Category: Sosial

  • Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Adakah Solat Kita Sah? Mari Kita Kaji Syarat Sah Solat

    Bukan bermakna syarat sah solat ini untuk orang yang mudah lupa sahaja. Ia adalah untuk semua orang Islam. Anggap pengetahuan ‘basic’ itu sebagai ulangkaji untuk kita semua. Kita selalu mengerjakan solat. Kita seronok bersolat. Tapi sedarkah kita apakah syarat sah solat itu sebenarnya? Mari kita ‘refresh’ pengetahuan kita berkenaan syarat sah solat. Syarat sah ini adalah dipetik dari kitab Munyatul Musolli (Idaman orang yang Solat) karangan Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fathani. Orang yang memelihara dan mendirikan solat adalah merupakan hamba Allah yang mencari kemenangan. Untuk memperolehi nikmat kemenangan di dalam solat, seseorang itu haruslah memelihara segala syaratnya.

    • Mengetahui Masuk Waktu Solat
      • Seseorang itu harus mengetahui masuknya waktu solat dengan penuh yakin atau separuh yakin (zhan) bagi setiap waktu yang hendak dikerjakan
      • Tidak sah solat sekiranya seseorang itu tidak mempunyai ilmu untuk mengetahui waktu masuknya sesuatu solat wajib yang hendak dikerjakan.
    • Kiblat
      • Mengetahui arah kiblat yang menjurus ke arah Kaabah
    • Menutup Aurat
    • Lelaki – Menutup aurat antara pusat dan lutut
    • Perempuan – keseluruhan tubuh melainkan muka dan tapak tangan
    • Mengetahui Cara Mengerjakan Solat
      • Dengan mengetahui rukun dan sunat di dalam setiap pergerakan solat
    • Bersih dari Hadas
      • Bersih dari hadas kecil dan hadas besar
    • Bersih dari Najis
      • Bersih dari najis yang tidak dimaafkan pada tubuh, pakaian dan tempat solat
      • Tidak boleh bersentuh najis dengan sebahagian dari badannya
    • Berhenti dari berkata-kata
      • Berhenti dari mengeluarkan kata-kata dengan sengaja selain dari bacaan Al Quran, zikir dan doa
      • Solat adalah batal walapun berkata-kata dengan dua huruf
    • Meninggal atau melebihkan Rukun
      • Meninggalkan atau melebihkan rukun perbuatan dengan sengaja seperti sujud tiga kali atau rukuk dua kali
      • Wajib meninggalkan perbuatan yang bukan perbuatan solat seperti melompat, memukul dan melangkah secara berturut-turut

     

     

    Source: Islam Itu Indah

     

  • Bahaya Simpan Ubat Demam Lama Sangat Dalam Peti Ais

    Bahaya Simpan Ubat Demam Lama Sangat Dalam Peti Ais

    Saya perasan kalau saya buka peti ais rumah siapa-siapa pun mesti banyak ubat demam anak-anak.

    Biasanya mak ayah ni suka simpan ubat demam Panadol, Asmol, Promethazine,dan Kidz PCM dalam peti ais. Bukan seminggu dua tapi kadang kadang tu sampai berbulan-bulan pun ada.

    Siapa tahu kenapa ya?

    Tahu tak bahaya kalau kita simpan ubat demam tu lama sangat? Tahu tak botol ubat tu asalnya diisi dengan udara bersih ataupun Nitrogen di kilang sana. Udara dalam tu memang bebas kuman tapi sekali kita dah buka botol ubat demam tu, udara bersih tu akan keluar dan udara luar yang mengandungi fungi, bakteria dan wap air ni akan masuk.

    Lagi satu, bila kita simpan ubat dalam peti ais proses kondensasi akan berlaku dan wap air akan terbentuk dalam botol ubat tu. Wap air tu takde bahan pengawet sepertimana ubat yang memang ada bahan pengawet jadi bakteria mudah membiak kat dalam tu.

    Berapa lama je boleh simpan?

    Sebenarnya tak perlu simpan pun. Bila anak demam lagi, ambil je ubat yang baru. Tu lagi selamat tapi kalau nak simpan juga jangan lebih 2 bulan ye. Lebih bahaya lagi kalau kita simpan pastu kita lupa dah berapa lama ubat tu kita simpan. Bila anak demam je terus bagi ubat lama tadi. Aduh! Bahaya!

    p/s : Kalau suhu masih bawah 37.5 c tu tak perlu pun ubat demam. Banyakkan minum air ye. Kalau selsema sikit-sikit tu banyakkan makan buah buahan je. Belajar berjimat cermat sikit bab ubat-ubatan.

    Tolong sebarkan dan ajar ilmu ni pada ibubapa kat luar sana juga ye. Saya tahu ramai ibubapa yang tak tahu tentang benda ni.

     

     

    Source: Klinik Roshadah

  • Adab-Adab Menelefon Dan Menerima Panggilan Telefon

    Adab-Adab Menelefon Dan Menerima Panggilan Telefon

    Memang perangai manusia berbeza-beza tetapi kadang-kalanya ada juga perangai yang agak sama di antara kita. Ini bergantung kepada adat, adab, nilai dan budaya di mana masing2 dibesarkan (home culture and values), personaliti dan pengalaman kehidupan. Satu perangai negatif yang sudah terlalu banyak saya lihat adalah mengenai adab menelefon orang lain dan terima panggilan daripada orang lain.

    Orang yang menelefon:
    1. Apabila menelefon seseorang, JANGAN bertanya “Siapa tu?” sebab anda yang menelefon. Orang yang angkat telefon tu yang patut bertanya “Siapa tu?”. Anda harus bertanyakan nama orang yang anda ingin hubungi (bangang betul lah)

    2. Apabila menelefon seseorang, JANGAN mulakan perbualan dengan “Kenal suara I tak? Kenal I siapa tak?”…kalau anda call dengan tidak menggunakan khidmat video phone supaya senang dikenali, JANGAN terlalu perasan suara anda itu unik…kalau anda nak buat surprise call, BE PREPARED to get surprised by some swear words from the other person on the line (baghal betul lah).

    3. Apabila memicit nombor telefon yang sudah lama anda tidak call, ada kemungkinan nombor yang sama telah dikitar semula kepada orang lain. Jadi, nasihat #1 dan #2 tadi juga tidak relevan langsung untuk digunakan.

    4. Apabila tersalah nombor, segera minta maaf (orang tu tak tahu awak siapa. Suara je. Jadi, kenapa nak malu minta maaf? tak logik kan kan? Bodoh langit-langit lah). Minta Maaf untuk menenangkan hati si penerima panggilan sebelum anda dimaki hamun. Jangan cepat2 letak telefon tanpa meminta maaf. Pengecut namanya tu. Anda tak rugi apa2 apabila minta maaf (badigol so’od betul ah!)

    Untuk si Penerima panggilan:
    1. Keep calm and insist on getting the name of the caller before you give yours.
    They may be prowlers.
    2. Jangan marah2 kerana kadang-kala si pemanggil benar2 buat silap (honest mistake)
    3. Apabila si pemanggil minta maaf, maafkanlah…jangan pula awak tunjuk samseng nak marah2 dia balik.

     

     

    Source: R.J.

  • Hentikan Tabiat Gigit Kuku Sebab 5 Bakteria Berbahaya Ini!

    Hentikan Tabiat Gigit Kuku Sebab 5 Bakteria Berbahaya Ini!

    Tahukah anda terdapat 5 bakteria berbahaya yang boleh memanipulasikan kesihatan anda melalui sikap gigit kuku. Ketahui kesan pembawakan bakteria tersebut dalam badan anda…

    #1 Staphylococcus Aureus

    Bakteria staphylococcus aureus yang terdapat dalam kesan luka jari yang digigit boleh menyebabkan keracunan makanan, jari bengkak, berbisul dan jangkitan kuman pada saluran pernafasan. Ia boleh berjangkit melalui sentuhan dari luka kulit yang tidak diubati.

    #2 E. coli

    Pernah dengan wabak E. coli? Bakteria E. coli antara bakteria berbahaya pembawa maut. Mengigit kuku yang kotor dan tangan yang tidak dicuci tanpa sedar anda dijangkiti E. coli. Cegah! Kerana ia merisikokan kesihatan anda.

    #3 Herpetic Whitlow

    Keadaan tisu dan kulit jari boleh rosak dan bahagian leher terasa sakit dan lenguh gara-gara dari jangkitan bakteria herpetic whitlow. Selain itu, jangan tanya kenapa anda kerap jatuh sakit atau demam.

    #4 Candida Parapsilosis

    Bakteria yang boleh ditemui dibawah kuku iaitu candida parapsilosis boleh menyebabkan penyakit kulit dan jangkitan pada seluruh badan! Lebih menakutkan, ia boleh merebak sehingga melumpuhkan otak, jantung, mata dan organ penting.

    #5 Salmonella

    Bakteria Salmonella yang sering dikaitkan dengan keracunan makanan, cirit-birit dan demam boleh dijangkiti dari sikap tidak membasuh tangan. Bayangkan selepas mengusap haiwan peliharaan atau ke tandas anda tidak mencuci tangan kemudian kembali dengan tabiat menggigit kuku. Simptom penyakit yang disebut tadi boleh berlaku 12 hingga 72 jam selepas terkena jangkitan.

  • Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula Untuk Siasatan Atas Kecuaian

    Kubur Nur Aliya Syifa Digali Semula Untuk Siasatan Atas Kecuaian

    ALOR SETAR, KEDAH – Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terkena serpihan batu pengasah di dada kiri ketika bapanya sedang mengasah mata pisau mesin remput di luar rumah, Jumaat lalu. Dalam kejadian jam 5.30 petang Jumaat, mangsa, Nur Aliya Syifa Murad, 5, kemudian dibawa ke Klinik 1Malaysia sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan. Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada jam 11 pagi Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Besar.

    Bagaimanapun, polis membuka kertas siasatan kes kematian Nur Aliya Syifa, selepas mendapat perintah mahkamah untuk menggali semula kubur kanak-kanak itu bagi proses siasatan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 304 A Kanun Keseksaan kerana kecuaian menyebabkan kematian yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    “Proses menggali kubur itu akan dilakukan pagi esok (hari ini) dengan dihadiri pakar patologi untuk bedah siasat semula di HSB. Selepas siasatan selesai, kita akan serahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya. Menurut bapa mangsa, Murad, berumur 40-an berkata, ketika kejadian itu, dia berada di luar rumah dan sedang mengasah mata pisau mesin rumputnya sementara Nur Aliya Syifa pada ketika itu masih berada di dalam rumah. Ketika sedang mengasah, tiba-tiba batu pengasah itu pecah dan serpihannya terpelanting.

    “Pada mulanya ia terkena pada kereta dahulu sebelum terkena dada kiri anak. Saya tidak sedar bila dia berada di luar rumah. Dalam keadaan anak yang berlumuran darah dan lemah itu, saya terus mengangkat dan membawanya ke klinik 1Malaysia sebelum dia dihantar ke HSB,” katanya.  Difahamkan, Murad telah memberi keterangannya kepada pihak polis untuk membantu siasatan.