Tag: perkahwinan

  • Husband Having Scandals, Who Should You Blame?

    Husband Having Scandals, Who Should You Blame?

    Few months ago, aku terkejut dapat satu PM dari sorang sis ni. Aku tak ingat the content exactly. Yang aku ingat cuma this line from a long PM, “Sis, saya nak tau apa hubungan awak dengan suami saya.” Dari bulat muka kecik tu, aku clicked View Profile. Laki siapa pulak yang aku da “kacau” ni.. Sampai kat profile cik kak ni, aku nampak gambar suami dia. Berair mata aku, terkekek2. Its not the first time aku kena “serang” dengan isteri orang yang cemburu buta. Aku paling pantang perempuan yang tuduh2 tak gunakan akal.

    Kalau suami korang like gambar Janna nick, means dia ada affair dengan Janna Nick ke? Korang PM tak si Janna nick tu? Kenapa dia tak boleh tanya suami dia, “Awak ada affair ke dengan perempuan ni?” Kalau suami jawab ye, then too bad lor. Kalau suami kata tidak, then investigate further lor but please eh, nak investigate, kena cerdik. Bukan main mengkhinzir buta. Aku pernah dapat few PMs from few ladies yang kononnya agree dengan postings aku bab cheating husbands ni. Setakat ni, aku da received about 5 PM for the same issue. Husband dia ada perempuan lain and isteri ni fully aware, tapi dia mati2 salahkan perempuan tu sebab rosakkan rumahtangga dia. Aku da banyak wasted my precious time dengar stories camni. Si isteri tak terima bila aku tanya why they stay in that kinda marriage. Husband jenis suka tukar2 partner. Banyak GF.

    These wives pulak susah payah pergi serang si gf ni kat rumah dorang. Malukan gf ni kat FB. Hina dia. Condemn dia rabak2. Abih si suami tu apa? Mangsa keadaan? Malaikat? Suci dalam debu? Pls la, wake up la eh. If you choose to stay with a cheating husband, then zip it. Jangan ceritakan aib suami pada sesiapa. If you need help to get out of the marriage, then go through the proper channel. Jangan sedap mulut blame one party je. Cheating is not a mistake. Its a choice. Dia tak hormat you as a wife and you are okay with that, so live with it. Yang aku tak faham, why si isteri ni beriya2 salahkan perempuan tu je. Padahal si suami tu, da tau ada isteri, ada anak2, masih nak ada scandal.

    So salah siapa sebenarnya? Hati kita semua milik Allah SWT.  Nak tawan hati, kena doa and mintak pada Allah. Kadang2 kita cintakan orang melebihi cinta kita pada Allah.  So kita akan diuji dengan benda yang paling kita sayang.. Tiap kali ada masalah, try to do a root cause analysis. Muhasabah.. Tanya macam2 soalan yang berkaitan dengan why..

    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>

    At the end of the whys, in shaa Allah you akan jumpa a solution. May Allah SWT eases the affairs of all the sistas yang tengah tension pikirkan if their husband is cheating on them ke tidak. May Allah SWT help all of you to do the right thing. I will not entertain anymore topics about husbands for a while. Da muak.

     

    Source: Khainis Tahir

  • Pernikahan Seorang Belia Yang Berusia 21 Tahun Bersama Wanita 70 Tahun Atas Dasar Ibadah

    Pernikahan Seorang Belia Yang Berusia 21 Tahun Bersama Wanita 70 Tahun Atas Dasar Ibadah

    Cinta itu buta. Buta usia dan buta pangkat. Ini satu lagi pasangan yang berkahwin atas dasar dasar tersebut.

    Perbezaan usia antara Encik Ade Irawan dan Cik Sanih adalah sekitar 50 tahun, lapor laman Harian Metro.

    Ade Irawan, 21 tahun bernikah dengan Sanih, 70 tahun dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi pada Ahad lalu (24 Sep).

    Menurut laporan TribunnewsBogor, pernikahan pasangan itu menjadi viral setelah gambar mereka dimuat naik ke laman Facebook baru-baru ini.

    ISTERI DULU SERING MINTA BELIKAN BANYAK BENDA

    Menurut Encik Ade, beliau bernikah dengan Cik Sanih atas dasar cinta setelah perkahwinan sebelum ini dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan penceraian.

    “Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.

    “Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.

    Cik Sanih yang sudah dua kali menjadi janda pula berkata beliau berharap pernikahan kali ini kekal ke akhir hayat, lapor TribunnewsBogor.

