Tag: Muslim

  • Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sebagai ulangkaji untuk kita semua. Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dari kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yang Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani. Orang yang memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yang mencari kemenangan. Untuk memperolehi nikmat kemenangan di dalam solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

    • Mengetahui Masuk Waktu Solat
      • Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dengan penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bagi setiap waktu yang hendak dikerjakan
      • Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yang hendak dikerjakan.
    • Kiblat
      • Mengetahui arah kiblat yang menjurus ke arah Kaabah
    • Menutup Aurat
    • Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut
    • Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan
    • Mengetahui Cara Mengerjakan Solat
      • Dengan mengetahui rukun dan sunat di dalam setiap pergerakan solat
    • Bersih dari Hadas
      • Bersih dari hadas kecil dan hadas besar
    • Bersih dari Najis
      • Bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh, pakaian dan tempat solat
      • Tidak boleh bersentuh najis dengan sebahagian dari badannya
    • Berhenti dari berkata-kata
      • Berhenti dari mengeluarkan kata-kata dengan sengaja selain dari bacaan Al Quran, zikir dan doa
      • Solat adalah batal walapun berkata-kata dengan dua huruf
    • Meninggal atau melebihkan Rukun
      • Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dengan sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali
      • Wajib meninggalkan perbuatan yang bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut

     

     

    Source: Islam Itu Indah

     

  • Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula Untuk Siasatan Atas Kecuaian

    Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula Untuk Siasatan Atas Kecuaian

    ALOR SETAR, KEDAH – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

    Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    “Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB. Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah. Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

    “Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah. Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.  Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

  • Macam Mana Nak Tahu Pasangan Kita Setia Atau Tidak?

    Macam Mana Nak Tahu Pasangan Kita Setia Atau Tidak?

    Setia, senang diucap tapi susah nak dilakukan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan pasangan hilang kepercayaan lalu kesetiaan hilang.

    Bagaimana anda boleh menjadi seseorang yang setia atau melihat seseorang itu seorang yang setia.

    1. Menghormati Antara Satu Sama Lain

    Pasangan yang setia akan mendengarkan dengan teliti antara satu sama lain.

    2. Menggunakan media sosial dengan sebaiknya

    Mereka akan menjaga interaksi mereka dengan kawan yang berlainan jantina. Menjaga mata, tangan dan hati. Di laman sosial, mereka akan mengelakan untuk menggoda dan tergoda seperti chatting bagi mengelakan wujudnya ketidaksetiaan.

    3. Menjaga Hal Peribadi

    Pasangan yang setia akan selalu menjaga hal peribadi untuk anda dan pasangan sahaja. Jika jadi sesuatu, si dia akan cepat-cepat cari anda dan cerita segalanya kepada anda. Selain itu, pasangan setia akan menjaga perkara peribadi agar tidak bocor ke media sosial.

    4. Sentiasa Beri Sokongan

    Sokongan dan dorongan sangat penting dalam sebuah perhubungan. Pasangan setia akan sentiasa memberikan sokongan anda. Jika ada seseorang yang memalukan anda, pasangan anda akan membela anda dan bukan ikut terketawa.

    5. Berkemunikasi Secara Profesional Dengan Orang Yang Berlainan Jantina

    Pasangan yang baik akan bertindak seolah-olah pasangan mereka ada disisinya. Dengan itu, mereka akan menjaga jarak dengan mereka yang berlainan jenis. Mereka juga tidak akan bermain mata, menyentuh mahupun cuba untuk menggoda.

    6. Selalu Buat Keputusan Bersama

    Dalam satu hubungan, membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang penting. Pasangan yang setia akan berbincang untuk menentukan keputusan mana yang lebih penting.

    7. Bersifat Terbuka

    Pasangan yang setia akan bersifat terbuka. Mereka tidak akan menyimpan rahsia baik tentang perkara kecil dan besar.

    8. Mengutamakan Pasangan

    Bila berlaku sesuatu, pasangan yang setia akan segera memberi tahu kepada pasanganya. Mereka akan mengutamakan pasangan berbanding kawan, orang tua mahupun media sosial.

  • Ciri-Ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

    Ciri-Ciri Suami Yang Sweet Dan Romantik

    1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

    2. Peluk isteri secara tiba-tiba.

    3. Puji isteri cantik.

    4. Bergurau senda dengan isteri time baru balik keje.

    5. Kemas rumah atau masak bersama isteri kat dapur.

    6. Urut bahu atau picit kepala isteri dengan sukarela time tengah santai-santai duduk kat sofa sambil tengok TV

    7. Tolak stroller baby atau dukung anak time shopping bersama isteri.

    8. Berada disisi isteri time isteri melahirkan anak.

    9. Sanggup bangun pagi dan masak breakfast untuk isteri.

    10. Belanja isteri pergi shopping sakan dengan ikhlas dan gembira.

    11. Bagi hadiah atau bunga kat isteri walaupun bukan pada hari anniversary ataupun birthday.

    12. Dengar luahan isteri time isteri tengah sedih akibat PMS sambil bagi kata-kata semangat.

    13. Rajin solat berjemaah bersama isteri dan cenderung mengajak isteri lebih dekat dengan Allah.

    14. Buat candle light dinner secara mengejut

    Psst: Dapat suami yang tak romantik pun takpe, terima seadaanya dia. Suami yang penyayang dan bertanggungjawab itu lagi penting. Betul tak?

    **Siapa kat sini dapat suami yang romantik ??

  • Isu Ucap Selamat Perayaan Agama Lain

    Isu Ucap Selamat Perayaan Agama Lain

    Negara Brunei Darussalam berpegang teguh kepada Mazhab Syafie dan juga berpendirian anti-wahabi. Pelita Brunei, penerbitan rasmi Kementerian Penerangan Kerajaan Negara Brunei Darussalam, ada mengeluarkan Irsyad atau Panduan mengenai “Hukum memberi ucapan tahniah sempena perayaan agama lain”. Pada Disember 2015, Sultan Brunei juga pernah bertitah melarang umat Islam di Brunei daripada merayakan perayaan agama lain dan juga mengucap tahniah atau selamat sempena perayaan Krismas, misalnya. Sebab-musabab yang diberikan Kerajaan Brunei Darussalam serupa dengan apa yang diberikan Mufti Menk. (Sila baca perincian yg terdapat pada pautan Pelita Brunei)

    Di Malaysia, Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan panduan terperinci mengenai hukum ucap selamat perayaan agama lain. Dr MAZA (Mufti Perlis) dan Dr Zulkifli Al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan) masing-masing berpendapat ianya harus dilakukan oleh umat Islam. (Sila baca perincian pada pautan-pautan yang disertakan.)

    Di Indonesia, MUI tidak pernah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam dari mengucap selamat kepada penganut agama lain sewaktu perayaan mereka, tetapi melarang mereka daripada sama-sama merayakannya, serupa dengan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia. (Sila baca perincian pautan-pautan yang disertakan.)

    Di antara persoalan yang timbul adalah, apakah pihak-pihak yang melarang, seperti Kerajaan Brunei Darussalam dan Mufti Menk, boleh dianggap sebagai bersikap melampau?

    Dr Zulkifli Al Bakri (Mufti Wilayah Persekutuan Malaysia) berikan kupasan terperinci terhadap isu ini dengan mengemukakan dalil-dalil terperinci dari kedua-dua pihak yang mengharuskan dan juga yang melarangnya. Setelah membentangkan dalil-dalil dari kedua-dua belah pihak, Dr Zulkifli membuat tarjih untuk mengharuskan seseorang Muslim untuk melakukannya.

    Dalam perbezaan pendapat seperti ini dan juga dalam perkara-perkara lain, apakah pihak yang berlainan pandangan boleh dianggap sebagai berpendirian melampau atau ekstrim?

    Secara peribadi, mengambil pendekatan wasatiyyah lebih selamat rasanya.

    WaLlahua’lam bissowab.

     

     

    Source: Mohd Khair