Tag: pelakon

  • Ahmad Stokin: Usah Bertelagah Tentang Isu Halal/Haram Di Bazaar Ramadan, Ada Isu-Isu Lebih Penting Untuk Masyrakat Tangani

    Ahmad Stokin: Usah Bertelagah Tentang Isu Halal/Haram Di Bazaar Ramadan, Ada Isu-Isu Lebih Penting Untuk Masyrakat Tangani

    Pd pandangan ambo masaalah “halal/haram” tu doh jadi masaalah individu. Dlm keadaan mcm ni kita bertelagah sesama sendiri pong tak guna ya tak. Pasai apo, silap nyo kito2 sendiri tak bersatu padu,tak bersatu hati. 30% kita tak setuju dongan cara masaalah ni di tangani, tapi 70% tak kesah langsong,Lagi pong dari pihak atas2 lagi tak pernah ada “aturan ketat” yg di kenakan dan sebahgian peniaga2 ni pong amek kesempatan nak cari untung jln mudah.

    Ada komen2 yg kito terbaca, yg meroyan tak tentu hala, tuduh 2 dan salahkan pihak2 tertentu. Soalan ambo salah siapo sebonarnyo ni.
    Pendapat ambo, salah kito2 lah. Antaronyo mungkin pendidikan ugama kito yg “asas” pon kito tak ado ya tak. apo ke tidak nyo, kalau ada komen yg “eleh yg penting nawaitu” hehehe ambo tanyo apo sebonarnyo nawaitu ko tu dik?

    Soalan ambo : Apo bezanyo gerai berkenaan dibazaar yg tak ado sitikepit halal dongan gerai/warong/kedai prata rojak meegoreng n briyani si muthusami yg selama ini org2 kita langgani bertahun2 lamanya??? (wajib jawap tau) kehkehkeh

    Cara kita tangani masaalah ini dgn mudah ialah kalau kita tau satu2 gerai tu menjual barangan yg tak halal, kita bersatu hati STOP jangan langgani gerai tu, “Tak ada pelanggan KOMPOM tutup bisnis dia” kankankan. Jadi kunci nya tu saja “bersatu hati” lah kita.

    P/s ambo lebeh suko kalau kita lebeh pikirkan, lebeh perihatin tentang issue “TUDUNG” kita. Apasal ramai yg tak peduli? Apasal perjuangan terbengkalai separuh jalan, doh bertahun tahun pon kan.

    Ohhhh Pelisssss jgn ckp itu masaalah lain ok,itu tetap masaalah kita.

    Selamat berbuka nanti maghrib (pd yg puasa lahhhhh) hehe

     

    Source: Ahmad Stokin

  • Pelakon Sharnaaz Ahmad Nikah Kakak Neelofa Malam Ini

    Pelakon Sharnaaz Ahmad Nikah Kakak Neelofa Malam Ini

    PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad dan kakak kepada pengacara Neelofa, iaitu Noor Nabila Mohd Noor akan disatukan sebagai suami isteri malam ini (31 Mac).

    Pasangan itu bakal dinikahkan dalam satu majlis yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan Damansara sekitar pukul 7.40 malam ini, lapor laman mStar.

    “Tarikh itu dipilih mengikut nasihat keluarga yang mahu perkahwinan kami dipercepatkan dan tarikh 31 Mac itu tiada apa-apa yang istimewa.

    “Keluarga mahu majlis dilakukan pada Mac kerana tidak mahu terkejar-kejar dengan bulan Ramadan dan Hari Raya Puasa,” ujar Sharnaaz kepada mStar Online.

    Majlis persandingan mereka pula diadakan Ahad ini (2 Apr) di Kuala Lumpur sebelum mengadakan majlis sebelah keluarga Sharnaaz di Pulau Pinang pada 16 April nanti.

    Menurut Sharnaaz, beliau dan Noor Nabila tidak mengadakan majlis pertunangan.

    “Kami buat majlis perkahwinan secara sederhana sahaja dan kami juga tidak bertunang kerana tidak mahu melalui dugaan bertunang.

    “Perkara itu juga antara nasihat keluarga yang mahu kami terus sahaja bernikah,” ujarnya.

    Sebelum ini, majlis merisik diadakan di rumah Noor Nabila pada 18 Disember 2016, lapor mStar Online.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Pelakon Era 80an Zakaria Yusof Hembuskan Nafas Akhir Hari Ini, Baru Pulang Tunaikan Umrah

    Pelakon Era 80an Zakaria Yusof Hembuskan Nafas Akhir Hari Ini, Baru Pulang Tunaikan Umrah

    Pelakon drama era 1980an, Zakaria Yusof meninggal dunia di Kuala Lumpur hari ini (11 Dis).

    Pemergian Zakaria, 65 tahun, dimaklumkan oleh Persatuan Seniman Malaysia menerusi laman facebook mereka.

    Menurut persatuan itu, Zakarian menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.45 pagi.

    Laman Astro Awani melaporkan Allahyarham meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sisi isteri, Fatimah Ali dan empat orang anaknya.

    Allahyarham, yang baru pulang daripada menunaikan ibadah umrah pada Rabu lalu (7 Dis), meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru, buah pinggang dan jantung, lapor Berita Harian Online Malaysia.

    Menantu Allahyarham, Rashidah Mohd Yusof, memberitahu BHM Online, arwah mengadu sakit dada pada sebelah malam selepas tiba di rumah, Rabu lalu.

    “Arwah mengadu sesak nafas. Keluarga segera menghubungi ambulans dan menghantarnya ke HKL,” katanya seperti yang ditukil oleh BH Online.

    Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran Taman Permata, Hulu Klang, hari ini.

    Source: Berita MediaCorp

  • Pelakon Veteran Datuk Abdul Aziz Singah, Meninggal Dunia

    Pelakon Veteran Datuk Abdul Aziz Singah, Meninggal Dunia

    KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Malaysia, Datuk Abdul Aziz Singah, meninggal dunia akibat barah prostat pada usia 75 tahun.

    Allahyarham, bekas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), pulang ke rahmatullah pada 11.30 malam semalam (1 Julai), menurut media-media Malaysia. Ia disahkan oleh anak keduanya, Ruzaimei Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Bob Singah di laman Facebook.

    Assalamualaikum semua… Dimaklumkan ayah saya DS Hj Abd Aziz Bin Singah telahpun kembali ke rahmatullah sbntr tadi. Semoga roh Allahyarham tenang dan di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    Posted by Ruzaimei Aziz on Friday, 1 July 2016

     

    Isteri Allahyarham, Datin Zunite Mohamed memberitahu Harian Metro bahawa Allahyarham dirawat di Institut Kanser Negara, Putrajaya sejak Mei lalu.

    Katanya, Allahyarham baru dibawa pulang ke rumah sekitar 9.00 malam semalam, namun meninggal dunia sekitar dua jam kemudian.

    Menurut Harian Metro, Allahyarham disahkan menghidapi barah prostat sejak lima tahun lalu dan pernah menjalani sesi radioterapi sebanyak 38 kali tahun lalu.

    Datin Zunite berkata Allahyarham sebelum ini meminta keluarganya membawanya pulang ke rumah, dan akhirnya, hospital mengizinkannya pulang malam semalam kerana keadaannya semakin tenat.

    Menurutnya lagi kepada Harian Metro, Allahyarham meminta untuk dikebumikan di kampung halamannya di Negeri Sembilan – keluarga Allahyarham yang sudah meninggal dunia dikebumikan di situ.

    Allahyarham terkenal dengan drama dan filem seperti PJ Holding, Sembilu Kasih, Sate dan Maria Mariana, Impian dan Kemarau Cinta.

    Allahyarham Datuk Abdul Aziz Singah akan dikebumikan sebelum solat Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Kampung Bongek, Rembau, Negeri Sembilan, menurut laporan Astro Awani.

    Source; http://berita.mediacorp.sg

  • Erwin Dawson Nak PR Malaysia Kerana Tertarik Dengan Kebebasan Mempraktik Islam

    Erwin Dawson Nak PR Malaysia Kerana Tertarik Dengan Kebebasan Mempraktik Islam

    PETALING JAYA: Pelakon baru yang berasal dari Singapura, Erwin Dawson berhasrat untuk berhijrah ke Malaysia selain mahu mendapatkan taraf Pemastautin Tetap (PR) di negara ini apabila layak kelak.

    Pemilik nama sebenar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 26, itu berkata, dia tertarik untuk menetap di Malaysia kerana berasa lebih bebas untuk mengamalkan ajaran Islam berbanding di negara asalnya.

    “Sejak beberapa bulan tinggal di negara ini saya tertarik dengan komuniti Islam di Malaysia yang berbeza daripada negara asal saya.

    “Sebagai seorang Muslim saya ingin berada dalam komuniti yang membolehkan saya mengamalkan agama saya tanpa sebarang sekatan dan itu adalah faktor utama mengapa saya ingin memohon menjadi rakyat negara ini,” katanya kepada mStar Online.

    Bagaimanapun kata Erwin dia sedar bukan mudah untuk mendapatkan PR dan perlu tinggal di negara ini sekurang-kurangnya lima tahun sebelum membuat permohonan tersebut.

    Erwin memberitahu dia tinggal di negara ini sejak November tahun lalu.

    Erwin semakin selesa bergelar pelakon di Malaysia.

    Dalam pada itu, jejaka kacukan Melayu Singapura dan New Zealand ini berkata, keluarganya juga tidak menghalang dengan keputusannya itu memandangkan jarak kedua-dua buah negara tidak jauh.

    “Jika diikutkan sejarah bapa kepada ibu saya berasal dari Perak tetapi saya tidak pernah ke sana kerana semua ahli keluarga telah berpindah ke Singapura jadi bukan sesuatu yang pelik apabila saya ingin berhijrah ke Malaysia.

    “Mungkin ada saudara-mara jauh yang masih tinggal di sini tetapi tidak pernah mengenali atau berjumpa dengan mereka,” katanya.

    Sementara itu, Erwin berkata, dia ingin meneruskan karier lakonannya di Malaysia selepas melihat peluang untuknya mengembangkan kerjayanya sangat besar.

    “Alhamdulillah setakat ini saya gembira dengan perkembangan kerjaya saya di Malaysia dan kepercayaan pihak produksi memberikan tawaran juga cukup baik.

    Bagaimanapun kata Erwin, dia berharap dapat membeli sebuah kereta dalam masa terdekat bagi memudahkan dia berulang-alik ke lokasi penggambaran memandangkan ketika ini terpaksa berharap kepada krew produksi.

     

    Source: www.mstar.com.my