Category: Komentar

Send in your opinion to [email protected].
Kirimkan pandangan anda kepada [email protected].

  • Komentar: Movie Beauty And The Beast Tidak Perlu Ban Tapi Patut Naik Rating Lebih Tinggi Dari PG

    Komentar: Movie Beauty And The Beast Tidak Perlu Ban Tapi Patut Naik Rating Lebih Tinggi Dari PG

    Salam,

    Pada pendapat saya, movie Beauty and the beast ini tidak perlu di banned di Singapura. Tetapi mungkin pihak censorship patut naik kan rating lebih tinggi dari PG.

    Isu homosexual ini memang sudah lama ada jadi movie ini pon tidakla ada impact yang sangat besar pada golongan kami. Lagipon kalau tak tengok cerita ini, banyak cara lagi seorang remaja boleh dapat tahu tentang nye dengan sengaja atau tidak.

    Ramai kanak kanak yang masih muda, dan fikiran dorang hanya cartoon beauty and the beast seperti apa yang selalu ditonton di tv kat rumah. Dorang mana tahu ini movie remake. Jadi ibu bapa harus la kasi nasihat. Ini resonsibility kami sebagai ibu bapa.

    Sebenarnya, saya tidak rasa movie ini cukup sesuai untuk kanak kanak dan inilah zaman sekarang. Terasa disappointing sebab anak sulung saya memang nak tengok..

    Cik Siti

    Reader’s Contribution

     

  • Komentar: Islam Disesuaikan Dalam Konteks S’pura, Atau Konteks S’pura Disesuaikan Dengan Islam?

    Komentar: Islam Disesuaikan Dalam Konteks S’pura, Atau Konteks S’pura Disesuaikan Dengan Islam?

    Sering kali timbul perbualan dan perbahasan tentang kehidupan moden, termasuk di Singapura. Dalam hal ini, apakah agama Islam perlu disesuaikan dengan konteks Singapura, ataupun konteks Singapura itu yang perlu disesuaikan dengan Islam.

    Singapura sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Maka semestinya, keadaan negara sekular memerlukan pendekatan-pendekatan yang tertentu untuk masyarakat muslimnya. Dalam ruangan KOMENTAR kali ini, kami ketengahkan pandangan Ustaz Dr Suhaimi Mustar yang mengupas persoalan kehidupan di kota majmuk lagi moden seperti Singapura, dengan persoalan berhubung ijtihad. Ustaz Dr Suhaimi yang baru mendapat ijazah PhD tahun lalu, menulis artikel ini untuk BERITAMediacorp:

    KUPASAN JIHAD DARI KACA MATA ULAMA

    Ijtihad berasal dari perkataan Arab “al-juhd” atau “al-jahd” yang membawa maksud sesuatu yang menyusahkan, membebankan atau memberatkan, sama ada dengan menggunakan kekuatan mental atau fizikal. Manakala ijtihad dari segi istilah pula ialah, melakukan semampu keupayaaan bagi menghasilkan hukum syarak yang praktikal melalui kajian mendalam.

    Adapun menurut al-Amidi (2003), ijtihad adalah “menumpukan sepenuh usaha dalam menghasilkan hukum syarak yang bersifat zanni (belum pasti) sehingga seorang merasa tidak mampu lagi melakukan lebih dari itu”. Dengan lain perkataan, satu usaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan kesempurnaan semaksimum mungkin dalam sesuatu perkara.

    Manakala mujtahid pula (orang yang mengeluarkan pandangan agama atau fatwa), ulama telah meletakkan syarat-syarat penting ke atas mereka dalam berijtihad. Mereka perlu melihat dalil-dalil syarak bersama-sama dengan realiti semasa dan setempat secara bersepadu.

    FATWA BOLEH BERUBAH

    Ibn al-Qayyim (1423H) pula berkata, antara syarat terpenting ialah, perlu memahami keadaan semasa. Justeru, seorang mujtahid yang memberi fatwa kepada manusia tidak boleh hidup dalam keadaan terpencil lalu mengeluarkan fatwa atau sesuatu hukum di luar konteks kehidupan sebenar. Ini kerana, fatwa sebenarnya boleh berubah dengan berubahnya masa, tempat, keadaan dan ‘urf (adat resam) sesebuah masyarakat.

    Kenyataan ini disokong oleh Abu Zahrah (1958), dengan katanya, seorang mujtahid disyaratkan memahami realiti semasa ketika mengeluarkan fatwa, memahami psikologi orang yang bertanya, masyarakat semasa dan keadaan sekitaran berlakunya suatu kejadian atau amalan, mengetahui kesan fatwa dari sudut keburukan dan kebaikan (Muhammad Baltaji, 2007).

    Menurut al-Qardawi, ijtihad yang sederhana yang tidak melampaui batas akan berkekalan, manakala yang sebaliknya tidak akan berkekalan dalam penentuan sesuatu hukum.

    Menurut beliau lagi, perlunya sentiasa ada ijtihad baru di zaman moden hari ini kerana, ijtihad merupakan asas penting dalam syari‘ah Islam dan pintu ijtihad terbuka luas bagi golongan ulama untuk mencari penyelesaian terhadap keperluan masyarakat moden yang berubah-ubah masakini. H

    Hal ini ditekankan oleh Muhammad Hashim Kamali (2000), peranan ijtihad amat penting selain ianya disyariatkan dalam Islam, ia juga adalah alat pengembang hukum Islam. Tidak ada fatwa yang dikeluarkan melainkan dengan ijtihad dan bertujuan untuk mencapai maqashid syari‘ah (tujuan syari‘ah).

    KEPERLUAN-KEPERLUAN IJTIHAD DI S’PURA

    Sebagai contoh, isu nuzriah yang diamalkan di Singapura adalah merujuk kepada maqasid syari‘ah.

    Keperluan kepada ijtihad dalam isu-isu baru sangat mendesak sebagai contoh, isu pewarisan harta yang menjadi salah satu isu rumit dan penting dalam masyarakat yang memerlukan kepada ijtihad ulama dan panduan fatwa di sebabkan perkembangan skop perkara-perkara yang dikategorikan sebagai harta pusaka, perubahan gaya hidup, sumber pendapatan, sosio-ekonomi, perbezaan lokaliti – semuanya membawa kepada keperluan dan penetapan hukum yang berbeza.

    Ini juga membayangkan peningkatan tahap pemikiran dan keintelektualan masyarakat, kesedaran terhadap agama serta kemajuan sosio-ekonomi di Singapura.

    Isu-isu pewarisan seperti Pemilikan bersama (Joint-Tenancy), Nuzriah, Hibah, Nominasi CPF dan Insurans memerlukan fatwa yang proaktif dan ijtihad kontemporari bagi merealisasikan maqasid syari‘ah. Ini kerana isu-isu seperti ini belum pernah wujud di zaman Rasulullah s.a.w. atau zaman Sahabat r.a. dan belum ada ketentuan hukum ke atasnya.

    Sehingga ada masanya, fatwa yang dikeluarkan oleh ulama masakini dalam isu-isu berkaitan, pada zahirnya kelihatan ada semacam percanggahan dengan prinsip-prinsip asas hukum faraid seperti dalam isu nuzriah.

    ISLAM DAN S’PURA – PERBAHASAN TENTANG KONTEKS

    Dalam konteks kehidupan Singapura, masyarakat berbilang agama, bangsa dan umat Islam adalah minoriti, peranan mujtahid berijtihad mengeluarkan fatwa untuk menentukan sesuatu hukum baru atau pendirian agama perlu melihat berbagai sudut dan berhati-hati demi menjaga keharmonian bangsa dan agama.

    Baru-baru ini timbul kekata seperti, “Islam perlu disesuaikan dalam konteks Singapura” yang membawa maksud bahwa, amalan umat Islam di Singapura perlu melihat kepada konteks semasa, agar dapat diaplikasi sesuai dengan masyarakat moden Singapura.

    Namun, menurut pandangan sesetengah pihak, pendapat tersebut tidak tepat. Yang lebih tepat menurut mereka adalah “Konteks Singapura perlu disesuaikan dengan Islam” bukan sebaliknya. Dasar hujah bagi golongan ini adalah berpandukan hukum yang tersurat di dalam al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. tanpa sebarang takwil (tafsiran).

    Antaranya, fiman Allah SWT bermaksud:
    “Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (al-Maidah: 44)

    “Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (al-Maidah: 45)

    “Dan barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.” (al-Maidah: 47)

    JALUR PEMIKIRAN YANG TIDAK CARI PENJELASAN LANJUT

    Pandangan ini pada pendapat penulis, lebih cenderung kepada pendapat mazhab Hanbali yang dipelopori oleh Imam Ahmad bin Hanbal, beliau adalah salah seorang tokoh ulama salaf yang mempunyai ciri khas dalam pemikirannya iaitu lebih menerapkan pendekatan lafdzi (teks) daripada pendekatan ta’wil, kemudian beliau menyerahkan makna-makna ayat dan hadis mutasyabihat (kesamaran) kepada Allah SWT dan RasulNya.

    Metodologi beliau dalam pengambilan hukum daripada sumber al-Quran dan al-Sunnah mengikut apa yang tersurat tanpa sebarang ta’wil. Beliau juga kurang memberi ruang dan tumpuan kepada penggunaan akal untuk berijtihad.

    Sebagai contoh, pemikiran tauhid Imam Ahmad tentang ayat-ayat mutasyabihat (kurang jelas) diertikan sebagaimana seadanya, hanya penjelasan tentang cara (kaifiah) dari ayat tersebut diserahkan kepada Allah SWT. Ketika beliau ditanya tentang tafsiran surah Thaha ayat 5. Ertinya: “Maha Pengasih Bersemayam di atas Arsy” (Thaha: 5)

    Imam Ahmad menjawab: “Istiwa di atas ‘Arasy terserah kepada Allah SWT dan bagaimana Dia kehendaki dengan tiada batas dan tiada seorangpun yang sanggup menyerupainya”. Dan dalam memahami hadis nuzul (Allah turun ke langit dunia), ru’yah (melihat Allah SWT di akhirat) dan hadis tentang telapak kaki Allah SWT, beliau berkata: “Kita mengimani dan membenarkannya, tanpa mencari penjelasan lanjut tentang cara dan maknanya” (Abdul Razak, 2006).

    IMAM SHAFIE ADA 2 IJTIHAD

    Hujah bagi golongan kedua yang berpendapat bahawa Islam perlu disesuaikan dengan konteks Singapura adalah, menurut mereka di dalam al-Quran terdapat lebih banyak ayat-ayat yang mendorong manusia menggunakan akal (berijtihad) dalam menghasilkan sesuatu hukum yang baru daripada ayat-ayat yang tetap tidak boleh berubah.

    Menurut mereka lagi, al-Imam al-Shafi‘e sendiri mempunyai dua pendapat atau ijtihad yang berbeza yang dikenali dengan qaul qadim (pendapat lama) dan qaul jadid (pendapat baru). Pendapat lama semasa beliau tinggal di Baghdad (Iraq) dengan corak pemikiran rationalist.

    Manakala yang kedua pula semasa beliau menetap di Mesir dengan menggabungkan dua corak pemikiran ulama Hijaz (tekstual) dan ulama Iraq (rasional). Sebabnya adalah, beliau merasai dua suasana kehidupan yang berbeza serta keadaan masyarakat yang berlainan adat resam dan budaya.

    Selanjutnya, banyak perkara-perkara baru yang timbul yang belum pernah ada hukumnya sebelum ini, memerlukan kepada panduan agama terkini. Jika tidak, agama Islam menjadi beku dan tidak relevant (sesuai) untuk menjadi agama yang terbesar jumlah pengikutnya di dunia.

