Category: Singapuraku

  • Remaja bertudung lepak hisap rokok

    Kontribusi dari seorang pembaca ingin dikenali sebagai ‘Anakku Sazali’.

    Apa sudah terjadi pada anak remaja kita sekarang?

    Kalau pun mahu membuat aktiviti yang kurang manis, mungkin ada baiknya bertukar pakaian dahulu.

    Adik ni dah cukup umur 18 tahun ke belum? Aduh pening kepala, sakit mata.

    fyzaa_2_minahtudungsmoke1
    Sumber: Liana
    fyzaa_1minahtudungsmoke2
    Sumber: Liana
  • Smoking in a headscarf

    Not too long ago, a friend of mine posted a photo of a woman wearing a headscarf and holding a cigarette in her hand. There was a minor ruckus on her profile about this picture. Why does this image shake up some of our worlds?

    Because in Singaporean society Muslim women who wear the headscarf have been constructed to be examples of virtuous, moral, proper women. If you wear a headscarf, you’d better behave in these certain ways –

    1. No smoking in public (cigarettes at least, but smoking shisha/hookah/Arab water pipe is mysteriously tolerated),
    2. No kissing in public (even if married!),
    3. No unruly behaviour like shouting or fighting, and
    4. No close contact with men in public.

    Otherwise, you’re going to be pointed out as a bad example of a Muslim woman. Interestingly, holding hands is still kind of acceptable, as is wearing trousers (not the same case in other Muslim communities).

    In our context, the headscarf is a visible sign of morality. You can’t tell if someone believes in God, or prays, or fasts, but you can see a headscarf. The wearer is assumed to be a morally-upright person who has to follow certain rules of (Islamic) behaviour, and therefore also assumed to be discipline-able by any member of the public.

    No one has any qualms about telling off a woman with a headscarf if she’s seen to be ‘violating’ any of the above rules. Many older and young women and men, have no qualms about policing young women who are not ‘properly’ dressed.

    However, women without a headscarf can do any of the above things without nary a public comment because her morality is invisible (Or you can argue that her ‘immorality’ is visible, haha.). Being under constant surveillance can be annoying at best, and exhausting at worst. Is it really a surprise then that some women choose to appear in some situations with a headscarf, and some without?

    Sadly, there are no equivalent markers for men in our Muslim community. In some other societies, perhaps a beard plays the same trick, albeit to a lesser extent (and a beard doesn’t entail an entire dress code). Baju kurung? No one wears that anymore except to the mosque or during Ramadan or Eid. Long sleeves and long pants? Come on man, Singapore is too hot and humid. But why do young men wearing (tight) T-shirts get picked on far less?

    Because of the invisible morality of young Muslim men, they can get away with a lot of things. For example, wearing a T-shirt that says “Playboy” on it. The contrast is even starker when you know that they are probably good, practising Muslim men, who have ‘proper’ social relations with young Muslim women.

    Heck, the best contrast is to see them in the company of ‘properly-dressed’ young Muslim women at Islamic events. Young men are free to go everywhere in their T-shirts and no one is going to say, Hey dude, your T-shirt is a bit too tight, eh? But you can hear, Eh your hair is sticking out! Or, You should wear a top that covers your butt, or, You look so beautiful in an abaya!

    There will be people who say that if a woman really wore the headscarf for God, all this would not matter. But my focus is not on the reasons for wearing it. My focus here is on the headscarf as a visible signifier of morality and its implications for the daily lives of young women.

    I can’t change the way people think, but I think awareness of why we think the way we think is the first step.

     

    Source: http://bit.ly/1jOTlBF

  • Bekas Ketua Samseng Melayu Dedah Kisah Diri

    Bekas Ketua Samseng Melayu Dedah Kisah Diri

    Bekas Ketua Samseng Melayu Dedah Kisah Diri | Ini adalah sebuah kisah seorang ketua samseng melayu yang dulunya sangat dihormati kawan mahupun lawan. Bernama Yan Bai, setelah dipenjarakan begitu lama, Yan Bai akhirnya dibebaskan pada Februari 2013 yang lalu. Ikuti cerita beliau dibawah.

