Tag: Malaysia

  • DrMAZA: Kesimpulan Isu Istihalah Khinzir

    https://www.facebook.com/DrMAZA
    https://www.facebook.com/DrMAZA

    Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil?

    Saya ingin rumuskan seperti berikut;

    1. Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu. Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi’yyah dan Hanabilah (Hanbali). Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

    2. Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain. Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan.

    3. Maka, fatwa tentang hal ini dikeluarkan oleh ulama termasuk yang membabit isu istihalah. Berikut teks kesimpulan fatwa Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) yang mengizinkan bahan yang berasal haram tapi telah berubah melalui proses, begitu juga alcohol yang sedikit yang terdapat dalam makanan tertentu yang tiada kesan:

    Fatwa (34)
    Q) The ingredients of some foods contain items which are denoted by the letter “E” and a string of numbers. We were told that this denotes items manufactured from Lard or Pork bone and marrow. If this is true, what is the Shari’a ruling on such foods?

    A) The items which carry the letter “E” and a string of numbers are additives. Additives are more than 350 compounds, and could be either preservatives, colouring, flavourings, sweeteners, etc. These are divided into four groups according to their origin:

    First: compounds of artificial chemical origin.
    Second: compounds of vegetal origin
    Third: compounds of animal origin
    Fourth: compounds dissolved in Alcohol

    The ruling on all these compounds is that they do not affect the status of these foods being Halal, due to the following:
    The first and second groups are Halal because they originate from a permissible origin and no harm comes from using these items.

    The third group is also Halal, because the animal origin does not remain the same during the process of manufacturing. In fact it is transformed radically from its original form to a new clean and pure form through a process called “chemical transformation”. This transformation also affects the legal ruling on such ingredients. Therefore, if the original form was unclean or Haram, the chemical transformation changed it to another ingredient which requires a new ruling. For instance, if alcohol changed and was transformed to vinegar, then it does not remain Haram, but carries a new ruling according to the nature of the new product, which is Halal.

    As for the fourth group, these items are usually colourings and are normally used in extremely small quantities which dissolves in the final product form, which deems it an excused matter.

    Therefore, any foods or drinks that contain any of these ingredients remains Halal and permissible for the Muslim’s consumption. We must also remember that our religion is a religion of ease and that we have been forbidden from making matters inconvenient and hard. Moreover, searching and investigating into such matters is not what Allah (swt) or His Messenger (ppbuh) ordered us to do.

    Anggota Majlis Fatwa Eropah terdiri dari mereka yang berikut;

    1. Professor Yusuf Al-Qaradawi, President of ECFR (Egypt, Qatar)
    2. Judge Sheikh Faisal Maulawi, Vice-President (Lebanon)
    3. Sheikh Hussein Mohammed Halawa, General Secretary (Ireland)
    4. Sheikh Dr. Ahmad Jaballah (France)
    5. Sheikh Dr. Ahmed Ali Al-Imam (Sudan)
    6. Sheikh Mufti Ismail Kashoulfi (UK)
    7. Ustadh Ahmed Kadhem Al-Rawi (UK)
    8. Sheikh Ounis Qurqah (France)
    9. Sheikh Rashid Al-Ghanouchi (UK)
    10. Sheikh Dr. Abdullah Ibn Bayya (Saudi Arabia)
    11. Sheikh Abdul Raheem Al-Taweel (Spain)
    12. Judge Sheikh Abdullah Ibn Ali Salem (Mauritania)
    13. Sheikh Abdullah Ibn Yusuf Al-Judai, (UK)
    14. Sheikh Abdul Majeed Al-Najjar
    15. Sheikh Abdullah ibn Sulayman Al-Manee’ (Saudi Arabia)
    16. Sheikh Dr. Abdul Sattar Abu Ghudda (Saudi Arabia)
    17. Sheikh Dr. Ajeel Al-Nashmi (Kuwait)
    18. Sheikh Al-Arabi Al-Bichri (France)
    19. Sheikh Dr. Issam Al-Bashir (Sudan)
    20. Sheikh Ali Qaradaghi (Qatar)
    21. Sheikh Dr. Suhaib Hasan Ahmed (UK)
    22. Sheikh Tahir Mahdi (France)
    23. Sheikh Mahboub-ul-Rahman (Norway)
    24. Sheikh Muhammed Taqi Othmani (Pakistan)
    25. Sheikh Muhammed Siddique (Germany)
    26. Sheikh Muhammed Ali Saleh Al-Mansour (UAE)
    27. Sheikh Dr. Muhammed Al-Hawari (Germany)
    28. Sheikh Mahumoud Mujahed (Belguim)
    29. Sheikh Dr. Mustafa Ciric (Bosnia)
    30. Sheikh Nihad Abdul Quddous Ciftci (Germany)
    31. Sheikh Dr. Naser Ibn Abdullah Al-Mayman (Saudi Arabia)
    32. Sheikh Yusf Ibram (Switzerland)

