Category: Sosial

  • Philippines Arrest Top Female IS Recruiter, Ex-Wife Of Radicalised Singaporean

    Philippines Arrest Top Female IS Recruiter, Ex-Wife Of Radicalised Singaporean

    MANILA: Philippine security forces have arrested a 36-year-old Filipino woman suspected of recruiting, via social media, fighters from around the world for the ultra-radical Islamic State (IS). Karen Aizha Hamidon was arrested in Taguig city, an hour east of the capital Manila, on Oct 11, Justice Secretary Vitaliano Aguirre announced at a news conference on Wednesday. Aguirre said Haidon was formerly the wife of Singaporean Muhammad Shamin Mohamed Sidek, a security guard detained in Singapore in August 2015 for planning to join IS and using social media to incite violence.

    Hamidon later married Mohammad Jaafar Maguid, a Filipino, who led ISIS-linked Ansar al-Khilafah Philippines till he was killed by police in January this year, according to Mr Aguirre. Aguirre said Hamidon was also a close associate of Musa Cerantonio, an Australian Islamist preacher who was purportedly recruiting fighters for IS. Rebellion charges are being readied against Hamidon in relation to 296 social media posts linked to her seeking to recruit reinforcements for besieged Muslim militants in the war-torn southern city of Marawi.

    “It is very clear that her actions are in conspiracy, or in sync, with actions of the rebels. While her companions are fighting in Marawi, her part is to further recruit fighters to assist in the Marawi siege by the IS and Maute groups,” said Aguirre. Hundreds of Muslim militants stormed Marawi on May 23 in an audacious bid to turn it into an IS “province”. They have held on to parts of the city for nearly five months. News of Hamidon’s arrest comes two days after security forces in Marawi battled and killed Isnilon Hapilon, designated by IS as its top man in South-east Asia; and Omarkhayam Maute, co-leader of a group that provided the bulk of fighters that attacked Marawi.

    On Tuesday (Oct 17), President Rodrigo Duterte declared that Marawi had been “liberated from terrorists’ influence” following the deaths of Hapilon and Maute, though the army has yet to dislodge a pocket of militants entrenched in the heart of the city. More than 1,000 militants, government troops and civilians have been killed and about 400,000 people displaced. Half of Marawi lies in ruins, levelled by air raids, artillery barrages and fierce urban fighting. Indian intelligence officials last year sought help from Philippine authorities, after Hamidon’s name cropped up as administrator of Facebook, Telegram and WhatsApp groups that sought to recruit Muslims in India to fight for IS in Iraq and Syria.

    Mohammad Sirajuddin, 33, a marketing manager with the Indian Oil Corporation arrested in December 2015, said it was Hamidon who first contacted him on Facebook and WhatsApp and convinced him to join IS in Syria. A profile provided by India’s National Investigation Agency said Hamidon’s father was a Muslim. He died when she was 20 years old. Her mother was a Christian, and brought her up as a Christian. But she and her two sisters converted to Islam about 10 years ago.

     

     

    Source: The Star

  • Niqab Ladies Are Better Than Hijab Ladies, And Both Are Better Than Non-Niqab/Hijab Ladies?

    Niqab Ladies Are Better Than Hijab Ladies, And Both Are Better Than Non-Niqab/Hijab Ladies?

    Bila kita berhijab, kita da pakai uniform Islam. We are the ambassadors of Islam especially to the group of people we are hanging out every day. Like it or not, people will judge us based on our character and dressing. Aku pernah “tervulgar” at work one day and a colleague jaw dropped and immediately tanya aku, “Muslims can swear ar? My friends swear la.. but u in that scarf and swear.. like not appropriate sia..”

    Allah..

    Like it or not, orang akan have the impression that ladies yang berhijab have better character than ladies yang belum berhijab and ladies yang berniqab have better character than ladies yang berhijab. Aku pernah dapat a PM where a lady not in hijab asking me about a particular person in niqab, “Sis kenapa apa dia cakap semua macam lucah. dia kan pakai niqab. Tak paiseh ke?”

    Islam is simple. Kalau ibadah kita on the right track, in shaa Allah, with increased imaan and taqwa, hayaa’ akan menyusul dalam jiwa kita. Kita yang beragama Islam, tau that, tak semestinya someone yang berniqab, they have better akhlak and adab dari a lady yang tak berhijab. Everyone ada their own personal struggle.
    Ada da settle hijrah luaran, but dalaman masih work in progress.  Ada yang da adjust dalaman, luaran masih no progress. Recently, aku had a discussion with a friend about niqab and how some niqabis jadian ruined the image of those yang berniqab lillahi ta’ala.

    Mulut tak jaga.
    Adab tak jaga.
    Suka sindir2 orang.
    Suka cakap pasal orang.
    Suka rasa that pandangan dia better dari everyone else.
    Suka cakap berbaur lucah.
    Jokes double meaning.
    Suka mengata orang
    Tak boleh ditegur..
    Tegur je naik hantu..
    Mana akhlak kita?
    Mana hijab sebenar kita?

    Tak cukup tutup satu badan but kita tak jaga akhlak in public.

    Of course, every single one of us is a work in progress. Wallahi I dont deny that. And as muslims, kita kena berlapang dada bila anyone tegur kita demi kebaikan. We should never look down upon anyone, no matter what stage we are in our hijrah journey, continue to keep on reminding each other that we are in this together. Niqabis should mix around with rugged ladies and break that mentality barrier of “Im better than you”.

    Rugged ladies should be open minded that walaupon kita mungkin kena attack dengan one, two or 3 niqabis, there are still ladies who don the niqab for the sake of Allah SWT. They are nice and humble as the rest of the struggling muslimah. Kadang2 kita rasa diri kita da perfect dalam segala aspect, pakaian.. ibadah, but imagine hari mati kita, first day masuk kubur and kita dapat tau that satu pon amalan kita, Allah tak terima. Every single deed was rejected. Takut kan..?

    Why? Sebab mulut kata lillahi ta’ala. Hati penuh perasaan sombong. Nauzubillah min dzalik. May Allah SWT protect kita semua dari perasaan sombong.

     

     

    Source: Khainis Tahir

  • Cara Membezakan Restoran India Muslim Atau Tidak

    Cara Membezakan Restoran India Muslim Atau Tidak

    1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai utk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak.
    Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini.
    Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

    2. Ada lagi cara lain yg boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.
    Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka. Saya pernah test satu restoran “mamak”.

    Pelanggan: “Mamak, daging ada?”

    Pekerja: “Kambing ada. Lembu tak ada”

    Pelanggan: “Kenapa lembu tak ada?”

    Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

    3. Cara paling ampuh, berikan salam dgn lafaz “Assalamualaikum”.
    Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kpd tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

    4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.
    Malah ada yg menyediakan tempat solat atau surau utk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

    5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yg nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya. Ia selalunya dijadikan hiasan utk menarik pelanggan Muslim dtg ke restoran.

     

     

    Source: A.M.R.

  • Mengapa Kita Tak Boleh Makan Kentang Yang Telah Keluar Tunas & Bahaya? Ini Sebabnya

    Mengapa Kita Tak Boleh Makan Kentang Yang Telah Keluar Tunas & Bahaya? Ini Sebabnya

    Pasti ramai yang pernah makan kentang yang dah keluar tunas dan selalunya kaum ibu yang akan selalu jumpa kerana kerap berada di dapur disebabkan ianya disimpan dalam jangka masa terlalu lama. Selalunya kentang yang dah bertunas tu, ramai yang terus makan saja kerana sayang nak buang sebab disimpan dalam kuantiti yang banyak. Tetapi, sebenarnya tindakan sebegitu adalah sangat memberhaya kepada kita seisi keluarga. Mengapa? Berikutnya adalah sebab-sebab bahaya makan kentang yang sudah bertunas.

    Sebab 1 : Awas! Boleh Sebabkan Sakit Perut
    Kentang yang sudah bertunas warnanya akan berubah menjadi kehijau-hijauan. Rasa kentang pun jadi pahit sedikit. Keadaan inilah memberi bahaya pada sistem pencernaan kita sehingga boleh menyebabkan sakit perut. Kerana kentang tersebut sudah beracun. Ia disebabkan adanya unsur kimia pada batang tunas kentang. Rupanya bukan setakat kentang, lobak merah, bawang bombay dan sebagainya jika sudah mengeluarkan tunas, ia tidak lagi sesuai untuk dimakan.

