Category: Komentar

Send in your opinion to [email protected].
Kirimkan pandangan anda kepada [email protected].

  • Ask If You Are Unsure About Halal Validity Of Foodstalls

    Ask If You Are Unsure About Halal Validity Of Foodstalls

    Orang2 nie kadang2, makcik,kakak or abg2 org melayu je kat stall terus bedal. Halal pa, org melayu jual pa. Yang tukang jual memang la org melayu islam tapi yg tukang bawak ayam, daging dan brg2 keperluan lain, belum tentu org Islam. Stall, org bukan Islam, pekerja org Islam. Pekerja tak perlu tahu dari mana stocks datang, dia tahu je keje, end of the day amik gaji. Unless stall owner org Islam, pekeje Islam and kalau beli brg2 tak mengikut hukum, tak berkat kasi org makan.

    Jadi Halal Cert, Halal Sticker IS A MUST kalau tak nak ada confuse di masyarat org2 Islam.

    Sebab skg, Halal cert ada, Halal Sticker ada, yg kat dalam org bukan org Islam memasak, preparation and even amik order, he or she MESTI tahu how sensitive to be a Halal Stall Worker or Owner. At least if people ask, Is This Halal? He or she MUST know how to answer.

    So for patrons who wish to eat when halal cert is being process or not sure if it’s halal or not, Tepuk Dada Tanya Iman. Islam is Simple.

     

    Source: Sam Piong

  • Jaguh Silat Dunia Sheik Farhan Terima Anugerah Jauhari Harapan

    Jaguh Silat Dunia Sheik Farhan Terima Anugerah Jauhari Harapan

    Anugerah Jauhari Harapan 2016 pula diberikan kepada juara silat dunia, Sheik Farhan Sheik Alau’ddin.

    Bagi Sheik Farhan, 18 tahun, anugerah itu menjadi pencetus semangat baginya untuk terus meniti tangga kejayaan.

    Bagaikan ‘di mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’, Sheik Farhan yang menjuarai Kejohanan Pencak Silat Dunia tahun lalu, menyifatkan ayahnya yang merupakan pesilat mapan, Sheik Alau’ddin sebagai sumber inspirasi.

    “Saya nampak yang terbaik dalam silat ialah bapa saya dan untuk menjadi terbaik saya harus ikut yang terbaik,” katanya.

    Farhan berharap anugerah tersebut dapat dijadikan sandaran terutamanya kepada atlit-atlit muda supaya dapat memartabatkan lagi arena sukan Singapura.

    Beliau menambah: “Untuk golongan muda, ia memberitahu bahawa mereka boleh mencapai apa yang mereka mahu tidak kira usia dan saya rasa mereka harus tidak takut untuk mencapai cita-cita.”

    Anugerah Jauhari disampaikan buat tahun ke-18 malam tadi (30 Ogos).

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Saya Masih Ingat Mata Lebam Ayah Selepas Pulang Istana

    Saya Masih Ingat Mata Lebam Ayah Selepas Pulang Istana

    Anak kepada jurulatih hoki Douglas Gomez yang dilaporkan dikasari oleh sultan Johor pada tahun 1992, Sultan Iskandar pada tahun 1992, menyifatkan tempoh berkenaan sebagai kebangkitan rakyat biasa yang tampil mempertahankan mendiang bapanya.

    “Saya masih ingat, dalam habuk pergolakan dua gergasi, rakyat biasa yang tampil, bangkit, mencerahkan jalan,” tulis Brian dalam Facebook miliknya malam semalam.

    Ia selepas cucu Sultan Iskandar, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mengimbas semula sejarah hitam pada 1992 semasa pemerintahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan mengingatkan kerajaan supaya tidak mengulangi apa yang berlaku atas desakan tamak haloba dan sikap gila kuasa.

    Baginda berkata beliau yang berumur lapan tahun ketika itu masih ingat bagaimana keluarganya dilayan oleh pegawai-pegawai kerajaan persekutuan, termasuk bondanya yang ditahan oleh kastam sewaktu kembali ke Johor dari Singapura.

