Category: Hiburan

  • Sasterawan Hasilkan Novel Mengenai Permasalahan Melayu

    Isa kamari BH

    SEPERTI masyarakat lain di Singapura, orang Melayu turut dibelenggu pelbagai masalah.

    Antaranya ialah pendidikan, peluang pekerjaan dan isu kekeluargaan. Bagaimanapun, terdapat dua lagi masalah yang sama genting, namun jarang ditampilkan.

    Isu homoseksual dan murtad tetap tersulam dalam fabrik masyarakat Melayu di sini.

    Sehubungan itu, nantikan kemunculan novel ke-10 penulis prolifik Singapura, Encik Isa Kamari, yang akan menggali kedua-dua isu tersebut.

    “Kedua-dua isu ini telah mengajukan cabaran hebat kepada masyarakat Melayu masa kini.

    “Permasalahan dalam novel ini agak berat dan saya jangka akan mengambil masa yang lama menyiapkannya,” ujar Encik Isa, ketika diwawancara menerusi e-mel baru-baru ini.

    Encik Isa, 54 tahun, merupakan sasterawan mapan dalam persada sastera Melayu Singapura.

    Sejauh ini beliau telah menghasilkan sembilan novel – Selendang Sukma (2014), Duka Tuan Bertakhta (2011), Rawa (2009), Memeluk Gerhana (2007), Atas Nama Cinta (2006), Tawassul (2002), Menara (2002), Kiswah (2002) dan Satu Bumi (1998). Tujuh daripadanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

    Timbalan Pengarah Bahagian Infrastruktur Komuter Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) itu juga mempunyai dua koleksi cerpen, enam koleksi puisi, satu koleksi naskhah teater dan beberapa skrip drama.

    Atas segala usahanya selama ini Encik Isa diiktiraf, malah menjadi penerima termuda, menerusi tiga anugerah – Anugerah SEA Write pada 2006, Pingat Budaya pada 2007 dan Anugerah Tun Sri Lanang pada 2009. Pemegang ijazah Sarjana Falsafah Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia itu juga antara 14 sasterawan dan penggiat sastera yang mendeklamasikan sajak dalam acara Malam Sastera Berita Harian bulan lalu. Encik Isa mendeklamasikan sajak karangannya bertajuk Raudhah dan Kepulangan.

    “Saya ingin menawarkan persembahan berbentuk kerohanian untuk mengimbangi sajak kemasyarakatan yang disampaikan penyair lain.

    “Dua kuntum puisi itu telah dilagukan sebelumnya, maka ia memberi peluang kepada saya menyampaikannya dengan cara bermelodi pula,” ujar Encik Isa.

    Meskipun sibuk bekerja sepenuh masa, Encik Isa tetap mencuri masa menyerikan pelbagai kegiatan sastera dan berkarya. Setelah menghadiri Pesta Sastera Asean di Jakarta Mei lalu, beliau dijemput Nusa Centre dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) di Kuala Lumpur untuk membicarakan Selendang Sukma dan membaca puisi di Dataran Merdeka bulan lalu. Beliau juga baru selesai menulis buku berjudul Roh Angin, yang menghimpunkan tulisan mengenai proses kreatifnya.

    Bapa dua puteri itu kini berusaha menterjemahkan baki dua novelnya – Kiswah dan Selendang Sukma – ke bahasa Inggeris.

    “Usaha ini perlu bagi membantu saya bertapak di arena antarabangsa. Saya fikir dunia perlu tahu dan menghargai sastera Melayu Singapura.

    “Terjemahan karya ialah jambatan yang membantu kita sampai ke matlamat tersebut. Saya gembira pengarang seperti Suratman Markasan, Mohd Latiff Mohd dan Rasiah Halil juga mengambil langkah yang sama,” ujar Encik Isa.

    Berkenaan rancangan masa depannya, Encik Isa telah dijemput menghadiri Pesta Buku Antarabangsa Edinburgh di United Kingdom. Beliau bakal membicarakan novel terjemahan berjudul The Tower (Menara). Beliau sedang bekerjasama dengan sebuah stesen penyiaran untuk menghasilkan program mengenai warisan Raffles di rantau ini. Program tersebut akan menyentuh novel Duka Tuan Bertakhta.

    “Sastera ialah hati nurani dan pemikiran masyarakat. Hakikatnya, kepentingannya setanding, malah lebih utama daripada keperluan ekonomi dan keselesaan yang bersifat keduniaan. “Ini disebabkan ia menawarkan makna kepada kehidupan manusia.

    Maka, usah merendahkan martabatnya,” ujar Encik Isa.

