Tag: Malays

  • Man Detained Under ISA Had Radicalised Other Singaporeans: MHA

    Man Detained Under ISA Had Radicalised Other Singaporeans: MHA

    Zulfikar Mohamad Shariff, the Singaporean arrested and detained for terrorism-related activities, had contributed to the radicalisation of at least two other Singaporeans, the Ministry of Home Affairs (MHA) said on Friday (Jul 29).

    One of them was Muhammad Shamin Mohamed Sidik, who has since been detained, and Mohamed Saiddhin Abdullah, who was issued with a Restriction Order for two years in July.

    A person issued with a Restriction Order is not allowed to change his residence or employment or travel out of Singapore without prior approval from the authorities.

    The 33-year-old businessman identified Zulfikar, whom he befriended online, as the person who had influenced him to support the Islamic State.

    “Saiddhin had looked up to Zulfikar and followed his postings; he was convinced by Zulfikar’s positive portrayal of ISIS and later started reposting Zulfikar’s postings on ISIS as a form of jihad, emulating Zulfikar,” MHA said.

    Like Zulfikar, Saiddhin also photographed himself adopting the common pose of jihadi fighters while standing in front of an Islamic State flag. He posted these photographs online as a show of his solidarity with militants fighting in Syria and Iraq, the ministry added.

    OTHER RADICALS DETAINED, ISSUED WITH RESTRICTION ORDER

    Separately, MHA also said that another 17-year-old male Singaporean has been issued with a Restriction Order for two years.

    Investigations showed that the teenager, who recently graduated from a madrasah, had become radicalised online after viewing pro-Islamic State videos, websites and social media material.

    “He became convinced that ISIS’ violent actions were justified and harboured the intention to fight for ISIS in Syria in the future where he was prepared to die a martyr,” MHA said, adding that he also sought out other like-minded individuals online and tried to influence his friends.

    Another 27-year-old Singaporean was re-detained under the ISA for two years in April after he planned to join a terrorist group like ISIS to engage in armed violence in Syria, the ministry said.

    Muhammad Fadil Abdul Hamid was previously detained from 2010 to 2012 when he was self-radicalised, and wanted to engage in armed violence in Afghanistan. He was released from detention in 2012 and placed on a Restriction Order.

    Fadil had initially made some progress in reintegrating into society, MHA said. However, he later became attracted to radical online material again, like teachings of radical ideologues such as Anwar al-Awlaki and the propaganda of ISIS, and fell under its influence.

    He became convinced that partaking in the violence in Syria was “justifiable jihad” and wanted to fight alongside ISIS militants in Syria. He also reverted to the belief that militant jihad was the easiest way to achieve martyrdom, the ministry said.

    Another self-radicalised Singaporean, Abdul Basheer, 37, was released after his detention order was suspended in February, while the Restriction Order of Rijal Yadri Jumari, 35, was allowed to lapse upon expiry in March this year.

     

    Source: ChannelNewsAsia

  • Mufti Gesa Asatizah Tolak Gejala Kafir Mengkafir Dan Pemikiran Agama Bersifat Mutlak

    Mufti Gesa Asatizah Tolak Gejala Kafir Mengkafir Dan Pemikiran Agama Bersifat Mutlak

    Masyarakat Islam Singapura perlu menolak pemikiran agama yang menyatakan seseorang Muslim tidak boleh hidup dalam negara berbilang kaum, lebih-lebih lagi jika pandangan itu menjurus kepada kekerasan dan pengganasan.

    Itulah antara tiga batasan yang ditekankan Mufti Negara, Dr Mohamed Fatris Bakaram, dalam menangani kerencaman di kalangan masyarakat Islam Singapura

    Beliau berucap di satu acara perjumpaan Hari Raya yang turut dihadiri para asatizah tempatan.

    Satu lagi batasan yang disebutkan Dr Fatris ialah penolakan gejala saling mengkafirkan sesama Muslim serta pemikiran agama bersifat mutlak yang menganggap hanya segolongan Muslim sahaja yang berhak menjadi ahli syurga.

    Beliau turut menyeru masyarakat Islam tempatan supaya menolak pemikiran agama yang boleh menimbulkan lebih masalah serta yang melarang masyarakat Islam daripada berinteraksi, bermasyarakat dan berhubungan baik dengan golongan dari agama lain.

