Tag: Nabi Muhammad

  • Dr. Ustaz Rozaimi Ramle: Jangan Salah Gunakan Hadith Untuk Lariskan Perniagaan

    Dr. Ustaz Rozaimi Ramle: Jangan Salah Gunakan Hadith Untuk Lariskan Perniagaan

    Lasagne adalah makanan orang eropah. Ia bukan makanan di semenanjung arab sekadar kajian saya. Manakala al-Thareed pula ialah makanan arab yang mengandungi roti yang dicelup dengan kuah dan daging.

    Mungkin kita boleh lariskan jualan barang dengan mendakwa sesuatu itu berdasarkan hadith secara tidak berhati-hati. Tapi perlu diingat bahawa ancaman azab dari Nabi sallallah alaih wasallam bagi pendusta atas nama baginda sangat dahsyat.

    Beringatlah.

     

    Source: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

  • Bolehkah Orang Islam Mengucapkan ‘Merry Christmas’?

    Bolehkah Orang Islam Mengucapkan ‘Merry Christmas’?

    Adakah Haram Hukumnya mengucapkan Selamat Hari Natal/Christmas & Tahun Baru kerana ada dlm Hadith Nabi?

    “Barang Siapa yg Meniru, Mengucapkan Selamat kpd Agama Lain Bererti ia Telah Kafir & Neraka Janahamlah Tempatnya” (HR.Bukhari Muslim)

    sebarkan sebelum terlambat..

    Jawapan:

    Assalamualaikum.

    Hadis di atas PALSU, TIADA ASALNYA. Ia tidak wujud dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.

    Pereka hadis di atas sedang melakukan dosa yang sangat besar. Dia menipu menggunakan nama Rasulullah s.a.w, bahkan dia menipu menggunakan nama Imam Al Bukhari dan Muslim.

    Adapun hukum mengucapkan Merry Christmas, Dr Rozaimi berpegang ia terlarang kerana mempunyai unsur keredhaan kepada sambutan kuffar.

    Hanya boleh wish dengan ucapan yang tiada unsur tersebut.

     

    Source: Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith

  • Noor Deros: Apakah Islam Itu Setakat Nila-Nilai Yang Baik?

    Noor Deros: Apakah Islam Itu Setakat Nila-Nilai Yang Baik?

    Nabi datang bawa lebih dari nilai (values) dan akhlaq, Nabi datang bawa nilai terbaik antara yang baik dan yang baik antara yang nampak macam baik, Nabi datang bawa penyempurna akhlaq (لأتمم مكارم الأخلاق) bukan hanya akhlaq, Nabi datang bawa Syariah sebagai satu-satunya bentuk (form) yang mampu membawa, memelihara dan menyebarkan isi (substance) yang diajarkan wahyu dengan sempurna, ia bukan setakat undang-undang yanghanya tunduk pada konteks, sebaliknya ia (الثوابت) adalah undang-undang merentas zaman dan budaya yang mampu dan yang sepatutnya memelihara dan membaiki konteks.

    Contoh : keadilan kewangan hanya boleh berlaku bila hukum-hakam riba dijaga betul-betul, bercakap tentang keadilan kewangan sambil mengamalkan riba dan tidak menganggapnya sebagai masalah hanyalah satu usaha yang tidak jujur dan tidak akan berjaya, bahkan menambah kepada masalah yang sedia ada.

    Seorang muslim tidak sepatutnya mengecilkan Islam hanya pada takatan nilai dan menganggap bahawa dia boleh mencipta bentuk (form) baru (atau meminjamnya dari sistem bukan Islam) yang akan mampu menampung dan menyalurkan nilai-nilai yang dibawa wahyu dengan kualiti yang sama atau lebih baik. Dia lebih salah apabila terlalu terbuka belajar dari “sesiapa” sahaja dan mengambil bentuk dari sesiapa saja walaupun perkara yang dipelajari itu termasuk bab pegangan dan kepercayaan hidup. Hikmah yang dimaksudkan dalam hadith الحكمة ضالة المؤمن harus difahami betul-betul, merasakan dan menganggap sesuatu itu berhikmah tidak menjadikannya benar-benar berhikmah. Hikmah itu mesti Haq, jika tidak Haq, tiadalah hikmah itu.

    Manusia berakal sihat sudah sedia maklum akan nilai-nilai dan akhlaq asas, manusia tidak beragama juga tahu, tapi dia tidak akan mampu menghasilkan satu sistem menyeluruh yang dapat memelihara, menyebarkan dan mengukuhkan nilai-nilai dan akhlaq yang terbaik itu.

