Category: Agama

  • Dahulu Tempat Pelajar Tercicir Kini Jadi Rebutan Ibu Bapa; Madrasah Al-Maarif Ingin Lahirkan Muslimah Tinggi Rohani Dan Berdaya Intelek

    Dahulu Tempat Pelajar Tercicir Kini Jadi Rebutan Ibu Bapa; Madrasah Al-Maarif Ingin Lahirkan Muslimah Tinggi Rohani Dan Berdaya Intelek

    Memupuk generasi pemimpin Muslimah yang tinggi rohani, berdaya intelek dan sentiasa bersama masyarakat.

    Itulah visi masa depan Madrasah Al-Maarif dalam usaha membawa institusi itu mencapai kemajuan lebih baik.

    Mudirah Al-Ma’arif, Ustazah Sukarti Asmoin berkongsi hala tuju dan harapan madrasah itu bersama wartawan Ummu Rabbisyfina sempena ulang tahunnya yang ke-80, tahun ini.

    Sebuah madrasah yang dahulunya menerima pelajar tercicir namun kini Madrasah Al-Maarif berdiri megah menghasilkan lulusan yang cemerlang dalam bidang duniawi dan ukhrawi.

    (Gambar: Madrasah Al-Maarif)

    Berkongsi perubahan landskap pendidikan al-Maarif, Ustazah Sukarti Asmoin berkata imej tersebut sudah berubah, malah kini madrasah itu menjadi ‘rebutan ramai’ ibu bapa.

    “Memang hari ini Madrasah Maarif merupakan antara Madrasah yang menjadi pilihan kepada ibu bapa, maknanya setiap tahun, kita menolak ramai pemohon kerana memang kita tidak mempunyai tempat,” dedah Ustazah Sukarti.

    Beliau percaya pencapaian ini adalah kerana perubahan pada pendidikan madrasah yang kini holistik dan pelbagai.

    Ramai juga yang kita lihat sumbangan mereka kepada pemerintah, sama ada dari segi mereka menjadi guru, mereka menjadi pegawai-pegawai eksekutif, sama ada dalam bahagian swasta atau pemerintah sendiri dan mungkin juga ada yang memiliki doktorat tetapi tidak berkhidmat di Singapura,” jelasnya lagi.

    Namun, menyingkap kembali pengalamannya sebagai pelajar, anggota tenaga kerja dan guru besar yang sudah berkhidmat sekitar 40 tahun ini akur pencapaian Maarif pada hari ini bukan sesuatu yang mudah.

    “Bila saya menjadi pelajar, bila madrasah Maarif mengorak langkah untuk memastikan pelajar mereka mesti duduk peperiksaan “O” itu bukan sesuatu perkara yang mudah, kerana kita kena tukar sukatan pelajaran kita, tukar kurrikulum kita, kita harus pastikan murid kita mampu duduk periksa pada 1971,” kata Ustazah Sukarti.

    (Gambar: Madrasah Al-Maarif) 

    Melihat kembali sejarah madrasah tersebut, Ustazah Majidah turut percaya pencapaian madrasah pada hari ini ialah hasil titik peluh perjuangan asatizah dahulu.

    Beliau sendiri sudah berkhidmat di Madrasah Al-Maarif selama 30 tahun.

    “Walaupun pada ketika itu mungkin dari sudut kekurangan buku, mungkin dari sudut gaji mereka, yang rendah tetapi mereka sanggup berkorban dan berjuang untuk wujudnya pembelajaran agama bagi masyarakat Singapura,” kata Ustazah Majidah, Ketua Jabatan Pengetahuan Agama Islam.

    (Gambar: MUIS) 

    Dengan pasukan asatizahnya yang berpengalaman dan kepakaran luas, Madrasah Al-Maarif yakin dapat memperkukuh lagi kedudukannya bagi memenuhi keperluan masyarakat.

    “Kami tinggal di abad 21 ini maknanya perkara-perkara moden berlaku,seperti pelajar-pelajar kita sekarang terdedah kepada internet, terdedah kepada media sosial, maka di situ guru-guru atau asatizah perlulah bersama-sama, iaitu menjadikan ICT, menerapkan ICT di dalam pembelajaran mereka,” dedah Cik Juyda Noor Mohamad, Ketua Jabatan Bahasa dan Ilmu Kemanusiaan.

    Sempena sambutan ulang tahunnya ke-80, satu majlis gilang gemiliang diadakan esok dengan dihadiri Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli.

    Turut dilancarkan nanti, buku sejarah madrasah tersebut ini.

