kursus le. Ujian AIDS dan HIV le. Pastu ada keluarga si dia tak sukakan kita le. Nak ajak kawin lari dia tak nak!

    6.”Belum bersedia la”.
    Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat macam besi keluli. Pompuan apa tau! Karang ni tanggungjawab terhadap diri sendiri lagi pun belum terlaksana.

    7.“Ilmu tak cukup la”.
    Ilmu batin tu memang la dah cukup sejak dilahirkan. Tetapi ilmu rumahtangga ni? Soal-soal pompuan belum khatam lagi. Kang rumahtangga huru-hara..pora­k peranda nanti orang salahkan kita gakkan!

    8.”Kahwin nanti tentu susah nak kena tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri yang 2×5 je. Kena bimbing pulak lepas tu nak kena tanggung semua dosa isteri dan anak, dosa sendiri tak tertanggung nie pulak nak tanggung dosa isteri dan anak” Berat tanggungjawab ni. Bukan senang pikul dosa orang. Dosa sendiri pun tak terpikul. Kalau dapat isteri yang memahami tu ok gakkan.

    9.”Dah mencuba tetapi telah dikecewakan”.
    Pompuan memang suka mengecewakan lelaki. Pantang nampak laki kaya, hensem dan dot dot dot jer? tak kira ler laki orang ker?, duda orang ker? terus tinggalkan kita yang masih bujang ni…apelah nasib..

    10.”Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih dahulu la”.
    Memang banyak..tanggun­gjawab lelaki ni lebih besar. Pompuan semua laki yang nak kena tanggung. Belum kawin bapa dan saudara lelaki yang tanggung. Dah kawin, suami lak tanggung…kesi­ankan..

    11.”Jodoh tak sampai lagi kot”.
    Dah berusaha tetapi asyik kena reject jer cam barang rosak. Ntah apa yang pompuan dok cari tu mane lelaki tau!!

    12.”Perempuan nie peliklah kalau dia suka kat kita tapi tak habis2 nak merajuk dan marah2 macam kita nie suka sangat”. Pompuan ini sikit-sikit nak majuk. Anak kucing dia ilang sehari pun dia majuk. Macam la kita yang curik anak kucing dia tu. Dah tu nak pujuk kena beli hadiah, bawak jalan2, makan-makan?. Abis tu bila duit kita nak cukup untuk kawin adoi!

    13.“Dah bagitau dah, yang nie kita suka dan yang nie kita tak suka, tetapi masih dia buat juga yang kita tak suka”.
    Pompuan selalu suka buat apa yang kita tak suka. Camne kita boleh tahan kalau kawin nanti!!

    14.”Saya takut la nak bercinta nanti terluka susah lagi”.
    Sebenarnya dah memang terluka pun. Cuma pompuan jer buat tak tau!!

    15.”Dia nie suka pasang ramai orang sangat”.
    Haah? Dia ni banyak secret admirers. Kita ni duk la dalam waiting list dia jer…sampai ke tua…

    16.“Dia memang banyak helah kejap suka kejap tidak”.
    Pompuan memang camtu..cam biskut oreo jugak…jap ade jap takde…kita pening jap.

    17.“Nak carik yang solehah lah”.
    Yang ni dah jumpa tetapi masalahnya dah berpunya?. Takkan nak rampas orang punya kot.

    18.“Masalah la”.
    Pompuan suka menjadikan masalah yang kecil menjadi kepada yang besar lainlah masalah yang besar tu nak menjadikan kepada yang kecil memang susah.

    19.“Nak sambung belajarlah awek saya tu ader diploma, degree, mba atau phd malu la”. Takkan kita yang ada kelulusan yang rendah ni nak terhengeh dengan awek tu. Siang-siang lagi mak dia dah reject kita macam dalam filem ibu mertuaku.

    20.“Saya suka sangat kat dia, tetapi dia tak suka kat saya”
    Pompuan suka bermain-main ngan hati lelaki yang suka kat dia. hehehe..betul kan??

  • Islam dan amalan homoseksual

    Soalan
    ——
    1. Apakah pandangan Islam terhadap amalan homoseksual di kalangan lelaki dan perempuan.
    2. Ramai dari kalangan mereka berpendapat bahawa perasaan yang ada terhadap kaum sejenis adalah sesuatu yang semula jadi dalam diri mereka dan mereka terperangkap dengan keadaan. Bagaimanakah seseorang yang cenderung kepada kaum sejenis dapat melawan perasaan sedemikian?
    3. Bagaimana pula mereka dapat berpatah balik?

    Jawapan
    ——-
    Pada pendapat saya Islam melarang amalan homoseksual di kalangan lelaki dan perempuan. Apa yang saya maksudkan dengan homoseksual di sini ialah hubungan seks sesama jenis, baik dalam bentuk penetrasi atau foreplay, bukan perasaan kasih atau cinta yang ada pada seorang terhadap rakan sejenis. Perasaan sebegini bukan sesuatu yang dilarang oleh Islam sama sekali. Islam memerintahkan kita saling mengasihi sesama manusia.

    Rasulullah s.a.w bersabda, “Kasihilah apa yang ada di bumi, nescaya kamu akan dikasihi oleh yang berada di langit [Tuhan].” (Riwayat Al-Turmuzi)
    Islam juga menganjurkan semua Muslim (lelaki dan perempuan) agar memberi kemuncak tertinggi kasihnya kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku menjadi orang yang paling dia kasihi dari ibubapa dan anak-anaknya sendiri dan manusia sekalian.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim). Rasulullah s.a.w dan sahabatnya amat kasih mengasihi sesama mereka sebagaimana disebutkan dalam ayat 48:29.