    Perawakannya yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran.

    Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan membawanya pergi.

    Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya.

    “Ini engkaukan… engkaukan? Mana kau nak lari?” kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam tahun 2004 itu.

    Mereka tidak menemui sebarang bukti – dadah atau senjata api – dan Yan Bai tetap diam membisu.

    Yan Bai digeruni dalam “dunia jenayah” yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan, perjudian dan rusuhan bagi mempertahankan “nombor” masing-masing hingga mengorbankan nyawa.

    Sebagai ketua satu-satunya kumpulan samseng Melayu Omega, Yan Bai juga dalam senarai paling dikehendaki perisik polis bukan saja di sini malah di seberang Tambak.

    Selepas beberapa minggu ditahan di lokap Bukit Aman, beliau dikawal ketat dalam perjalanan ke Johor Bahru dan kemudiannya diserahkan kepada polis Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Koswe sebelah Singapura.

    Atas dakwaan sebagai pengasas Omega, beliau ditahan tanpa bicara di bawah Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) atau CLTPA.

    Yan Bai, kini 51 tahun, pernah ditahan di Penjara Chia Keng di Yio Chu Kang Road pada 1987 di bawah akta sama kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran heroin.

    Beliau yang pernah dua kali keluar masuk pusat pemulihan dadah (DRC) menyimpan dendam kerana mendapati pengedar Melayu, termasuk beliau, ditindas sindiket dadah kaya raya yang dikuasai kumpulan samseng.

    Atas pemikiran itulah beliau menubuhkan kumpulan Singapura 14, hasil perbincangan dengan beberapa banduan penjara itu yang kebanyakannya tinggal di sekitar Geylang.

    Namun, kumpulan itu dibubarkan selepas dua tahun kerana sesetengah anggota melanggar etika gengster – terlibat dalam kegiatan homoseksual.

    Yan Bai, yang disokong enam banduan Melayu yang lain, kemudian mengangkat sumpah sehidup semati dengan Al-Quran untuk menubuhkan kumpulan Omega sempena sambutan hari jadinya pada 23 September 1989.

    Dengan penubuhan kumpulan yang menarik penyertaan kian ramai banduan, beliau “turun cakap” dengan kepala gengster yang lain bagi membolehkan banduan Islam mengangkat wuduk di tandas antara 7 dengan 8 malam di penjara itu.

    “Sebelum itu, susah nak ambil wuduk pada waktu maghrib dan isyak. Bayangkan lebih 30 orang berebut nak pakai tempat tandas yang hanya ada sebuah. Ada kepala gengster yang tak setuju tapi saya jumpa mereka one to one. Mereka tak berani angkat muka. Akhirnya semua ikut peraturan yang dipersetujui itu dan tiada lagi pergaduhan,” sambung Yan Bai yang ditemui baru-baru ini dengan memakai jean hitam, sepatu sukan, dua rantai berjuntai di tengkuk serta gelang dan cincin berbaris.

    Sejak itu, Yan Bai semakin dihormati di penjara yang kini telah pun dirobohkan.

    Selepas lima setengah tahun, Yan Bai dipindahkan ke Kem Ahmad Ibrahim di Upper Thomson Road, tetapi melarikan diri hanya beberapa bulan selepas itu.

    Ketika pelarian itulah kumpulan Omega semakin berkembang dengan para anggota semuanya Melayu bersepah di sana sini.

    Kumpulan yang disifatkan sebagai berani mati itu beransur-ansur menguasai pengedaran dadah dan sekali gus mengurangkan monopoli kumpulan-kumpulan samseng lain.

    Dalam 1990-an itulah masalah dadah di kalangan masyarakat Melayu memuncak sehingga ke tahap membimbangkan. Yan Bai ditangkap sekali lagi dan ditahan atas kesalahan melarikan diri dari penjara.