    “Bonda saya diarah melangkah keluar dari kenderaan kerana mereka mahu memeriksa kenderaan dengan terperinci. Saya masih ingat segala-galanya dan saya masih ingat kepada individu-individu yang bertanggungjawab,” katanya dalam posting di Facebook , semalam.

    Menurut Brian dalam tulisannya, beliau masih ingat apabila bapanya pulang dari istana dengan mata yang lebam.

    “Saya masih ingat bagaimana ayah saya, seorang guru dan jurulatih pasukan hoki sekolah, dibawa ke istana. Saya masih ingat matanya yang lebam setelah pulang ke rumah.

    “Saya masih ingat ceritanya tentang apa yang berlaku di istana; dan milik siapa tangan yang menyebabkan lebam itu,” katanya.

    Ratusan surat

    Menurutnya, berikutan insiden itu, ayahnya menjadi bahan percaturan antara “mereka yang dilantik ke kuasa dan mereka yang dilahirkan ke kuasa”.

    Brian berkata ingatannya masih segar bagaimana keluarganya menerima ratusan surat sokongan daripada rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat.

    “Paling ketara ialah peti surat rumah saya, yang menerima ratusan surat dari semua lapisan rakyat Malaysia; dari orang yang kami tak kenal pun; yang merakamkan sokongan kepada ayah saya.

    “Saya masih ingat drebar-drebar teksi sekitar JB, yang untuk bertahun, enggan menerima apa-apa bayaran tambang dari ayah saya,” katanya.

    Menurutnya, ketika itu beliau menyedari bahawa kuasa sebenar bukan milik pihak berkuasa tetapi wujud dalam naluri manusia yang dapat membezakan antara betul dan salah.

    “Ia (kuasa sebenar) wujud dalam keberanian, keyakinan-diri dan hak setiap individu untuk mempersoalkan keadaan yang sedia ada.

    “Kuasa sebenar milik rakyat,” kata Brian.

    Lucut kekebalan

    Pada tahun 1992, apabila Persekutuan Hoki Malaysia menggantung Tunku Abdul Majid, putera kedua Sultan Iskandar daripada bermain selama lima tahun kerana memukul penjaga gol pasukan hoki Perak selepas pasukan Johor ditewaskan dalam satu perlawanan, ayahandanya menjadi berang.

    Sultan Iskandar kemudiannya bertindak memberi tekanan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor supaya mengarahkan semua pasukan hoki sekolah di negeri itu supaya memulaukan kejohanan kebangsaan.

    Ini menjadikan Douglas Gomez sebegitu kecewa lalu membidas Jabatan Pendidikan Johor serta menuntut peletakan jawatan semua ahli jawatankuasa dalam Persatuan Hoki Johor.

    Benggang dengan perkembangan itu, Sultan Iskandar kemudian menitahkan Gomez ke istana dan didakwa mengasarinya. Jurulatih hoki itu kemudiannya membuat laporan polis.

    Berikutan itu, satu sesi khas parlimen telah diadakan pada bulan Disember 1992 yang menyaksikan usul bagi menyekat kuasa atau melucutkan kekebalan Raja-raja Melayu dibentang dan diluluskan.

     

    Source: MalaysiaKini

  • Mufti Pahang Gesa Kerajaan Malaysia Haramkan Buku Ibnu Taimiyah

    Mufti Pahang Gesa Kerajaan Malaysia Haramkan Buku Ibnu Taimiyah

    BANGI, Ahad – Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman menggesa kerajaan supaya segera mengharamkan buku karangan Ibnu Taimiyah berikutan dibimbangi fatwa yang terkandung dalam buku tersebut disalah gunakan oleh kumpulan pelampau untuk memerangi umat Islam di Malaysia.

    Malah beliau turut menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri supaya melakukan kajian terhadap isi kandungan buku itu kerana terdapat beberapa perkara yang jelas bercanggah dengan fahaman majoriti umat Islam di negara ini.

    “Majoriti umat Islam di negara ini telah mengikut aliran Asha’irah dan Maturidiah sejak dari dulu lagi malah, de­ngan mengikuti aliran majoriti ini keadaan umat Islam di Malaysia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan bersatu-padu.

