Assalamu’alaikum…. haaaahhh…. hari ni saya nak luahkan perasaan sedih… Hari ni adalah hari sambutan hari kebangsaan singapura (sengaja xmo letak caps) di semua sekolah.
So, hari ini semua pelajar boleh pakai fesyen apa sahaja asalkan merah dan putih. So anak saya pakai lah T shirt merah dan putih berserta seluar panjang putih dan tudung putih. Masa assembly, ada satu teacher cina tu, suruh dia bukak tudung dgn alasan tudung tak dibenarkan di sekolah.
Persoalannya, saya faham, tudung is not part of the school uniform. Anak saya tak pakai school uniform pun… baju luar… merah dan putih… Free Fashion…. tahun lepas pun sama tapi tak ada masalah pun… form teacher pun tak suruh bukak…
Saya dah email pada sch principal mintak teacher ni difahamkan … saya tanya sekali.. ni teacher ada masalah ke dengan Malay Muslim…
Saya harap perkara ni dapat diselesaikan dengan tenang… saya cuma curhat je di sini… tak paham ah bangsa mereka ni… Free Fashion pun nak control ke???
The sch name is Zhenghua Primary… En Zainal MP dah bantu saya speak to VP. VP was not aware of this… saya reply, saya tak kisah lah kalau sekolah tu bagi surat, bagitau dgn parents no head gears is allowed. ok fine… anak saya pakai uniform je kalau gitu kan… mcm nurse … saya dulu pun gitu, gi sekolah bertudung sampai sekolah bukak lah pakai uniform… tak der masalah pun… saja je teacher bangang agaknya.
VP baru call… dia apologize.. kisahnya sebenar, this Mdm Teng Litan ni, waktu she demanded my daughter to take off her tudung, ada satu lagi teacher intervene asking her to refer to Mr Faisal sbb Mr Faisal ni is the in charge of the Muslim Affair student kt sklh tu… but she did not do that… so bila MP called to inform the school, she peng story kata, she tak demand cuma request je… i snubbed back la… kalau request, suara tak kan tegas garang sampai budak tu takut lalu bukak tudung… I asked the VP, so if Insyirah did not take off her tudung, will Mdm Teng take disciplinary action against her? That was the implication she gave to my daughter… The VP apologize banyak banyak kali.
I also mentioned that kalau tak mo bagi pakai head gear, then tulis surat clearly state that no head gears are allowed. Saya akan suruh anak saya pakai uniform je… lagipun saya cakap, head gears utk anak saya tu, sbb kan dia suka fesyen bertudung… tak der kena mengena dgn agama pun… saya galakkan je lah.. lagipun dah kebetulan satu tuntutan agama… so tak payahlah saya nak nasihat kan dia suruh pakai tudung kan…
Heartbreaking pictures of the killings and the families’ anguish circled the Internet and television news stations. People around the world were outraged, including Singaporeans.
The effects of this war are not just in lost lives. According to the UN Office for the Coordination for Humanitarian Affairs (OCHA), 1660 homes have been destroyed or severely damaged since Operation Protective Edge began. It has resulted in the displacement of 9,900 Palestinians.
In this adult war of obsessive revenge and punishment, it is the children who pay the highest price. It is a war where children become parentless, and parents become childless.
There are many parents in Singapore who have been deeply affected by the Israel-Palestine conflict which resulted in the countless killings of innocents children.
I strongly urge R1C to share a petition created by my friend, and please spread the message to all Muslim and non-Muslim parents who wish to adopt children: now they can push the government to offer adoption of Palestinian children to Singaporean families. By signing this petition, there is a glimmer of hope to help these poor, homeless and parentless Palestinian children. Together we can make a difference in someone else’s life.
Dahulu aku pelajar miskin. Aku selalu didera oleh cikgu aku bernama Ms Seow semasa darjah dua. Aku dianaktirikan. Walaupun aku pandai, Ms Seow kata aku meniru. Ms Seow tidak percaya semua yang aku buat adalah hasil kerja aku sebab aku sering tidak menjawab soalan-soalannya dalam kelas. Aku diarah duduk dalam bakul sampah setiap hari. Barang-barang dalam beg sekolah aku akan dihumban ke seluruh kelas setiap hari. Sesiapa berani kutipkan barang aku akan ditengking. Aku tak diizin belajar bersama-sama dengan pelajar lain. Ms Seow juga selalu memburuk-burukkan aku kepada guru-guru lain. Cikgu Sal turut benci pada aku dan melarang anaknya bergaul denganku.
Kenapa cikgu-cikgu benci sangat pada aku? Mungkin sebab aku budak miskin. Baju aku buruk lusuh bekas turun-temurun kakak-kakak aku. Mungkin sebab aku tak sebersih budak-budak lain. Mungkin sebab kepalaku berkutu kerana banyak bermain longkang dan hutan. Mungkin sebab kasut turun-temurunku koyak rabak walau dijahit dan dikapur berkali-kali. Bagaimanalah aku mampu menjadi pelajar yang berpakaian rapi dan bersih, aku terpaksa berjalan kaki jauh dari rumah ke sekolah berulang-alik setiap hari. Pada waktu rehat, aku jarang ada duit untuk makan. Aku hanya mampu menelan air liur melihat pelajar-pelajar lain makan.
Ms Seow selalu cakap aku bodoh dan jahat. Dia selalu cubit dan tampar aku. Benci betul dia pada aku. Aku dijadikan tempat Ms Seow pukul bantai melepaskan perasaan. Anak cikgu Sal yang bernama liza tetapi tidak pandai, sering dipuji-puji. Anak orang kaya sering dimanja. Aku pula sering disisih, dimaki dan dianiaya. Pernah sekali, aku menyemak kerja rumah aku dengan menggunakan pena merah sebab Ms Seow tidak mahu menyemak kerja rumah aku. Ms Seow mendapat tahu dan begitu marah. Apabila aku katakan aku ingin menjadi guru, Ms Seow telah menghina aku. Dia kata aku hanya layak jadi pengemis.
“Ada hati nak jadi cikgu konon. Cerminlah muka tu dulu!” Kemudian, buku aku dia koyak-koyakkan dan campak ke belakang kelas. Ms Seow kata aku meniru dan buku aku tak layak disemak. Kemudian aku disuruh duduk di dalam bakul sampah yang sarat dengan sampah. Aku masih terbayang derai tawa kawan-kawanku. Kawan-kawan ikut pandang rendah pada aku. Kawan-kawan sekolah rendah suka bercerita tentang aku kepada kawan-kawan Madrasah. Konon aku jahat dan bodoh serta sering kena marah cikgu. Kawan-kawan sekolah rendah menghasut kawan-kawan madrasah supaya tidak berkawan dengan aku. Aku biarkan sahaja. Namun aku tetap dapat nombor 3 dan sering menduduki 5 tempat terbaik di madrasah. Malangnya, apabila aku mendapat nombor 3 di Madrasah, kawan-kawan menuduh aku meniru. Mereka kata aku sudah biasa meniru di sekolah rendah jadi tidak mustahil aku meniru di madrasah. Aku biarkan juga. Mak aku tidak pernah mengajar aku biadab. Mak aku tidak pernah mengajar aku maki-hamun orang. Mak aku cuma mengajar aku bersabar dan bersabar. Sekarang apabila aku kenangkan semula, rupanya budak-budak, kecil-kecil lagi sudah ada unsur gosip dan fitnah untuk menjatuhkan orang.
Waktu kecil itu, aku takut nak mengadu. Kalau beritahu mak abah tentang Ms Seow, pasti kena pukul lagi. Justeru aku sering berdiam diri tanda protes walau disoal bertalu-talu. Walau aku tahu jawapan Matematik, aku sengaja tidak mahu menjawab. Aku sentiasa sengaja mahu membuat Ms Seow berang. Suatu hari Ms Seow panggil mak aku ke sekolah. MS Seow tidak pandai berbahasa Melayu. Dia cakap Inggeris dan ceritakan semua keburukan aku. Konon aku jahat dan bodoh. Mak aku tak pandai berbahasa Inggeris. Jadi ada seorang budak Melayu disuruh menterjemah secara langsung kepada mak aku setiap ayat yang Ms Seow ucapkan. Nama dia Siti Zalinah. Aku ingat sampai bila-bila betapa bangganya Siti Zalinah dipilih menjadi penterjemah untuk menghina aku di hadapan mak aku. Matanya menjeling dan tersenyum sinis pada aku setiap kali dia terjemah butir-butir perkataan yang berbisa. Kemudian, Ms Seow bercakap di hadapan aku dan mak betapa puasnya dia dapat beritahu mak aku bahawa aku jahat dan bodoh.
Credit: NOOR Hasnah ADAM
Aku rasa sangat terhina tetapi aku diam sahaja. Mak pun diam. Aku rasa mak malu dapat anak macam aku. Aku lebih sedih lukakan hati mak. Tapi aku tahu aku teraniaya. Aku tak jahat. Aku tak pernah meniru. Aku tak suka maki-hamun. Aku tak pernah aniaya orang. Cuma Ms Seow sahaja yang tak suka pada aku. Apa sahaja aku lakukan salah di mata dia. Sebab itulah aku turut dihina dan ditertawakan rakan-rakan sekelas. Walau aku lulus cemerlang, markah aku diubah pada buku rekod. Aku dimasukkan ke kelas 3C untuk pelajar lemah.
Waktu aku darjah tiga, mak mengandung lagi. Mak kata Siti Zalinah pandai dan bijak. Jadi dia namakan adik perempuan aku yang baru lahir, Siti Zalinah. Aku rasa sebal. Tapi aku biarkan. Siti Zalinah rakan sekelas aku memang bijak, tiap tahun dapat nombor 1. Tapi dia suka pandang rendah pada aku dan suka gelar aku ‘bodoh’. Aku tak tahu apa jadi pada dia sekarang. Mungkin dia dah berjaya dalam bidangnya
Sejak usia 8 tahun itulah aku bertekad. Aku akan berjaya suatu hari nanti. Aku nak dikenali di negara aku supaya suatu hari orang-orang yang pernah menghina aku sedar…. “ohhh inikah NOOR Hasnah ADAM yg pernah duduk dalam bakul sampah di kelas setiap hari? Sudah berjaya rupanya!”
Walau macam manapun, pengalaman pahit ini sentiasa aku gunakan dari sudut positif, sebagai tekad untuk berjaya. Aku berbangga kerana berjaya merealisasikan impianku. Kini aku adalah seorang guru. Terima kasih pada pengalaman semalam.
Salam semua, hari ini saya terjumpa gerai makanan ini di Yew Tee Point. Kelihatan nya kepunyaan towke bangsa asing yang mengajikan lima wanita Melayu yg bertudong. Awak tau, kedudokan gerai ini pulak betul2 bersebelahan dgn gerai dendeng kinzir.
Saya tidak agak ia nya HALAL kerna tidak kelihatan sijil Halal MUIS di kedai mereka. Yg ada mereka pamerkan hanya normal halal sticker yg diletakkan saja tepi showcase depan tapi tidak di tampal.
Hati2 lah bila beli makanan. Walaupon wanita melayu yg masak, kita tak akan tau samada towke nya membeli ayam daging halal.
Utk pekerja wanita2 yg berlima tu adalah tak bijak mengajar masakan kita pada bangsa
Yg sedih nya, salah satu wanita yg jadi tukang masak sibuk berbual santai sambil mengajar recipe yg dia sdg masak pada lelaki yg dia panggil Boss. Tiap kali sesuatu rempah dimasokkan ke kuali, ‘Boss’ lelaki nya akan tulis di note book dia.
We have sent emails to MUIS regarding cafes/restaurants that do not adhere to MUIS Halal guidelines. But so far, there is nil response from them.
Meanwhile, if you feel uncomfortable and uneasy about the cafes/stalls/restaurants, just choose another eatery. We urge all readers to also contact MUIS immediately.
In the last week, the armed conflict in Gaza has hotted up. Hundreds of people have been killed, mostly civilians, including many children and infants. The loss of innocent lives is tragic and painful. The Middle East is far away, but still we empathise with the pain and suffering of the Palestinian people, because of our common humanity.
Alas there is no easy solution. The Israel-Palestinian problem goes back almost a century. The distrust and enmity are mutual, and deep. Yet there is no future in this endless cycle of violence and retribution.
Any lasting solution must begin with restraint and an end to violence, by both sides. I hope all parties will work together to stop this latest episode of violence.
Let’s keep the victims of the ongoing conflict in our thoughts and prayers. MUIS is collecting funds for humanitarian assistance to Gaza. Singaporeans have donated generously, and not only Muslims. I hope more concerned Singaporeans will continue showing support in this way. – LHL
Konflik bersenjata di Gaza semakin meruncing sepanjang seminggu ini. Ratusan nyawa terkorban, kebanyakannya orang awam termasuk ramai kanak-kanak dan bayi. Korban jiwa mereka yang tidak bersalah dalam jumlah yang besar ini, amat menyayat hati. Walaupun Timur Tengah begitu jauh, kita dapat rasakan kepahitan dan kesengsaraan yang ditanggung rakyat Palestin kerana ikatan kemanusian yang kita semua kongsi bersama.
Tiada huraian mudah. Masalah Israel-Palestin berakar umbi hampir seabad lamanya. Mereka saling tidak mempercayai dan permusuhan begitu mendalam. Lingkaran keganasan dan tindak balas yang tiada penghujung tidak menjanjikan masa depan yang baik untuk rakyat.
Sebarang huraian jangka panjang mesti bermula dengan kedua-dua pihak menghentikan keganasan. Saya harap semua pihak bekerjasama untuk akhiri gelombang keganasan terbaru ini.
Marilah kita sama-sama mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa konflik yang sedang berlaku ini. MUIS mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan untuk Gaza. Rakyat Singapura telah menyumbang dengan murah hati termasuk bukan Muslim. Saya harap rakyat Singapura yang prihatin akan terus memberi sokongan mereka melalui cara ini. – LHL
(Those who wish to contribute can do so at donation boxes placed at all mosques till 24 July, or donate online via MUIS’ website. / Photo courtesy of MUIS)