Tag: nikah

  • Jalaluddin Hassan Kembali Bergelar Suami, Kerusi Urut RM20,000 Jadi Hantaran

    Jalaluddin Hassan Kembali Bergelar Suami, Kerusi Urut RM20,000 Jadi Hantaran

    AKTOR veteran, Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rapidah Abdul Ghani, dalam satu majlis ringkas semalam.

    Jalaluddin, 63 tahun, dan Rapidah, 44, dinikahkan oleh abang pengantin perempuan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, kira-kira jam 11 pagi semalam.

    Jalaluddin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Rapidah, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

    Rapidah menerima lima dulang hantaran, termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000, dan menyerahkan tujuh dulang hantaran sebagai balasan.

    Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada November 2016 akibat komplikasi penyakit paru-paru berair dan buah pinggang.

    Oktober lalu, Jalaluddin memberitahu media dia sedang dalam proses mengenali seorang ibu tunggal yang dikenali melalui laman sosial Facebook.

     

     

     

    Source: Astro Awani

  • Pernikahan Seorang Belia Yang Berusia 21 Tahun Bersama Wanita 70 Tahun Atas Dasar Ibadah

    Pernikahan Seorang Belia Yang Berusia 21 Tahun Bersama Wanita 70 Tahun Atas Dasar Ibadah

    Cinta itu buta. Buta usia dan buta pangkat. Ini satu lagi pasangan yang berkahwin atas dasar dasar tersebut.

    Perbezaan usia antara Encik Ade Irawan dan Cik Sanih adalah sekitar 50 tahun, lapor laman Harian Metro.

    Ade Irawan, 21 tahun bernikah dengan Sanih, 70 tahun dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi pada Ahad lalu (24 Sep).

    Menurut laporan TribunnewsBogor, pernikahan pasangan itu menjadi viral setelah gambar mereka dimuat naik ke laman Facebook baru-baru ini.

    ISTERI DULU SERING MINTA BELIKAN BANYAK BENDA

    Menurut Encik Ade, beliau bernikah dengan Cik Sanih atas dasar cinta setelah perkahwinan sebelum ini dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan penceraian.

    “Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.

    “Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.

    Cik Sanih yang sudah dua kali menjadi janda pula berkata beliau berharap pernikahan kali ini kekal ke akhir hayat, lapor TribunnewsBogor.

    “Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” tambah beliau.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Kisah Mamat Tshirt-Jeans-Kasut-Converse Berkenan Dengan Seorang Ustazah Tudung Labuh

    Kisah Mamat Tshirt-Jeans-Kasut-Converse Berkenan Dengan Seorang Ustazah Tudung Labuh

    Di sebuah Universiti, ada sorang mamat tshirt jeans kasut converse berkenan dekat sorang student ustazah tudung labuh yang sangat cun.

    Masalahnya, ustazah tudung labuh ni tak bekenan dekat mamat ni, sebab dia dah bekenan sorang brader yang selalu imamkan sembahyang berjemaah di masjid. Sebenarnya, yang dia bekenan sangat bila imam tu baca Al Fatihah dan surah dengan tarannum hadar yang MasyAllah punya la sedap. Suara lunak merdu imam buat ustazah bertudung labuh ni jatuh hati.

    Kadang kadang, terasa geram di hati bila brader imam baca surah lazim pendek. Tak puas menikmati sedapnya suara imam diselang seli dengan tone bacaan power, sekejap Nahwand, naik pula ke Rhos kemudian di akhir ayat masuk pula Bayyati Khusaini. Amboihhh bertuahnya kalau dapat dibuat imam di rumah nanti.

    Paling dia suka, bila tiba subuh Jumaat. Sang imam melunak surah As Sajdah beralun sedap sampai kadang kadang makwe ustazah boleh pergi ruku’ walhal takbir tu untuk sujud sajdah. Punya lah asyik dengan bacaan sampai terlalai step sujud sajdah.

    Pernah juga beberapa kali orang lain jadi imam subuh Jumaat, agak sedikit down makwe tadi tapi apa boleh buat, sembahyang mesti diteruskan.

    ***

    Suatu hari, mamat pakai tshirt jeans kasut converse ni memberitahu ustazah tudung labuh yang dia bekenan betul dekat ustazah, dan plan nak masuk meminang. Memang selalunya trend student muslimah alim tak ada declare kapel kapel. Kalau suka, beritahu dan pergi lah masuk meminang. Mamat tshirt jeans converse tahu benar konsep itu. Kalau nasib baik dapat lah. Itu pun kena tengok juga istikhoroh belah perempuan dapat petunjuk ke tidak. Juga, lagi penting clearance dan approval dari kakak Naqibah.

    Ustazah menjadi serba salah. Nampak mamat ni macam bersungguh, tapi hati dia dah bekenan pada imam masjid suara sedap. Dalam hati dia curiga juga mamat ni power ke baca Quran, hafal dah banyak mana? Itu belum lagi masuk kira bacaan dia sedap atau malap. Tengok budak budak dia berkawan pun semuanya selebet naik motor jenis suka beremba. Ahhhh.

    Setelah mengambil pendapat Naqibah, dan pendapat ibu ayah, ustazah tudung labuh tadi membuat kata putus menolak hasrat mamat tshirt jeans converse. Tidak berwibawa kelibat mamat tadi menampilkan dirinya. “Pakaian melambangkan akhlak, sikap dan pergaulan” – begitu hipotesis akhir mereka.

    Tindakan susulan, demi mengelakkan another incident mamat tshirt jeans converse lain berani berani cakap nak masuk meminang, kawan kawan ustazah mencadangkan untuk menyampaikan pinangan sang ustazah kepada imam yang dia berkenan sangat tu, kerana pada dia, imam itu lah cinta pertama dan selamanya.

    Rancangan dibuat dengan rapi.

    Tidak berapa lama, suatu petang, wakil ustazah dapat juga bertemu imam yang dimaksudkan. Hasrat sang ustazah disampaikan kepada brader imam. Semua ciri, sikap malahan gambar ditunjuk kepada imam.

    Sang imam tersenyum, lalu dia memberitahu kepada wakil ustazah;

    “Tuan, sebenarnya tidak lama dahulu saya pernah mempelawa dia untuk saya peristerikan, tapi malangnya lamaran saya ditolak atas alasan cara saya berpakaian dan kawan kawan saya yang dia tidak kenal pun hati budi mereka”

    Wakil ustazah terperanjat bukan kepalang.

    Sang imam menambah lagi;

    “Lagi pun, minggu depan saya akan menikah dengan wanita lain pilihan ibu”

    ***

    Sebenarnya Tuhan, telah lebih awal memaqbulkan permintaan ustazah tudung labuh itu. Namun apakan daya, dia tidak nampak doanya datang jelas di depan mata, yang ternampak padanya cuma tshirt, jeans dan converse yang tidak langsung membawa apa apa makna.

    -Confession Tanjong Malim-

     

    Source: Fdaus Ahmad

  • Commentary: Trend Melancong Bersama Bukan Trend, Tapi Biasa

    Commentary: Trend Melancong Bersama Bukan Trend, Tapi Biasa

    Saya sebenarnya tidak rase yang hal couple pergi holiday same-same ini boleh dikatakan “trending”. Mungkin sebab dalam zaman saya ini kelakuan seperti ini memang common sangat. ramai kawan-kawan yang pergi melancong bersama, ataupon ajak lagi kawan lain yang couple jugak. mereka semue belum kahwin lagi, ade yang dah tunang ade yang stakat dating aje.

    Actually nak cakap pasal travelling dengan pasangan ni kalau ikut segi ugama memang salah. tapi saya berpendapat yang ade jugak bende positive yang boleh kami belajar dari ini.

    Cuba fikir kalau kita pergi holiday dengan gf atau bf kite, kami semue dapat pergi explore dunia bersama. Experience bende baru bersama, mungkin bende-bende yang tidak boleh kami buat di Singapura. Dapat jugak melihat pasangan kita, perangai dia, suka tak suka dia. Bonding katakan.

    Lagi satu, sebagai couple yang masih membesar atau tengah sibuk kerje, mungkin kite susah nak dapatkan mase untuk spend time bersama. Atau ibubapa tidak suka kite kluar ngan pasangan selalu sangat. Dan macam-macam alasan lain aje lah. Jadi, holiday inilah satu jawabnya untuk spend quality time together. kalau satu minggu jumpa sekali, atau satu bulan jumpa setakat brapa jam aja. This is the chance. This the only way dapat escape bersama buat sementara.