    Atas sebab ini diutuskan para Nabi, mereka bawa isi bersama dengan bentuk yang akan memelihara isi itu. Jika kita mengatakan bahawa agama ini hanyalah nilai-nilai semata-mata maka kita telah secara langsung memberikan lesen pada manusia untuk tidak mengambil “agama” dari para nabi; cukuplah menggunakan akal sendiri, kerana akak fitri kita semua sedia maklum bahawa rahmah itu baik, membantu satu sama lain itu baik, kebersihan itu baik, merendah diri itu baik etc.

    Memperlekehkan bentuk agama dan membenturkannya dengan nilai agama adalah langkah awal sebelum pengenyahan bentuk agama secara total. Bila ini berlaku maka agama setakat menjadi salah satu daripada falsafah-falsafah hidup yang terapung-apung dan terbuka kepada kefahaman dan kesalahfahaman sesiapa sahaja.

    Nilai tanpa bentuk samalah seperti roh tanpa jasad, ia tidak boleh berfungsi didalam dimensi yang berbentuk ini (dunia).

    Bentuk yang rosak akan memberi kesan pada nilai, samalah seperti badan yang diisi dengan makanan haram akan mencederakan rohani kita.

     

    Source: Noor Deros

  • Mohd Khair: Masyarakat Islam Harus Banteras Usaha Melemahkan Masyarakat

    Mohd Khair: Masyarakat Islam Harus Banteras Usaha Melemahkan Masyarakat

    Apakah kita harus berasa malu yang teramat sangat setiap kali ada jenayah yang dilapurkan sebagai dilakukan oleh orang Melayu atau orang Islam?

    Apakah Nabi Muhammad saw berasa teramat malu apabila pakciknya sendiri dan kaum kerabat yang lain tidak memeluk agama Islam, malah ada yang menentangnya dengan begitu keras sekali?

    Apakah Nabi Nuh as berasa teramat malu apabila kaum keluarganya sendiri tidak mahu beriman kepada ALlah swt?

    Apakah Nabi Lut as berasa teramat malu apabila isterinya sendiri yang mengkhianati dakwahnya?

    Apakah penganut Buddha berasa teramat malu apabila para Sami di Myanmar membakar madrasah dan masjid serta membunuh ramai orang Islam di sana?

    Apakah penganut Kristian berasa malu apabila pemerintah mereka membunuh ribuan ummat Islam saban tahun di merata tempat di bumi Ambiyaa?

    Pokoknya, kita tidak seharusnya berasa teramat malu dengan tindakan orang-orang yang melakukan kekejaman atas nama Islam. Sesiapapun boleh melakukan onar dengan menggunakan nama Islam kerana memang mahu mencemarkan nama Islam.

    Kita harus lebih bijak untuk tangani lemparan-lemparan najis yang datang dari pelbagai arah dan rupa bentuk terhadap Islam dan Ummahnya.

    Tiada apa yang kita harus terasa malu sekiranya kita yakin bahwa agama Islam adalah agama yang sempurna dengan nilai-nilai yang membangun lagi membawa kedamaian untuk setiap insan, tidak kira warna kulit mahupun kepercayaan.

    Apa yang seharusnya kita lakukan adalah untuk bangkit dengan lantang menolak segala tindakan dan tohmahan itu sebagai ANTI-ISLAM dan ANTI-MUSLIM.

    Dengan tegas kita juga harus katakan yang tindakan dan tohmahan itu adalah najis-najis orang lain yang sengaja dilemparkan kepada dunia demi merosakkan, merapuhkan, melemahkan, menjatuhkan dan membinasakan Islam dari luar dan dalam.

    Seharusnya kita usah berasa teramat malu tetapi sebaliknya berdiri dengan tegas untuk menolak segala tindakan dan tohmahan itu sebagai ANTI-ISLAM dan ANTI-MUSLIM, serta melihat itu semua sebagai strategi pihak-pihak tertentu untuk melemahkan kita sebagai Ummah Nabi Muhammad saw.

    Bahkan kita seharusnya terus menyebarkan dakwah dengan kemurnian dan kesucian Islam kepada seisi alam.

    Buang jauh-jauh sikap apologetik yang menjadikan kita lebih lemah kerana berasa malu yang tidak bertempat.

    (Nota: Kita dapat lihat sendiri betapa semakin banyak tohmahan yang dilemparkan kepada Islam dan Muslim, semakin berbondong-bondong orang masuk Islam, alhamdulillah. Itulah sebabnya juga kuta tidak seharusnya berasa bersalah atau malu dengan tindakan orang lain yang bertujuan mencemarkan nama Islam dan Muslim.)