    Tambah beliau, tindakan tegas perlu diambil sekiranya mana-mana pihak cuba melanggar batasan sedemikian.

    Dr Fatris juga menyifatkan golongan yang cenderung terhadap impian kumpulan pengganas seperti ISIS, yang mengidamkan sebuah negara yang kononnya bercorak Islamik,sebagai “menangguk di air keruh” dan menanam racun di dalam minda generasi muda Islam yang mahukan huraian segera kepada segala masalah kehidupan.

    Beliau menerangkan, itu merupakan pemikiran utopia yang bermasalah dan akan hanya menambahkan kebingungan bahkan bercanggah dengan roh Islam.

    Mufti turut mengingatkan para asatizah yang hadir tentang bahayanya amalan “cut and paste” ataupun meniru secara total pengalaman dari luar tanpa saringan dan penelitian yang matang.

    Mereka juga diingatkan tentang bahayanya jika berlaku pergeseran di kalangan barisan asatizah yang memainkan peranan utama mencorak kehidupan beragama di Singapura.

    Maka itu, Dr Fatris menekankan peri penting mengelakkan perselisihan kerana menurutnya, agama dan tauhid seharusnya menyatukan dan bukan memecah belahkan.

    Source: Berita MediaCorp

  • Hasrat Arwah Suami Terkabul Bila Tiga Anak Jadi Jururawat

    Hasrat Arwah Suami Terkabul Bila Tiga Anak Jadi Jururawat

    Hasrat dan doa dianggap terkabul. Itulah yang dirasakan Cik Siti Sapura Abu Shama, 59 tahun, apabila tiga daripada lima anaknya kini bergelar jururawat selepas hasrat tersebut diluahkan sendiri arwah suaminya, Encik Abdul Rahim Mohd Ali, sebelum beliau meninggal dunia pada 1994.

    Hasrat tersebut dilahirkan ketika tiga anak mereka masih kecil – Nur Maizura, 11 tahun; Nur Syahida, tujuh tahun; dan Nur Liyana, enam tahun.

    Dua lagi anaknya ialah Mohamed Afiq, yang ketika itu berusia sembilan tahun, dan Mohamed Zaid, 11 bulan.

    “Semasa hayatnya, arwah suami saya melahirkan hasrat melihat anak-anaknya menjadi guru atau jururawat. Nampaknya bukan seorang tetapi tiga daripada mereka jadi jururawat.

    “Alhamdullilah, tercapai juga hasrat dan doa kami,” kata Cik Sapura.

    Ketiga-tiga anak perempuannya itu juga berjaya meraih atau sedang memburu ijazah kejururawatan hasil kerja keras dan sikap tidak putus asa.

    Cik Nur Maizura, kini 33 tahun, adalah Jururawat Klinisyen di Sengkang Health dan mempunyai ijazah Sarjana Sains (Kepimpinan Klinikal) daripada Universiti Teknologi Curtin; adik ketiganya, Cik Nur Syahida, kini 29 tahun, adalah Instruktor Klinikal Kanan di Hospital Besar Changi (CGH) dan kini mengikuti kursus ijazah Sarjana Muda Sains Kejururawatan yang ditawarkan Universiti Edinburgh; sementara adik keempatnya, Cik Nur Liyana, kini 28 tahun, pula Jururawat Staf Kanan di Hospital Besar Singapura (SGH) dan mempunyai ijazah Sarjana Muda Kejururawatan daripada Universiti Teknologi Curtin.

    Cik Nur Maizura, ibu tiga anak, menceritakan bahawa pengorbanan ibunya ternyata menjadi pembakar semangat kepada mereka terus berjaya dalam apa jua yang diceburi.

    “Apa yang kami lalui memang tidak mudah. Maklumlah ketika itu ibu hanya bekerja sambilan dan satu- satunya pencari nafkah keluarga. Kami pula semua masih bersekolah ketika itu,” katanya lagi.

    Antara lain ibunya itu berusaha mencari nafkah dengan mengambil tempahan menjahit langsir, tempahan memasak, bekerja di gerai makan sekolah dan menjaga anak kenalan.

    Mereka hanya menerima bantuan daripada Darul Ihsan dan beberapa kenalan rapat ketika itu.

