Tag: Tok Kadi

  • Soalan-Soalan Asas Yang Berpotensi Ditanya Oleh Tok Kadi Kepada Bakal Mempelai

    Soalan-Soalan Asas Yang Berpotensi Ditanya Oleh Tok Kadi Kepada Bakal Mempelai

    SOALAN WAJIB DAN SELALU DITANYA UTK AKAD NIKAH, ADA YG TERSELAMAT TP PERSEDIAAN AWAL TU KENA LA, KANG TERKELU PULAK!

    #1: Dua kalimah syahadah beserta maksud.

    #2: Al-fatihah

    #3: Istighfar

    #4: Doa Qunut dan hukum jika tertinggal doa qunut dalam solat Subuh

    #5: Rukun Iman
    Beriman kepada Allah S.W.T
    Beriman kepada Malaikat
    Beriman kepada kitab-kitab suci
    Beriman kepada para Rasul
    Beriman kepada hari akhirat
    Beriman kepada Qada’ dan Qadar

    #6: Rukun Islam

    Mengucapkan dua kalimah syahadah
    Mendirikan solat 5 waktu
    Berpuasa di bulan Ramadhan
    Menunaikan zakat
    Menunaikan haji bagi yang mampu

    #7: Rukun nikah

    Pengantin Lelaki
    Perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
    Islam, baligh, berakal
    Tidak berada dalam ihram atau umrah
    Tidak dipaksa kahwin
    Tidak beristeri lebih dari 4 orang

    Pengantin Perempuan
    Islam
    Tidak berada dalam ihram haji atau umrah
    Bukan isteri kepada seseorang
    Tidak berada dalam iddah

    Akad (Ijab & Qabul)
    Lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul.
    Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul.
    Lafaz ijab dan qabul membawa maksud yang sama.
    Had atau tempoh masa perkahwinan tidak boleh dinyatakan dalam lafaz ijab dan qabul.

    Wali
    Islam, baligh, berakal
    Merdeka
    Tidak berada dalam ihram atau umrah
    Bukan seorang lelaki yang fasik

    2 orang saksi
    Islam, baligh, berakal
    Merdeka
    Boleh melihat dan mendengar dengan baik
    Tanggungjawab wali bukan ke atasnya

    #8: Lafaz niat mandi hadas

    Kami sertakan 8 soalan yang berpotensi ditanya sahaja tau. Jangan risau-risau okay. Soalan-soalan ini hanyalah soalan asas sahaja untuk memastikan anda dan pasangan sudah bersedia untuk membina keluarga dengan asas agama yang cukup.

  • 5 Soalan Bersama Ustaz Zahid Zin@Kisah Tok Kadi

    5 Soalan Bersama Ustaz Zahid Zin@Kisah Tok Kadi

    Namanya sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat Melayu/Muslim Singapura. Malah, nama Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin, 33 tahun, semakin melonjak naik sejak drama tempatan, Kisah Tok Kadi, disiarkan di saluran Suria pada bulan Februari lalu.

    Drama yang memaparkan kisah hidup dan kerjaya seorang kadi di Singapura dan diinspirasikan oleh pengalaman sebenar Ustaz Zahid itu mendapat sambutan hangat sehingga dinobatkan sebagai Program Paling Popular pada malam Anugerah Pesta perdana 2017 (1 Apr).

    Ustaz Zahid juga tidak ketinggalan memanfaatkan media sosial bagi mendampingi generasi muda dengan cara yang relevan dan santai. Keinginan beliau untuk berkongsi panduan dan pengalaman dengan pasangan muda mencetuskan idea untuk mewujudkan hashtag #diaritokkadi.

    Dalam segmen ‘5 Soalan Bersama…’ kali ini, wartawan Nurulkhasanah Agost mengajak anda mengenali pemikiran Ustaz Zahid, yang juga CEO Muslim Youth Forum Singapore, tentang soal munakahat ini.

    SOALAN 1

    Khasanah: Sudah berapa lama ustaz menjadi kadi dan berapa ramai pasangan mempelai ustaz nikahkan sejauh ini?

    Ustaz Zahid: Sayalah naib kadi bujang terakhir yang dilantik pada April 2011 (Saya berkahwin pada bulan Disember 2012). Ini adalah kali ke tiga saya dilantik (Setiap penggal adalah selama tiga tahun). Alhamdulillah.

    Sejak dilantik, jumlah pasangan yang saya nikahkan baru mencecah 1,000 lebih, nampak macam banyak tapi kecil sangat kalau nak dibandingkan dengan jumlah pengantin yang dinikahkan para kadi dan naib kadi yang mapan.

    SOALAN 2

    Khasanah: Mengapa Ustaz memilih untuk menjadi kadi dan apa kepuasannya bagi diri Ustaz?

    Ustaz Zahid: Datuk ayah saya ialah seorang kadi. Namanya Kiayi Haji Abdul Halim Karto, dan anak serta menantunya juga seorang Kadi; Kiayi Haji Ahmad bin Hj Abdul Halim dan Kiayi Hj Ahmad Zohri Mutammim.

    Kepuasannya bagi diri saya apabila saya dapat menjadi penyambung tugas mulia ini.

    SOALAN 3

    Khasanah: Apakah pengalaman paling manis yang pernah Ustaz lalui sepanjang menjadi Tok Kadi?

    Ustaz Zahid: Pasangan pertama yang saya nikahkan merupakan salah seorang teman baik sendiri. Rasa terharu apabila diberikan tanggungjawab tersebut dan berterima kasih kerana mereka mempercayai saya.

    SOALAN 4

    Khasanah: Ustaz semakin dikenali selepas drama Kisah Tok Kadi yang mendapat inspirasi dari perjalanan kerjaya ustaz sebagai kadi. Apakah mesej yang Ustaz harap masyarakat dapat perolehi dari drama itu?

    Ustaz Zahid: Mesej utama adalah supaya pasangan menjadi matang lebih-lebih lagi dalam isu pra-perkahwinan. Kebanyakkan huraian yang diketengahkan dalam drama tersebut menerapkan jalan keluar menerusi nilai murni dan akhlaq mulia.

    SOALAN 5

    Khasanah: Apakah nasihat penting yang sering Ustaz berikan kepada pasangan yang bakal berumahtangga dan mengapa?

    Ustaz Zahid: Bersabar dan belajar. Bersabar kerana banyak perkara yang mencabar akan muncul dalam kehidupan rumahtangga. Belajar kerana dengan ilmu kita akan berjumpa dengan huraian masalah tersebut.

     

    Rilek1Corner

    Source: http://berita.mediacorp.sg

deneme bonusu