    Beliau dibebaskan pada 2000 dan berkahwin pada hari jadinya – 23 September.

    Menyedari gerak-geri dan kegiatannya dipantau polis, Yan Bai bersembunyi di Indonesia dan Malaysia tetapi masih memberi arahan kepada orang-orang kanannya di Singapura.

    Jaringan rapat dan berurusan secara langsung dengan kongsi-kongsi gelap yang juga menguasai penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia, menyaksikan Yan Bai dihormati dan diberi bantuan.

    “Semuanya beres macam pasang siap apabila saya sampai ke Malaysia. Mereka kasi kad pengenalan, pasport dan serahkan sebuah kereta baru Proton Saga dengan hanya bayar sagu hati tanda persaudaraan sebanyak RM3,600.

    “Jumlah tersebut juga sempena lambang kumpulan samseng 36 yang berpengaruh di Malaysia,” kata Yan Bai sambil menyatakan para anggota kumpulannya hidup senang hasil kegiatan mengedar dadah tetapi dicemburui kumpulan-kumpulan samseng lain.

    “Dulu budak-budak jam (Omega) nak dapat satu peket heroin, boleh buat 40 hingga 50 suku, pun susah daripada sindiket lain. Saya kasi budak-budak kita hidup. Satu peket saya tolak $80 dan mereka jual $250.

    “Saya pastikan harga tetap di pasaran… tak boleh main bangsat,” tambahnya.

    Namun, sejak dibebaskan Februari lalu, beliau mengaku kesempitan kerana sukar mendapat pekerjaan dan kini dalam proses cerai.

    Sumber: http://bit.ly/1eiKNOs 

  • Dalam Kenangan – KOMPOSER KASSIM MASDOR

    Al-Fatehah.

    Komposer veteran Kassim Masdor meninggal dunia semalam akibat radang paru-paru.

    Bermula dari tahun 1950-an, Kassim telah menghasilkan lebih daripada 400 lagu-lagu, banyak yang telah menjadi hits malar segar dinyanyikan oleh ramai penyanyi Melayu klasik seperti Saloma, Ahmad Jais, Ahmad Daud, Kartina Dahari dan Sharifah Aini. Kira-kira 200 daripada karyanya adalah kerjasama dengan pemenang Medallion Kebudayaan Yusnor Ef.

    Allahyarham, 77 tahun dimasukkan ke Hospital Besar Singapura, Jumaat lalu kerana semput dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada sekitar 9.30 malam semalam.

  • Kes aniaya budak: Bekas guru didakwa

    Bekas guru pusat jagaan kanak-kanak ‘My First Skool’ yang dikatakan menyebabkan kaki seorang budak berusia dua tahun retak telah didakwa di mahkamah kerana menganiaya kanak-kanak itu semalam.

    Perbuatan Siti Hadijah Mohamed Sin, 51 tahun, bekas guru sambilan di cawangan pusat penjagaan kanak-kanak My First Skool di Blok 192 Lorong 4 Toa Payoh itu telah ‘ditangkap’ menerusi video rakaman CCTV pusat jagaan tersebut. Menyusuli kejadian tersebut, Siti Hadijah telah dipecat oleh pusat jagaan tersebut.

    Dia dikatakan telah menggenggam lengan dan mengangkat serta menghempas budak itu sebanyak dua kali ke atas lantai.

    Perbuatan Siti Hadijah itu telah menyebabkan budak tersebut mengalami keretakan pada tulang kering di kaki kirinya.

    Kes tersebut akan didengar lagi di mahkamah pada 18 Februari nanti.

    Jika sabit kesalahan, Siti Hadijah boleh didenda sehingga $4000 dan dihukum penjara sehingga empat tahun.

    Tontoni video CNA: http://bit.ly/KDmjbw

    Source: http://bit.ly/1bhl9ZC