    Tulisan dari NURUL AIN RAZALI

     

    Sumber: See more at: http://beritaharian.sg/premium/gah/bahasa-sastera/terjemahan-karya-jambatan-ke-pesada-antarabangsa

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c

  • Nona Kirana Kongsi Cerita Bekerja Pada Bulan Ramadan

    Foto TAUFIK A. KADER
    Foto TAUFIK A. KADER

    SETIAP hari sepanjang Ramadan sekitar 6 petang, suaranya mengisi ruang udara, sekali gus menghiburkan semua, termasuk kaum Hawa yang sibuk menyiapkan juadah berbuka puasa.

    Penyampai radio, Nona Kirana, memastikan setiap rancangan yang diatur serta disiarkan mengikut jadual dan tepat pada masanya, termasuk iklan dan rakaman rancangan kerohanian yang dinantikan pendengar. Bayangkan tekanan yang dihadapi Nona kerana perlu memainkan azan maghrib tepat pada waktuya, laungan yang ditunggu masyarakat Islam untuk berbuka puasa.

    “Mengelolakan ruangan 6 petang hingga 10 malam di Warna, terutama semasa Ramadan ini, memang banyak cabarannya. “Memang stres kerana semasa ruangan ini ada banyak rancangan tajaan dan komersial yang perlu diputarkan,” ujar penyampai radio Warna 94.2FM ini.

    Menurut Nona, beliau perlu banyak membuat ‘kira-kira’ ala cikgu Matematik untuk memastikan semua iklan dapat diputarkan tepat pada masanya sebelum azan. “Setiap iklan pastinya mempunyai tempoh tersendiri sama ada 30 saat, 53 saat atau satu minit 2 saat.

    “Jadi misalnya jika azan ialah 7.17, kita perlu buat kiraan dan memastikan semua iklan dapat diputarkan sebelum hikmah Ramadan dan azan. “Bayangkan kalau ada 10 hingga 13 iklan, memang kelam-kabut dibuatnya. “Ketepatan itu penting. Tak boleh lambat walau satu saat pun,” ujar Nona lagi.

    Bertugas di bilik siaran pada waktu tersebut juga bermakna beliau terpaksa berbuka seorang diri di bilik siaran dari Isnin hingga Jumaat. Masa bersama keluarga terpaksa dikorbankan demi menjalankan tugas.

    “Saya sebenarnya setiap bulan puasa kadang-kadang tak reti makan makanan luar. Saya lebih suka masakan ibu,” kata Nona, ibu tiga anak, Muhammad Haris, 10 tahun; Mohamed Khair Ashayr, tiga tahun; dan Mohamed Khair Ashraf, sembilan bulan. “Tetapi saya tak cerewetlah. Apa ibu saya masak, saya bungkus sebagai bekalan untuk berbuka di tempat kerja,” kata Nona, yang terbiasa dengan keadaan ini kerana ini tahun kedua beliau mengendalikan ruangan berbuka.

    Berbuka sambil bertugas juga harus dijaga supaya tidak kekenyangan, kata Nona, 30 tahun, Kadangkala, hanya segelas air, kurma dan menjamah sedikit makanan yang dibawa.

    “Ini kerana selepas 10 minit azan berkumandang, saya perlu membaca berita sukan. Berita 7.30 malam selalunya dibaca oleh penyampai lain. “Jadi, penting untuk saya atau penyampai yang perlu membaca berita itu tidak memakan makanan yang berat-berat. Kalau tidak, ‘semput’ nak baca! “Tetapi kalau tercungap-cungap nak baca masih okaylah jugak, boleh berhenti ambil nafas. Tapi kalau tiba-tiba sedawa on air, macam mana? Lagi teruk!” gelaknya.

    Menurut Nona, setiap hari sebelum berbuka, beliau akan sempat menelefon rumah menanyakan keadaan anak-anak. “Pada mulanya, anak saya yang sulung, Khair Ashayr, sering bertanya mana Mama setiap kali masa berbuka. Tetapi alhamdulillah, beliau mula faham sekarang.

    “Mujur saya ada ibu dan pembantu yang sering memastikan makan minum budak-budak terjaga,” kongsi Nona, yang kelihatan begitu manis selepas mengenakan hijab sekitar Mei lalu. Menurut Nona, beliau sebenarnya berfikir untuk berhijab pada 18 Jun iaitu pada hari lahirnya yang ke-30.

    Tetapi, beliau mengubah fikiran dan memakainya sebulan lebih awal. “Suami saya memang banyak memberi nasihat dan perangsang kepada saya. Sebelum ini juga, beliau sering membawa saya menghadiri syarahan dan ceramah berkaitan agama. “Apabila saya mengongsi niat saya, suami saya berkata mengapa saya mahu tangguh melakukan sesuatu yang baik? Saya mendengar nasihatnya dan mengenakan hijab secepat mungkin. Beliau juga bersyukur akhirnya saya memilih untuk berhijab,” ujar Nona.

    Menurutnya, setiap kali tiba Ramadan, beliau sering terkenang arwah neneknya yang meninggal dunia pada 2008. “Saya ni memang cucu manja. Setiap Ramadan, nenek akan layankan kerenah saya, walaupun saya sudah meningkat dewasa. “Beliau sering memasakkan lauk-pauk kegemaran saya untuk sahur. Maklumlah, saya ni jenis yang susah bangun sahur,” kata Nona, yang tinggal bersama arwah nenek sejak bayi lagi.

    Nona menambah, antara lauk kegemaran neneknya yang dirindui ialah lauk rasam masakan orang India. Buat masa ini, Nona – yang merupakan pekerja kontrak dengan MediaCorp – sibuk dengan kerja sambilannya sebagai ejen hartanah.

    “Ekoran jadual saya yang agak ketat ketika ini, saya sendiri belum sempat bertarawih. Hujung minggu pula saya sibuk membawa para pelanggan melihat rumah. Jadi memang sibuk sangat. “Demi memastikan saya dapat menghabiskan masa bersama anak-anak, saya akan membawa mereka sekali setiap kali pergi melihat rumah.

    “Sedang saya sibuk melayan pelanggan, suami akan membawa anak-anak meneroka dan bermain di taman-taman permainan berdekatan dengan rumah yang dilihat itu.

    “Yang penting, kami sekeluarga semua bersama,” kata wanita peramah itu.

    Sumber: http://beritaharian.sg/gah/pengorbanan-nona-kirana

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c

  • Model PlayBoy Peluk Agama Islam

    Felixia Yeap
    Oh Bulan

    KEDAMAIAN dan ketenangan hati dirasakan bekas model majalah Playboy, Felixia Yeap sejak beliau mengambil keputusan mengenakan tudung, tahun lalu. Felixia Yeap atau nama akhir Islamnya (Rania). Dia akan memeluk Islam di sebuah masjid yang dirahsiakan tanpa liputan media.

    Hatinya kemudian tertarik mendalami agama Islam. Akhirnya, hidayah mengetuk pintu hatinya dan esok merupakan hari istimewa beliau berhijrah memeluk agama Islam. Felixia, 28 tahun, dijadualkan mengucapkan dua kalimah syahadah esok bersamaan 5 Ramadan, seiringan dengan hari lahirnya.

    Beliau juga sudah ada nama Islam yang masih dirahsiakan tetapi dengan penghujungnya Rania (perkataan Arab yang bermaksud pemimpin raja yang mempesona). Ini didedahkannya di laman Facebooknya yang diikuti 783,000 pelungsur Internet dari serata dunia. Baca artikel yang ditulisnya sendiri ini:

    Assalammualaikum.

    Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi… saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

    Bantahan, Makian, Sindiran, Fitnah, Penyisihan, Tekanan.

    Tetapi syukur Alhamdullilah…saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

    Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya. Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.

    Ya… saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.

    Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya. Saya tetap teruskan perjalanan.

    Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya… tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.

    Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik. Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya. Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, “Sang seng jor lor, dai gor nui la… kwai jor hou dor.” Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

    Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.

    Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.

    Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah. (Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

    Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS.

    Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.

    Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

    Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama… cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

    Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)… saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.

    Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

    Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan “mewah” dan bahagia. Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.

    Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling “happening” yang mereka dapat pergi, rasa “happy” janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

    Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa? Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

    Saya pernah cuba mencari Tuhan. Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

    Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun. Saya pernah cuba memahami agama Kristian.

    Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya. Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

    Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan. Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

    Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

    Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.

    Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu. Saya tidak lagi rasa “impressed” atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

    Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan…tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

    Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis.

    Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

    Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, “Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!”

    Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis. Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

    Masa itu…saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

    Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya…saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.

    3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

    Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.

    Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

    Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya…tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.

    P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud “Ketenangan, Keanggunan” atau di dalam bahasa Inggeris, “Silent Grace”. Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.

     

    Sumber: Felixia Yeap

    Read more: http://www.myartis.com/2014/07/kisah-benar-hari-kelahiran-semula.html#ixzz36OUAL8ZW

    Read more: http://www.myartis.com/2014/07/kisah-benar-hari-kelahiran-semula.html#ixzz36OTo7HfY

    letters to R1C banner

    YOUTUBE: youtube.com/user/rilek1corner

    FACEBOOK: facebook.com/rilek1corner

    TWITTER: twitter.com/Rilek1Corner

    WEBSITE: rilek1corner.com

    EMAIL: [email protected]

    FEEDBACK: rilek1corner.com/hubungir1c/

     

  • Throwback: No.8 Jalan Ampas

    http://1.bp.blogspot.com/_Ga7D7K5SM7Y/SYxryd7JyoI/AAAAAAAABAI/FweGRxNXqwI/s1600/Batu+Peringatan+di+8+Jalan+Ampas.JPG

    http://4.bp.blogspot.com/_Ga7D7K5SM7Y/SYxrx1e-DTI/AAAAAAAAA_4/Z6LOONsLf78/s1600/Bangunan+pengurusan+studio+Jalan+Ampas.JPG

    The founder of the group called Singapore Malay Film Society (in Facebook and Friendster but now with an impressive website (www.smfs.sg) left a comment in one of the earlier posts which was about us not considering film as part of our cultural heritage. In response, I would like to post this little trip down memory lane.

    I went to Singapore a couple of years ago to help get some pics for my father’s autobiography. These were photos of the famous Malay Film Production studios in Jalan Ampas. When I headed there, I’m not really sure what to expect or if the studio still existed. The last time I set foot in the studio was in the mid 60s during the shoot of my father’s movie Raja Bersiong.

    I took along my family as I planned it during the holidays. When we reached the destination, what I saw was a fence covering the famous entrance to the studio. The address? No 8 Jalan Ampas. Trust Run Run Shaw to find an auspicious address for his studio.

    I stepped out of the car and stared at the entrance. All locked up. This was the exact junction where once a coffee shop stood – the infamous coffee shop owned by one woman named Siput (no relation to the famous Siput Sarawak). It was here that many actors, including the late Tan Sri P. Ramlee had coffee and played dam or checkers for money.

    Now, the junction is empty and nondescript. But I saw what seemed to be a fairly new pillar erected right in front of the fenced gate. I approached it and found that it was actually a signboard built to commemorate the existence of the once famous studio. On it was a photo of my father directing a scene from the movie Raja Bersiong.

    I looked through the chained fence and saw the studio which I still remembered clearly. I saw a guard approaching me. He was a Malay guard. When he approached, I asked him politely if I could enter the premises to take the photograph. He refused at first as I had no official permission to do so, but when I mentioned that I was Jamil Sulong’s son, he gladly allowed me access to the old studio.

    As I entered, I felt strange. Vivid memories popped into my mind. I remembered the area where my parents played badminton with the studio staff. I remembered where the studio boss’s office was – he was Mr Kwek.

    I walked around and took photos of the mostly dilapidated studio. Sadness overcame me as I wondered why this historical place was not turned into a museum of sorts.

    One of the buildings still had the Shaw Brothers logo on it. And in another, film processing equipment still existed! One would have thought that after nearly 50 years, the equipment would have been destroyed or taken away, but no, it was still there. In one of the film processing machine, I can clearly see some celluloid still entwined in between reels. I wonder what movie the celluloid reels were from.

    I wanted to enter the rooms, but was afraid that I had overstayed my welcome. So, I quickly took all the shots I needed and thanked the jaga and left the studio feeling elated and yet despondent at the same time.

    As the son of Jamil Sulong, I was glad to have made this journey back to the studio, and as a filmmaker, I felt that I had paid tribute to the place where it (the Malay film industry) all began. My parents were part of this history. Now, so am I.

    Authored by Anwardi Jamil*

    *Anwardi Jamil is the son a of creative genius, Jamil Sulong.

    Source: http://sayaanakwayang.blogspot.sg/2009/02/malay-film-studios-jalan-ampas.html

    Anwardi Jamil

    EDITOR’S NOTE

    Thank you Anwardi Jamil for rehashing this beautiful gem of a place. We admire your dad’s works and his contribution to the film industry.

    Time for SuriaChannel to do a TV programme and explore the glorious places in Singapore like Jalan Ampas.

    letters to R1C banner

     

  • Fiza O, DJ KC Timang Cahaya Mata Lelaki

    Credit: ST
    Credit: ST
    Credit: https://www.facebook.com/i.like.fizao
    Credit: https://www.facebook.com/i.like.fizao

    DjKC baby fizababy

    DEEJAY popular Ria 89.7FM Fiza O telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki, semalam.

    Fiza O atau nama sebenarnya Nur Hafiza Osman, 32 tahun telah mengongsi berita gembira itu di laman Facebooknya awal pagi tadi.

    Fiza telah bernikah dengan deejay rancangan Misteri Jam 12, Abdul Karim Sadali, atau lebih dikenali sebagai KC pada Oktober 2012. Sebelum ini, Fiza pernah mengalami keguguran selepas hamil lapan minggu.

    Sumber: Berita Harian SG

     

    EDITOR’S NOTE

    Rilek1Corner tumpang gembira dengan berita ini. Mesti cute kan anak mereka? 🙂

    Tahniah kepada Fiza O dan suami DJ KC. Semoga kehadiran cahayamata putera yang pertama ini menambah lagi keceriaan dann kebahagian rumahtangga kalian berdua. Amin.