Tag: solat

  • Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sebagai ulangkaji untuk kita semua. Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dari kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yang Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani. Orang yang memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yang mencari kemenangan. Untuk memperolehi nikmat kemenangan di dalam solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

    • Mengetahui Masuk Waktu Solat
      • Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dengan penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bagi setiap waktu yang hendak dikerjakan
      • Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yang hendak dikerjakan.
    • Kiblat
      • Mengetahui arah kiblat yang menjurus ke arah Kaabah
    • Menutup Aurat
    • Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut
    • Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan
    • Mengetahui Cara Mengerjakan Solat
      • Dengan mengetahui rukun dan sunat di dalam setiap pergerakan solat
    • Bersih dari Hadas
      • Bersih dari hadas kecil dan hadas besar
    • Bersih dari Najis
      • Bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh, pakaian dan tempat solat
      • Tidak boleh bersentuh najis dengan sebahagian dari badannya
    • Berhenti dari berkata-kata
      • Berhenti dari mengeluarkan kata-kata dengan sengaja selain dari bacaan Al Quran, zikir dan doa
      • Solat adalah batal walapun berkata-kata dengan dua huruf
    • Meninggal atau melebihkan Rukun
      • Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dengan sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali
      • Wajib meninggalkan perbuatan yang bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut

     

     

    Source: Islam Itu Indah

     

  • Pergerakan Yang Membatalkan Solat Anda

    Pergerakan Yang Membatalkan Solat Anda

    Tidak semua jenis pergerakan membatalkan solat, namun yang pasti adalah mengurangkan pergerakan yang tidak berkaitan dengan solat adalah cara terbaik bagi menyempurnakannya. Pun begitu, bagaimanakah erti bergerak yang membatalkan solat di dalam mazhab Syafie? Tulisan ini menjelaskan dengan ringkas.

    Tamakninah adalah salah satu rukun dalam solat menurut beberapa mazhab dan mazhab Syafie adalah antara yang berijtihad menyatakan solat boleh batal jika bergerak besar berturut-turut melebihi tiga kali gerakan. Ini berdasarkan dalil perlunya tamakninah. Tiada dalil khusus berkenaan hal ini kecuali dalil umum iaitu keperluan untuk menyempurnakan tamakninah yang disebut oleh Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam kpeada seorang lelaki yang disuruh ulangi solatnya kerana tidak betul:

    فَارْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ ……ثُمَّ ارْكَعْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ رَاكِعًا ثُمَّ ارْفَعْ حَتَّى تَسْتَوِيَ قَائِمًا ثُمَّ اسْجُدْ حَتَّى تَطْمَئِنَّ سَاجِدًا

    Maksudnya: “ ulangi solatmu dan solatlah sessunghuhnya engkau belum menyempurnakan solatmu……kemudian hendaklah kamu rukuk dan sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan rukuk itu, dan kemudian bangun dan berdiri tegak dan kemudian sujud sehingga berhenti sekejap (tamakninah) dalam keadaan sujud.”

    (Riwayat al-Bukhari)

    Tamakninah adalah rukun menurut tiga mazhab dan wajib dalam mazhab Hanafi. Hasil dari itu, penyempurnaan tamakninah dilihat tidak mampu disempurnakan kecuali dengan menahan diri dan pergerakn besar menurut mazhab Syafie.

    Imam An-Nawawi menjelaskan penentuan sesuatu pergerakan itu ‘Besar’ atau ‘Kecil’ mempunyai empat bentuk pandangan dalam mazhab seperti berikut:-

    1. KECIL : adalah yang tidak sampai tempoh pergerakan itu satu raka’at. BESAR: Jika melebihi, pastinya itu dikira besar dan membatalkan solat.
    2. KECIL : Setiap pergerakan yang tidak memerlukan dua belah tangan, seperti mengangkat serban, menyentuh untuk lantikan imam di hadapan, memegang kepala atau telinga, itu semua dianggap kecil. BESAR: Jika pergerakan itu memerlukan dua belah tangan seperti mengikat serban, memakai seluar atau kain, itu semua dikira besar.
    3. KECIL : pergerakan yang tidak membuat orang yang melihat bersangka si pelakunya di luar solat. BESAR : pergerakan yang menyebabkan orang melihat bersangka pelakunya di luar solat.
    4. KECIL : kembali kepada penentuan adat dan uruf setempat yang pada adatnya masyarakat anggapnya kecil. BESAR : juga berdasarkan adat. Imam An-Nawawi menyebut pandangan yang keempat ini yang paling sahih dan pandangan ulama Syafie yang teramai. Kata beliau

