Aung San Suu Kyi: Keadaan Di Wilayah Rakhine Disiasat

TOKYO: Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi berkata hari ini (4 Nov) siasatan sudah bermula terhadap keadaan di wilayah Rakhine, di mana ramai anggota minoriti Muslim menetap dan juga di mana para pekerja hak asasi manusia berkata konflik di sana membawa kepada penganiayaan awam oleh pihak tentera.

Suu Kyi, bercakap semasa lawatan ke Tokyo, memberitahu sidang media bahawa pemerintah Myanmar tidak cuba menyembunyikan sebarang perkara dan sedang cuba untuk mencari punca masalah itu, dan tidak akan menuduh sesiapa sehingga siasatan selesai dijalankan.

Sebarang tindakan akan dilakukan mengikut proses yang sah di sisi undang-undang, tambah beliau.

Suu Kyi belum lagi memberi komen secara langsung mengenai pakar-pakar hak asasi manusia yang menggesa pemerintah Myanmar untuk menyiasat dakwaan-dakwaan penganiayaan.

Ini termasuklah insiden rogol dan pembunuhan, atau mengenai kenyataan-kenyataan dikeluarkan para pemantau hak asasi manusia, walaupun beliau sudah menggesa pihak tentera untuk mengawal tindakan mereka.

Source: http://berita.mediacorp.sg

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *