Tag: Mufti Perak

  • Mufti Perak: Syirik Cium, Junjung Barang Peninggalan Nabi Dengan Melampau

    Mufti Perak: Syirik Cium, Junjung Barang Peninggalan Nabi Dengan Melampau

    KUALA LUMPUR: Perbuatan bertabarruk iaitu seperti mencium atau menjunjung barang-barang peninggalan Nabi Muhammad dengan gaya melampau, boleh membawa kepada syirik.

    Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kepada akhbar Utusan Malaysia.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas program ‘Lantunan Mahabbah Rasulullah’ yang diadakan di Kedah pada Jumaat lalu (24 Jun), yang didakwa memberi peluang kepada orang ramai mencium, memegang dan menjunjung athar atau peninggalan Rasulullah S.A.W.

    Bahkan kata Mufti Perak, belum tentu barang-barang yang dipamerkan itu adalah sahih dan benar-benar merupakan barang peninggalan Rasulullah.

    Malah menurutnya lagi kepada Utusan Malaysia, Rasulullah tidak pernah menganjurkan umatnya melakukan perbuatan sedemikian untuk mengambil keberkatan daripada barang-barang peninggalan tersebut.

    “Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah. Kalau ada pameran pun, pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana boleh membawa kepada syirik.

    “Lagipun kita tidak tahu sama ada sahih atau tidak barang-barang peninggalan Rasulullah itu. Jadi tidak perlu berbuat begitu, banyak lagi amalan dan sunnah Rasulullah yang boleh diikuti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

    Ada satu hadith dalam sahih bukhari kitab al-Haj Umar al- khattab mengatakan حدثنا محمد بن كثير أخبرنا سفيان عن الأعمش عن إبراهيم عن عابس بن ربيعة عن عمر رضي الله عنه أنه جاء إلى الحجر الأسود فقبله فقال إني أعلم أنك حجر لا تضر ولا تنفع ولولا أني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يقبلك ما قبلتك Aku mengetahui engkau adalah batu ( hajar aswad) tidak memudaratkan dan tidak memberi manfaat. Kalau lah aku tidak melihat nabi mencium engkau maka aku tidak akan mencium engkau ( hajar aswad ). Inilah maksud Tauhid yg sebenar yg ramai umat islam tidak paham. Moga kita dijauhkan dari fitnah mereka.

    Posted by Abdun Mujtahid on Monday, 27 June 2016

     

    Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri, ditukil akhbar itu sebagai berkata, pameran sedemikian sepatutnya dielakkan daripada diadakan, jika barang yang dikatakan adalah peninggalan Nabi Muhammad itu tidak boleh disahkan oleh mana-mana sejarawan dan ulama yang boleh dipercayai.

    Pameran ‘Lantunan Mahabbah Rasulullah’ itu dilaporkan dihadiri lebih 300 orang dan didakwa memberi mereka peluang mendekati barangan peninggalan Rasulullah seperti rambut, kesan tapak kaki dan pedang Baginda.

    “Kita sewajarnya memahami sebarang perkara dalam berhukumkan nas-nas yang sahih, bukan semata-mata berdasarkan perasaan atau tanpa asas yang kukuh sehingga akhirnya melahirkan perasaan lebih kepada mengikut emosi semata-mata,” kata Dr Zulkifli kepada Utusan Malaysia.

    (Gambar: Twitter/ElQowiyy)

    MUFTI KEDAH NAFFI ADA KAITAN DENGAN PROGRAM

    Jabatan Mufti Negeri Kedah pula menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan program tersebut, dan menyatakan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk persetujuan atau sokongan dalam penganjurannya, menurut Astro Awani.

    “Sebagai umat Islam, kita tidak digalakkan bertabarruk secara berlebih-lebihan seperti mencium, menjunjung replika athar Rasulullah S.A.W. dengan gaya melampau, ia dibimbangi dan dikhuatiri boleh membawa kepada khurafat atau syirik. Cukup sekadar mengambil berkat dengan berdoa serta salawat kepada Rasulullah,” menurut kenyataan itu.

    Gambar-gambar dan video para hadirin mengucup apa yang didakwa adalah pedang dan tapak kaki Nabi Muhammad di majlis itu mengundang rasa kurang senang di lelaman media sosial, menurut Utusan Malaysia.

    Program Lantunan Mahabbah Rasulullah adalah anjuran bersama MBAS, Yayasan Restu, Ibn Sina Institutes dan Majlis Mahabbah Rasul Malaysia.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Mufti Perak: Haram Beri Zakat Terus Kepada Asnaf

    Mufti Perak: Haram Beri Zakat Terus Kepada Asnaf

    PARIT BUNTAR, Jumaat – Umat Islam diminta tidak membayar zakat secara terus kepada asnaf kerana perbuatan itu hukumnya adalah haram, kata Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.

    Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk membayar zakat kepada pusat zakat yang dilantik oleh kerajaan di setiap negeri.

    “Mengikut hukum syarak, apabila ada satu badan yang telah dilantik kerajaan untuk mengumpul zakat fitrah dan harta, setiap orang wajib mengeluarkan zakat kepada badan tersebut.

    “Ini kerana badan itu telah diperintahkan supaya mencari dan mengumpulkan asnaf yang ada untuk disampaikan secara adil hasil zakat itu,” katanya pada sidang media selepas majlis penyampaian bantuan Aidilfitri kepada 300 fakir miskin dan sumbangan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) oleh Yayasan Muhibbah Fng Ah Seng di sini, hari ini.

    Dr Harussani mengulas berhubung isu viral di Facebook di mana sebanyak 70 peratus orang ramai bersetuju membayar zakat terus kepada asnaf manakala 30 peratus lagi kepada badan pungutan zakat.

    Katanya, pembayaran seperti itu hukumnya tidak sah dan dikhuatiri asnaf yang menerima itu layak atau tidak menerima zakat.

    “Pendapat seperti ini salah kerana MAIPk memberikan zakat secara adil kepada asnaf yang layak menerima zakat. Pegawai kita masuk kampung untuk mengesan asnaf yang layak menerima zakat dan gaji mereka kita ambil dari bahagian amil dan bukan dari asnaf,” katanya.

     

    Source: www.ismaweb.net

  • Mufti Perak: Menulis, Membaca Al-Quran Dalam Bahasa Selain Arab Dilarang

    Mufti Perak: Menulis, Membaca Al-Quran Dalam Bahasa Selain Arab Dilarang

    PUTRAJAYA: Menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah dilarang, demikian tegas Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

    Dalam kenyataan hari ini (3 Mac), Pengerusinya Tan Sri Harussani Zakaria berkata ini kerana penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.

    Perbuatan itu juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984, katanya.

    Beliau yang juga Mufti Perak mengulas mengenai kempen “Let’s Read The Quran” bagi menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

    Harussani berkata sebagai pihak bertanggungjawab dalam mengawal selia pencetakan, penerbitan dan pengimportan teks al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, LPPPQ memandang serius kempen berkenaan.

    Untuk itu, katanya, LPPPQ bersama-sama dengan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri akan mengambil tindakan tegas bagi menyekat gerakan dan kempen berkenaan.

    Dalam pada itu, Harussani berkata al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami kitab suci berkenaan, tidak boleh dianggap sebagai naskah al-Quran tetapi merupakan ‘terjemahan al-Quran’ atau ‘tafsir al-Quran’.

    Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal dalam bahasa Arab adalah dilarang kerana takut disalah fahami dan membacanya tidak mendapat pahala, katanya.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Mufti Perak: Reconsidering Issuing Cinema Licences As Muslims Only Go To “Beromen”

    Mufti Perak: Reconsidering Issuing Cinema Licences As Muslims Only Go To “Beromen”

    KUALA LUMPUR, July 21 — Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria urged authorities to reconsider awarding licences for cinemas today, claiming that Muslims frequent them not to watch films but to indulge in “hanky panky”.

    In a report by news portal Astro Awani, Harussani was quoted saying cinemas are a form of “vice” that is detrimental to the faith of Muslims in this country.

    “The cinemas themselves are a vice, what more sitting at couple seats that encourage others to commit vice in the cinemas,” Harussani told Awani.

    “No licence should have been awarded, they are there not to watch movies, but to ‘beromen’,” he added, using the Malay slang that roughly means “hanky panky”, but which is also used to mean “having sex”.

    Harussani also urged religious enforcers to nab unmarried couples whenever they see any, and not just in cinemas.

    “We spend so much money for preaching, but our own side is encouraging vice,” said Harussani.

    “The cinemas are already showing ‘romen’ stories, people who watch them want to ‘romen’ at their own seats; I don’t get why all this is happening.”

    Awani reported earlier today that a cinema outlet has banned unmarried Muslims from selecting couple’s seats — adjoining seats without an armrest separating the two — when frequenting its outlets in Perak.

    The report said that the Lotus Five Star (LFS) cinema in Seri Iskandar, a township with several tertiary education institutions, had issued the ban following “advice” from the Perak Tengah Municipal Council.

    It is unknown what by-law authorises the council to advise LFS’s management to implement the ban.

    It is also unclear how the cinema enforces the ban or what action will be taken for those who defy it.

    Malay Mail Online cannot yet reach LFS or the council for verification.

    LFS operates over 25 cinemas across the country, and is popularly known for showing Hindi and Tamil films.

     

    Source: www.themalaymailonline.com