    Hujah Agama
    Mengenai larangan hubungan seks sesama lelaki, Al-Quran ada menceritakan kisah nabi Lut yang diutus oleh Allah untuk membaiki kaumnya yang mengamalkan perbuatan ini. Kaum ini kemudiannya dimusnahkan oleh Allah taala kerana kedegilan mereka. Walaupun tiada pernyataan secara jelas dalam Al-Quran bahawa seks sesama lelaki adalah haram sebagaimana Allah taala haramkan bangkai dalam ayat 5:3, namun terdapat logik yang jelas akan pengharamannya sebagaimana berikut:

    Al-Quran mengharamkan apa yang ia namakan sebagai “fahisyah” (sesuatu yang keji) di dalam ayat-ayat 7:33, 16:90. Segala yang disifatkan sebagai “fahisyah” sentiasa dikaitkan dengan sesuatu yang terlarang atas dasar haram bukan makruh seperti dalam ayat-ayat 2:169, 2:268, 6:151, 7:28, 24:19, 42:37

    Al-Quran pula mensifatkan hubungan seks sesama jenis lelaki sebagai “fahisyah” di dalam ayat 7:80, 27:54 dan 29:28.
    Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa hubungan sesame jenis lelaki dalah terlarang.
    Sememangnya Al-Quran juga tidak menggunakan perkataan jima’ dalam mensifat perbuatan kaum Lut yang tercela tapi ini tidak menafikan kesimpulan di atas kerana:

    Perkataan “tatuuna” dalam ayat-ayat yang mensifatkan perbuatan kaum Lut itu seperti dalam ayat 7:81 walau pun pada asalnya bermakna “mendatangi” ia bukan bermaksud mendatangi sebagai satu interaksi sosial kerana dalam ayat itu Al-Quran kaitkannya dengan perbuatan bersyahwat dan “fahisyah” – sesuatu yang terlarang – sedangkan “mendatangi” dalam erti interaksi sosial sesama jenis bukan sesuatu yang dilarang sama sekali sebagaimana yang dicontohkan dalam kehidupan sosial Rasulullah s.a.w bersama para sahabat lelaki.

    Memaknakan “mendatangi” dengan erti jima’ sebagai satu kiasan sesuai dengan cara Al-Quran dalam membicarakan persoalan ini. Ia amat konsisten dengan perkataan yang digunakan juga bagi hubungan seks antara suami isteri dalam ayat 2:223.
    Sifat “fahisyah” dalam Al-Quran juga sering kali digunapakai sebagai kiasan bagi zina, iaitu seks yang terlarang.
    Bahkan perkataan jima’ yang memberi makna langsung pada perbuatan seks memang tidak digunakan sama sekali dalam Al-Quran, hatta dalam mensifatkan zina sekali pun.

    Dahsyatnya azab yang ditimpakan ke atas kaum nabi Lut juga menjadi petanda bahawa perlakuan mereka itu adalah haram danbukan hanya sesuatu yang tidak disukai sahaja (makruh).

    Berdasarkan pada hujah-hujah dan logik di atas, pengharaman seks sejenis lelaki mempunyai asas yang kuat.
    Al-Quran memang tidak menyentuh soal hubungan seks sejenis antara perempuan tetapi larangan ke atasnya dapat diqiyaskan pada larangan ke atas hubungan seks sesama lelaki kerana maksudnya yang sama.

    Ini diperkuatkan pula oleh hadis yang melarang hubungan jenis sesama perempuan.
    Dalam Islam hubungan seks hanya boleh dilakukan oleh, a) pasangan lelaki dan wanita, dan b) melalui ikatan tali perkahwinan yang sah.

    Sejumlah besar ulama berpendapat bahawa Islam juga melarang hubungan seks melalui dubur, hatta oleh pasangan suami isteri.

    Ini kerana Allah yang mencipta manusia tidak mencipta saluran dubur bagi tujuan seks. Bahkan, Islam juga melarang lelaki dan wanita untuk memuaskan nafsu seks mereka sendiri.

    Islam menganjurkan lelaki dan wanita untuk berkahwin bagi memenuhi naluri seksnya. Ini adalah cara yang lebih sesuai dengan fitrah kejadian manusia dan kehidupan yang suci. Persepsi bahawa perasaan sedemikian adalah naluri semula jadi sejak lahir adalah tidak tepat. Islam berpendapat bahawa semua bayi lahir atas fitrah yang murni. Iaitu bersih dari segala kecenderungan yang buruk.

    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Semua bayi dilahirkan atas fitrah. Kedua ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
    Kenapa Rasulullah s.a.w tidak memasukkan menjadikannya seorang Islam juga? Kerana Islam adalah fitrah semula jadi setiap manusia. Fitrah Islam bersih dari kecenderungan sedemikian.

    Hujah Sains
    Hujah bahawa kecenderungan homoseksual adalah sesuatu yang tabii atau bersebabkan baka (gene) bukanlah satu dapatan saintifik yang konklusif. Ustaz Dr. Firdaus Yahya ada menulis satu makalah bertajuk LGBT: A Critical Study yang diterbitkan oleh Pergas dalam terbitannya Jurnal Dakwah edisi Disember 2012. Makalah ini boleh didapati melalui internet dengan membuat carian menggunakan tajuknya. Dalam makalah ini, beliau menolak melalui kajian sains sendiri akan kelemahan hujah sedemikian.

    Wallahu A`alam

    Terbitan asal: http://haniff.sg/kemusykilan-agama/islam-dan-amalan-homoseksual/