    وهو الأصح وقول الأكثرين

    Ertinya : ini yang paling sahih dan merupakan pendapat teramai.[1]

    Kemudian, Imam An-Nawawi jug menyimpulkan jika dua kali pergerakan besar ia masih tidak membatalkan solat, jika tidak berturut-turut, itu juga tidak membatalkan solat.

    KESIMPULAN

    Kesimpulannya, saya cenderung kepada menyarankan agar memastikan tidak bergerak banyak sama ada besar atau kecil adalah sifat solat sempurna. Namun jika pergerakan kerana dharurat yang diterima oleh Islam seperti mengelak bahaya, mengelak api dan sepertinya ia tidak membatalkan solat. Majoriti mazhab lain seperti Hanbali dan Hanafi tidak ada kaedah yang menyatakan pergerakan banyak akan membatalkan solat dan fatwa dan ijtihad mereka tentunya tidak boleh diketepikan begitu sahaja, hasilnya saya suka menasihatkan agar mengelakkan khilaf, dan jika berlaku pegerakan yang banyak berturut-turut dan masih ada waktu untuk mengulangi solat, sebaiknya solat dianggap batal dan diulangi.

    Sekian.

     

    Source: Islam Itu Indah

  • Orang Tak Solat Tapi Hidup Bahagia, Orang Yang Solat, Banyak Betul Ujian

    Orang Tak Solat Tapi Hidup Bahagia, Orang Yang Solat, Banyak Betul Ujian

    Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat. Tak takut dosa ker. Jika dijawabnya malaslah, tak sempatlah namun dalam masa yang sama dalam diri dia tetap ada rasa bersalah, dia berdosa tapi iman masih ada dalam diri dia. Namun demikian, jika dijawabnya, tak solatpun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun. Jika disambung lagi, tengok orang yang solat tak pernah tinggal tapi hidup susah memanjang. Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat tidak wajib sudah sah gugur akidah dia. Nauzubillahi min zalik.
     
    Banyak orang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain. Bila dia ukur diri dia – dia tak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tak ada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata. Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tu tak sesenang diapun. Naik motor buruk macam tu jugak. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam tu jugak. Patutnya dia rajin solat, Allah dah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tak adapun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu. Ramai golongan macam ni dalam masyarakat. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya kerana cetek ilmu agama. Ada satu kisah menarik untuk saya kongsikan. Dalam majlis agama selalu sebut kisah ni untuk teladan.

    Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah ” Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa.” Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

    Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu jer. Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita – puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.

  • Kalau Nak Tengok Wajah Allah S.W.T. Di Akhirat Nanti, Buat Lah Perkara-Perkara Ni Ok? InsyaAllah.

    Kalau Nak Tengok Wajah Allah S.W.T. Di Akhirat Nanti, Buat Lah Perkara-Perkara Ni Ok? InsyaAllah.

    1. Iman dan Ihsan (Merasa Selalu Diawasi oleh Allah)
    Iman dan ihsan menjadi pintu untuk boleh melihat wajah Allah SWT. Dengan Iman dan ihsan seorang mukmin akan sentiasa merasa diawasi oleh Allah SWT dalam setiap ibadahnya. Seakan-akan dia melihat-Nya dengan hatinya di saat beribadah kepada-Nya. Maka ganjarannya adalah dengan melihat wajah Allah dengan mata kepala di akhirat. Penghulu Ulama` Madzhab Hanabilah, Al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali Rahimahullahu Ta’ala berkata, bahwa “Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam QS Yunus : 26 yang artinya:

