Kes aniaya budak: Bekas guru didakwa

Bekas guru pusat jagaan kanak-kanak ‘My First Skool’ yang dikatakan menyebabkan kaki seorang budak berusia dua tahun retak telah didakwa di mahkamah kerana menganiaya kanak-kanak itu semalam.

Perbuatan Siti Hadijah Mohamed Sin, 51 tahun, bekas guru sambilan di cawangan pusat penjagaan kanak-kanak My First Skool di Blok 192 Lorong 4 Toa Payoh itu telah ‘ditangkap’ menerusi video rakaman CCTV pusat jagaan tersebut. Menyusuli kejadian tersebut, Siti Hadijah telah dipecat oleh pusat jagaan tersebut.

Dia dikatakan telah menggenggam lengan dan mengangkat serta menghempas budak itu sebanyak dua kali ke atas lantai.

Perbuatan Siti Hadijah itu telah menyebabkan budak tersebut mengalami keretakan pada tulang kering di kaki kirinya.

Kes tersebut akan didengar lagi di mahkamah pada 18 Februari nanti.

Jika sabit kesalahan, Siti Hadijah boleh didenda sehingga $4000 dan dihukum penjara sehingga empat tahun.

Tontoni video CNA: http://bit.ly/KDmjbw

Source: http://bit.ly/1bhl9ZC

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *