Tag: pengantin

  • ‘Saya Kurus Sebab Semangat Diet Nak Kahwin’

    ‘Saya Kurus Sebab Semangat Diet Nak Kahwin’

    Lain orang lain cara, jangan ikut kalau badan tiada daya ketahanan yang tinggi. Saya bukan pakar fitness, tetapi ia berkesan pada saya. Bila badan dah naik, saya akan diet sekejap. Dan bila badan dah slim, saya makan macam-macam semula. Ambil yang baik, yang buruk buang jauh-jauh.

    NO CARBO, NO SUGAR, NO FRUIT

    Tempoh pembasmian lemak asal dalam badan selama 14 hari. Tanpa karbo, tanpa gula dan tanpa buah. Tenaga dari lemak asal dalam badan akan digunakan untuk memproses protein yang kita makan 14 hari pertama.

    Untuk menu selama 14 hari:

    Sarapan pagi – tiga biji telur setiap pagi
    Makan tengah hari – Ayam goreng, grill, bakar 1/4 (beli je)
    Makan malam (sebelum 7 petang) – Sup sayur hijau, ayam atau daging

    Makanlah berkilo-kilo protein setiap hari. Lagi banyak kilo turun sebab lemak-lemak asal dalam badan bekerja sekuatnya untuk membakar protein yang kita makan.

    Ingat, disiplin mesti kuat. Seriously saya tak ambil karbo, gula dan buah selama 14 hari. Sayur yang dalam kategori buah pun saya elakkan. Tak tipu. Seafood pun tak makan. Air kosong sahaja 3 liter sehari.
    Selepas 14 hari pembasmian lemak dalam badan, hari ke-15 bolehlah makan karbo. Tetapi makan karbo 1/4 dari kebiasaan saja. Kalau selalunya 4 senduk nasi, jadikanlah satu senduk saja. Lebihkan lauk. Yang penting jangan skip makan.

    Jadi saya bagi alasan kurus kerana sakit, jadi orang tak marah, kasihan adalah. Kebetulan masa itu saya sakit kaki, masuk wad. Semua percaya itu faktor saya kurus. Sorry kawan-kawan, saya memang sakit tetapi saya kurus sebab semangat diet nak kahwin.

  • Response Pak Andam Terhadap Majlis Perkahwinan Minggu Lalu Yang Menerima Pelbagai Kritikan (Kompang, Scooter Dan Pengantin)

    Response Pak Andam Terhadap Majlis Perkahwinan Minggu Lalu Yang Menerima Pelbagai Kritikan (Kompang, Scooter Dan Pengantin)

    CINTA AKU SEADANYA!

    Saya adalah Pak Andam Mempelai dan menyaksikan dari mula majlis hingga akhir majlis. Ramai yang comment negative with regards to the Kompang Group WHICH is Proudly Sponsor by adek pengantin Lelaki. Setahu saya mempelai menerima saje dan beri support kerana adeknya berhati besar nak sponsor kompang. Saya rasa pengantin pon terkejut kot akan persembahan kompang etc! bukan hari hari mereka sanding kan!. Kalau megikuti adat memang harus dan berkah jika kompang Diiringi Selawat dan sebagainya. Moga comment and feedback anda dapat memberi kumpulan kompang tersebut lebih banyak peransang dan semangat untuk kembali melaksanakan apa yang wajar. Ade yang comment hingga mengutuk tetapi bukan menasihati, dan saya rasa itu bukan sikap Sunnah Rasul dalam berdakwah . Saya Harap kita semua kalau nak comment apa apa harap dengan kekata elok elok baru lah anak muda kita sedar dan bangkit. Bukan ke ajaran Islam itu indah .

    Yang Kedua Falsafah pasal Scooter, WOW! Creative pulak!! saya suka! sebelum bergerak mereka mempersembahkan SCOOTER IN ACTION lahhhhh bagi meraihkan Pengantin dah Tiba!. Ni kan trend zaman sekarang ngan scooter tu baru baru ini.. kita pon tak dapat menyangka apa lagi creative creative di masa akan datang. Husnuzon je lerrr

    Yang Ketiga…. Ade yang mengutuk Pengantin Perempuan dengan zahirnya, tubuh badannya.