     

    Source: Mohd Khair

  • Mufti Perak: Syirik Cium, Junjung Barang Peninggalan Nabi Dengan Melampau

    Mufti Perak: Syirik Cium, Junjung Barang Peninggalan Nabi Dengan Melampau

    KUALA LUMPUR: Perbuatan bertabarruk iaitu seperti mencium atau menjunjung barang-barang peninggalan Nabi Muhammad dengan gaya melampau, boleh membawa kepada syirik.

    Demikian menurut Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kepada akhbar Utusan Malaysia.

    Beliau berkata demikian sebagai mengulas program ‘Lantunan Mahabbah Rasulullah’ yang diadakan di Kedah pada Jumaat lalu (24 Jun), yang didakwa memberi peluang kepada orang ramai mencium, memegang dan menjunjung athar atau peninggalan Rasulullah S.A.W.

    Bahkan kata Mufti Perak, belum tentu barang-barang yang dipamerkan itu adalah sahih dan benar-benar merupakan barang peninggalan Rasulullah.

    Malah menurutnya lagi kepada Utusan Malaysia, Rasulullah tidak pernah menganjurkan umatnya melakukan perbuatan sedemikian untuk mengambil keberkatan daripada barang-barang peninggalan tersebut.

    “Umat Islam tidak usah bertabarruk dengan peninggalan Rasulullah. Kalau ada pameran pun, pergi tengok sahaja, tidak perlu buat macam itu sekali kerana boleh membawa kepada syirik.

    “Lagipun kita tidak tahu sama ada sahih atau tidak barang-barang peninggalan Rasulullah itu. Jadi tidak perlu berbuat begitu, banyak lagi amalan dan sunnah Rasulullah yang boleh diikuti,” katanya kepada Utusan Malaysia.

    Ada satu hadith dalam sahih bukhari kitab al-Haj Umar al- khattab mengatakan حدثنا محمد بن كثير أخبرنا سفيان عن الأعمش عن إبراهيم عن عابس بن ربيعة عن عمر رضي الله عنه أنه جاء إلى الحجر الأسود فقبله فقال إني أعلم أنك حجر لا تضر ولا تنفع ولولا أني رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يقبلك ما قبلتك Aku mengetahui engkau adalah batu ( hajar aswad) tidak memudaratkan dan tidak memberi manfaat. Kalau lah aku tidak melihat nabi mencium engkau maka aku tidak akan mencium engkau ( hajar aswad ). Inilah maksud Tauhid yg sebenar yg ramai umat islam tidak paham. Moga kita dijauhkan dari fitnah mereka.

    Posted by Abdun Mujtahid on Monday, 27 June 2016

     

    Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri, ditukil akhbar itu sebagai berkata, pameran sedemikian sepatutnya dielakkan daripada diadakan, jika barang yang dikatakan adalah peninggalan Nabi Muhammad itu tidak boleh disahkan oleh mana-mana sejarawan dan ulama yang boleh dipercayai.

    Pameran ‘Lantunan Mahabbah Rasulullah’ itu dilaporkan dihadiri lebih 300 orang dan didakwa memberi mereka peluang mendekati barangan peninggalan Rasulullah seperti rambut, kesan tapak kaki dan pedang Baginda.

    “Kita sewajarnya memahami sebarang perkara dalam berhukumkan nas-nas yang sahih, bukan semata-mata berdasarkan perasaan atau tanpa asas yang kukuh sehingga akhirnya melahirkan perasaan lebih kepada mengikut emosi semata-mata,” kata Dr Zulkifli kepada Utusan Malaysia.

    (Gambar: Twitter/ElQowiyy)

    MUFTI KEDAH NAFFI ADA KAITAN DENGAN PROGRAM

    Jabatan Mufti Negeri Kedah pula menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan program tersebut, dan menyatakan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk persetujuan atau sokongan dalam penganjurannya, menurut Astro Awani.

    “Sebagai umat Islam, kita tidak digalakkan bertabarruk secara berlebih-lebihan seperti mencium, menjunjung replika athar Rasulullah S.A.W. dengan gaya melampau, ia dibimbangi dan dikhuatiri boleh membawa kepada khurafat atau syirik. Cukup sekadar mengambil berkat dengan berdoa serta salawat kepada Rasulullah,” menurut kenyataan itu.

    Gambar-gambar dan video para hadirin mengucup apa yang didakwa adalah pedang dan tapak kaki Nabi Muhammad di majlis itu mengundang rasa kurang senang di lelaman media sosial, menurut Utusan Malaysia.

    Program Lantunan Mahabbah Rasulullah adalah anjuran bersama MBAS, Yayasan Restu, Ibn Sina Institutes dan Majlis Mahabbah Rasul Malaysia.

    Source: http://berita.mediacorp.sg