Tag: Muslim

  • Pergerakan Yang Membatalkan Solat Anda

    Pergerakan Yang Membatalkan Solat Anda

    Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.

    Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:

    فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا

    Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.”

    (Riwayat al-Bukhari)

    Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.

    Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

    1. KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
    2. KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
    3. KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
    4. KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau

    وهو الأصح وقول الأكثرين

    Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]

    Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.

    Sekian.

     

    Source: Islam Itu Indah

  • Lelaki Dikecam Sebab Pandang Buah Dada Wanita Bertudung

    Lelaki Dikecam Sebab Pandang Buah Dada Wanita Bertudung

    Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu. Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.

    Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. “Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?” Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas. Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.

    “Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!” Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu? Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah?

    This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there as well as for your safety, pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Lelaki kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya. Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:

    Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.” Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:

    Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

    You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah. Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan?

     

    Source: M.S.

  • Koleksi Tudung Dari Anuar Zain

    Koleksi Tudung Dari Anuar Zain

    Dah lama tak dengar cerita tentang penyanyi pujaan wanita, Anuar Zain. Khabarnya Anuar Zain sudah mula berniaga. Lebih mengejutkan perniagaan yang diceburinya itu memang lain dari yang lain. Selalunya selebriti lelaki akan keluarkan jenama pakaian sendiri tapi Anuar Zain tampil berani dengan mengeluarkan jenama tudungnya sendiri yang diberi nama AwanByAz.

    Jangan terkejut, koleksi tudung ini sudah pun mula dijual menerusi laman rasmi www.shopbyaz.com. Menariknya tentang koleksi AwanByAz ini, setiap rekaan diinspirasikan daripada unsur-unsur keindahan alam semula jadi, kembara dan seni. Ketiga-tiga elemen ini diterapkan dalam koleksi AwanByAz. Apa yang pasti, tudung ini tampil dengan 7 rekaan corak moden yang pasti memikat hati para hijabista serta dihasilkan daripada fabrik yang berkualiti tinggi. Harga yang ditawarkan bermula RM220 hingga RM300.

    Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah mampukah tudung berharga RM200 ini bersaing dengan jenama-jenama hijab terkenal yang lain? Jom lihat koleksi tudung AwanByAz yang memang cantik-cantik belaka semuanya!

  • Akibat Buruk Berzina

    Akibat Buruk Berzina

    Zina merupakan kejahatan yang sangat besar yang memberi kesan amat buruk kepada penzina itu sendiri, khususnya dan kepada seluruh umat. Di zaman sekarang di mana banyaknya saluran dan media yang berusaha menyeret pada arah perbuatan keji ini, maka amat perlu untuk setiap orang mengetahui bahaya dan akibat buruk yang timbul dari dosa zina. Kita semua hendaklah lebih berhati-hati dan berwaspada agar tidak terjerumus, hatta, walaupun hanya mendekatinya. Di antara akibat buruk dan bahaya tersebut adalah:

    1. Dalam zina terkumpul bermacam-macam dosa dan keburukan yakni berkurangnya agama si penzina, hilangnya sikap wara’ (menjaga diri dari dosa), buruk kepribadian dan hilangnya rasa cemburu.

    2. Zina membunuh rasa malu, padahal dalam Islam malu merupakan suatu hal yang amat diambil berat dan perhiasan yang sangat indah khasnya bagi wanita.

    3. Menjadikan wajah pelakunya muram dan gelap.

    4. Membuat hati menjadi gelap dan mematikan sinarnya.

    5. Menjadikan pelakunya selalu dalam kemiskinan atau merasa demikian sehingga tidak pernah merasa cukup dengan apa yang diterimanya.

    6. Akan menghilangkan kehormatan pelakunya dan jatuh martabatnya baik di hadapan Allah mahupun sesama manusia.

    7. Allah akan mencampakkan sifat liar di hati penzina, sehingga pandangan matanya liar dan tidak terkawal.

    8. Pezina akan dipandang oleh manusia dengan pandangan mual dan tidak percaya.

    9. Zina mengeluarkan bau busuk yang mampu dihidu oleh orang-orang yang memiliki ‘qalbun salim’ (hati yang bersih) melalui mulut atau badannya.

    10. Kesempitan hati dan dada selalu meliputi para pezina. Apa yang ia dapati dalam kehidupan ini adalah sebalik dari apa yang diingininya. Ini adalah kerana, orang yang mencari kenikmatan hidup dengan cara bermaksiat kepada Allah maka Allah akan memberikan yang sebaliknya dari apa yang dia inginkan, dan Allah tidak menjadikan maksiat sebagai jalan untuk mendapatkan kebaikan dan kebahagiaan.

    11. Penzina telah mengharamkan dirinya untuk mendapat bidadari yang jelita di syurga kelak.

    12. Perzinaan menyeret kepada terputusnya hubungan silaturrahim, derhaka kepada orang tua, pekerjaan haram, berbuat zalim, serta menyia-nyiakan keluarga dan keturunan. Bahkan boleh membawa kepada pertumpahan darah dan sihir serta dosa-dosa besar yang lain. Zina biasanya berkait dengan dosa dan maksiat yang lain sebelum atau bila berlakunya dan selepas itu biasanya akan melahirkan kemaksiatan yang lain pula.

    13. Zina menghilangkan harga diri pelakunya dan merosakkan masa depannya di samping meninggalkan aib yang berpanjangan bukan sahaja kepada pelakunya malah kepada seluruh keluarganya.

    14. Aib yang dicontengkan kepada pelaku zina lebih membekas dan mendalam daripada asakan akidah kafir, misalnya, kerana orang kafir yang memeluk Islam selesailah persoalannya. Namun dosa zina akan benar-benar membekas dalam jiwa kerana walaupun akhirnya pelaku zina itu bertaubat dan membersihkan diri dia akan masih merasa berbeza dengan orang yang tidak pernah melakukannya.

    15. Jika wanita yang berzina hamil dan untuk menutupi aibnya ia mengugurkan kandungannya itu maka dia telah berzina dan juga telah membunuh jiwa yang tidak berdosa. Jika dia ialah seorang wanita yang telah bersuami dan melakukan kecurangan sehingga hamil dan membiarkan anak itu lahir maka dia telah memasukkan orang asing dalam keluarganya dan keluarga suaminya sehingga anak itu mendapat hak warisan mereka tanpa disedari siapa dia sebenarnya. Amat mengerikan, naudzubillah min dzalik.

    16. Perzinaan akan melahirkan generasi individu-individu yang tidak ada asal keturunan (nasab). Di mata masyarakat mereka tidak memiliki status sosial yang jelas.

    17. Pezina laki-laki berarti telah menodai kesucian dan kehormatan wanita.

    18. Zina dapat menyemai permusuhan dan menyalakan api dendam antara keluarga wanita dengan lelaki yang telah berzina dengannya.

    19. Perzinaan sangat mempengaruhi jiwa kaum keluarganya di mana mereka akan merasa jatuh martabat di mata masyarakat, sehingga kadang-kadang menyebabkan mereka tidak berani untuk mengangkat muka di hadapan orang lain.

    20. Perzinaan menyebabkan menularnya penyakit-penyakit berbahaya seperti aids, siphilis, dan gonorhea atau kencing bernanah.

    21. Perzinaan menjadikan sebab hancurnya suatu masyarakat yakni mereka semua akan dimusnahkan oleh Allah akibat dosa zina yang tersebar dan yang dilakukan secara terang-terangan.

    Wallahualam. Semoga kita menjauhi perbuatan zina.

     

    Source: Islampos

  • Reasons Why Islam Forbids Anal Sex

    Reasons Why Islam Forbids Anal Sex

    Bagi anda yang teringin nak melayari bahtera rumah tangga tu, boleh la ambil informasi ni sebagai satu pengetahuan dalam kehidupan seks anda nanti..Bukan apa, mungkin ada antara anda yakni lelaki yang teringin nak cuba-cuba masuk ikut “pintu belakang” ni kan? Mungkin selepas membaca informasi ini nanti, anda akan fikirkan “rancangan” anda itu semula..Apa-apa pun, jom baca dahulu cerita kat bawah ni..

    Imam Syafie berkata dari Khuzaimah bin Thabit: “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W tentang menggauli isteri dari belakang (dari arah dubur). Rasulullah S.A.W menjawab: “Itu halal”. Apabila orang itu hendak pulang, Rasulullah S.A.W memanggilnya dan bertanya: “Apa yang kau tanyakan tadi? Pada lubang mana antara dua lubang? Pada lubang yang mana? Pada yang mana? Apakah dari belakang (tapi) farajnya? Itu memang halal, ataukah dari belakang duburnya? Maka itu tidak boleh (haram). Sesungguhnya Allah tidak malu terhadap kebenaran, janganlah menggauli wanita dari duburnya.”

    Menurut Ibnu Qayyim, larangan berjimak melalui dubur kerana:

    1. Tempat terjadinya janin pada rahim dan bukannya dubur, iaitu tempat najis.
    2. Isteri tidak dapat haknya menikmati jimak sepenuhnya.
    3. Dubur diciptakan oleh Allah bukan untuk disetubuhi.
    4. Air mani tidak dapat keluar sepenuhnya.
    5. Ia menyakitkan wanita kerana jauh daripada tabiat semula jadi.
    6. Mendatangkan fobia kepada pasangan.
    7. Merosakkan jiwa kecuali bertaubat.
    8. Wajah tidak berseri.
    9. Mewarisi kehinaan dan kerendahan diri.
    10. Menimbulkan kebencian.

     

    Source: Islam Itu Indah