Category: Hiburan

  • If Your Son Was Born On ‘Eagle Express’, Would You Name Him ‘Mohd Eagle’?

    If Your Son Was Born On ‘Eagle Express’, Would You Name Him ‘Mohd Eagle’?

    KUALA LUMPUR: Gara-gara isteri beliau bersalin dalam bas bernama Eagle Express, rakan-rakannya berseloroh, apa kata berikan nama anak lelakinya itu ‘Mohd Eagle’!

    Mujur pemandu bas Eagle Express itu, Muhammad Ikhsan Ismail, 45 tahun, berkata beliau tidak akan menerima ‘saranan’ nakal rakan-rakannya itu dan belum memutuskan nama yang akan diberikan kepada anaknya.

    Menceritakan kejadian pada 18 Januari lalu itu kepada akhbar Harian Metro, beliau berkata apabila isterinya, Noridayu Ali, 29 tahun, rasa sakit hendak bersalin, beliau membawanya menggunakan bas dari rumahnya di Rawang, Selangor, ke Hospital Sungai Buloh.

    Bagaimanapun, isterinya itu bersalin di tempat duduk belakang bas yang dipandunya itu pada 1.45 petang, sebelum sempat tiba di hospital.

    “Saya terpaksa berhentikan bas di tepi jalan bila isteri panggil saya, dan terkejut tengok bayi dah keluar.

    “Kelam kabut saya waktu itu dan terpaksa terus memandu ke bahagian kecemasan walaupun jalan sempit nak masuk dengan bas,” kata Encik Muhammad Ikhsan kepada Harian Metro.

    Menurutnya, beliau lalu membunyikan hon dan memaklumkan isterinya sudah bersalin dalam bas.

    Malah, menurut Harian Metro, gambar isterinya setelah melahirkan bayi lelaki mereka di dalam bas itu menjadi viral di Facebook.

    (Gambar: Facebook/Saya Orang Johor)

    Encik Muhammad Ikhsan berkata meskipun dilahirkan pada usia tujuh bulan, bayinya yang seberat 2.26 kilogram itu, serta isterinya, dalam keadaan sihat dan selamat.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Driving To Malaysia For Chinese New Year?

    Driving To Malaysia For Chinese New Year?

    Chinese New Year is almost here and best of all, it falls on a weekend.

    If you are driving up to Malaysia during the festive season, it is time to consider stocking up on comfort food and drinks. Chances are, you will be stuck in a heavy traffic jam that could last more than four hours along the causeway. However, thanks to the biometric fingerprint-scanning system installed at all causeway checkpoints, traffic may just flow smoothly.

    One reason for optimism is that the new fingerprint-scanning system will reduce manual labour greatly as there is no longer a need for immigration officers to go through each individual’s passport in great detail and conduct headcount checks.

    Fast and easy clearance at immigration checkpoints is something Singaporeans look out for, especially during the festive holidays. With the new fingerprint-scanning system in place, “drivers can expect to clear customs within three to 10 minutes especially at the Tuas Two causeway,” says Transtar Travel staff Mollie Chittick.

    Older people, however, “will need to press harder so they can have their thumbprints registered.” says Chittick.

    “In the worst case, the customs officer will ask them to proceed to the manual counters to have their passports stamped.”

    In June 2011, Malaysia spent close to USD $42 million on implementing the biometric fingerprint-scanning systems at its causeway checkpoints.

    Secondly, an increasing number of people — Singaporeans and Malaysians — are making a conscious effort to plan their travels ahead of Chinese New Year. Many know that traffic conditions along the causeway has been bad for the last decade, so it makes sense to take leave from work or school two to three days prior to the festive season just to travel up to Malaysia.

    Beat Chinese New Year traffic

    The best time to travel to Malaysia is, of course, during the afternoon before Chinese New Year eve between 4 and 5:30 p.m.

    However, Malaysian hairdresser Ireene See says that the best time to travel is the evening before the eve of the festive season. That is provided you are comfortable driving in the dark as the North-South highway has no lights at night.

    In her eight years of working in Singapore, See says she has been arranging for her own transport back to her hometown in Batu Pahat for Chinese New Year. “I always book a Malaysian taxi with colleagues and friends three months’ before the holidays. It is expensive – – a single trip costs RM $300 but it’s worth it. The taxi will pick us up at the customs checkpoint.”

    While it is good to know that people take their travels seriously, those who are unable to take leave from work or school are left with no other choice than to arrange for private transport on Chinese New Year eve.

    Says See: “You can always arrange for a prebet sapu (illegal taxicab). It costs more than a Malaysian taxi.”

    Over the last few years, budget airlines like Jetstar Asia, Tiger Airways, Air Asia and Scoot have become the preferred mode of transport for Singaporeans and Malaysians living in Singapore. Air travel also means less jams along the causeway.

    On hindsight, with the recent closure of prominent travel agency Five Star tours, moderate traffic jams along the North-South highway are expected. Drivers, no should be prepared!

     

    Source: www.theindependent.sg

  • Fluff Bakery Tebar Sayap Ke Kuala Lumpur

    Fluff Bakery Tebar Sayap Ke Kuala Lumpur

    Fluff Bakery, kedai kek cawan atau ‘cupcake’ popular Singapura, sudahpun mula menebarkan sayapnya ke Kuala Lumpur. Ini apabila ia melancarkan kedai sementaranya yang pertama di ibu kota Malaysia itu.

    Kesemuanya, Fluff Bakery akan membuka empat kedai sementara itu di sana.

    Bagi kedai sementara yang pertama itu, ia dilancarkan lebih seminggu lalu (14 Jan) dalam satu acara privet. Ia dihadiri para penaja, rakan-rakan dan keluarga. Acara itu berjalan dengan lancar dengan hampir kesemua 450 kek cawan yang dibawa dari Singapura, disapu bersih!

    “Kami sebenarnya tidak percaya dapat respons yang begitu baik. Tetapi Alhamdullilah semuanya baik hingga kami risau jika bekalan kami bawa ke Kuala Lumpur tidak mencukupi,” ujar pemilik bersama Fluff Bakery Mohammad Ashraf Mohammad Alami, 35 tahun.

    RANCANG 4 KEDAI SEMENTARA DI KL

    Kedai sementara yang berlangsung hanya sehari itu adalah yang pertama daripada empat siri yang akan diadakan Fluff Bakery di merata Kuala Lumpur.

    Meskipun kedai sementara yang pertama itu diadakan secara privet, Fluff Bakery menyatakan tiga lagi kedai seumpamanya akan didedahkan kepada orang ramai pada masa yang terdekat.

    “Insyaallah, menjelang bulan Mei nanti kami akan menubuhkan kedai yang tetap di Kuala Lumpur,” kongsi Nursyazanna Syaira Md Suhimi, 29 tahun, pemilik bersama dan ketua pembuat kek Fluff Bakery.

    Pasangan suami isteri itu turut berkongsi kepada BERITAMediacorp bahawa impian untuk menembusi pasaran Kuala Lumpur atau Indonesia sudah lama terpendam sejak mereka bermula menapak di dunia perniagaan pada bulan November 2013.

    “Memang sudah lama kami impikan menembusi pasaran lain dan pada masa yang sama, menyasarkan menjadi antara yang utama di Asia Tenggara,” tambah Encik Ashraf kepada BERITAMediacorp.

    ISTERI JOVIAN MANDAGIE TAWAR BANTUAN

    Fluff Bakery menyatakan terdapat ramai pelanggan mereka di Singapura, juga datang dari negara jiran. Pelanggan-pelanggan itu juga memberi maklum balas yang positif terhadap kek cawan mereka.

    Namun penantian hendak menebarkan sayap ke Malaysia hanya berlaku apabila seorang lagi pasangan suami isteri yang juga pemilik kafe, Double A dari Malaysia, mempelawa Fluff Bakery untuk meneroka peluang di Malaysia.

    Kalau sudah rezeki, takkan ke mana. Mungkin itulah pepatah yang sesuai diberikan Fluff Bakery. Ini kerana sejurus selepas idea Double A itu, seorang lagi usahawan Cik Nina Ismail Sabri yang juga isteri kepada pereka fesyen terkenal Jovian Mandagie melahirkan hasrat yang sama kepada kedua-dua Encik Ashraf dan Cik Syaira.

    Menurut kedua-dua pemilik bersama itu, kedai sementara di Malaysia itu dibuat secara privet kerana mahu mendapatkan maklum balas terhadap produk-produk Fluff Bakery.

    Antara mereka yang hadir semasa pelancaran itu adalah pelakon Alvin Chong, usahawan fesyen, Vivy Yusof, dan penulis-penulis blog di Malaysia.

    KEDAI DI KL AKAN BERBEZA DARIPADA DI S’PURA

    Walaupun bimbang andainya langkah itu terhenti separuh jalan, Fluff Bakery berkongsi kepada BERITAMediacorp bahawa masanya sudah tepat bagi mereka berdepan dengan cabaran baru supaya ‘tidak rasa selesa’.

    “Di Singapura, kami sudah stabil. Dan kami berterima kasih kepada masyarakat kita yang sering menyokong perjalanan kami sejauh ini. Tetapi masanya sudah tiba untuk kami berdua ingin melihat berapa jauh ‘bayi kesayangan’ kami boleh pergi,” menurut Syaira dan Ashraf.

    Dengan bantuan daripada rakan-rakan niaga di Malaysia, Fluff Bakery berharap rancangannya dapat berjalan dengan lancar. Apatah lagi, pesaing-pesaing dalam industri makanan di Malaysia memang hebat.

    “Kami seronok dengan perjalanan kami sejauh ini dan tidak sabar untuk fasa seterusnya. Memang banyak cabaran yang akan kami hadapi. Yang utama sekali, kami tidak ada kelebihan dari segi pengikut kedai kami berbanding di Singapura,” ujar Encik Ashraf.

    Kedai tetap yang bakal diadakan nanti di Kuala Lumpur juga berbeza daripada kedainya di Singapura. Di Kuala Lumpur, Fluff Bakery akan mengetengahkan kedai di mana para pelanggan dapat membeli dan menjamu selera di kedai itu sendiri.

    “Isteri saya dan kakitangan kami akan menjalankan latihan untuk bakal pekerja kami di sana dan kami membuat kajian dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan di sana mengenai selok-belok menjalankan perniagaan di Malaysia,” tambah Encik Ashraf kepada BERITAMediacorp.

    APA RAHSIA SEBENAR FLUFF BAKERY?

    Daripada sekadar mengambil tempahan, kepada ‘bersinggah di kedai orang’. Kemudian memiliki kedai sendiri dan akhirnya impian hampir menjadi kenyataan untuk membuka sebuah kedai tetap di Kuala Lumpur. Apakah sebenarnya rahsia Fluff Bakery?

    Encik Ashraf tersenyum dan mendedahkan bahawa resepi atau senjata rahsia Fluff Bakery adalah… isterinya, Cik Syaira.

    (Gambar-gambar: Instagram/Fluff Bakery/Nursyazanna Syaira)

    “Beliau bukan saja berbakat tetapi juga mempunyai minat yang mendalam apabila timbul perihal membuat kek ini. Beliau tidak penat menukar dan mencari resepi dan kepelbagaian bagi produk-produk kami demi para pelanggan,” kata Encik Ashraf.

    Cik Syaira pula berkongsi kepada BERITAMediacorp bahawa menjaga dan mempertahankan jenama Fluff Bakery itu juga antara perkara yang membuat Fluff Bakery berjaya.

    “Sudah tentu suami saya banyak tolong dalam isu pentadbiran. Kalau harapkan saya, dah pengsan jadinya!” seloroh Cik Syaira.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Malaysian Radio DJ Johan Donated RM100,000 (S$31,900) To Victims In Syria

    Malaysian Radio DJ Johan Donated RM100,000 (S$31,900) To Victims In Syria

    Bagi peminat pelawak negara, Johan dan isterinya, Ozlynn Watie dan sering ‘menjenguk’ Instagram pasangan ini, pasti sudah mengetahui rumah mereka selalu dikunjungi teman artis yang datang untuk menjamu selera.

    Ekoran sikap pasangan itu yang bermurah hati mendapat reaksi dan komen positif daripada peminat yang sentiasa mendoakan agar keluarga mereka sentiasa dilimpahkan rezeki dek kerana sikap yang suka menjamu rakan artis lain.

    Jadi, tidak mustahillah Johan atau nama sebenarnya Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz, 32, berhasrat menyumbang sebahagian wang kemenangan dalam program Super Spontan Superstar 2016 kepada mangsa perang Syria.

    Penderitaan dihadapi pelarian dari negara bergolak berkenaan, khususnya kanak-kanak, amat menyentuh hatinya membuatkan beliau menyalurkan sebahagian daripada wang kemenangan RM100,000 (S$31,900) program itu, Oktober lalu, kepada mereka.

    “Saya percaya pemberian yang ikhlas juga akan membuatkan rezeki seseorang bertambah.”

    “Buat masa ini, wang kemenangan berkenaan belum lagi saya terima, tetapi itulah niat saya jika ia diperoleh dalam masa terdekat,” katanya.

    Tambahnya,  beliau akan menggunakan saluran betul supaya sumbangan dihulurkan benar-benar sampai ke tangan pihak memerlukan.

    Selain itu, penyampai Era FM ini juga memasang impian untuk membina masjid di kawasan yang memerlukan.

    “Sejak dulu lagi saya membayangkan, alangkah bahagianya jika saya memiliki duit yang banyak kerana niat saya adalah untuk mencari keberkatan hidup.

    “Begitupun, hanya orang yang kaya mampu membina sebuah masjid. Namun, saya tidak bermaksud orang miskin tak boleh beramal sama kerana walaupun sedikit sumbangan kita, ia tetap diterima Allah,” katanya.

     

     

    Source: AgendaDaily

  • Jadi Cikgu, Jangan Sombong Dengan Makcik Cleaner

    Jadi Cikgu, Jangan Sombong Dengan Makcik Cleaner

    Minggu pertama sekolah, bila selisih dengan geng cleaner aku cuma senyum sahaja. Masuk minggu ke dua, aku mula menegur dan ajak berborak.

    Soalan pertama aku tanya,

    ” Akak ada anak sekolah tak? ”

    Dua orang cleaner ada anak sekolah, seorang lagi anak semua dah besar-besar dah. Yang ada anak sekolah, aku hadiah beg sekolah. Seronok sangat mereka.

    Nak jadi cerita, hari Khamis minggu lepas, masa aku mengajar kelas 1 Arif, seorang guru perempuan dari kelas tahun 1 Amal datang buat muka Nobita nak minta barang dengan Doraemon. Macam yang aku agak, dia cakap,

    ” Fadli, Fadli. Tolong jap. Ada masalah kat tandas. Murid tu… ”

    ” Kenapa dengan murid pula? Berak dalam seluar ke?” Soal aku bila dia bagi ayat tergantung.

    ” Tak, awak pergi tengoklah,” balas cikgu tu penuh harapan.

    Bila orang minta tolong, takkan nak tolak kan? Cikgu perempuan lawa pula tu yang minta tolong. Alangkan Batman tengah makan nasi pun bila nampak polis suluh lambang dia kat langit dia terus pergi. Aku pun lebih kurang macam tu juga la. Aku pun bergegas la ke tandas, ingatkan kenapa.

    Rupanya seorang budak ni dah bogel dah. Siap keluar tandas lagi. Seluar dah kat lantai. Bau busuk najis menerjah rongga. Sambil tutup hidung aku tanya la,

    ” Awak dah kenapa? Takkan dah tahun 1 tak pandai nak basuh berak lagi?”

    ” Pandai cikgu, tapi tak ada air la,” jawab budak tu cemas.

    Ah sudah. Aku mundar mandir cari baldi dan cebuk. Mana nak cekau tak tahu la. Mak cik cleaner nampak aku keresahan terus tegur,

    ” Kenapa cikgu?”

    ” Budak ni berak kak. Tapi tak ada air.”

    ” Tak apa cikgu, saya pergi ambil baldi dan cebuk, nanti saya ambil air kat paip kantin bawa ke tandas. Kat kantin ada air. Saya uruskan, cikgu pergi la mengajar,” terus mak cik cleaner tawar pertolongan.

    Setelah aku ucap terima kasih banyak-banyak, terus aku masuk kelas. Dah macam kena langgar garuda dah kelas bila cikgu tak ada. Yang ikut aku pergi tandas nak tahu apa kes pun ramai juga. Budak-budak, macam tu lah.

    Kau kalau cikgu ke, kerja opis ke, manager paling berkuasa kat planet bumi ke, jumpa cleaner, tegur-tegurlah. Jumpa orang bawah, jumpa kuli, senyum-senyumlah. Jangan sombong sangat dengan pangkat ni.

    Mana tahu kau tengah berak pula air tak ada. Puas la kau terpekik terlolong kat dalam tandas tu. Kalau kau sombong, cleaner dengar pun dia cepat-cepat lari. Takkan kau nak wasap bini kau kat rumah suruh hantar baldi dan cebok?

    Penyudahnya, lap la bontot kau dengan spender kau tu. Padan muka kau, siapa suruh sombong sangat.

     

    Source: OMM