Tag: Sufi Rashid

  • Sufi Rashid Wins Akademi Fantasia 2015

    Sufi Rashid Wins Akademi Fantasia 2015

    SHAH ALAM: Astro Ria’s popular reality talent show Akademi Fantasia 2015 (AF 2015) has crowned its winner, Sufi Rashid, 24, of Singapore. There were four finalists in the final concert broadcast live over Astro Ria from the Shah Alam City Council (Wisma MBSA) here at 9pm on Sunday.

    Sufi received the first prize of RM50,000 while Syamel Fodzly, 22, of Kuala Lumpur, Bila Samsaidi, 19, of Kuala Lumpur, and Shahrol Kamarozaman, 19, of Port Dickson, received the second, third and fourth prizes of RM30,000, RM20,000 and RM10,000 respectively.

    The champion performed two songs namely the original Kisah Dua Muka written by himself and the hit single Andai Ku Berrcinta Lagi made popular by Mojo. The two-hour concert was co-hosted by Zizan Razak and Faizal Ismail. Datuk Ramli MS, Fauziah Ahmad Daud, Datuk Aznil Nawawi and Datuk AC Mizal were the contest judges.

    The contestants: Sufi Rashid, 24, from Singapore. Bila Samsaidi, 19, from KL. Syamel Fodzly, 22, from KL. Shahrul Kamarozaman, 19, from Port Dickson.

    Sufi sang Andaiku Bercinta Lagi made popular by Mojo while Syamel sang Sampai Mati by Hazama Azmi. Shahrul sang Just The Way You Are by Bruno Mars and Bila sang Karma by Faizal Tahir. Sufi, Syamel, Shahrul and Bila also sang the original songs Kisah Dua Muka, Hidup Dalam Mati, Hanya Kamu and Diam Saja. Sufi’s and Syamel’s songs were self-composed while Shahrul’s and Bila’s songs were composed by Zul Majid and Edry respectively.

     

    Source: www.nst.com.my

  • Kes Gangguan Seksual Digugur, Tegar Dan Sufi Rashid Bakal Disaman

    Kes Gangguan Seksual Digugur, Tegar Dan Sufi Rashid Bakal Disaman

    PETALING JAYA: Bekas pengurus kepada Tegar Septian iaitu Muhammad Arif Dollah mendedahkan usaha penyanyi cilik itu untuk menjatuhkannya dengan tuduhan gangguan seksual tidak berhasil apabila pihak polis di Singapura menutup kes berkenaan.

    Muhammad Arif, 30, berkata, dia mendapat khabar gembira itu menerusi panggilan telefon pada 18 September lalu dan pihak polis Singapura mengesahkan tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadapnya.

    “Alhamdulillah dengan rasa syukur selepas enam bulan melalui pelbagai tuduhan dan fitnah saya akhirnya dapat menarik nafas lega kerana siasatan mengenai dakwaan Tegar terhadap saya telah selesai.

    “Pihak polis memaklumkan tiada sebarang dakwaan akan diambil terhadap saya dan kes itu telah pun ditutup,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Sabtu.

    Kata Muhammad Arif lagi, dia dimaklumkan kes berkenaan ditutup selepas tiada bukti kukuh selain kenyataan Tegar sebelum ini tidak konsisten kepada pihak polis.

    Terdahulu media di Singapura pada hujung Mac lalu melaporkan Muhammad Arif telah ditangkap polis selepas pihak berkuasa negara itu menerima dua laporan berhubung gangguan seksual yang dibuat oleh Tegar dan bekas anak tirinya, Sufi Rashid.

    Sehubungan dengan itu, Muhammad Arif berkata, pada 22 september lalu dia telah pun membuat laporan polis terhadap Tegar berhubung kenyataan palsu diberikan kepada pihak berkuasa itu.

    Katanya, biarpun kes berkenaan telah pun ditutup namun dia mengambil keputusan untuk membukanya semula dengan membuat laporan polis bagi mencari kebenaran.

    “Saya dinasihatkan supaya berfikir sebelum meneruskan laporan itu kerana Tegar masih kecil dan tidak tahu akan undang-undang di Singapura.

    “Tetapi saya tetap teruskan kerana tujuan saya hanya satu untuk melihat sama ada dia akan mengaku disuruh (membuat laporan palsu) atau dia sendiri yang lakukan.

    Ariff akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat.

    “Saya juga difahamkan penyanyi tersebut akan berada di Singapura pada Oktober ini dan saya telah meminta pihak berkuasa untuk segera melakukan siasatan,” tegasnya.

    Dalam pada itu, Muhammad Arif berkata, dia telah pun melantik peguam untuk memfailkan saman malu terhadap empat individu di atas penyebaran fitnah terhadapnya sebelum ini.

    Jelasnya, selain Tegar, tiga individu lain bakal dikenakan saman adalah peserta Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid, Nur JM (penulis blog) dan seorang lelaki yang didakwa sebagai dalang kes berkenaan iaitu Ali Najib Baksher.

    “Peguam saya akan mengeluarkan notis saman malu terhadap empat individu yang disebut itu dalam masa terdekat ini.

    “Saya tidak akan berkrompomi dalam hal ini dan akan tetap memfailkan saman malu terhadap keempat-empat individu berkenaan dan beberapa pihak lain yang sedang dalam pertimbangan.

    “Ini juga bukan soal balas dendam tetapi sekadar ingin menegakkan kebenaran setelah apa mereka lakukan kepada saya sebelum ini,” jelasnya.

    Dalam perkembangan sama, Muhammad Arif berkata, dia akan mengadakan sidang media di Kuala Lumpur dan Jakarta dalam masa terdekat bagi menjelaskan butiran lanjut berhubung tindakannya itu selain akan membuat beberapa pendedahan terbaharu berhubung kes tersebut.

    “Insya-Allah saya akan berkongsi cerita dengan rakan-rakan media di Malaysia dan Indonesia dalam masa terdekat bagi menjelaskan situasi sebenar dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

     

    Source: http://peraktoday.com.my