    PENULIS: RUANG IJTIHAD MASIH TERBUKA LUAS

    Pandangan peribadi penulis, ruang ijtihad masih terbuka luas bagi ulama dalam menghasilkan sesuatu hukum yang terbaik bagi kehidupan manusia sejagat.

    Selagi tidak ada dalil jelas tentang hukum sesuatu perkara, maka ijtihad boleh digunakan. Namun, tidak kepada perkara-perkara yang semua telah maklum akan hukumnya, seperti dalam bab aqidah, Allah SWT itu Esa, adanya Syurga dan Neraka. Dalam bab ibadah, wajib solat 5 waktu sehari semalam, jumlah rakaat bagi setiap solat fardhu dan waktu-waktunya. Dalam bab muamalah, riba, judi itu haram dan lain-lain.

    Menurut al-Nadawi (1981), hukum yang berubah adalah hukum-hukum bersifat ijtihadiyah (ada ruang ijtihad) yang bersumber dari ‘urf dan mashlahah.

    Ijtihad Saidina ‘Umar dalam beberapa kes menunjukkan bahwa suatu hukum boleh berubah disebabkan perubahan sosial. Tetapi roh syari‘ah yang mendasari hukum tetap bertahan tidak berubah.

    KENAPA TIDAK LAKSANA HUKUM POTONG TANGAN?

    Ijtihad beliau dalam beberapa isu bertentangan dengan dalil-dalil jelas seperti dalam isu saham muallaf, beliau tidak membahagikan harta dari hasil pungutan zakat negara kepada saham muallaf kerana pada zaman beliau nasib orang-orang tersebut sudah cukup terbela, tidak lagi rasa takut dan mereka juga dari segi ekonomi agak mantap dari sebelumnya (Amiur Nuruddin, 1991).

    Beliau juga tidak melaksanakan hukuman potong tangan dalam kes curi kerana situasi pada waktu itu adalah zaman kelaparan. Sehingga tindakan mencuri dalam keadaan terpaksa (dharurah) dibolehkan kerana untuk tujuan kehidupan (Muhammad Baltaji, 2005).

    Kesimpulan, kehidupan manusia berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain, keperluan dan tuntutan kehidupan juga berubah-ubah dari masa ke semasa. Agama Islam akan menjadi agama yang sempit dan tidak sesuai jika tidak ada ruang flaksibal dalam mencari jalan menyelesaikan terhadap sesuatu masalah yang memerlukan hukum baru terhadapnya.

    Ijtihad-ijtihad Saidina ‘Umar sendiri ada kalanya bercanggah dengan ijtihad Nabi s.a.w. dalam beberapa kes dan bahkan bertentangan dengan nash al-Quran. Ini menunjukkan bahwa Allah SWT memberi ruang kepada mujtahid untuk mencari jalan terbaik dalam menentukan kehidupan mereka, pada masa yang sama tidak menggadai atau mengabaikan kepentingan agama.

    Sabda Nabi s.a.w bermaksud: “Allah SWT telah menetapkan sejumlah kewajiban, maka jangan disia-siakan. Allah telah menetapkan batasan-batasan, maka jangan kamu langgar, Allah mengharamkan beberapa perkara maka jangan kamu dekati dan Allah mendiamkan beberapa perkara karana rahmat kepada kamu bukan karana lupa, maka jangan kamu mencari-cari (hukumnya)” (HR: al-Dar Quthni)

    (Gambar-gambar: Facebook/ Suhaimi Mustar)

    MENGENAI PENULIS:

    Ustaz Dr Suhaimi Mustar kini bertugas sebagai Pengerusi Eksekutif bagi Masjid Assyakirin dan Masjid Ar-Raudah. Beliau merupakan seorang asatizah terkini Singapura yang bergelar ‘Dr’ setelah lulus ijazah Doktor Falsafah tahun lalu (2016).
    Ustaz Dr Suhaimi menerima ijazah tersebut dalam bidang Fatwa dan Pewarisan dari Fakulti Tamadun Islam di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Asalnya seorang siswazah Syariah Islam dari Universiti Islam Madinah, beliau kemudian memburu ijazah Sarjana di Universiti Islam Malaysia dalam bidang Fiqh dan Usul Fiqh. 

