Tag: Malaysia

  • Pegawai Myanmar: Komen PM Najib Di Rapat Rohingya “Tidak Benar”

    Pegawai Myanmar: Komen PM Najib Di Rapat Rohingya “Tidak Benar”

    Kehadiran Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak di rapat pro-Rohingya di Kuala Lumpur sudah mencetuskan bantahan di Myanmar.

    Ucapan PM Najib di rapat itu tentang perlunya menentang “pembunuhan kaum” Muslim Rohingya di Myanmar, tidak membantu keadaan, kata seorang pegawai Myanmar kepada Mediacorp.

    “Apa yang beliau katakan di Malaysia itu tidak benar. Kami sedang cuba menghuraikannya bersama para penyokong antarabangsa. Tapi ini pilihan kami, negara lain tidak boleh membuat keputusan tentang negara kami,” kata Nyan Win, anggota sekretariat Liga Nasional bagi Demokrasi.

    “PM NAJIB GUNA ISU ITU UNTUK TAMBAT SOKONGAN”

    U Zaw Htay, timbalan ketua pengarah Pejabat Presiden, memberitahu The Myanmar Times bahawa pemerintah Myanmar akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi membantah penyertaan PM Najib dalam bantahan di Kuala Lumpur itu.

    Beliau juga memberitahu akhbar itu bahawa tindakan PM Najib itu boleh mencetuskan ekstremisme agama, dan menambah PM Najib menggunakan isu itu untuk menarik sokongan warga Malaysia.

    Beliau mengeluarkan komen-komen itu setelah para penduduk Myanmar mengadakan tunjuk perasaan membantah PM Najib setelah beliau menyeru negara-negara asing supaya campur tangan dalam menghentikan “pembunuhan kaum” Muslim Rohingya.

    Sekitar 150 orang, dipimpin para sami Buddha dari Persatuan Sami Kebangsaan Myanmar, berhimpun semalam (4 Dis) di Pagoda Sule di bandar Yangon, sambil mengibarkan panji-panji.

    Malaysia kian lantang bersuara tentang cara Myanmar menangani keganasan dan dakwaan pencabulan kuasa di wilayah Rakhine, yang memaksa ratusan orang Rohingya melarikan diri merentasi sempadan ke Bangladesh.

    PM Najib dalam ucapannya di satu rapat di Kuala Lumpur berkata “Dunia tidak boleh hanya berdiam diri dan menyaksikan pembunuhan kaum berlaku.” Beliau menambah bahawa beliau akan meminta Indonesia turut mengadakan rapat sebagai menunjukkan perpaduan dengan orang Rohingya, dan berkata beliau mahu lebih ramai rakyat Malaysia keluar dan membantah tindakan Myanmar.

    Kementerian Ehwal Luar Malaysia menyifatkan keganasan di Myanmar itu sebagai “pembersihan kaum” kelmarin. PM Najib pula meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya campur tangan.

    KOFI ANNAN: CARI HURAIAN YANG AMAN

    Mantan ketua PBB, Kofi Annan mengunjungi wilayah Rakhine di Myanmar pada Jumaat lalu dan kelmarin sebagai Pengerusi Suruhanjaya Penasihat Wilayah Rakhine.

    Saluran televisyen Myanmar menunjukkan Encik Annan bertemu dengan beberapa kumpulan masyarakat, termasuk kumpulan Buddha dan Muslim Rohingya.

    Suruhanjaya itu termasuk Muslim Rohingya serta masyarakat Rakhine yang beragama Buddha. Ia fokus terhadap mengelak konflik, bantuan, perdamaian, hak asasi manusia dan pembangunan, menurut pemerintah Myanmar.

    Tentera dan pemerintah Myanmar menafikan dakwaan oleh para penduduk dan kumpulan-kumpulan hak asasi bahawa para askarnya merogol wanita Rphingya, membakar rumah-rumah dan membunuh orang awam semasa operasi ketenteraannya.

    Di satu sidang media, Encik Annan menggesa semua pihak supaya mencari huraian kepada “isu-isu mereka secara aman.”

    PBB menyatakan sekitar 30,000 orang kehilangan tempat tinggal akibat keganasan itu.

    Pemerintah Myanmar tidak mengiktiraf orang Rohingya sebagai rakyatnya. Keganasan yang berlaku di Rakhine baru-baru ini adalah pertumpahan darah kedua paling dahsyat di Myanmar sejak rusuhan kaum pada 2012 meragut ratusan nyawa.

    Akibat ditindas dan dibelenggu kemiskinan, ribuan orang Rohingya melarikan diri dari Myanmar menyusuli keganasan antara penganut Buddha dan Islam di sana empat tahun lalu.

    Ramai daripada mereka diseludup atau diperdagang ke negara-negara jiran, kebanyakannya ke Thailand dan Malaysia.

    Source: Berita MediaCorp

  • Anwar Gagal Mulakan Tuduhan Qazaf Terhadap Bekas Pembantu

    Anwar Gagal Mulakan Tuduhan Qazaf Terhadap Bekas Pembantu

    Bekas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (5 Dis) gagal untuk memulakan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di Mahkamah Syariah.

    Ini berikutan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Syariah yang dipengerusikan Datuk Seri Dr Md Yusup Che Teh menolak rayuan dan semakan Datuk Seri Anwar terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada 14 April 2010, yang menolak permohonannya bagi memulakan prosiding qazaf terhadap Encik Mohd Saiful Bukhari.

    Mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 (S$1,600) atau kedua-duanya.

    LIWAT TIDAK TERGOLONG DALAM TUDUHAN QAZAF

    Hakim Md Yusup dalam keputusan sebulat suara bersama Hakim-hakim Datuk Yusof Musa dan Mohd Amran Mat Zain berkata mahkamah itu terikat dengan undang-undang Malaysia mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 bahawa liwat tidak tergolong dalam pertuduhan qazaf.

    “Qazaf hanya untuk kes pertuduhan zina sahaja dan kami terikat dengan Seksyen 41 itu. Oleh itu kami tidak mempunyai pilihan lain, perlu mengikut undang-undang di negara ini bagi pertuduhan qazaf,” katanya.

    Beliau juga berkata mahkamah juga tidak boleh campur tangan terhadap kuasa ketua pendakwa Syarie berhubung sesuatu pendakwaan kerana itu kuasa eksklusifnya yang tidak boleh dipaksa untuk memulakan pendakwaan.

    Katanya oleh yang demikian, mahkamah itu tidak mempunyai alasan untuk campur tangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah tersebut seterusnya mengekalkan keputusan itu.

    Beliau berkata Datuk Seri Anwar selaku perayu juga gagal mengemukakan hujahan bertulis untuk menyokong rayuannya sebaliknya hanya membangkitkannya dalam hujahan lisan.

    “Rayuan perayu (Anwar) ditolak dengan kos RM5,000,” kata Md Yusup.

    Pada 7 Januari 2010, Datuk Seri Anwar menfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah untuk mengarahkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan supaya mendakwa Encik Mohd Saiful Bukhari atas tuduhan qazaf.

    Beliau menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Agama Islam (JAWI) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai responden. Datuk Seri Jamil Khir hadir pada prosiding hari ini.

    Datuk Seri Anwar juga hadir di mahkamah. Peguam Dr Rafie Mohd Shafie yang mewakilinya ketika ditemui berkata pihaknya akan memfailkan semakan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan Syariah itu kepada Yang di-Pertuan Agong secepat mungkin.

    Datuk Seri Anwar, 69, kini menjalani hukuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 mengekalkan sabitan dan hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Rayuan selepas dia didapati bersalah meliwat Encik Mohd Saiful Bukhari.

    Source: Berita MediaCorp

  • Jabatan Agama Malaysia Buka Siasatan Kes Alas Kaki Disental Helaian Al-Quran

    Jabatan Agama Malaysia Buka Siasatan Kes Alas Kaki Disental Helaian Al-Quran

    Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) membuka satu kertas siasatan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab meletakkan helaian ayat al-Quran di dalam alas-alas kaki yang dijual di negeri itu.

    Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata setakat ini pihaknya mendapati sebuah pasar raya di daerah Dungun menjual alas-alas kaki berkenaan menerusi satu aduan daripada seorang pembeli.

    Katanya, Bahagian Penguatkuasa Syariah serta Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengadakan operasi bersepadu untuk mengambil tindakan, termasuk merampas barangan itu dalam masa terdekat.

    Ptg tadi ad smpai wasap pasal als kaki ad ayt Quran… Balik rmh cek.. Rupanya ada jgak… Astaghfirullah…. Sapelah punya angkara…

    Posted by Kamariah Ali on Tuesday, 29 November 2016

     

    DIJUAL PADA RM2, HINA KESUCIAN QURAN

    “Selepas menerima aduan tersebut kita telah membuka kertas siasatan untuk mengenal pasti perkara ini…jika pengeluar produk berkenaan dari negeri lain, JHEAT akan memanjangkan perkara ini kepada pihak berkuasa di negeri berkenaan dan jika di Terengganu kita akan ambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.

    “Alas kaki berkenaan dibeli dengan harga RM2 (S$0.64) dari sebuah pasar raya…ianya menghina kesucian Islam apabila menjual alas kaki mengandungi ayat suci al-Quran,” katanya kepada pemberita hari ini (1 Dis).

    Menurutnya tindakan mengikut Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Terengganu 2001 boleh dikenakan kepada mana-mana orang yang mempersendakan ayat al-Quran dan hadis.

    Katanya jika disabitkan kesalahan, pihak berkenaan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 (S$1,600) atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya.

    PEMBELI DIGESA SERAHKAN ALAS KAKI UNTUK DILUPUSKAN

    Datuk Wan Mohd turut menasihatkan kepada pembeli alas kaki yang mengandungi ayat suci tersebut supaya menyerahkannya dengan kadar segera kepada Bahagian Penyelidikan JHEAT untuk dilupuskan.

    “Alas kaki yang mengandungi ayat suci ini tidak boleh digunakan demi menjaga kehormatan dan kesucian al-Quran…saya amat kesal dengan pihak pengeluar produk ini kerana tidak menjaga sensitiviti umat Islam di negara ini dan saya berharap mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan yang sewajarnya,” katanya.

    Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pengeluar alas kaki berkenaan mendapatkan kertas yang mengandungi ayat al-Quran itu daripada syarikat kitar semula bagi menghasilkan alas kaki dengan kadar harga yang murah.

    Source: Berita MediaCorp

  • Indonesia VP Blames Foreign Countries For Destroying Forests

    Indonesia VP Blames Foreign Countries For Destroying Forests

    Indonesian Vice President Jusuf Kalla has blamed foreign countries for destroying Indonesia’s forests, and wants them to pay to help restore the damaged land.

    “What happens here is not only our problem. The foreign people also destroyed our forests,” said Kalla when officiating the Indonesia Forest Congress in Jakarta on Wednesday (Nov 30).

    Kalla said he has brought up this point at various international forums, and is angry with those who accused Indonesia for not managing its forest well.

    “During a big conference in Tokyo, someone said that Indonesia has forests, but they are damaged and should be restored,” said Kalla. “I became angry in front of thousands of people. I said, ‘this is a chair, this is a door, this is a window from my country. You take, and pay $5, and you bring it here, and sell for $100. Indonesian companies just get $5’.

    “There is Mitsubishi from Japan, Hyundai and others, they finished what we have. I told them, ‘you have to pay, if not we will cut down all the trees, and let the world feel the heat’. So, the world must also be responsible.”

    He added that Indonesia’s peatland restoration efforts should not be funded by the state, instead contributions should come from the international community.

    Indonesia set up the Peatland Restoration Agency after the massive forest fires last year. The agency’s goal is to restore some two million hectares of damaged peatland, and it needs at least US$1 billion in funding over five years.

    In 2010, Norway pledged US$1 billion for the Reducing Emissions and Deforestation and Forest Degradation (REDD) programme. But the funds have yet to be released because Indonesia has not put in place any REDD programmes.

    Norway’s climate and environment minister visited Indonesia earlier this year to see the progress for himself. Despite the lack of progress, Norway said the funding is still being made available for Indonesia.

    KALLA REMINDS MALAYSIA, SINGAPORE TO BE GRATEFUL FOR FRESH AIR

    Kalla also reminded Indonesia’s neighbours not to complain when there is haze in the region. He said: “Malaysia and Singapore get angry because of the forest fires. It’s so easy to say, but you think we also don’t feel it? We feel it even more. Secondly, if you get fresh air from Sumatra, Kalimantan, you don’t say thank you. So, if you get the haze, why should I apologise?

    “The world has to pay for all of this. Don’t always accuse Indonesia. I never want to be accused. Even if we are wrong, why do we still give out so many permits (for land)?”

    Forest fires in Indonesia has been an annual problem, resulting in haze that blankets and choke parts of the country and the region. The fires are caused by farmers and corporations using the slash-and-burn method, which is the easiest, and cheapest, to clear the land for plantation.

     

    Source: ChannelNewsAsia

  • Gara-Gara Mahu Hidup Mewah Bergaya, 2 Sahabat Mungkin Mati Digantung

    Gara-Gara Mahu Hidup Mewah Bergaya, 2 Sahabat Mungkin Mati Digantung

    Dua sahabat yang ingin menjalani kehidupan mewah dan bergaya pada usia muda sanggup mengambil risiko dengan mengedar dadah di sekitar Besut.

    Bagaimanapun, aktiviti yang didalangi seorang mekanik berumur 23 tahun bersama rakannya yang merupakan seorang penggangur berumur 18 tahun tidak bertahan lama selepas kedua-duanya diberkas polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Pelagat, Besut, Isnin lalu (28 Nov).

    Ketua Polis Terengganu Rosli Ab Rahman berkata hasil serbuan kira-kira pukul 2.00 petang itu, polis menjumpai 670 biji pil kuda, 10 biji pil eramin 5, 1.25 gram syabu dan sebiji pil ecstacy yang bernilai kira-kira RM7,230 (S$2,300).

    Katanya dadah itu disorokkan di dalam sebuah kotak di bahagian bawah almari di rumah berkenaan.

    “Mereka didapati aktif dalam kegiatan pengedaran di sekitar Jerteh. Mereka tidak terlibat dalam penagihan sebaliknya hanya menjual dadah bagi memenuhi gaya hidup mewah,” katanya kepada watawan hari ini.

    Sebuah motosikal jenis EX-5 dan sebuah motosikal Yamaha 125z yang dianggarkan bernilai RM13,000 (S$4,150) turut disita dalam serbuan itu.

    “Kedua-dua mereka direman sehingga 4 Disember mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati,”katanya.

    Source: Berita MediaCorp