Tag: syukur

  • Ustaz Zahid Zin: Bersyukur, Jangan Dengki Rezeki Orang Lain

    Ustaz Zahid Zin: Bersyukur, Jangan Dengki Rezeki Orang Lain

    Rezeki kita tak akan pernah tersilap jatuh ke tangan orang lain.

    Jadi jangan dengki dengan nikmat orang. Undang rezeki dengan hati yang baik supaya ia menjadi berkah; sedikit tetapi mencukupi.

    Ingatlah selama ini kita bahagia kerana cukup bukan kerana banyak.

    #zahidzin #ustazceo#diarytokkadi

     

    Source: Zahid Zin

  • Mufti Fatris Bakaram: Para Ibu-Bapa Digalak Melatih Anak-Anak Untuk Bersyukur

    Mufti Fatris Bakaram: Para Ibu-Bapa Digalak Melatih Anak-Anak Untuk Bersyukur

    Di antara kebiasaan masyarakat kita ialah mengajar anak-anak untuk membaca “alhamdulillah” apabila mereka bersendawa selepas makan.

    Kita boleh memperbaiki kebiasaan ini dengan mendidik mereka untuk tidak menunggu sendawa untuk memuji Allah. Latih anak-anak untuk mengucapkan “alhamdulillah” sejurus selesai makan walaupun tidak sendawa kekenyangan.

    Malah ada hadith yang menggambarkan bahawa Rasulullah saw agak kurang menyenangi suara sendawa kedengaran, terutama jika ia berpunca daripada makan yang terlalu banyak.

    Ibn Umar ra meriwayatkan:

    عَنْ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: تَجَشَّأَ رَجُلٌ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «كُفَّ عَنَّا جُشَاءَكَ فَإِنَّ أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ القِيَامَةِ

    Bermaksud: Seorang lelaki telah bersendawa ketika berada bersama-sama Nabi saw. Baginda lalu bersabda, “Tahanlah sendawamu itu daripada didengari kami, kerana sesungguhnya orang yang paling banyak kenyangnya di dunia adalah orang yang paling panjang laparnya pada hari kiamat.”
    (Riwayat Tirmizi, Ibn Majah, Baihaqi, Tabrani & Ibn Abi al-Dunya)

    Hadith ini turut mengandungi isyarat agar umat Nabi ini bersederhana di dalam kadar pemakanannya.

    Semoga Allah mengurniakan kita kesedaran dan kemahuan bagi melatih diri kita serta anak-anak kita agar tidak meletakkan sendawa sebagai garis petanda untuk berhenti makan.

    Kerana kita tidak mahu kelaparan pada hari kebangkitan.

    Alhamdulillah.

     

    Source: Fatris Bakaram

  • Pleased With PSLE Results, Little Brother Celebrated By Praying At Mosque To Give Thanks To Allah

    Pleased With PSLE Results, Little Brother Celebrated By Praying At Mosque To Give Thanks To Allah

    What would one do after getting to know he has passed his exam? This was how this Brother celebrated.

    After asking him any particular reason why he’s here at the mosque, he said, “I want to say thank you to God for making me pass my PSLE.”

    (photo published with consent)

     

    Source: Syahrin Mohd Salleh

  • Bangunkan Rasa Kesyukuran, Kecukupan Dalam Hati Dan Fikiran, Berhenti Mengelu

    Bangunkan Rasa Kesyukuran, Kecukupan Dalam Hati Dan Fikiran, Berhenti Mengelu

    Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati masing-masing..

    1. Allah menciptakan tertawa dan ______
    2. Allah itu mematikan dan ______
    3. Allah menciptakan lelaki dan ______
    4. Allah memberikan kekayaan dan ______

    Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:
    1. Menangis
    2. Menghidupkan
    3. Perempuan
    Tapi bagaimana no. 4? Adakah Kemiskinan menjadi jawapannya???

    Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai rujukan:
    ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
    “dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (QS. An-Najm : 43).
    ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
    “dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan.” (QS. An-Najm : 44).
    ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
    “dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. ” (QS. An-Najm : 45).
    ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
    “dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan.” (QS. An-Najm : 48).

    Ternyata jawapan kita semua betul untuk no. 1-3, tetapi jawapan untuk no. 4 ramai keliru.
    Jawapan Allah Ta’ala dalam Al-Qur’an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.

    Subhanallah..
    Sesungguhnya Allah Ta’ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yang “menciptakan” kemiskinan adalah diri kita sendiri.

    Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang sentiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin!

    Jadi, marilah kita bangun rasa kesyukuran dan kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yang selalu bersyukur.

    Semangat menjemput rezeki yang halal, biar semakin berkat.. Insha’Allah

     

    Source: Khairudin Samsudin