Category: Sosial

  • Ibu Tunggual Berjuang Tanggung 4 Anak Dan Ibu Tua

    Ibu Tunggual Berjuang Tanggung 4 Anak Dan Ibu Tua

    Setiap hari, ibu tunggal Azizah Mohamed Noor bangun pada 5.00 pagi untuk bersiap sedia di flat dua biliknya di Lengkok Bahru untuk ke kerja.

    Flat dua bilik itu juga dikongsi beliau bersama empat orang anaknya dan ibunya yang berkerusi roda.

    Pada 5.30 pagi beliau keluar untuk memulakan tugas pertamanya sebagai seorang pekerja pembersihan separuh masa bagi pusat kegiatan warga tua NTUC Silver Ace.

    Dua jam kemudian, beliau pulang ke rumah untuk menyiapkan sarapan bagi kesemua di rumah, termasuk anak bongsu beliau, Siti Nur Jannah, 6 tahun, yang memerlukan perhatian istimewa – Jannah mengalami gangguan masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) dan kelengahan pertuturan.

    Beliau bersama ibunya, Cik Fatimah. (Gambar: Sonia Yeo)

    Ibu beliau Fatimah yang berusia 72 tahun pula menghidapi kencing manis, tekanan darah tinggi dan paras kolesterol yang tinggi, dan memerlukan suntikan insulin dua kali sehari, yang dilakukan Azizah sendiri – satu pada waktu pagi dan satu lagi pada sebelah malam.

    Pekerjaan kedua beliau, seorang penghantar bagi khidmat online Lazada, memerlukan beliau ke pelbagai tempat di Bukit Merah.

    Walaupun berasa penat, Azizah berkata beliau akan terus berusaha, dan selalu menyelesaikan tugas-tugasnya sebelum 3.00 petang, supaya dapat memberinya masa yang cukup untuk pulang ke rumah dan menantikan anaknya pulang dari sekolah dengan menaiki bas sekolah.

    Kemudian, beliau akan terus menyiapkan hidangan bagi makan malam.

    Mungkin apa yang digambarkan ini nampak payah, tetapi Azizah berkata beliau sudah mengalami masa-masa yang lebih susah dulu.

    Pada tahun 2010, beliau menganggur dan susah mendapatkan rezeki bagi anak-anak dan ibu beliau selepas bercerai dengan bekas suami.

    “Saya tidak ada wang, satu sen pun tiada,” katanya, menyifatkan pengalaman itu sebagai “tidak boleh dilupakan”.

    “Saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan kewangan. Satu hari, ibu saya menyertai NTUC Silver Ace sebagai seorang anggota dan dari sana, saya mengenali penyelianya, yang bertanyakan jika saya mahu bekerja di sana.”

    DETIK PERUBAHAN BAGI AZIZAH

    Di sanalah Azizah mendapat saranan mengenai cara-cara untuk merancangkan bantuan kewangan.

    Selepas itu, anak beliau, Muhammad Nurazizul, 22 tahun, memberitahunya mengenai Khidmat Sosial Beyond, yang merubah hidupnya.

    Selepas menyertai Khidmat Sosial Beyond – sebuah pertubuhan yang bekerjasama dengan belia kekurangan – sebagai seorang sukarelawan, beliau menyertai kumpulan pembuat kuih-muih, yang menjual barangan mereka semasa musim perayaan.

    Sekarang beliau mendapat pendapatan tambahan sekitar S$800 hingga S$900 bagi setiap projek membuat kuih atau kek yang diambilnya.

    “Saya rasa gembira kerana saya dapat membuat ramai kawan daripada jawatankuasa itu – sekitar 30 orang. Tambahan lagi, saya dapat pendapatan tambahan,” kata beliau.

    PELIBATAN DALAM PERSEMBAHAN KOMEDI SECARA LANGSUNG

    Azizah adalah salah seorang daripada mereka yang dapat manfaat daripada inisiatif amal Khidmat Sosial Beyond – sebuah persembahan komedi berseorangan secara langsung, Living Together. No Holds Barred.

    Persembahan semalam saja akan diadakan pada 16 November ini, bertujuan untuk berkongsikan kisah keadaan miskin di Singapura.

    Derma-derma daripada persembahan itu akan disalurkan kepada Khidmat Sosial Beyond dan para penerimanya – sebagai contoh kumpulan pembuat kuih-muih Azizah, yang akan menerima lebih banyak dana untuk membeli bahan-bahan membuat kuih atau kek.

