Tag: mat moto

  • 5 Lelaki Dipenjara, Didenda Kerana Lakukan Aksi ‘Wheelie’, ‘Superman’

    5 Lelaki Dipenjara, Didenda Kerana Lakukan Aksi ‘Wheelie’, ‘Superman’

    Tiga lelaki masing-masing dipenjara antara dua dan empat hari serta denda RM5,500 (S$1,800) oleh Mahkamah Trafik Malaysia hari ini (10 Okt), selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ‘Wheelie’ serta ala ‘Superman’.

    Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman penjara empat hari ke atas jurujual barangan telekomunikasi Mohamad Saiful Shamsudin yang berusia 27 tahun, dan pembantu mekanik Khairul Azizi Ahmad, 23.

    Sementara itu penganggur, Mohammad Fariez Farhan Md Nor, 20, dipenjara dua hari dan mahkamah memerintahkan kesemua mereka menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda itu.

    Mohamad Saiful didakwa menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya sambil melakukan aksi ala ‘Superman’ yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan lain di susur keluar Taman Melawar, berhampiran susur Balai Bomba KL pada 2.30 pagi, semalam (9 Okt).

    Khairul Azizi dan Mohammad Fariez Farhan pula didakwa menunggang motosikal sambil melakukan aksi wheelie di Jalan Tunku Abdul Rahman pada 8.05 dan 11.05 malam, semalam (9 Okt).

    Di mahkamah sama, seorang jurujual Muhamad Ikhwan Zamarudin, 24, dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,500 (S$1,800) manakala seorang penghantar surat Mohamad Hafiz Zulhawari Nikman, 19, dihukum penjara dua hari dan denda RM5,500 (S$1,800) selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan sama.

    Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas kedua-dua tertuduh itu bermula hari ini (10 Okt) dan penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

    Kesemua mereka didakwa di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, denda sehingga RM15,000 (S$5,000), serta lesen percubaan dibatalkan dan hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.

    Source: Berita MediaCorp

  • Mat Rep Motor Nak Cari Gaduh Pasal Orang Cui Motor

    Mat Rep Motor Nak Cari Gaduh Pasal Orang Cui Motor

    Rider of a P-plate KR 150cc gets down from bike, walked towards me with another friend, at Sengkang’s hockey stadium Macdonalds.

    “Lu ada hal pe tengok-tengok gua?!”

    “Huh??? Siapa tengok kau? Aku tengok motor kau. Pasal lawa ah.”

    “Lu jangan kasi reason step cui motor gua la! Lu nak ada hal dengan gua pe?!”

    *still lost, started laughing and walked away*

    “Eh lu takut pe?! Sini ah buto!”
    *his GF started to persuade him to relax, and they went in to Macdonalds*

    Nasib kau la boy aku tengah santaiiii.. Lu baru pass, muka masih boy 18-19 lagi, nak tunjuk gungho la pulak.. I cacotttt seh. Jangan kita terserempak lain hari sudah. Wild ah eh, yp-yp zaman sekarang.

     

    Source: Afiq Asmuni