    Allah Azza Wa Jalla, berfirman:

    يٰٓأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّنْ قَوْمٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُونُوا خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّنْ نِّسَآءٍ عَسٰىٓ أَنْ يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا أَنْفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقٰبِ ۖ بِئْسَ الِاسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمٰنِ ۚ وَمَنْ لَّمْ يَتُبْ فَأُولٰٓئِكَ هُمُ الظّٰلِمُونَ

    “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah suatu kaum mengolok-olok kaum yang lain, (karena) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olok), dan jangan pula perempuan-perempuan (mengolok-olokkan) perempuan lain, (karena) boleh jadi perempuan (yang diolok-olokkan) lebih baik dari perempuan (yang mengolok-olok). Janganlah kamu saling mencela satu sama lain, dan janganlah saling memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertobat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (QS. Al-Hujurat 49 ayat 11)

    Jika Kamu mengutuk tubuh badan orang lain, anda juga mengutuk CIPTAAN ALLAH SWT. Anda tergolong dalam Orang Yang Zalim. Minta maaf lah kepada pengantin Nora . Orang melayu kata berani buat berani tanggung, Berani comment berani tanggung tapi di akhirat kelak . Apa pon Kami pihak Grandeur Fai amat mencintai semua mempelai tidak kira siapa mereka dan apa jua bentuk badan mereka kita terima dan beri layanan yang sama kasih antara satu sama lain.

    Sekian dan Benar tulus iklas: Fai Bani

    *Lets give her our support with all the beautiful words and we are all the same Even in hereafter you Nora Abu Bakar will be the utmost beautiful princess in Jannah Firdausi amin!

    Follow and watch the Link below with all the comments!
    https://m.facebook.com/story.php…

     

    Source: Grandeur Fai

     

  • ‘Pengantin’ Agih Makan Free Berkat Kemajuan Dalam Perniagaan

    ‘Pengantin’ Agih Makan Free Berkat Kemajuan Dalam Perniagaan

    KOTA BAHRU: Dalam kesibukan di waktu pagi, ramai yang tidak menyangka akan mendapat ‘rezeki’ sarapan pagi percuma dari seorang ‘pengantin’ di tepi jalan.

    Nor Hamidi Mohd Nadzir, 27 tahun, mengejutkan sebahagian besar pengguna jalan raya di Jalan Kok Lanas-Machang, Kelantan dengan berpakaian pengantin serba lengkap dan mengagihkan makanan kepada mereka, lapor laman Berita Harian Malaysia.

    Nor Hamidi, yang merupakan pemilik butik pengantin D’Rias Bridal Collection, mengagihkan 120 bungkus bihun dan nasi goreng setiap hari sejak Ahad lalu (15 Mei) sebagai tanda kesyukuran dan mahu berkongsi rezeki setelah pernigaannya mencatat keuntungan pada bulan Februari dan Mac lalu, menurut laman Berita Harian Malaysia.

    Gambar-gambar Nor Hamidi sedang mengagihkan sarapan pagi kepada para pengguna jalan raya turut dimuat naik ke laman Facebook D’Rias Bridal dan disambut baik oleh para pengguna laman media sosial.

    Beliau juga bertukar-tukar baju pengantin setiap hari.

    “Idea berpakaian lengkap sebagai pengantin adalah bagi menarik perhatian pengguna untuk singgah selain tidak memerlukan modal memandangkan saya mempunyai butik pengantin,” katanya ketika ditemui wartawan Berita Harian Malaysia tadi (17 Mei).

    Nor Hamidi, yang masih bujang, berkata beliau dibantu tiga pekerjanya untuk mengagihkan bungkusan sarapan yang dimasak ibunya, Rokiah Idris, 54 tahun.

    Source: http://berita.mediacorp.sg