Tag: puasa

  • Lanjut Usia Tak Bererti Puasa Terganggu

    Lanjut Usia Tak Bererti Puasa Terganggu

    DALAM meniti usia yang semakin senja, apa lagi yang diharapkan selain dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan kesenangan hidup di samping keluarga dan anak cucu.

    Namun, warga tua tidak boleh mengambil ringan dalam mengecapi kehidupan dan kesihatan ketika meniti bulan puasa nanti.

    Keprihatinan inilah yang bakal dikongsi oleh pakar geriatrik, Dr Nur Farhan Alami, sempena bulan Ramadan bagi mempersiap warga senja menjalani puasa dengan lancar.

    Dr Nur Farhan akan mengupas tajuk Sudah Tua, Masih Boleh Puasa Ke? dalam Bengkel Kesihatan Pra-Ramadan anjuran Berita Harian pada Sabtu, 4 Jun.

    Beliau, antara lain, akan menyentuh tentang langkah berjaga-jaga yang perlu diambil oleh warga emas semasa berpuasa.

    Dr Nur Farhan juga akan membentangkan aspek fisiologi orang tua – perubahan biologi dan psikologi mereka – yang akan berlaku pada setiap tahap kehidupan.

    Impak penuaan juga menyebabkan seseorang individu kehilangan atau tidak dapat mempertahan keseimbangan badan.

    Segala perubahan ini perlu diketahui dan difahami oleh penjaga warga emas bagi memastikan mereka benar-benar dapat menyesuaikan diri dengan peranan warga emas yang dijaga.

    Bahaya jatuh dan hilang upaya juga akan disentuh oleh Dr Nur Farhan.

    Justeru, beliau akan menerangkan tentang perlunya warga emas memiliki kemahiran menjaga diri agar mereka berada dalam keadaan fizikal dan psikologi terbaik semasa mengharungi bulan puasa.

    Dr Nur Farhan ialah antara tiga anggota panel dalam bengkel ini.

    Imam Masjid Al-Muttaqin, Ustaz Muslim Amad, akan turut tampil dan memperkatakan tajuk Hidup Sihat Keluarga Bahagia.

    Doktor Keluarga, Dr Elly Sabrina Ismail, pula akan memperkatakan tentang Fit Ramadan Bersama Famili. Makan Dan Senam Sihat Ketika Ramadan.

    Secara umum, mereka akan menyentuh tentang menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan yang perlu sentiasa diberi keutamaan.

    Apabila badan cergas seseorang dapat meneruskan puasa tanpa masalah kesihatan.


    YANG DAFTAR AWAL DIDAHULUKAN

    Penganjur: Berita Harian
    Tarikh: 4 Jun 2016
    Tempat: Berita Harian, News Centre, Singapore Press Holdings, 1000 Toa Payoh North
    Daftar Masuk: Bermula 9.30 pagi
    Bengkel: 10 pagi hingga 1 petang
    Panel:

    • Ustaz Muslim Amad, Imam Masjid Al-Muttaqin
      Tajuk: Hidup Sihat Keluarga Bahagia
    • Dr Elly Sabrina Ismail, Doktor Keluarga
      Tajuk: Fit Ramadan Bersama Famili.
      Makan Dan Senam Sihat Ketika Ramadan
    • Dr Nur Farhan Mohd Alami, Pakar Geriatrik
      Tajuk: Sudah Tua, Masih Boleh Puasa Ke?

     

    Source: www.beritaharian.sg

  • Buru Fadilat Ibadah 10 Hari Terakhir Puasa Di Makkah

    Buru Fadilat Ibadah 10 Hari Terakhir Puasa Di Makkah

    Tahun ini merupakan kali pertama Encik Abdullah Moosa dan isterinya akan menyambut akhir Ramadan dan Hari Raya berjauhan daripada keluarga.

    Encik Abdullah, 60 tahun, dan Cik Rubiah Mohammed, 58 tahun, antara jemaah warga Singapura yang menunaikan umrah pada akhir Ramadan ini.

    Mereka berlepas ke Jeddah, Arab Saudi, kelmarin.

    “Saya rasa sangat ghairah. Dengan izin Allah, saya dipilih menunaikan umrah di sana.

    “Tentunya saya akan rindu kepada keluarga saya kerana tak dapat sambut Hari Raya dengan mereka di sini, tetapi saya serahkan semuanya pada Ilahi. Insya-Allah semuanya okay,” kata beliau, yang pernah menunaikan umrah dua kali sebelum ini.

    Sekitar 300 jemaah Singapura telah berlepas ke Jeddah sejak Jumaat lalu.

    Beberapa agensi yang menyediakan pakej umrah semasa akhir Ramadan berkata rombongan jemaah mereka secara umumnya telah berlepas ke Arab Saudi pada 4 Julai lalu dan akan kembali ke Singapura pada 19 Julai nanti.

    Rata-rata mereka berkata ramai jemaah yang pergi ke sana pernah mengerjakan umrah dan ingin beribadah di Makkah bagi mengejar fadilat 10 malam terakhir Ramadan.

    Pengurus di Shahidah Travel & Tours, Cik Rosila Salim, berkata ramai jemaah yang pergi kali ini merupakan mereka yang pernah menunaikan umrah semasa Ramadan.

    Beliau turut menarik perhatian bahawa terdapat satu trend baru dengan lebih ramai lelaki bujang muda menunaikan umrah bersendirian.

    “Ada yang semuda 21 tahun. Mungkin mereka menerima galakan daripada ibu bapa mereka dan mereka cenderung pada agama serta ingin mendapatkan fadilat sepenuhnya pada 10 hari terakhir Ramadan,” kata beliau.

    Pengarah pengurusan Jalaluddin Travel & Services, Ustaz Jalaluddin Hassan, berkata menyambut Ramadan di tanah suci adalah suatu pengalaman luar biasa.

    Beliau berkata terdapat dua rombongan menunaikan umrah semasa Ramadan, dengan rombongan kedua sekitar 20 orang akan kembali ke tanah air pada 19 Julai nanti.

    “Mereka ingin menyambut Ramadan di sana kerana ganjarannya. Kemeriahan di sana juga sangat luar biasa. Pada bulan Ramadan, orang ramai berbuka bersama, semua murah hati dan tiada beza antara kaya dengan miskin,” ujarnya.

    Pengarah Ruby Rashid Travel & Tours, Hajah Ruby Rashid, berkata jemaah yang menunaikan umrah di sana datang daripada pelbagai lapisan usia – daripada yang muda hingga yang lanjut usia.

    Rombongan jemaahnya berlepas ke Arab Saudi mengikut konsortium yang dibentuk bersama beberapa agensi lain.

    “Mereka yakin dapat lailatulqadar di sana dan ingin menyambut Hari Raya di sana juga. Memang lebih seronok di sana,” kata beliau.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Customer Service Star: Sahur Punya Pasal, McDeliver With Taxi!

    Customer Service Star: Sahur Punya Pasal, McDeliver With Taxi!

    We order our food at 3am plus.. they deliver so called late .. cause we have to eat before we fast in islam we call it “sahur” meaning to fill up ur stomach before the fasting day start..

    we were loitering around outside in a group of 30 worker and.. arnd 4am plus came a taxi.. someone crack a joke.. says that our mac came by taxi.. so we just laugh..

    when the taxi stop.. it was really the mac delivery..

    Taxi McDelivery 1

     

    so we laugh out loud.. we ask wat happend to ur bike.. they say.. order too much so they have to travel by cab..

    so kuddos to the outlet who make the fast decision for us who wanna “sahur” ..

    even though a bit late bt the effort counts…

     

    Casper

    [Reader Contribution]

  • Abang Maut Selepas Menegur Adik Yang Tak Puasa

    Abang Maut Selepas Menegur Adik Yang Tak Puasa

    KUALA LANGAT: Seorang lelaki maut akibat cedera parah di leher selepas dilibas dengan pisau oleh adik lelakinya dalam kejadian di Jalan Orkid, Batu 8 Sijangkang, Telok Panglima Garang di sini, petang Rabu.

    Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Zailan Tasir berkata, dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa yang berusia 32 tahun dikatakan bertengkar dengan suspek dalam rumah mereka.

    “Kejadian bermula apabila mangsa bertengkar dengan adiknya yang berusia 26 tahun disebabkan suspek tidak berpuasa.

    “Berikutan itu berlaku pergaduhan antara kedua mereka apabila mangsa  bertindak agresif dengan mengambil besi panjang di bahagian dapur dan suspek turut ke dapur mengambil pisau,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

    Zailan berkata, ketika pergaduhan, suspek menyerang abangnya dengan melibas pisau menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di leher kiri.

    “Suspek berhenti menyerang mangsa apabila melihat darah mengalir banyak di bahagian leher si mati.

    “Akibat kecederaan itu, mangsa keluar dari rumah bersama seorang rakan lelaki menggunakan Proton Wira milik suspek ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang,” katanya.

    Zailan berkata, mangsa, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

    Berikutan kejadian itu, beliau berkata, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

     

    Source: www.mstar.com.my