    Lagipon kalau nak ikut batasan pon boleh dengan tidur berasing. Memang impossible jugak kalau dua orang melancong tapi nak spend duit sewa dua bilik, tak masuk akal. kalau betul nak boleh lah order single bed, dah macam lain. tido kat couch pon boleh biar perempuan tido kat katil. Ikut hati masing-masing juga.

    Last, kalau kita pergi mcm gini bersendirian tidak lah lain sangat dengan kalau pergi holiday dengan pasangan dan family dia. Ok memang ada parents control sebab parents ada, tapi niat kalau bukan jahat then tetap ok kan?

     

    Salam,

    T

    Readers’ Contribution

  • Pelakon Nadiah M. Din Sanding Hari Ini, Jumlah Kos Lebih $100,000

    Pelakon Nadiah M. Din Sanding Hari Ini, Jumlah Kos Lebih $100,000

    Personaliti setempat Nadiah M. Din dan suaminya Bilal Jeanpierre bersanding hari ini (10 Dis) dalam majlis besar-besaran yang dihadiri oleh sekitar 2,300 jemputan.

    Majlis persandingan itu turut dibahagikan kepada dua sesi iaitu jamuan sarapan tengah hari dan jamuan makan malam.

    Menurut perancang perkahwinan, Cik Lulu Mustika, jamuan sarapan tengah hari bakal dihadiri oleh golongan VIP dan selebriti. Satu acara resepsi turut diadakan dari 10.30 pagi.

    Jamuan makan malam pula akan dimeriahkan oleh kira-kira 2,000 saudara-mara dan sahabat-handai kedua belah mempelai.

    Cik Lulu memberitahu BERITAMediacorp: “Majlis persandingan ini disokong oleh lebih 70 ‘vendor’, termasuk lebih 60 penaja.”

    “Berkat bagi jamuan sarapan tengah hari merangkumi lapan jenis barangan termasuk beg tote, buku nota, lilin, pes masakan, tart Nutella, minyak Argan dan sabun lavender.

    “Antara yang menaja adalah Grey by Ortenhill, Zahara Cosmetics, Asyura, Pink Sucree, Argabody dan Berkatfg,” kongsinya.

    Tema bagi jamuan sebelah pagi adalah ‘Under The Sea’ manakala acara makan malam pula bertemakan Bollywood.

    Nadiah M Din dan Bilal Jeanpierre juga mempunyai tiga persalinan pakaian dari Fatimah Mohsin The Wedding Gallery.

    Kos bagi majlis persandingan, malam berinai, parti ‘bachelorette’ dan majlis pernikahan dianggarkan lebih S$100,000. Jumlah hantaran tidak dinyatakan.

    NADIAH: MENGGEMBIRAKAN TETAPI MEMBERI TEKANAN

    Ketika dihubungi BERITAMediacorp pada malam berinai pada 8 Disember, Nadiah berkongsi: “Segala persiapan amat menggembirakan saya, tetapi juga memberi tekanan pada masa yang sama.”

    “Merancang majlis persandingan memang seronok, tetapi tekanan pasti akan ada juga,” balasnya ringkas.

    Nadiah M Din bernikah dengan pilihan hatinya Bilal Jeanpierre, yang berbangsa Perancis, pada 14 Ogos lalu dalam satu acara tertutup di The Colonial @ Scotts. Majlis itu dihadiri oleh 200 jemputan.

    Cik Lulu Mustika, yang sudah mengendalikan bisnes perancang perkahwinan selama empat tahun, turut memberitahu BERITAMediacorp bahawa perancangan bagi majlis ini bermula sejak setahun lalu.

    “Meskipun agak mencabar untuk menguruskan lebih 70 ‘vendor’ dalam satu masa, mereka semua sangat membantu. Malah, Nadiah dan Bilal juga merancang majlis ini bersama-sama saya sehingga awal pagi, adakalanya sehingga jam 5.00 pagi.

    “Tetapi walau apa pun, saya tetap menikmati merancang segala persiapan bagi majlis ini,” tambahnya lagi.

    Malam berinai diadakan di HomeTeamNS Bukit Batok dengan tema Kampung, yang turut diserikan dengan Cabaran Pantun dan Cabaran Ikat Samping.

    Source: http://berita.mediacorp.sg