    4. Walaupun para ulama bersetuju pada asasnya proses istihalah itu, mereka kadang-kala berkhilaf pendapat tentang apakah sesuatu proses itu benar-benar merubah sifat bahan-bahan najis itu ataupun tidak. Ada bahan yang diyakini telah berubah, ada yang diandaikan tidak. Dalam soal gelatin babi umpamanya, sarjana fekah masakini berfatwa berdasarkan kepada taklimat saintis kepada mereka. Kadang-kala berlaku khilaf. Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research) tadi yang terdiri dari tokoh-tokoh Islam dari Arab dan ulama Islam yang menetap di Eropah, begitu juga Europen Fiqh Council dan beberapa orang tokoh ilmuwan Islam antarabangsa menganggap telah berlaku istihalah. Sementara sebahagian ilmuwan pula menganggap proses istihalah bagi gelatin itu tidak sempurna. Maka, jadilah isu gelatin di sudut itu perkara yang syubhah.

    5. Sesiapa yang mengelakkan sesuatu yang syubhat -sekalipun tidak sampai ke peringkat haram- merupakan perkara yang baik untuk diri dan agamanya. Namun, dia tidak boleh berkeras mengharamkan untuk umat Islam yang lain yang mempunyai pandangan yang berbeza. Dalam soal makan-minum, perubatan, pakaian, perhiasan, kebudayaan setiap pihak mesti mengakui keluasan fekah Islam dan mengiktiraf khilaf fekah yang berasaskan hujah. Tidak boleh hina-menghina dan bermusuhan dalam persoalan amalan peribadi yang seperti ini selagi semua pihak beramal atas dalil yang diyakininya.

    6. Selagi, umat Islam mempunyai sumber yang pasti halal, mereka sepatutnya mengelakkan sumber yang syubhah. Di Malaysia umpamanya, gelatin halal wujud dan boleh didapati, maka memulaukan yang syubhat dapat menggalakkan industry halal.

    7. Umat Islam hendaklah berusaha menjadi pengeluar, bukan sekadar pengguna. Kelemahan industri umat Islam adalah punca berluasan bahan yang syubhat dan juga mungkin haram.

    Sumber: https://www.facebook.com/DrMAZA

    letters to R1C banner

  • Chef Wan Luahkan Pendapat Tentang Isu Makanan dan Toleransi

     

    Credit: Chef Wan
    Credit: Chef Wan

    I remembered talking about respect and tolerance for others some months back there are someone making a negative remark kononnya gambar2 Pork ni tak usah la post konon mereka geli.

    Apa budu dan cencalok itu bukan ke bangkai makanan laut yg busuk mau pun ikan masin serta Perkasam dan belacan itu tak busuk ke? Dont u think other races also find that a complete turn off tetapi boleh pula kita mencekek dan sedap.

    Susah jika manusia yg hidup mereka macam katak bawah tempurung ini. Ini makanan orang yg perlu kita respect dah tak perlu nak rasa jijik dan aib kan mereka. Shame on this moron that today is destroying the image of this country and causing alot of tension among other races with their itu haram dan ini haram! Dah tahu haram diam sudah la. Bangsa asing tak suruh pun kita mencekek bodoh! Why cant we exercise tolerance towards others instead of always finding fault at them bangsa Asing? This country is not just for the Muslim alone likewise the whole World. If other races and nation of the World can respect Islam and even the Pope can take his shoe off to enter our mosque in Juruselem nak saja saya kata di sini who the Hell are we to try and preached others and find fault as them sedang we our own race pun tak sempurna mana la!

    I am getting so sick of reading all this irresponsible human being from the public to Politician that put their brain on their knee cap! Opened up yr eyes and watch the news where is Peace in this world today? Letaknya di hati dan tangan kita!

    Sumber: Chef Wan

     

    EDITOR’S NOTE

    Di Singapura memang jarang ada masalah seperti ini kerana orang Singapura semua sudah ‘training’ makan di food court atau kedai kopi, di mana makanan halal dan bukan halal beroperasi di tempat yang sama dan tidak diasingkan.

    Oleh itu, kalau cerita fasal isu toleransi, Singapura memang ternyata sudah memupuk sikap mulia ini sejak di bangku sekolah lagi 🙂

    letters to R1C

     

     

  • Askar Malaysia Makan Haiwan Haram Ketika Latihan Darurat di Hutan

    Credit: Facebook Listen Listen Original
    Credit: Facebook Listen Listen Original

    Sebuah laman Facebook Listen Listen Original pada 31 Mei lepas mempersoalkan beberapa keping gambar yang memaparkan beberapa anggota tentera yang dipercayai dari negara Malaysia menikmati pelbagai juadah makanan di dalam hutan.

    Menurut Facebook berkenaan, anggota tentera berkenaan mungkin dari Malaysia berdasarkan pakaian seragam mereka dan dilihat menjalani latihan memakan benda ‘haram’ sebagai latihan ketika darurat.

    Gambar itu dikatakan dipaparkan pada mulanya di laman web maahadsas.edu.my mengatakan bahawa para anggota itu diberi latihan kelangsungan hidup atau bagaimana cara untuk menangkap, memasak serta memakan.

    Di status Facebook berkenaan turut dipaparkan persoalan apakah tujuan sebenar latihan sebegitu diadakan dan ia dirujuk pula kepada kemungkinan latihan seorang ibu yang terdesak masalah kewangan untuk menjadi pelacur.

    Selepas puas memberikan soalan berbaur provokasi baru laman Facebook itu memohon pencerahan daripada Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu gambar anggota tentera memakan haiwan yang pelik-pelik yang didakwa haram itu.

    Sumber: Facebook Listen Listen Original

     

    EDITOR’S NOTE

    Isu-isu sebegini juga ada tempiasnya di Singapura dan ianya juga menimbulkan tanda tanya tentang askar-askar kita yang beragama Islam: apakah mereka boleh memakan haiwan-haiwan yang boleh dikategorikan sebagai haram atau binatang liar ketika LATIHAN DARURAT?

    Mungkin ada baiknya kita renungkan bersama. Antara agama dan juga negara ketika latihan darurat seperti ini.

    Semoga kita akan mendapatkan penjelasan daripada pihak yang lebih ahli supaya masyarakat umum tidak membuat simpulan sendiri yang tidak berasas dan kurang bernas.

    Selama ini, isu-isu sensitif seperti ini tidak dibicarakan secara terbuka. Inilah masanya.

    letters to R1C

     

  • Pengesahan JAKIM: Coklat Cadbury Tiada DNA Babi

    Credit: KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERKENAAN KEPUTUSAN UJIAN ANALISIS COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL DAN COKLAT SUSU DENGAN BUAH BADAM, PRODUK SYARIKAT CADBURY CONFECTIONARY (M) SDN. BHD. OLEH JABATAN KIMIA MALAYSIA (JKM)
    Credit: KENYATAAN MEDIA MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI BERKENAAN KEPUTUSAN UJIAN ANALISIS COKLAT SUSU DENGAN KACANG HAZEL DAN COKLAT SUSU DENGAN BUAH BADAM, PRODUK SYARIKAT CADBURY CONFECTIONARY (M) SDN. BHD. OLEH JABATAN KIMIA MALAYSIA (JKM)

    1. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jabatan Kimia Malaysia (JKM) kerana telah memberi keutamaan dalam pengujian sampel bagi dua produk coklat cadbury yang menjadi isu nasional berikutan kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 24 Mei 2014 yang lalu.

    2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 26 Mei 2014 telah mengambil kedua-dua sampel produk terlibat iaitu:

    i. Coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2; dan

    ii. Coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

    3. Selain itu, JAKIM juga turut mengambil empat (4) produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima (5) jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan.

    4. Kesemua sampel diambil dari kilang pengeluar produk tersebut yang beralamat di Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd., Persiaran Raja Muda, Seksyen 16, P.O. Box 7043, 40700 Shah Alam Selangor dan telah dihantar ke JKM pada hari yang sama.

    5. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia pada hari ini (2 Jun 2014) telah menerima keputusan analisis makmal Jabatan Kimia Malaysia ke atas dua sampel produk keluaran Syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn. Bhd. iaitu:

    i. coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2; dan

    ii. coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1

    6. Keputusan analisis makmal adalah seperti berikut:

    i. coklat dengan kacang hazel-Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor kelompok (Batch no) 200813 M01HI2 dan (Batch no) 200813 M01HI2 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

    ii. coklat susu dengan buah badam-Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok (Batch No) 221013 N01RI1 – DNA BABI TIDAK DIKESAN

    7. Walau bagaimanapun memandangkan perkara ini melibatkan tanggungjawab dan integriti pihak syarikat, pemeriksaan menyeluruh akan dibuat semula ke atas seluruh rantaian pengeluaran produk syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd merangkumi bahan mentah, aliran pemprosesan, penyimpanan, peralatan dan lain-lain bagi memastikan syarikat benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

    8. Laporan pemeriksaan menyeluruh tersebut akan dibentangkan semula dalam Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia sebelum Sijil Pengesahan Halal Malaysia dua produk tersebut dikembalikan.

    9. JAKIM juga akan mengadakan mesyuarat bersama agensi-agensi berkaitan bagi membincangkan strategi pengurusan krisis sekiranya berlaku pengesanan DNA dalam sesuatu produk, oleh makmal mana-mana agensi kerajaan di masa-masa akan datang.

    10. Dalam masa terdekat, Saya juga akan mempengerusikan mesyuarat khas Jawatankuasa Pemandu Halal yang dianggotai oleh pelbagai agensi dan pakar-pakar berkaitan dengan halal bagi membincangkan isu-isu halal secara menyeluruh.

    11. Seterusnya, JAKIM akan merangka program kesedaran pengguna Islam bagi menjelaskan mengenai pensijilan Halal Malaysia dan isu hukum DNA porcine serta kesannya terhadap kepenggunaan.

    Sekian, terima kasih.

    Y.B Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom (B)
    Menteri di Jabatan Perdana Menteri
    2 Jun 2014

    Sumber: JAKIM, http://www.hmetro.com.my/articles/Sahtiadaunsurbabi/Article?BeritaUtama

     

    EDITOR’S NOTE

    Sesungguhnya, JAKIM ni memang suka kasi orang lemah semangat. Sekejap cakap ada DNA babi, sekarang cakap takde pulak. Suspense betol lah. Terima kasih Sis Jamilah Ismail kerana berkongsi dengan kami di Rilek1Corner.

    letters to R1C

  • Sultan of Johor Wants Singapore’s Pedra Branca Back After Six Years

     

    img

    THE Sultan of Johor has ordered the state government to look into filing an appeal against the International Court of Justice’s (ICJ) decision six years ago to award Pedra Branca to Singapore.

    Pedra Branca – which Malaysia refers to as Pulau Batu Puteh – belonged to Johor and should remain a part of it, Sultan Ibrahim Ismail was quoted by the online portals of Malay-language dailies Utusan Malaysia and Sinar Harian as saying yesterday.

    He said he was following the wishes of his father, the late Sultan Iskandar Ismail.

    Sultan Ibrahim, who was speaking at the opening of the state legislative assembly session, noted that while foreign affairs came under the jurisdiction of the federal government, it was unwise for Johor not to be consulted on the matter.

    “Don’t the Johor people understand their neighbours better than those in Putrajaya? How would the federal government know of the state’s needs or that of its people?” he said.

    Pedra Branca, an island the size of a football field located some 40km east of Singapore and home to Horsburgh Lighthouse, was at the centre of a territorial dispute between Singapore and Malaysia that lasted almost three decades.

    In 2003, the two countries signed a Special Agreement referring the dispute to the ICJ at The Hague, in the Netherlands.

    For three weeks in 2007, legal teams from both sides argued their case before the court. In a ruling that it said was “final, binding and without appeal” in May 2008, the ICJ awarded Pedra Branca to Singapore and outcrops called Middle Rocks to Malaysia.

    Of Sultan Ibrahim’s order to appeal against the ruling, Dr Azmi Sharom of Universiti Malaya told The Straits Times that he does not have the authority.

    “The ICJ has jurisdiction over disputes presented only by nations or governments. He may request it (an appeal), but it is the government that presents the case to the ICJ.”

    #####

    sultan_sultanah_johor

    JOHOR BAHRU 29 Mei – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini menitahkan kerajaan negeri supaya menubuhkan pasukan khas untuk memfailkan rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tentang Pulau Batu Putih yang sebelum ini memihak kepada Singapura.

    Baginda bertitah, negeri ini adalah berbeza dengan negeri-negeri lain kerana mempunyai ‘jiran sebelah’ yang merupakan sebuah negara maju, malah sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan Johor kerana saling bergantung antara satu sama lain.

    “Oleh yang demikian, walaupun hal ehwal luar negara terletak di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan, adalah tidak wajar jika kerajaan Johor tidak dimaklumkan atau tidak dibawa berunding dalam perkara yang melibatkan kepentingan Johor dan Singapura. Bukankah orang Johor lebih memahami tentang jirannya berbanding orang di Putrajaya?

    “Bagaimanakah pihak Persekutuan lebih tahu tentang keperluan atau kehendak negeri dan rakyat Johor? Inilah kesannya apabila orang luar yang tidak faham tentang sejarah dan kedaulatan negeri Johor (tetapi) diberikan tugas untuk mempertahankan kes tersebut,” titah baginda.

    Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika merasmikan penggal kedua Sidang Dewan Undangan Negeri Johor Ke-12 di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, di sini hari ini.

    November tahun lalu, Kerajaan Persekutuan memaklumkan tiada rayuan semula dibuat selepas kalah dalam kes tuntutan Pulau Batu Putih kepada Singapura pada 2007 kerana ketiadaan bukti kukuh dan fakta lengkap namun tetap meneruskan usaha mencari bukti dan maklumat baharu untuk persediaan masa hadapan dengan kerjasama Arkib Negara.

    Malah pada penghujung bulan yang sama, Malaysia dan Singapura bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa kecil baharu bagi membincangkan penandaan sempadan maritim Pedra Branca atau Pulau Batu Putih, Batuan Tengah dan Tubir Selatan – kelompok batu yang muncul di laut kedua-dua negara.

    Source: The Straits Times, Utusan Malaysia

     

    letters to R1C