Tag: SINGAPOREANS FIRST Party

  • Ang Yong Guan: Transferred Gratitude May Explain Vote Swing

    Ang Yong Guan: Transferred Gratitude May Explain Vote Swing

    I have been reflecting on this big swing towards PAP in GE2015. There is one factor which stands out in my mind: giving PM Lee and PAP a massive mandate as a way of honouring his late father. I call it transferred gratitude.

    This swing of 10% happened in spite of 1) cooperation amongst opposition parties to avoid 3-cornered fights, 2) opposition fielding quality candidates, 3) huge turnout at opposition rallies and 4) post 2011 momentum towards having more Opposition MPs in Parliament? Many have also spoken about the positive impact of SG50, LKY legacy, goodies, PAP making changes in response to GE2011, fear of opposition taking over at this stage and the impending worsening of the world economy.

    The attempt to separate father (SG40; the first 40 years) and son (SG10; the last 10 years) to show their differences did not work either because it was not adequately publicised in the main stream media or it did not resonate well with voters. An overwhelming sense of transferred gratitude thus prevailed. Seeing PM Lee’s photograph all over the island aroused nostalgia and strong emotional feelings in the voters towards his late father who had passed away less than 6 months ago. Hence, the transferred gratitude: a vote for him was a vote for his father.

    If transferred gratitude is indeed the main factor, then all other factors pale in comparison. Is there a need to analyse too deeply why opposition fared so badly in the presence of the emotionally-charged transferred gratitude which defies logic? That is why this nation-wide massive swing took everyone by surprise.

    Given another 5 years, in GE2020, will people give PM Lee and PAP this advantage of transferred gratitude?

     

    Source: Ang Yong Guan

  • Calon SingFirst Party Fahmi Rais Juga Sentuh Isu Tudung

    Calon SingFirst Party Fahmi Rais Juga Sentuh Isu Tudung

    Seorang lagi calon pembangkang, Encik Fahmi Rais dari Parti Warga Diutamakan (SingFirst), menyentuh isu tudung dalam rapat pilihan raya malam ini.

    Encik Fahmi berkata tidak seharusnya menjadi masalah untuk membenarkan wanita Islam dalam perkhidmatan beruniform supaya bertudung, seperti yang dilakukan di sesetengah negara maju.

    Cik Nor Lella Mardiiiah Mohd dari Parti Perpaduan Nasional (NSP), turut mempersoalkan isu yang sama malam ini. Kelmarin, calon Parti Demokratik Singapura (SDP), Damanhuri Abas, juga berucap secara panjang lebar tentang isu pemakaian tudung dalam rapat pilihan raya parti itu.

    Selain isu tudung, Encik Fahmi, yang bertanding di GRC Tanjong Pagar, juga menyentuh kesulitan yang dihadapi oleh rakyat Singapura untuk mendapatkan pekerjaan kerana persaingan daripada warga asing.

    “Sekarang kita nak cari kerja bukan senang. Ada kelulusan pun belum tentu dapat kerja. Anak kita, kita tanggung dari sekolah rendah, menengah sampai universiti.

    “Pemerintah beri $400 juta kepada penduduk asing untuk anak mereka datang belajar di sini. Mana pergi masa depan kita?

    “Kalau kita hilang pekerjaan kerana kita bersaing dengan bangsa sendiri di Singapura, saya boleh terima. Kita hilang pekerjaan, bersaing dengan PR (Penduduk Tetap), saya rasa kita masih boleh terima.

    “Tapi kita hilang pekerjaan, bersaing dengan warga asing yang datang ke sini hanya untuk meraup keuntungan, itu saya tidak boleh terima. Anda boleh terima ke?” kata Encik Fahmi.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Calon SingFirst Party, Chirag Desai, Pernah Terlibat Dalam Kes Curi

    Calon SingFirst Party, Chirag Desai, Pernah Terlibat Dalam Kes Curi

    Calon Parti Warga Diutamakan (SingFirst), Encik Chirag Desai (gambar) yang bertanding di GRC Tanjong Pagar dikatakan pernah mencuri wain di sebuah hotel mewah, menurut laporan sebuah laman sosial.

    Laman Rilek1Corner melaporkan pengalaman seorang penulis mendakwa bahawa Encik Desai melakukan perbuatan itu pada 2008.

    Penulis yang memberikan namanya sebagai Ismail Abdul Razak menyatakan bahawa apabila ‘tengok’ rapat umum, beliau pasti Encik Desai, adalah orang yang beliau kenal dan pernah terlibat dalam kes itu pada 2008 di Hotel Shangri-La.