     

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Terbongkar Rahsia Anu Suami Kelihatan Ganjil Pada Malam Pertama

    Terbongkar Rahsia Anu Suami Kelihatan Ganjil Pada Malam Pertama

    Dalam semua hubungan cinta yang telah terjalin sekian lama pasti setiap pasangan mendalami dan memahami dengan perangai pasangan masing-masing, boleh dikatakan tiada rahsia lagi diantara mereka. Setelah lama bercinta dan akhirnya percintaan itu menjanjikan perkahwinan yang telah lama dirancangkan. Tetapi, malangnya apa yang diimpikan tidak menjadi kenyataan selepas hari yang bersejarah itu bertukar menjadi peristiwa tragis yang amat memalukan. Malam pertama seorang wanita dari Makassar, Indonesia tidak lagi seindah impian selepas mendapat tahu tentang perkhabaran suaminya itu sebenarnya adalah seorang perempuan yang selama ini yang dia cintai dengan perwatakan seorang lelaki sejati.

    Wanita malang tersebut bernama Syarifah Nuru Husna yang berusia 20 tahun telah pun diijabkabulkan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Rahmat Yani pada 17 September lalu. Walau bagaimanapun, semuanya telah terbongkar pada malam pertama perkahwinan mereka selepas Syarifah mendapati suaminya itu memiliki alat kelamin wanita. Dia yang amat terkejut dengan peristiwa itu seolah-olah tidak percaya bahawa lelaki yang dia cintai selama ini adalah seorang wanita. Selepas mendapat tahu tentang jantina sebenar suaminya itu, Syarifah tanpa berlengah terus melaporkan perkara tersebut kepada ahli keluarganya sebelum membawa Rahmat ke balai polis untuk membuat laporan.

    Setelah laporan polis dilakukan, suaminya itu akhirnya telah mengaku bahawa dia adalah seorang wanita yang mempunyai nama sebenar sebagai Rahmayani. Dia juga telah membuat pengakuan bahawa turut menggunakan kad pengenalan palsu dengan menggunakan nama Rahmat Yani dengan tujuan untuk mengahwini Syarifah. Difahamkan, pasangan terbabit telah menjalinkan hubungan cinta selama 6 bulan sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin selepas saling menyintai antara satu sama lain.

    Menurut salah seorang ahli keluarga Syarifah yang bernama Maemuna, Rahmat dikatakan tidak menunjukkan sebarang ciri-ciri kewanitaan memandangkan dia mempunyai suara yang lantang seperti seorang lelaki. Menurutnya lagi, dia dan keluarganya langsung tidak mengesyaki bahawa Rahmat adalah seorang wanita dan kerana itulah mereka terus menerima lamarannya selepas meminta untuk berkahwin dengan Syarifah. Rahmat juga dikatakan pernah menunjukkan kad pengenalannya yang jelas tertera jantinanya sebagai seorang lelaki, jelasnya. Malang bagi Syarifah kerana kecewa selain merasa ditipu selepas selama ini dia begitu menyayangi Rahmat dan akhirnya mendapat tahu lelaki yang dia sayangi itu adalah seorang perempuan.

     

     

    Source: Harian Metro

  • Astaghfirullahhaladzim, Jenazah Pondan Mengalirkan Air Kekuningan

    Astaghfirullahhaladzim, Jenazah Pondan Mengalirkan Air Kekuningan

    Terpanggil dihati saya untuk berkongsi satu pengalaman sepanjang menguruskan jenazah. Mohon ampun dan maaf bukanlah niat untuk mengaibkan sesiapa malah lebih kepada iktibar dan pengajaran buat kita yang masih hidup agar tidak melakukan dosa dan sesuatu yg dilarang ALLAH kerana balasannya ALLAH bayar tunai tika di dunia lagi. Nauzubillah. Berlaku di sebuah hospital, saya disambut oleh waris arwah iaitu ibunya yang ingin menyampaikan sesuatu kepada saya. Ada sedikit debaran dihati saya namun demi tugas saya perlu laksanakan tanggungjawab ini hingga selesai. Menurut ibu arwah, jenazah anaknya telah menukar jantina dari lelaki kepada perempuan.

    In Shaa ALLAH Sebelum saya cerita kisahnya, saya akan bagi sedikit penjelasan, bagaimana menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang telah menjalani pembedahan penukaran jantina, siapa yang patut melaksanakan pengurusan jenazahnya, bagi menguruskan jenazah seorang lelaki atau perempuan muslim yang menukar jantina, jenazah tersebut hendaklah diuruskan mengikut jantina asalnya dan diuruskan oleh warisnya atau pihak berkuasa agama. Setelah saya bagi keterangan terperinci kepada ibunya, saya terus masuk ke bilik pengurusan jenazah untuk memandikan dan mengkafankan jenazah. Saya dibantu 3 waris jenazah, ibu dan 2 orang abangnya, 3 waris jenazah ini sahaja yang ada, yang lain hampir 30 orang sahabat sahabat jenazah ke semuanya sejenis sepertinya. Sebelum saya mandikan jenazah, seperti biasa saya akan bentangkan kain untuk di kafankan siap-siap supaya mudah kerja saya.