    Source: BeritaMediacorp

  • Commentary: Supplication Has Been Commonly Recited In Mosques Here For Many Many Years

    Commentary: Supplication Has Been Commonly Recited In Mosques Here For Many Many Years

    Someone shared this on Facebook:

     

    “Dear Sir.

    I spent 10 years in a local madrasah system where I studied Arabic as a language and learnt Islamic religious subjects also in Arabic. Following that, I went on to do a part-time diploma in Qur’an and Sunnah (DPQS) at a local private institution.

    I read with shock and distress the accusations against the imam and I also watched the video that was put up as evidence. In my opinion, nowhere in the video did the imam curse at Jews or Christians (or anyone else for that matter) and at no point did he say anything offensive to incite or encourage violence against Jews or Christians. In my opinion, the accusation being made against the imam is wrong because the accuser has not captured the true meaning and usage of the key action word used in the supplication. The key action word (nasara) used in Arabic actually means ‘to help’. Some (though not so common) may translate it as ‘to grant victory’. If we look at most of the different places in which the word or a derivative of it appears in the Qur’an, it is usually translated as ‘to help’. But there is a specific nuance to it. It is to help/grant victory in a situation where the person asking for that help is in dire need of it due to being oppressed or harmed. So in this instance, the imam was asking Allah for help ONLY from those Christians or Jews who were oppressing or harming Muslims, and not ALL Christians and Jews. What the accuser did not highlight, was that the imam also asked Allah for help from bad Muslims too (those who declare that they believe in Allah but in their hearts they do not believe and they do things to harm Muslims).

    So, at no point did the imam curse Christians or Jews at all. In my opinion, there was nothing offensive. The imam was just asking Allah for help from ANY bad people who are harming any Muslims, regardless of the religion of those bad people.

    Sir, this accusation was particularly shocking to me because this supplication (or those similar to it) has been commonly recited in the different mosques here for many many years and it has never made us think that it demands us to be violent towards people of other religions. We have never been taught by our religious teachers that it should mean that Muslims need to seek victory (implying use of violence) over Jews, Christians or any other groups of people. It has always been taught to us in the manner I have explained above. Also, the idea of help or victory, does not necessarily and immediately imply violence (the accuser unfairly linked the word victory to war and crusades in his original facebook post, however, as Muslims, we believe that Allah can grant victory in many ways and it can be as simple as giving a person a better opportunity at a different area and removing him from the situation or position in which he was being oppressed or harmed).

    Having said all of this, I fully agree that encouraging violence against other religions is something that should not be tolerated or condoned at all in Singapore. We have a rare, precious, peaceful environment here where people of all races and religions have been living harmoniously, and as a Singaporean, it is something I really appreciate and value. If the imam was truly trying to encourage violence against Jews and Christians, then I hope appropriate action will be taken against him. However, I hope that in the future, if there were to be such cases, proper measures or steps could be put in place to prevent the accuser from spreading his unverified accusations on social media causing unwarranted fear or panic from people especially because this accusation is a sensitive issue in multi-religious Singapore.”

    <by Dinah Aziz* to Minister K Shanmugam taken from his FB page>

    Edit: *She’s a daughter of a good friend and is working her way to be a hafiz of the Quran. She has completed her hafazan but has yet to be tested in one sitting and certified as a Hafiz. But to me, certified or not, she’s already a hafiz. She has not posted this on her own FB page but I’m sharing what she’s posted because it’s useful for everyone to know the details of the video.