    “Bagi orang yang berbuat ihsan, ada pahala yang terbaik (syurga) dan tambahannya (kenikmatan melihat Allah).” (QS Yunus [10]: 26) Telah sahih dalam Ṣaḥīḥ Muslim dari Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam menafsirkan ziyādah (tambahan) dalam ayat ini dengan melihat wajah Allah di Syurga. “Wajah–wajah orang-orang yang beriman pada hari itu berseri–seri kepada Rabbnya mereka melihat.” (QS. Al-Qiyamah: 22-23)

     

    2. Menjaga Solat Subuh dan Asar
    Amalan selanjutnya yang dapat membuat manusia dapat melihat wajah Allah di akhirat adalah menjaga solat Subuh dan Asar. Solat merupakan ibadah wajib yang paling mulia dan boleh mengantarkan seorang hamba untuk meraih kenikmatan melihat Allah. Dari Jarir Radhiallahu ‘Anhu berkata, “Ketika kami duduk-duduk bersama Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tiba-tiba beliau melihat ke arah bulan di malam purnama seraya berkata, ’Sesungguhnya kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana kalian melihat bulan ini. Kalian tidak samar dalam melihatnya. Jika kalian mampu untuk tidak meninggalkan solat sebelum terbitnya matahari (Subuh) dan solat sebelum terbenamnya matahari (Asar), maka lakukanlah.” (HR al-Bukhari: 7434, Muslim: 1432)

    Nabi Muhammad menjelaskan secara jelas bahawa ada hubungan erat antara menjaga solat dan rukyah (melihat Allah). Nabi dalam hadist ini menjelaskan bahawa melihat wajah Allah SWT bukan sekedar angan-angan, melainkan sebuah kepastian yang hanya akan didapatkan kesungguhan dalam beramal dan menjalankan ibadah. Rasulullah SAW juga mengajarkan kita agar memperhatikan dan menjaga dua solat yang agung yaitu solat Fajar (Subuh) dan solat Asar yang memiliki banyak keutamaan dan berat bagi orang munafik.

     

    3. Doa
    Berdoa merupakan ibadah yang mulia dan menunjukan bagaimana kesungguhan Hamba dalam meminta kepada Rabb-nya. Ternyata Rasulullah SAW juga telah mengajarkan kepada umatnya sebuah doa yang agar boleh “ melihat Allah” di akhirat nanti.

    “Aku meminta kepada-Mu (ya Allah) kenikmatan memandang wajah-Mu (di akhirat nanti) dan aku meminta kepada-Mu kerinduan untuk bertemu dengan-Mu (sewaktu di dunia) tanpa ada mara bahaya dan fitnah yang menyesatkan.” Diriwayatkan oleh al-Nasa’i: 1305, al-Bazzar: 1393, Ibn Hibban: 1971 dan dinilai sahih oleh al-Albani dalam Ṣaḥīḥ al-Jāmi‘ 1301. Baginda Rasulullah memunajatkan doa ini dalam ibadah yang paling utama yaitu solat. Semoga kita umat mukmin dapat sentiasa melaksanakan tiga amalan ini. Kerana tiada kenikmatan yang paling utama, selain melihat maha berkuasanya sang Pencipta, Allah SWT.

     

    Wallahualam

     

    Source: Himpunan Nasihat Ustaz

  • Musollah At Singapore Flyer; Everything You Require For Solat Provided

    Musollah At Singapore Flyer; Everything You Require For Solat Provided

    Musollah at Singapore Flyer.

    It’s been awhile since I came here. To my astonishment, sua ada musollah beb. Gua sua macam nak bikin breakdance dengan moonwalk bila nampak ni. 😁😁😁😁🤣🤣🤣🤣

    Everything’s provided. Telekong, selipar, sejadah, quran, kerusi and para malaikat yang kita tak boleh lihat dengan mata kasar. 😊

    Thank you Singapore Flyer. Now what you need is one or two halal joints here. And I will bring my compadres here for some siesta.

    No automatic alt text available.

    No automatic alt text available.

    No automatic alt text available.

    Image may contain: shoes and indoor

     

    Source: Chef Bob For Hire  (Thank you brader!)