    Sebab 2 : Sakit Kepala Salah Satu Punca
    Jika anda mengambil dalam jumlah yang sedikit, ia mungkin tak memberi kesan. Tapi jika makan dengan kadar yang banyak, ia berisiko bukan setakat mengganggu sistem pencernaan. Malah boleh menyebabkan mual, perut menjadi kejang, muntah dan sakit kepala.

    Sebab 3 : Kentang Kulit Hijau Beracun
    Kentang yang berkulit hijau ni biasanya kita jumpa pada kentang yang dah tersimpan lama sampai ia mengeluarkan tunas. Kentang jenis ini mengandungi solanin dan ada alkaliod jahat. Dalam tanaman kentang sendiri ada solanin, iaitu bahan kimia yang memberikan rasa pahit. Dan ianya beracun. Solanin ini boleh ditemui pada daun batang dan sesetengahnya di bawah kulit ubi kentang itu sendiri. Sebab itulah anda perlu menanam saja bila kentang di dapur sudah bertunas.

    Sebab 4 : Ia Sudah Kehilangan Nutrisi
    Semasa kentang bertunas, pati yang ada di dalam kentang akan diubah menjadi gula. Penyelidik mendapati sekiranya bahagian utama kentang masih kuat, ia masih mempunyai nutrisi yang baik. Sebaliknya jika keadaan kentang itu mengecut, ia tidak boleh dimakan. Nutrisinya hilang sama sekali.

    Sebab 5 : Mengundang Risiko Kanser
    Dalam kentang terdapat sejenis zat beracun dipanggil akrilamida. Dalam kajian yang dijalankan, akrilamida dalam makanan boleh menyebabkan kanser yang menyerang ginjal, endometrium dan ovari. Sebab itu dilarang menyimpan kentang dalam peti ais. Sebaiknya simpan di kawasan yang gelap yang tidak terkena matahari. Ini untuk mengelakkan kentang daripada bertunas. Kentang yang sudah bertunas sudah tentu mempunyai akrilamida yang banyak.

     

    ***

     

    6 Tip Pilih Kentang Terbaik
    1: Permukaan Kentang Biarlah Yang Licin
    Permukaan kulit kentang yang licin dan tak beralun mempunyai rasa yang manis berbanding permukaan kulit kentang yang kasar.

    2: Kalau Berat.. Dah Betullah Tu
    Kentang yang baik, ia perlulah berat. Mak-mak takkan jumpa lubang dekat permukaannya, tak merekah apatah lagi busuk pada sesetengah bahagian. Cari yang kulit tebal dan ada garisan warna coklat pada kulitnya.

    3: Warna Kentang Kena Kuning Muda
    Jangan sesekali ambil kentang yang berwarna hijau. Ia sudah mengandungi racun sebenarnya. Nanti rasanya pahit dan boleh menyebabkan sakit perut.

    4: Jangan Pilih Yang Dah Bertunas
    Dah taukan sebabnya, jadi bila nampak yang dah bertunas elakkan membeli. Melainkan anda mahu menanamnya di rumah untuk dijadikan ubi kentang.

    5: Saiz Kentang
    Kalau anda hendak membuat kerepek, pilihlah kentang yang bersaiz besar. Jika mahu dijadikan kentang bakar, yang kecil sudah memadai. Malah rasanya lebih manis.

    6: Jangan Simpan Dalam Plastik
    Seeloknya segera keluarkan kentang yang anda beli di pasaraya dari dalam plastik. Ini untuk mengelakkan daripada ia cepat busuk. Anda tak perlu mencucinya, sebaiknya simpan dalam bekas yang tidak terdedah dengan matahari.

     

     

    Source: Mingguan Wanita

  • Tiga Belas Aurat Wanita Anda Perlu Tahu

    Tiga Belas Aurat Wanita Anda Perlu Tahu

    1. Bulu kening
    Menurut Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.
    -Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

    2. Kaki
    Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.

     -Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

    Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

    3. Wangian
    Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.
    -Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

    4. Dada
    Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
    – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

    5. Gigi
    Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
    -Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani

    6. Muka dan leher
    Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
    Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

    7. Muka dan tangan
    Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
    Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
    -Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

    8. Tangan
    Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
    – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

    9. Mata
    Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
    – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
    Sabda Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

    10. Mulut (suara)
    Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
    – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
    Sabda Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
    – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

    11. Kemaluan
    Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
    – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
    Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
    – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
    Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
    – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

    12. Pakaian
    Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
    – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

    Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
    – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

    13. Rambut
    Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
    – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

     Source: Islam Itu Indah