    “Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” tambah beliau.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Fashion Terkini Pengantin Baru; A Ski Mask Wedding

    Fashion Terkini Pengantin Baru; A Ski Mask Wedding

    Apakah ini fashion baru untuk orang yang berkahwin?

    Image may contain: 2 people

    Kenapa mereka menutup muka macam penyamun? Curiga jugak.

    Image may contain: 1 person

    Takut kantoi kahwin lebih dari satu ke?

    Image may contain: 1 person

    Ataupun muka hodoh sangat sampai kene tutup..

    Image may contain: 1 person

    Tetapi maafkan kami kalau ini semua disebabkan sebuah perkahwinan yang diatur. Tutup muka dulu kasi suspense.

     

    Rilek1Corner

    (Artikel ini hanya hiburan semata-mata.)

  • Bila Hantaran Jadi Beban: Ada Terpaksa Pinjam Bank Atau Guna Cek Tendang

    Bila Hantaran Jadi Beban: Ada Terpaksa Pinjam Bank Atau Guna Cek Tendang

    Pinjam bank atau berbohong, termasuk memberi cek tendang.

    Itulah yang dilakukan sebahagian lelaki dan ibu bapa mereka – kadangkala dengan berpakat bersama tunang mereka tanpa pengetahuan ibu bapanya – gara-gara wang hantaran tinggi.

    Ini dinyatakan beberapa orang yang pernah mengendalikan kes sedemikian.

    “Bakal suami dan isteri ini berpakat. Hutang dengan bank untuk bayar hantaran. Inilah kenyataannya sekarang…,” dedah Cik Azhanani Kamis, seorang kaunselor bersama firma Apkim Resources yang turut mengendalikan kes kaunseling yang dirujuk Mahkamah Syariah.

    Penolong Pengurus Pusat Nasihat Hutang (DAC) Angkatan Karyawan Islam (AMP), Encik Saiful Nizam Jemain, juga berkata pusat itu ada menguruskan kes sukar membayar kembali hutang yang didapatkan bagi majlis perkahwinan, termasuk wang hantaran.

    “Pihak lelaki tidak menjelaskan kepada pasangannya bahawa beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu. Beliau meminjam wang itu kerana dikehendaki memenuhi persetujuan,” kata beliau mengenai kes eksekutif berusia 28 tahun itu.

    “Pinjaman bermasalah itu bermula dengan $10,000 bagi duit hantaran dan perbelanjaan lain. Tetapi dengan duit bunga, ia meningkat menjadi $15,000. Isterinya hanya tahu setelah mereka bernikah apabila bank menghantar surat tuntutan,” singkap Encik Saiful Nizam.

    Lelaki itu sedang berusaha melangsaikan hutang tersebut secara ansuran selepas perbincangan dengan bank dan Kaunseling Kredit Singapura (CCS).

    Encik Saiful Nizam berkata meskipun jumlah mereka yang mendapatkan bantuan DAC berhubung masalah menyelesaikan hutang majlis perkahwinan agak kecil, ia sesuatu yang tidak seharusnya berlaku.

    Sebanyak 20 daripada sekitar 900 kes yang diurus DAC sejak ia ditubuh dua tahun lalu kes melibatkan hutang majlis perkahwinan atau berkaitan dengannya, sama ada oleh pengantin atau ibu bapa pengantin.

    Pengantin terlibat berusia antara 24 dengan 35 tahun manakala ibu bapa antara 50 hingga 60 tahun.

    Cik Azhanani berkata ada pasangan bercerai sebelum hutang majlis perkahwinan atau wang hantaran dilangsai.

    “Ada mati-mati hendak berpisah sedangkan hutang wang hantaran dan majlis kahwin belum habis dibayar. Bagi wang hantaran, suami dan isteri masing-masing pinjam $5,000 daripada bank. Isteri turut berhutang ibunya $18,000 untuk katering dan hiasan majlis perkahwinan.

    “Isteri kata beliau akan selesaikan sendiri hutangnya pada ibunya. Dia kata, ‘saya tak kisah, saya tetap nak cerai’,” singkap Cik Azhanani.

    Seorang guru Al-Quran dan tuisyen pelajar madrasah, Ustazah Nurul Huda Khamsani, yang berumah tangga November lalu, berkata beban mengadakan wang hantaran tinggi adakala dirasa juga oleh pihak perempuan.

    “Saya tahu ada daripada kawan-kawan saya berkongsi bersama pasangan mereka untuk mengumpul wang hantaran. Si perempuan kasihankan pihak lelaki, jadi dia bantu kumpulkan wang itu.