    Di samping itu, mereka menerima bantuan daripada pihak sekolah bagi yuran, pakaian seragam sekolah dan buku teks.

    Cik Nur Syahida, yang baru berumah tangga, pula menceritakan bahawa beliau pernah melakukan banyak kerja sambilan semasa mengambil kursus kejururawatan di Politeknik Nanyang (NYP).

    “Saya bergantung pada gaji $500 yang saya terima ketika itu dengan bekerja sambilan bagi membayar yuran sekolah dan keperluan sekolah lain,” ceritanya yang belum mempunyai cahaya mata.

    Adiknya, Cik Nur Liyana, masih ingat bagaimana beliau membantu ibu mereka menyiapkan bungkusan nasi lemak untuk dijual.

    “Kami semua tetap gembira meskipun serba kekurangan dan terpaksa bantu ibu semasa kami masih kecil. Seingat saya, belum pernah rumah kami bergelap atau tiada makanan.

    “Ibu sentiasa penuhi keperluan kami sekeluarga selain memberi perangsang semasa kami kecil. Itulah yang mendorong kami melakukan yang terbaik.

    “Kini, kerjaya saya dipermudahkan pula dengan kehadiran kededua kakak saya yang menceburi bidang kejururawatan juga,” katanya yang juga baru berumah tangga.


    “Kami semua tetap gembira meskipun serba kekurangan dan terpaksa bantu ibu semasa kami masih kecil. Seingat saya, belum pernah rumah kami bergelap atau tiada makanan. Ibu sentiasa penuhi keperluan kami sekeluarga selain memberi perangsang semasa kami kecil. Itulah yang mendorong kami melakukan yang terbaik. Kini, kerjaya saya dipermudahkan pula dengan kehadiran kededua kakak saya yang menceburi bidang kejururawatan juga.”
    – Cik Nur Liyana, 28 tahun.

     

    Source: Berita Harian

  • Muslimahs & Motorsport  – The Tudung Grid Girls At The Malaysian Superbike Championships

    Muslimahs & Motorsport – The Tudung Grid Girls At The Malaysian Superbike Championships

    At the recent Malaysian Superbike Championships at Sepang International Circuit, seven fully-clad grid girls, complete with tudung, stood out at the Championships.

    It is reported to be the first such occurrence in the world of motorsports.

    The models, were hired by ZettyJasmy, a boutique which specialised in muslimah fashion.

    The boutique’s founder, Jasmi Jamil Abdul Malek, said that the girls clad in blue baju kebaya set to challenge the notion that grid girls had be dressed sexily.

    <Photo credits: ZSD BY ZettyJasmy>

    Source: www.allsingaporestuff.com

     

  • Adi Putera: Apa Yang Berlaku Bukan Satu Dosa

    Adi Putera: Apa Yang Berlaku Bukan Satu Dosa

    Hampir seminggu selepas mendiamkan diri mengenai berita perkahwinan kedua dengan janda anak satu terbongkar, pelakon Adi Putra muncul juga akhirnya untuk menjelaskan apa dilakukannya itu bukan satu dosa, menurut laporan mstar.

    Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim yang berusia 35 tahun berkata beliau akan memberi penjelasan mengenai cerita berkenaan dalam masa terdekat, tambah laporan mstar.

    “Kepada semua sahabat rakan media, saya akan maklumkan untuk sidang media untuk perkongsian dan bukan penjelasan sebab apa yang berlaku bukan satu dosa. Terima Kasih,” kata beliau dalam akaun Instagramnya hari ini (22 Julai).

    Laporan mstar juga menyatakan Adi Putera meminta agar pihak yang mendedahkan berita pernikahannya itu tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga beliau dan akan mengambil tindakan.

    Gambar pernikahan beliau tersebar di internet sejak Sabtu (16 Julai).

    Adi Putera tidak menjawab sebarang panggilan telefon ketika dihubungi pelbagai pihak media tetapi memuat naik gambar bersama isteri pertama beliau Aida Yusof berusia 41 tahun yang dipercayai diambil di luar negara.

    Menurut mstar, rumah tangga mereka pernah berdepan dengan masalah apabila Adi memfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap Aida pada 11 Mei 2012 namun kemudiannya membatalkan hasrat itu.

    Source: Berita MediaCorp