Tag: rogol

  • Mangsa Pukau: “Sebab I Tak Pakai Baju Dan Air Mani Banyak Di Atas Perut I”

    Mangsa Pukau: “Sebab I Tak Pakai Baju Dan Air Mani Banyak Di Atas Perut I”

    Nasihat orang tua kepada kanak-kanak agar tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali, bukan sahaja perlu diikuti pada waktu itu sahaja. Namun sehingga ke dewasa, kita perlu amalkan terutamanya golongan wanita. Viral di laman Twitter baru-baru ini, kes seorang wanita dirogol oleh lelaki yang tidak dikenali kerana mangsa telah dipukau dan hanya menyedari apa yang berlaku setelah mendapati dirinya berada di tempat yang tidak sepatutnya.
    Kes itu merupakan kes kedua yang dipernah didengarnya sebelum ini seperti mana yang diceritakan oleh mangsa. “Ini kali kedua aku dengar kes rogol pukau dari mangsa sendiri. I don’t think we can educate demons anymore. Take care girls, jangan keluar malam bersendirian,” tweetnya. Menurut wanita yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, kejadian itu berlaku dua tahun yang lalu ketika dia berusia 26 tahun.
    “And again I kena rogol by strangers masa I umur 26 tahun, dua tahun yang lalu. I balik kerja, kena pukau. I baru sampai rumah tetapi tiba-tiba I berada di Wangsa Melawati tanpa driving,” katanya. Jelasnya, dia hanya menyedari dirinya dirogol setelah mendapati dirinya tidak memakai baju dan di atas perutnya terdapat banyak cecair putih. Sebab I tak pakai baju dan air mani banyak di atas perut I. Tak boleh jalan, I call kawan I untuk pick up I dari situ.”
    “Perkara terakhir yang saya boleh ingat, ada seorang individu berhenti di sebelah rumah I dan bertanyakan arah ke destinasinya. I hanya boleh ingat nombor pendaftaran kereta Proton Wira dan lelaki itu botak. Itu sahaja, muka dia, I tak ingat,” katanya. Golongan wanita dinasihatkan sentiasa berhati-hati dan sentiasa berteman bila berada di luar bagi mengelakkan kes seumpama ini berlaku.
  • Wanita Dirogol Secara Sistematik Di Myanmar

    Wanita Dirogol Secara Sistematik Di Myanmar

    Ketika  tentera kerajaan Myanmar semakin menghampiri kampung Pwint Phyu Chaung, penduduk hanya mempunyai beberapa pilihan.

    Noor Ankis, 25 yang membuat keputusan untuk tidak melarikan diri mengatakan beliau dipaksa melutut dan kemudian dipukul sebelum dibawa ke suatu tempat rahsia untuk dirogol tentera kerajaan.

    Rashida Begum, 22 pula memilih untuk terjun ke dalam sebuah sungai bersama tiga anaknya. Seorang anak Rashidah yang masih bayi hanyut dan gagal dijumpai dalam kejadian tersebut.

    Cerita-cerita dari pelarian Myanmar ini yang kini tinggal di Bangladesh memberikan gambaran jelas mengenai keganasan tentera kerajaan sejak beberapa bulan lepas.

    Kisah mereka juga selari dengan laporan yang didedahkan oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia.

    Dalam laporan tersebut, tentera kerajaan memasuki kampung-kampung di utara Rakhine dan melepaskan tembakan secara rawak, menembak pelancar roket dan memusnahkan kediaman sementara kanak-kanak dan wanita dirogol secara sistematik.

    Dari imej satelit yang didedahkan Humans Right Watch (HRW), kira-kira 1,500 kediaman telah dimusnahkan.

    Kempen kekejaman kerajaan Myanmar pula kini beralih ke arah selatan dan didakwa tidak akan berhenti sehingga kumpulan etnik Muslim, Rohingya dihapuskan.

    “Kami tak tahu langkah tentera kerajaan seterusnya, tapi kami tahu serangan ke atas orang awam sedang berterusan, kata Matthew Smith dari kumpulan Fortify Rights, dipetik laporan Irish Times.

    Lawan pengganas konon

    Sebuah suruhanjaya yang ditubuhkan kerajaan minggu lalu menafikan dakwaan pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan tentera kerajaan di kampung-kampung yang telah dikepung.

    Para wartawan dan para penyiasat dari kumpulan hak asasi manusia pula dilarang menjejakkan kaki ke kampung-kampung tersebut.

    Myanmar menafikan melakukan sebarang pencabulan hak asasi, kecuali kejadian polis Myanmar yang dirakam membelasah penduduk Rohingya.

    [ARTIKEL BERKAITAN: Video polis Myanmar pukul etnik Rohingya viral]

    Penerima Hadiah Nobel, Aung San Suu Kyii pula dikecam kerana berdiam diri dan ketawa apabila soalan-soalan berkenaan penindasan etnik Rohingya ditujukan kepadanya.

    Kempen kekejaman kerajaan dilaporkan bermula pada Oktober selepas sembilan anggota polis dibunuh dan dipercayai dilakukan kumpulan pemberontak bersenjata dari etnik Rohingya.

    Sehingga kini, tiada sebarang suspek kejadian dikenal pasti.

    Kerajaan Myanmar menyifatkan orang ramai ‘tersalah anggap’ mengenai kempennya yang menyasarkan penduduk etnik Rohingya.

    Sehingga kini, dianggarkan 65,000 pelarian etnik Rohingya sudah melarikan diri ke Bangladesh, kata laporan Organisasi Migrasi Antarabangsa (IOM).

    Semua dirogol, semua dibakar

    Tentera kerajaan dilaporkan pergi dari rumah ke rumah untuk menangkap lelaki dewasa dan kemudian merogol wanita dan membakar rumah.

    Kampung Kyet Yoepin yang mengandungi 245 kediaman musnah dalam operasi dua hari pertengahan Oktober lepas, kata HRW.

    Muhammad Shafiq yang berusia 20-an mengatakan askar kerajaan akan membariskan lelaki berasingan dari wanita.

    Ketika seorang askar memegang tangan kakaknya, Shafiq melawan dan beliau dibelasah dengan teruk oleh tentera kerajaan dan ditinggalkan untuk mati.

    Shafiq kemudian melarikan diri bersama anaknya sambil dihujani peluru yang dilepaskan tentera kerajaan.

    Beliau kemudian bersembunyi di sebuah jelapang padi dan melihat dari jauh kampung Kyet Yoepin dibakar oleh kerajaan.

    “Dah tak ada rumah lagi. Semua sudah dibakar,” kata Shafiq.

    Tentera kerajaan suka wanita muda

    Noor Ankis mengatakan tentera kerajaan membongkar semua rumah pada waktu pagi untuk mencari wanita muda.

    “Mereka kumpulkan kesemua wanita beramai-ramai dan membawa mereka ke satu tempat.

    “Yang mana mereka suka, mereka rogol. Di tempat itu, hanya ada tentera kerajaan dan wanita, tiada orang lain,” jelas Noor Ankis.

    Sufayat Ullah, 20 terjaga dari lena tidur selepas dikejutkan dengan bunyi tembakan.

    “Tentera menggunakan parang apabila mereka sudah dekat dengan penduduk.

    “Kalau jauh, mereka tembak,” kata Sufayat mengingati kejadian ngeri berkenaan.

    Sufayat melepaskan diri selepas terjun ke dalam sungai dan berenang sejauh yang boleh.

    Beliau tinggal di dalam air selama dua hari sebelum mendapat tahu tentera kerajaan telah membakar kediaman keluarga. Ibu, ayah dan dua adik beradiknya ditinggalkan di dalam rumah yang sedang dibakar dan maut.

    “Saya rasa tidak tenteram. Mereka sudah bunuh ibu dan ayah saya. Apa lagi yang tinggal untuk saya di dunia ini?” katanya sambil mengelap air mata.

     

     

    Source: SinarHarian

  • Wanita Rohingya Diperkosa Askar Myanmar?

    Wanita Rohingya Diperkosa Askar Myanmar?

    MAUNGDAW, RAKHINE: Sekurang-kurangnya 50 wanita di dua kampung di sini dirogol tentera Myanmar kelmarin sementara 25 penduduk lelaki ditahan.

    Kejadian berlaku selepas sekumpulan 200 tentera Myanmar memasuki Kampung Kyar Gaung Taung pagi Ahad lalu. Mereka menggunakan pembesar suara, memanggil penduduk keluar, kononnya untuk menemui mereka. Penduduk lelaki yang bimbang ditangkap melarikan diri.

    Mereka yang tidak melarikan diri diarah berkumpul di kawasan sawah, bersama penduduk wanita.

    Di situ, tentera berkenaan mengganggu dan ada yang merogol wanita terbabit, sementara penduduk lelaki dan kanak-kanak didera.

    “Kira-kira 50 wanita diperkosa oleh tentera itu. Dua puluh lima penduduk lelaki ditahan. Mereka masih ditahan dan tentera belum lagi meninggalkan kampung berkenaan,” kata seorang penduduk, semalam.

    Seorang penduduk, Amir Hussein pula melaporkan, seekor kerbaunya dicuri tentera Myanmar sebelum mereka membakar rumahnya.

    “Mereka menyembelih kerbau saya dan memakannya,” kata Amir.

    Pada masa sama, sekumpulan 300 tentera mengepung kampung Myaw Taung sebelum merogol penduduk wanita dan mendera lelaki tua.

     

    Source:www.malaysiandigest.com

  • Anggota Ruffedge Rogol Anak Tiri Dihukum 20 Tahun Penjara, 10 Sebatan

    Anggota Ruffedge Rogol Anak Tiri Dihukum 20 Tahun Penjara, 10 Sebatan

    SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

    Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

    Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

    “Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

    “Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu,” katanya, hari ini.

    Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.
    iwan-ruffedge-2 Ahli-Kumpulan-Ruffedge-perogol

    “Seorang bapa perlulah melindungi anaknya,” katanya.

    Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

    Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

    Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

    Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/rogol-hukuman-bekas-anggota-ruffedge-kekal-1.316209