    “Mereka olok-olok kononnya itu duit pihak suami, sebenarnya bukan. Mak bapa perempuan tak tahu. Sebenarnya, ramai yang buat perkara ini.

    “Oleh kerana duit yang ada sudah digunakan buat wang hantaran dan majlis hendak diadakan dengan gah, ada pula pinjam bank bagi majlis perkahwinan.

    “Lepas bernikah, bergaduh pasal duit, pasal hutang,” ujar Ustazah Nurul Huda, 28 tahun.

    Seorang naib kadi, Ustaz Noor Rawi, 60 tahun, pula berkata beliau pernah mendapat aduan pihak perempuan yang diberi cek tendang bagi wang hantaran.

    Seorang lagi naib kadi, Ustaz Dr Firdaus Yahya, berkata perbuatan memberi cek kosong itu mungkin dek wang hantaran tinggi yang diminta pihak perempuan dan telah disetujui pihak lelaki.

    “Keluarga perempuan minta, dan keluarga lelaki setuju sebab takut malu tidak dapat sediakan. Akhirnya, pihak lelaki beri cek kosong.

    “Semasa akad nikah, ditulis wang hantaran sudah diberi tetapi sebenarnya wang itu tidak ada. Ini sebab nak jaga air muka,” ujar beliau.

    Usahawan khidmat pengantin, Cik Fatimah Mohsin, 39 tahun, berkata tekanan rakan sebaya dan orang sekeliling antara punca perkara itu.

    “Orang Melayu selalu fikir tentang apa orang lain kata. Kita tidak harus begitu. Lakukanlah sesuatu berdasarkan kemampuan diri.

    “Jangan kerana orang lain, anak kita pun harus adakan wang hantaran atau belanja perkahwinan tinggi.

    “Apabila tidak cukup duit, mereka pinjam sana sini, sekali gus memulakan perkahwinan dengan pelbagai masalah,” ujar beliau.


    “Bakal suami dan isteri ini berpakat. Hutang dengan bank untuk bayar hantaran. Inilah kenyataannya sekarang…,”

    – Cik Azhanani Kamis, seorang kaunselor bersama firma Apkim Resources.

    “Pihak lelaki tidak menjelaskan kepada pasangannya bahawa beliau tidak mempunyai wang sebanyak itu. Beliau meminjam wang itu kerana dikehendaki memenuhi persetujuan.”

    – Penolong Pengurus Pusat Nasihat Hutang AMP, Encik Saiful Nizam Jemain.


    PERIHAL MAS KAHWIN DAN WANG HANTARAN

    ANGGARAN KADAR WANG HANTARAN DI SINGAPURA

    – Tiada: Satu atau dua daripada setiap 10 pasangan memilih tiada wang hantaran

    – $1,000 – $3,000: Sebagai tanda hadiah

    – $3,000: Pasangan muda berusia awal 20-an tahun.

    – $5,000 – $7,000: Kadar pertengahan.

    – $8,000: Lulusan politeknik.

    – $10,000 – $15,000: Lulusan universiti atau daripada keluarga berkemampuan

    – Jumlah paling popular: $8,000 hingga $10,000.

    (Berdasarkan maklumat beberapa naib kadi)

    PERBEZAAN ANTARA MAS KAHWIN DENGAN WANG HANTARAN

    – Mas kahwin: Hadiah yang wajib diberi suami kepada isteri dalam bentuk wang tunai atau barang.

    Di sini jumlahnya sekurang-kurangnya $100 tunai atau barang bernilai sekurang-kurangnya $100.

    – Hantaran: Hadiah dalam bentuk wang tunai dan/atau barang yang diberi mengikut adat masyarakat Melayu.

    Mengikut kebiasaan, jumlah wang hantaran diumum kepada hadirin semasa majlis pertunangan dan dipersembah dalam bentuk gubahan atau dimasukkan di dalam bingkai gambar dan diletak di atas dulang semasa majlis pernikahan.

    Kini ada keluarga memberinya dalam bentuk cek semasa majlis pernikahan.

    Ada pengantin menggunakan wang hantaran untuk membeli kelengkapan seperti katil, almari, dan lain-lain bagi rumah barunya.

    Hadiah hantaran diberi pasangan suami isteri kepada satu sama lain pada majlis perkahwinan. Ia biasanya merupakan barang keperluan harian seperti pakaian, jam tangan, kasut, dan kini telefon bimbit serta tablet, kelengkapan solat seperti sejadah dan telekung, serta makanan. Barang-barang itu biasanya diberi dalam bentuk pelbagai gubahan.

     

    Source: http://beritaharian.sg