    Setelah selesai, saya mengangkat jenazah ke tempat mandi, saya tutup pakai kain kafan dan buka pakaiannya, alhamdulillah putih kulitnya namun perlahan lahan ke seluruhan tubuh badan jenazah mula menghitam, sikit demi sedikit, ibu dan abang arwah mula perasan, ibu arwah tidak dapat berkata apa-apa, seolah-olah sudah tahu apa yang akan terjadi setelah tahun mengenai jentina anaknya itu, mengalir air mata ibu arwah sehingga saya sendiri pun mengalirkan air mata.

    Saya memulakan mandi jenazah dengan istinjak (buang najis), ketika saya istinjak jenazah itu, najisnya cukup banyak, sehingga saya behenti, kerana saya rasa sudah terlalu lama saya istinjak, tetapi najisnya tidak behenti keluar. Saya terus menyucikan jenazah macam biasa, saya lihat air yang mengalir kekuningan keluar dari tubuh jenazah dan yang lebih menyedihkan keluar dari kemaluannya nanah bercampur darah dan juga ulat. Selama itu jugalah mulut saya tiada henti memohon doa agar ALLAH SWT meringankan azab arwah dan memudahkan urusan keatas arwah agar dapat saya uruskan sempurna yang mungkin. Perlahan lahan saya memasukkan kapas kedalam kemaluan jenazah dengan tujuan memberhentikan pengaliran darah tadi.

    Ibu jenazah yang mulanya nak membantu saya untuk mandikan jenazah anaknya tadi pengsan, kerana melihat kejadian itu. Saya terus mandikan jenazah anaknya, selesai saya mandikan dan wudukan jenazah, saya tutup keseluruhan tubuh jenazah dengan kain kafan sebelum saya jiruskan dengan air sembilan. Sedikit penerangan, air sembilan ini air yang dicampurkan, air kapor barus, air kayu cendana dan air sintok, air ini untuk mewangikan jenazah. Setelah selesai saya jirus air sembilan tadi, saya bukak kain kafan tadi, sekali lagi ALLAH tunjuk kekuasaanNYA. Jenazah kelihatan sangat reput, buah dada palsunya mengecut. Selesai saya mandi dan kafankan jenazah tadi, saya jemput kesemua sahabat sahabatnya tadi untuk duduk di depan jenazah, saya mengambil peluang itu untuk memberi sedikit tazkirah dan hampir kesemuanya menangis.

    Apa yang menyedihkan saya, tidak sampai beberapa minit jenazah di angkat ke dalam van jenazah, sahabat sahabat jenazah tadi bergelak ketawa di tepi van jenazah itu, tak tahulah saya apa yang di sembangkan. ALLAH HU AKHBAR. Doa saya mudahan ALLAH membuka hidayah agar mereka berubah dan mudahan ALLAH mengampunkan juga dosa saya dan arwah sepanjang proses pengurusan bermula hinggalah selesai. Sekali lagi saya memohan maaf, bukanlah niat saya untuk mengaibkan sesiapa, malah lebih kepada iktibar dan pengajaran untuk saya sendiri dan kita semua. Pertukaran jantina dari lelaki kepada perempuan atau sebaliknya, melalui pembedahan, adalah haram di segi syara’ berdasarkan AL-Quran dan dipandukan Hadis.

    ALLAH mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding dengan makhluk yang lain. Firman ALLAH yang bermaksud:-

    ”Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dengan sebaik-baik bentuk “ (Surah AT-Tiin ayat 4).

    Daripada Ibnu Abbas R.A. bahawa (Maksudnya):-

    ”Rasulullah melaknat kaum lelaki yang menyerupai atau berlagak seperti wanita dan kaum wanita yang menyerupai atau berlagak seperti lelaki “ (Hadis Riwayat AL-Bukhari).

    Daripada Abu Hurairah R.A. beliau berkata (Maksudnya):-

    ”Rasulullah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki “ (Hadis Riwayat Abu Daud).

    Wahai saudara-saudara seislam ku, ini pengalaman yang saya lalui sendiri. Janji ALLAH itu benar saudara-saudara ku. Ambillah pengajaran dan iktibar daripada pengalaman saya ini. Janganlah kamu ragu-ragu lagi dengan janji ALLAH. Selagi kita masih bernafas, kita masih sempat lagi untuk bertaubat kepadaNYA.

     

    Sumber: Syed Sohleh Syed Jalaluddin

  • Husband Having Scandals, Who Should You Blame?

    Husband Having Scandals, Who Should You Blame?

