Tag: Masjid An-Nur

  • 3 Masjid, Madrasah Aljunied Gabung Tenaga Bawa Keceriaan Sempena Tahun Baru Cina

    3 Masjid, Madrasah Aljunied Gabung Tenaga Bawa Keceriaan Sempena Tahun Baru Cina

    Masjid-masjid di negara ini tidak ketinggalan turut serta dalam perayaan Tahun Baru Cina.

    Tiga masjid memasang sepanduk berwarna-warni dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina.

    Salah satunya, Masjid An-Nahdhah di Bishan yang bergabung tenaga dengan sebuah pusat prasekolah berdekatan mengadakan persembahan.

    Di Marsiling, Masjid An-Nur memberi buah-buah limau kepada beberapa rumah tumpangan warga emas di kawasan itu.

    Sekumpulan pelajar Madrasah Aljunied Al-Islamiah pula mengunjungi Sekolah Tinggi Perempuan Nanyang di mana mereka menyertai sesi menulis kaligrafi Cina serta menikmati konsert Tahun Baru Cina.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Dari Mana Sesetengah Masjid Dapat Duit $1 Juta Untuk Dilabur?

     

    Credit: Berita Harian SG
    Credit: Berita Harian SG

    BARU-BARU ini kita terbaca di akhbar dan mendengar berita di radio mengenai institusi Islam – lima masjid dan sebuah madrasah – yang melabur $14 juta dalam satu skim pelaburan projek pembangunan semula tanah wakaf The Red House di Katong.

    Anak Syarikat Muis, Wareen Investments Pte Ltd, yang menguruskan projek itu.

    Lima masjid itu ialah Masjid An-Nur, Masjid Darul Ghufran, Masjid Al-Mukminin, Masjid Assyakirin dan Masjid Muhammad Salleh (Palmer Road).

    Setiap masjid itu melabur $1 juta, (berjumlah $5 juta) dalam Wakaf Ilmu, Dana Pembangunan Amanah Yal Saif dan Madrasah AlJunied melabur untuk membeli tujuh unit rumah berjumlah $8.95 juta.

    Skim pelaburan tersebut bertujuan mempertingkat wakaf sambil meraih keuntungan yang dijanjikan iaitu Hibah sebanyak 2.1 peratus atau $42,000 setahun bagi setiap masjid setelah genap dua tahun dan modal $1 juta dipulangkan.

    Masyarakat tahu bahawa masjidmasjid kita terkial-kial mencari dana. Oleh itu, sumbangan wang memang sentiasa diharapkan daripada masyarakat Islam di sini.

    Baca selanjutnya di http://beritaharian.sg/

    Sumber: Berita Harian SG