    Penulis itu bekerja di situ waktu itu.

    Beliau turut mengirim emel mengenai perkara itu kepada Berita Harian semalam.

    “Sekarang ni dia jadi calon kat kawasan undi aku, aku terfikir juga ada dia jujur. Memanglah semua orang buat kesalahan, tapi lebih baik kalau dia terus terang dengan kita kalau dia seorang pencuri.

    “Semua calon harus jujur dan punya integriti. Tak salah buat kesilapan. Asalkan tak ulang kesilapan yang sama, orang akan percaya kau,” tulis beliau.

    Ketika dihubungi, ketua parti SingFirst, Encik Tan Jee Say, berkata:

    “Ini cerita lama dan isu ini tidak harus menjejas kempen di mana Chirag bertanding sebagai warga profesional dan komited mahu berkhidmat kepada pengundi.”

    Seorang lagi Calon SingFirst, Encik Fahmi Rais, ketika menjawab pertanyaan Berita Harian, tidak memberikan komen mengenai dakwaan itu tetapi menyatakan bahawa beliau berharap kisah-kisah masa silam tidak dijadikan isu.

    Encik Desai tidak dapat dihubungi sehingga akhbar ini dicetak.

    SingFirst menampilkan barisan calon ketua parti – Encik Tan; Dr Ang Yong Guan, Encik Melvyn Chiu, Encik Desai, dan Encik Fahmi.

     

    Source: http://beritaharian.sg

  • Fahmi Rais: Masalah Ekonomi Masyarakat Melayu Libatkan Isu Pekerjaan

    Fahmi Rais: Masalah Ekonomi Masyarakat Melayu Libatkan Isu Pekerjaan

    Parti baru pembangkang Warga Diutamakan, SingFirst mengadakan rapatnya yang pertama di Stadium Jurong.

    Turut berucap ialah calon GRC Tanjong Pagar, Fahmi Rais, yang mengetengahkan soal-soal ekonomi rumahtangga, pengangkutan dan pekerjaan.

    Encik Fahmi berkata masalah ekonomi masyarakat Melayu melibatkan isu pekerjaan.

    “Bagi saya masalah Melayu yang penting soal ekonomi rumahtangga bererti pekerjaan. Ada kerja ada gaji, tidak ada kerja mati. Betul tidak? Soal kerja ini, soal yang penting untuk kita, soal cari nafkah. Tanggungjawab.

    Jadi, apabila pekerjaan kita diambil oleh para pekerja asing, kita hendak ke mana? Mereka senang. Dia datang sini, dia bekerja, dia dapat BTO, lepas 5 tahun dia jual dia dapat untung dia ambil semua CPF dia, dia balik negeri, dia hidup senang,” ujar Encik Fahmi.

    Source:http://berita.mediacorp.sg

  • SingFirst Party Harus Jelaskan Sama Ada Calon Bagi Tanjong Pagar GRC, Chirag Desai, Pernah Ditangkap Mencuri

    SingFirst Party Harus Jelaskan Sama Ada Calon Bagi Tanjong Pagar GRC, Chirag Desai, Pernah Ditangkap Mencuri

    Bila aku pertama kali nampak calon-calon SingFirst, nama Chirag Desai tu aku tengok macam aku kenal. Lepas aku tengok rally tadi, aku pasti yang Chiraj SingFirst ni orang yang aku kenal dulu.

    Tahun 2008 dia pernah kena tangkap kat Shangri-La Hotel sebab dia nak curi beberapa botol wain. Masa tu aku kerja kat sana jadi aku masih ingat ni kes. Aku ingat masa tu aku terfikir kenapa dia nak curi wain…kalau beras ke atau benda-benda keperluan lain dari kedai-kedai tu masih boleh faham. Benda-benda pelik gini dari hotel aku memang hairan.

    Sekarang ni dia jadi calon kat kawasan undi aku, aku terfikir juga akan kejujuran dia. Memang lah semua orang buat kesalahan, tapi lebih baik kalau dia terus terang dengan kita kalau dia seorang pencuri.

    Aku harap semua parti pembangkang dapat ikut jejak langkah WP dan tarungkan calon-calon yang berwibawa dan boleh dipercayai. Lebih-lebih lagi kat Tanjong Pagar ni di mana kita semua akan mengundi buat pertama kali setelah sekian lama. Semua calon harus jujur dan punya integriti. Tak salah buat kesilapan. Asalkan tak ulang kesilapan yang sama, orang akan percaya kau.

    Terima Kasih

     

    Mail

    [Reader Contribution]