     

    Source:Effendi Basri

  • Commentary: There Is No Reason At All For Us To Triumph Over You (Non-Muslims)

    Commentary: There Is No Reason At All For Us To Triumph Over You (Non-Muslims)

    Our brother, Ustaz Ahmad Muzzammil Shukri, came out with a pretty good explanation about the context of the imam’s sermon the other day.  He also agreed that when problem arises, MUIS should play a part in resolving or clarifying the religious aspects such as hadiths, fatwas and ideologies when needed. Alhamdullilah may Allah SWT help the imam and us all.

    He said:

    “An explanation which may help us understand better of the recent issue of the prayer recitation by the Imam.

    In the Quran there are verses that have a similar pattern like in Chapter of al-Baqarah verse 286,
    فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ (286)

    Nasr means help…but when the word is used with the preposition a’laa..it means help to triumph over..But lets now focus on the word “kafir” which means disbeliever.

    Even though the word “kafir” is used, it is NOT referred to all disbelievers.
    But instead, only referred to disbelievers that attack and oppress Islam and the muslims because of difference in faith.

    And in any community in the whole wide world, if one is being attacked and oppressed, the victim will cry for help and victory, So That The Oppression Will Stop.

    Now, how is this interpretation proven correct?

    Look at the history of our beloved prophet Muhammad saw. As soon as he reached Madinah during the hijrah, the first few things he did were to build good ties with the non-Muslims in Madinah, particularly the Jews.

    Even though the Muslims were the majority at that moment, he made a peace treaty with the Jews. He promoted peace and love and allowed Muslims and Jews to live peacefully on the same land. Why?

    Because the Jews at that particular time caused no harm or oppression towards the Muslims.

    So this proves that the verse above that was conveyed by Prophet Muhammad saw himself refers to non-Muslims who were causing harm and oppression to Muslims just because they were muslims.

    Therefore, my non-Muslim friends in Singapore, there is nothing to worry about. You cause NO harm in any way to us Muslims. So there is no reason at all for us to triumph over you.

    And I believe the prayers recited by the imam also refers to non-muslims at other parts of the world who are oppressing Islam and muslims. Again, So That The Oppression Will Stop.

    But sadly, wrong interpretation of a convert has just caused chaos and disturbance within the community. Shouldn’t the government take action against this person who caused the chaos and disturbance?”

    Syukran ustaz.

     

    Source: Ahmad Muzzammil Shukri

  • Religion Problem Should Be Settled By Religious Bodies: MUIS Can Do It

    Religion Problem Should Be Settled By Religious Bodies: MUIS Can Do It

    Assalamualaikum,

    Because of a video footage that was shared around Facebook, an imam at Masjid Jamae and Khairudin Aljunied become involved in a police investigation. The imam was alleged to have promoted ill will or violence against the Jews and Christians in our country. And Mr Khairudin is being investigated for encouraging vilification. All because of one busybody who take video and spread around, a small matter that can be peacefully resolved jadi besar. Since the thing already happened, our Muslim community have to look forward and work together to settle the problem.

    But how can a religion problem be investigated by police or secular body? It was a good thing that some MPs suggested that MUIS and PERGAS help in the case and assist along the police. Isn’t this a problem in the muslim community, so we muslims people should have a say and right to the way the matter is settled. Right?

    As for the imam, clearly something is wrong until someone decide to take a video of his sermon. But what the Imam say is from the Quran. We cannot challenge what is written and said in the Quran. MUIS should look into it as nowadays mosque sermons is handled by them, so MUIS is relevant in the investigation.

    It is not saying without MUIS we cannot have racial harmony or peace with other religion. Let me esplain, the case is posted on the internet meaning everyone can reply to this. But until today, did anybody comment help to slow down tension and settle the problem? Saya rasa tidak kan. Thats why we need MUIS assistance to coordinate and help make all our voices become one.

    I might not know much but I hope that this religion issue can be settled by our own muslim community and not involve others or government. It is a small issue, it can be solved. Banyak masalah akan timbul jikalau terlalu banyak tangan terlibat.

    Terima kasih dan salam sejahtera.

     

    Contributor

    Mohd Noh