Tag: madu

  • Penggunaan Madu Untuk Sembuhkan Penyakit

    Penggunaan Madu Untuk Sembuhkan Penyakit

    Saya mahu kongsikan cara penggunaan madu yg diberitahu oleh Dr Hisham bin Hashim, seorang herbalis dan gemologis.

    Tujuan saya berkongsi agar kita berfikiran terbuka terhadap ilmu. Jika mahu amal silakan. Jika tak mahu sebab ada pendapat yg lebih baik, tinggalkan. Bersetuju untuk tidak bersetuju.

    Cara Betul Minum Madu Sampai Jadi Ubat Untuk Sembuhkan Penyakit

    1. Pilih Madu Yang Asli, Caranya..
    Hati-hati ketika membeli madu. Ini kerana, 60 peratus madu yang ada di pasaran banyak yang tiruan. Banyak petua dikongsikan untuk mengesan madu asli. Misalnya, tengok yang paling likat, tak dihurung semut dan sebagainya. Tapi dengan kepandaian sekarang semua itu boleh direka.

    Cuma satu cara ini, manusia tak boleh tiru. Caranya : Ambil piring, tuangkan madu satu sudu kecil di atasnya. Kemudian, siramkan air suam. Goncang. Jika madu asli, anda akan nampak ia membentuk corak sarang lebah atau heksogan.

    2. Minum Madu Untuk Rawat Sakit Di Bahagian Kepala
    Penyakit yang dialami di bahagian kepala seperti migrain, madu hendaklah diminum terus. Jangan dicampur air. Oleh sebab penciptan bumi dan manusia yang daripada tanah ini tidak terpisah, ada gelombang yang berputar 24 jam maka jadual makan madu perlu tepat. Untuk rawatan di bahagian kepada, ambillah selepas waktu subuh tapi sebelum habis waktu dhuha.

    3. Untuk Rawatan Bahagian Badan
    Masalah berkaitan perut, usus untuk capai nikmat kesembuhan maksima minumlah madu dengan air suam. Madu walaupun sejenis cairan ia mengandungi atom yang kuat. Sebab itu, dia kena dicairkan dengan air.

    Cara minum : Ambil satu sudu teh saja pada waktu selepas dhuha ke zohor. Biar sedikit asalkan istiqomah.

    Kacau madu ikut arah lawan jam. Ini kerana semua benda yang lawan jam akan menghasilkan tenaga. Manakala yang ikut jam akan menguraikan energi dan tak jadi ubat. Contoh paling mudah, ketika orang bertawaf dan pokok yang menjalar.

    4. Ambil Madu Untuk Rawat Bahagian Pinggang Ke Bawah
    Cara minum : Masa yang perlu diambil ketika ambil madu antara waktu zohor ke asar.

    5. Rawatan Bahagian Bawah
    Waktu minum madu adalah antara asar ke maghrib. Sebab gelombang pada waktu ini menurunkan sistem imun badan kita.

    Semoga bermanfaat.

     

     

    Source: Dr Zubaidi Hj Ahmad

  • Kelantan Galak Suami Berpoligami

    Kelantan Galak Suami Berpoligami

    KOTA BHARU: Kerajaan PAS Kelantan menggalakkan suami yang memenuhi syarat mengikut tuntutan Islam untuk berpoligami.

    Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri, Mumtaz Md Nawi, berkata bagi mereka yang tidak memenuhi syarat berpoligami, memadai seorang isteri bagi mengelakkan timbul masalah dalam keluarga.

    Beliau berkata, dalam Islam matlamat perkahwinan itu untuk melahirkan zuriat yang berkualiti.

    “Di Kelantan kita galakkan berkahwin sama ada perkahwinan itu yang pertama atau kedua bagi yang layak.

    “Mereka yang memenuhi syarat (berpoligami) penting luahkan (keinginan) di Mahkamah Syariah dan jangan buat tindakan kahwin di luar negara, tidak mengikuti adab atau saluran yang betul.

    “(Ini kerana) daripada perkahwinan akan ada zuriat. Jadi, kita tidak mahu anak atau isteri dinafikan hak mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Orang Kelainan Upaya (OKU) Maqarrabun negeri Kelantan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob di Balai Islam di sini, hari ini.

    Mumtaz berkata, sebagai galakan sebelum berpoligami, kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan negeri mengadakan kuliah atau program penerangan pendidikan rumah tangga.

    “Dalam hal ini, kita adakan kuliah termasuk motivasi dalam perkahwinan, dasar keluarga mawaddah dan galakan untuk berpoligami bukan dalam bentuk duit tapi memberi ilmu.

    “Kalau kamu (suami) tak boleh berlaku adil kahwin satu saja dan kalau (mahu berpoligami) sebagai tempat untuk memuaskan nafsu, itu bukan sasarannya, ” katanya.

    Source: www.bharian.com.my