    Few months ago, aku terkejut dapat satu PM dari sorang sis ni. Aku tak ingat the content exactly. Yang aku ingat cuma this line from a long PM, “Sis, saya nak tau apa hubungan awak dengan suami saya.” Dari bulat muka kecik tu, aku clicked View Profile. Laki siapa pulak yang aku da “kacau” ni.. Sampai kat profile cik kak ni, aku nampak gambar suami dia. Berair mata aku, terkekek2. Its not the first time aku kena “serang” dengan isteri orang yang cemburu buta. Aku paling pantang perempuan yang tuduh2 tak gunakan akal.

    Kalau suami korang like gambar Janna nick, means dia ada affair dengan Janna Nick ke? Korang PM tak si Janna nick tu? Kenapa dia tak boleh tanya suami dia, “Awak ada affair ke dengan perempuan ni?” Kalau suami jawab ye, then too bad lor. Kalau suami kata tidak, then investigate further lor but please eh, nak investigate, kena cerdik. Bukan main mengkhinzir buta. Aku pernah dapat few PMs from few ladies yang kononnya agree dengan postings aku bab cheating husbands ni. Setakat ni, aku da received about 5 PM for the same issue. Husband dia ada perempuan lain and isteri ni fully aware, tapi dia mati2 salahkan perempuan tu sebab rosakkan rumahtangga dia. Aku da banyak wasted my precious time dengar stories camni. Si isteri tak terima bila aku tanya why they stay in that kinda marriage. Husband jenis suka tukar2 partner. Banyak GF.

    These wives pulak susah payah pergi serang si gf ni kat rumah dorang. Malukan gf ni kat FB. Hina dia. Condemn dia rabak2. Abih si suami tu apa? Mangsa keadaan? Malaikat? Suci dalam debu? Pls la, wake up la eh. If you choose to stay with a cheating husband, then zip it. Jangan ceritakan aib suami pada sesiapa. If you need help to get out of the marriage, then go through the proper channel. Jangan sedap mulut blame one party je. Cheating is not a mistake. Its a choice. Dia tak hormat you as a wife and you are okay with that, so live with it. Yang aku tak faham, why si isteri ni beriya2 salahkan perempuan tu je. Padahal si suami tu, da tau ada isteri, ada anak2, masih nak ada scandal.

    So salah siapa sebenarnya? Hati kita semua milik Allah SWT.  Nak tawan hati, kena doa and mintak pada Allah. Kadang2 kita cintakan orang melebihi cinta kita pada Allah.  So kita akan diuji dengan benda yang paling kita sayang.. Tiap kali ada masalah, try to do a root cause analysis. Muhasabah.. Tanya macam2 soalan yang berkaitan dengan why..

    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>
    Why.. <soalan>

    At the end of the whys, in shaa Allah you akan jumpa a solution. May Allah SWT eases the affairs of all the sistas yang tengah tension pikirkan if their husband is cheating on them ke tidak. May Allah SWT help all of you to do the right thing. I will not entertain anymore topics about husbands for a while. Da muak.

     

    Source: Khainis Tahir

  • Pernikahan Seorang Belia Yang Berusia 21 Tahun Bersama Wanita 70 Tahun Atas Dasar Ibadah

    Pernikahan Seorang Belia Yang Berusia 21 Tahun Bersama Wanita 70 Tahun Atas Dasar Ibadah

    Cinta itu buta. Buta usia dan buta pangkat. Ini satu lagi pasangan yang berkahwin atas dasar dasar tersebut.

    Perbezaan usia antara Encik Ade Irawan dan Cik Sanih adalah sekitar 50 tahun, lapor laman Harian Metro.

    Ade Irawan, 21 tahun bernikah dengan Sanih, 70 tahun dalam satu majlis yang diadakan di Kampung Cipicung, Desa Mekarsari di Cileungsi pada Ahad lalu (24 Sep).

    Menurut laporan TribunnewsBogor, pernikahan pasangan itu menjadi viral setelah gambar mereka dimuat naik ke laman Facebook baru-baru ini.

    ISTERI DULU SERING MINTA BELIKAN BANYAK BENDA

    Menurut Encik Ade, beliau bernikah dengan Cik Sanih atas dasar cinta setelah perkahwinan sebelum ini dengan seorang wanita sebaya berakhir dengan penceraian.

    “Saya bercerai kerana bekas isteri saya sering meminta membelikan banyak benda sedangkan saya hanya bekerja sebagai buruh.

    “Pernikahan saya ini adalah jodoh dan saya niatkan sebagai satu ibadah berumahtangga,” katanya yang memberikan mas kahwin berupa kelengkapan solat.

    Cik Sanih yang sudah dua kali menjadi janda pula berkata beliau berharap pernikahan kali ini kekal ke akhir hayat, lapor TribunnewsBogor.

    “Semoga perkahwinan kami mendapat keberkatan dan saya berharap untuk mempunyai zuriat,” tambah beliau.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg