Tag: sekolah

  • Murid Buat Salah, Guru ‘Letak Tangan’, Mak Murid Tetap Bela Anaknya. Siapa Betul Siapa Salah?

    Murid Buat Salah, Guru ‘Letak Tangan’, Mak Murid Tetap Bela Anaknya. Siapa Betul Siapa Salah?

    Siapa betul siapa salah?

    Sebagai seorang cigku atau guru, selagi kau dah letakkan tangan kat murid, engkau sudah tidak selamat. Kenape? Sebab undang-undang tetap undang-undang, dan undang-undang itu akan kejar kesilapan “letak tangan” kau itu. Tengok aja zaman sekarang in, murid siap dengan ambil video lagi dan ibubapa semakin tegas dengan apa-apa kejadian di sekolah.

    Seorang mak bukan nak galakkan kesilapan anaknya, tidak juga berkata yg sebuah kesilapan itu betul, dan tidak cakap yg anaknya tidak apa-apa buat salah. Tapi kerana naluri mak, mak tetap akan mempertahankan anaknya kalau anaknya tercedera. Lagi-lagi kalau dicederakan oleh orang luar atau seorang guru dengan sengaja. Patut ke tak pasal-pasal sebab kecuaian orang seorang mak kehilangan anaknya.

     

    Reader’s Contribution

    Rilek1Corner

  • Pusat Pendidikan Temasek Ditubuh Di Turkey Bagi Kanak-Kanak Pelarian Syria

    Pusat Pendidikan Temasek Ditubuh Di Turkey Bagi Kanak-Kanak Pelarian Syria

    SECEBIS sumbangan Singapura dalam bentuk sebuah sekolah kini wujud di Turkey untuk kanak-kanak pelarian Syria.

    Diberi nama Pusat Pendidikan Temasek, sekolah yang ditubuhkan hasil sumbangan warga Singapura itu telah dirasmikan minggu lalu di bandar Kilis di tenggara Turkey dekat sempadan Syria.

    Pembinaan sekolah itu merupakan sebahagian daripada Projek Bantuan bagi Pelarian Syria di Turkey (Asrit), yang diterajui pusat pendidikan setempat SimplyIslam dan Rangkaian Ekspatriat Muslim (MEX), sebuah divisyen Angkatan Karyawan Islam (AMP), dan disokong pelbagai badan Islam di Singapura, termasuk Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF).

    Bangunan sekolah empat tingkat itu telah dibeli pada harga $350,000 hasil sumbangan masyarakat Islam Singapura – antaranya melalui kutipan yang diadakan RLAF.

    Sekolah yang mempunyai lima bilik darjah dan sebuah makmal komputer itu boleh menampung 400 pelajar, iaitu di peringkat menengah dan prasekolah.

    Sejak beroperasi September lalu, sekolah itu mempunyai sekitar 150 pelajar sejauh ini.

    Sekolah itu diiktiraf lembaga pendidikan di Syria, yang bermakna pelajar boleh meneruskan pengajian mereka di institusi di Syria sekembalinya mereka ke sana.

    Majlis perasmian sekolah itu pada 9 Disember lalu turut dihadiri Ketua Projek Asrit, Encik Mohamed Nassir Abdul Sukkur; anggota lembaga pengamanah Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF), Encik Zainul Abidin Ibrahim; dan Pengarah (Masjid) Muis, Encik Mohamad Helmy Md Isa.

    “Pusat itu juga menyediakan tempat selamat bagi kanak-kanak itu berinteraksi, jauh daripada trauma dan pengeboman yang mereka alami, dan yang telah menyebabkan mereka lari dari Syria,” ujar Encik Nassir, yang juga pengarah urusan SimplyIslam.

    Encik Zainul pula berkata usaha Asrit dan RLAF tidak akan berhenti dengan perasmian sekolah itu.

    “Kami akan membawa belia daripada masjid, madrasah dan institusi pengajian tinggi di Singapura ke sekolah ini untuk pelbagai program, seperti pembinaan perpustakaan yang lebih baik dan program seperti terapi muzik dan terapi seni untuk memberi kekuatan kepada kanak-kanak di sini,” ujar Encik Zainul, yang juga Pengarah Pendekatan Strategik di Muis.

    Perpustakaan di sekolah itu sekarang mempunyai buku yang didermakan oleh Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah dan Sekolah Menengah Tampines di Singapura.

    Asrit dan RLAF bergabung tenaga dengan Kimse Yok Mu, badan kemanusiaan antarabangsa berpangkalan di Turkey yang berpengalaman mengendalikan sistem persekolahan, bagi penubuhan sekolah tersebut.

    Selain itu, Asrit dan RLAF turut memanfaatkan sumbangan warga Singapura bagi membeli barang keperluan untuk pelarian Syria di Kilis dan di Sanliurfa – satu lagi bandar dekat sempadan Syria – serta makanan panas yang disiapkan setiap hari untuk pelarian.

    Remaja dari Aleppo, Syria, Hajar Sheikh Muhammad, 17 tahun, meluahkan penghargaannya atas sumbangan rakyat Singapura.

    “Kami akan sentiasa terhutang budi kepada anda. Terima kasih Singapura,” ujarnya.

     

    Source:http://beritaharian.sg/

  • Jurutari dipenjara tujuh bulan kerana seks bawah umur

    SEORANG lelaki berusia 24 tahun dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan di penjara semalam selepas dia mengaku bersalah melakukan seks oral dengan seorang budak perempuan bawah umur.

    Mahkamah diberitahu, Muhammad Hairuniezam Marwi, yang berusia 22 tahun ketika melakukan perbuatan itu pada 9 Julai 2012, nampak rakannya melakukan seks dengan budak perempuan berusia 15 tahun itu di belakang tembok di *Scape Skate Park di Somerset Road, dan meminta budak itu melakukan seks mulut dengannya.

    Hairuniezam, yang merupakan seorang jurutari, boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan/atau didenda bagi kesalahan tersebut.

    Timbalan Pendakwa Raya, Cik Elizabeth Chua, memberitahu mahkamah bahawa gadis itu menyertai satu kumpulan termasuk Hairuniezam dan rakannya, Ryan Nicholas Shah, 27 tahun, di *Scape Skate Park pada petang itu.

    Kumpulan itu mula menikmati minuman koktel beralkohol. Mangsa minum beberapa gelas dan mula merasa mabuk.

    Kira-kira 11 malam, Shah dan budak perempuan itu pergi ke belakang tembok untuk membuang air kecil.

    Selepas beberapa ketika, Hairuniezam pergi untuk memeriksa mereka kerana mereka tidak pulang.

    Dia dapati pasangan itu sedang mengadakan seks di belakang salah satu tembok.

    Dia menemui budak perempuan itu dan memintanya melakukan seks mulut dan mangsa akur.

    Selepas tengah malam, kedua-dua lelaki menghantar mangsa pulang dengan menaiki teksi.

    Ibu mangsa berasa bimbang setelah melihat mereka.

    Beliau kemudian dapati anaknya terbaring atas lantai di depan rumah.

    Mangsa kemudian memberitahu ibunya bahawa beliau telah melakukan seks dengan kedua-dua lelaki itu.

    Ibu bapanya kemudian menghubungi polis.

    Darah dan contoh air kencing mangsa dianalisa dan didapati mengandungi ethanol yang tinggi.

    Shah, yang telah didakwa kerana melakukan seks dengan budak perempuan itu, akan kembali ke mahkamah pada 24 Februari ini untuk kesnya didengar lagi.

    Sumber: Berita Harian SG