    “Namun, sejak fatwa Ibnu Taimiyah mula disebarkan oleh sesetengah pihak umat Islam di negara ini mula berpecah-belah lebih teruk, terdapat ustaz-ustaz yang melabel sesuatu perkara itu sebagai bidaah dan sebagainya, kita bimbang akan tiba satu pe­ringkat sehingga darah umat Islam menjadi halal hanya kerana tidak bersetuju dengan pan­dangan mereka,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

    Mengulas lanjut katanya, beberapa negara di Asia Barat seperti Mesir, Jordan dan Algeria telah mengharamkan buku-buku karya Ibnu Taimiyah kerana bimbang dengan pengaruh pihak pelampau.

    Maka katanya, pengharaman terhadap karya-karya Ibnu Taimiyah wajar dilakukan juga di Malaysia.

    Katanya lagi, Kementerian Pendidikan juga perlu memantau pendidikan Tauhid yang dibawa oleh pengikut Ibnu Taimiyah kerana ia bukan sahaja bercanggah malah telah mengetepikan pendekatan Sifat 20 yang dipegang sejak dahulu lagi.

    Sebelum ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mendedahkan bahawa kumpulan militan Daesh telah menggunakan petikan atau fatwa daripada Ibnu Taimiyah dalam hujah mereka untuk menjustifikasi tindakan ganas yang dilakukan.

    Ayob berkata, ada antara fatwa itu digunakan Daesh dengan melabelkan aliran Asha’irah yang dipegang majo­riti umat Islam negara ini sebagai sesat, syirik dan kafir, sekali gus menghalalkan tindakan mereka untuk membunuh rakyat Malaysia.

     

    Source: www.ismaweb.net

  • Polis Tangkap Ayah Yang Perkosa Anak Kandungnya

    Polis Tangkap Ayah Yang Perkosa Anak Kandungnya

    Pasukan Operasi Direktorat Kajian dan Jenayah Umum (Distreskrimum) Polis Daerah Nusa Tenggara Barat, menangkap seorang lelaki berusia 40 tahun atas tuduhan memperkosa anak kandungnya yang berusia 15 tahun.

    Pengarah Distreskrimum Polda NTB melalui seorang pegawai Putu Bagiartana hari ini (27 Ogos) berkata mangsa merupakan anak sulung dari empat adik beradik yang tinggal bersama tertuduh di Kecamatan Alas, wilayah Sumbawa.

    “Jadi lelaki itu hanya tinggal bersama mangsa dan kedua adiknya di Sumbawa, sedangkan adik bongsu dipercayai tinggal dengan ibu kandung mereka di Lombok Timur. Mereka tidak lagi serumah sejak bercerai lima bulan lalu,” kata Bagiartana ditukil Antara.

    Tertuduh ditangkap selepas aduan dibuat ibu kandung mangsa pada 5 Ogos lalu.

    Tindakan bekas suaminya dilaporkan kepada pihak polis selepas mendengar pengakuan anak kandungnya.

    “Menurut pengakuan anaknya, kesalahan itu berlaku pada 29 Julai lalu pada waktu malam hari sedang mangsa tidur,” tambah Bagiartana.

    Hal itu disahkan tertuduh dalam pengakuannya yang menjelaskan kepada para penyelidik bahawa dia memperkosa mangsa dalam bilik tidur dengan cara paksa.

    Pada awalnya, mangsa dikatakan cuba melawan tertuduh, namun kerana tidak berdaya, tertuduh melepaskan nafsunya.

    Tertuduh dalam keterangan lainnya mengaku bersalah dan menyesali perbuatannya.

    Walau bagaimanapun, tertuduh tetap akan dihukum atas kesalahannya itu.

    Tertuduh kini ditahan di Mapolda NTB untuk menjalani proses hukumannya. Bagiartana menambah para penyelidik sedang berusaha untuk mendapatkan semua bukti.

    “Hasil visual sudah diterima, begitu juga keterangan mangsa dan bukti berupa pakaian milik mangsa. Mungkin dalam waktu terdekat ini penangkapannya akan segera kami lakukan,” kata Bagiartana.

    Source: Berita MediaCorp