    Living Together. No Holds Barred akan menampilkan komedi mengenai landskap perumahan Singapura yang berbilang kaum dan nasional, dan akan menerjun ke dalam isu-isu yang menjejas rakyat Singapura dengan sekitaran paling dekat di hati mereka – rumah mereka.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Man Chased Own Family Out Of Car, Broke Traffic Rules And Behaved Aggressively Towards Wife During Family Dispute

    Man Chased Own Family Out Of Car, Broke Traffic Rules And Behaved Aggressively Towards Wife During Family Dispute

    At around 11.30pm on 12th November, hubby Azlan and I heard shoutings from our bedroom. This Malay driver in his 30s (car plate number: SGN4611D) parked his car along the Pioneer Road North junction, at the bus stop outside City Harvest Church (Blk 949) and was yelling at 2 ladies in hijab who were with 3 kids (2 of them were around 3 to 6 years and an infant) who were standing by the roadside. Judging by how they were just standing there unsure of what to do and that the car front passenger’s door was open, I had already suspected that they were passengers in the car and was chased out by the driver. The driver then went back into the car and honked non-stop to nothing. After awhile, without closing the front passenger’s door, he reversed at least twice (going against the flow of traffic) to follow the ladies and kids who were walking away. He then drove up the kerb and targeted towards them. One of the older kids was already right in front of the headlights. He then drove off towards PIE and we thought the whole incident was over.

    My hubby didn’t stop looking out the window and was telling me that the ladies and kids were asking around for help. They approached two Indian teenagers (who also witnessed the incident) and requested their help to call a cab. The younger lady, who claimed the driver was her kids’ father (possibly her husband) wanted to bring them all to her parent’s home nearby. As the 2 Indian teenagers were assisting her, my husband spotted the car returned. We were still at home then. According to the 2 Indian teenagers, the driver scolded them and asked to mind their own business as it’s his family issues. Judging by his temper, the 2 Indian teenagers probably did not want to get into a fight with the husband and decided to go to the nearest coffeeshop to call an older Chinese guy for help.

    Hubby and I decided to go down and see what was going on. When we were downstairs, we purposely walked past the family to keep an eye on them. I saw the wife pinned against the wall at a corner and crying while the husband was talking to her with his hands up against the wall and blocking her. We moved a little further from them as the husband was glancing at us and since I’m pregnant, we did not want to get into unnecessary trouble. By then all the witnesses had gathered with us and a few had called the police. By the time the police arrived, the whole family had left. We didn’t know if any domestic violence was involved while we were not around to watch.

    Officers said that for now, there seems to be NO imminent danger and if they do receive a call from the family, they will continue the investigation. The driver was recklessly driving; reversing with the doors open, driving against traffic, driving on pedestrian walkway, making a U-turn at non-designated U-turn spots, beating the red light and has a temper. Let’s just hope no innocent lives will be hurt by this reckless driver. And to the ladies and kids if they had followed the driver back home, stay safe. If you’re in trouble, seek help. There are people willing to help you out of your predicament.

     

    Source: Nurfa Noor

  • Man Hospitalised After His Motorcycle Hit A Wild Boar On BKE

    Man Hospitalised After His Motorcycle Hit A Wild Boar On BKE

    A 25-year-old man has been hospitalised after hitting a wild boar with his motorcycle on the Bukit Timah Expressway (BKE) on Sunday night (Nov 13) – in the second road accident involving the porcine creature this year (2016).

    Both times, both wild boars died.

    The accident on Sunday happened at around 7pm on the BKE heading towards the Pan Island Expressway, after the Dairy Farm Road exit, reported Chinese evening newspaper Shin Min Daily News on Monday.

    It said the motorcyclist, who was not identified, had lost control of his bike after trying to avoid hitting the animal.

    He skidded and landed in the right-most lane of the expressway.

    The man was subsequently warded at the intensive care unit of the National University Hospital and was said to still be unconscious as of Monday morning (Nov 14), with bandages on his head, face and left hand.

    The Singapore Civil Defence Force said it received a call about the accident at 7.18pm and dispatched an ambulance to the scene.

    A 48-year-old cabby, who wanted to be known only as Mr Zhang, told the Chinese paper the boar was about 1m long and appeared to have run out from the forested area on to the BKE.

    This is believed to be the second road accident involving a wild boar this year (2016).

    In April another motorcyclist, identified as 49-year-old senior manager Mr Krishnan, fractured his right shoulder after running into and killing a wild boar on the Seletar Expressway.

    In May, a boy was hospitalised after being injured by a wild boar near Edgefield Plains in Punggol.

     

    Source: The Straits TImes

  • Wanita Disiasat Kerana Dakwa Anak Nyaris Diculik

    Wanita Disiasat Kerana Dakwa Anak Nyaris Diculik

    Seorang wanita berusia 35 tahun sedang disiasat polis kerana dipercayai membuat aduan palsu bahawa anak lelakinya nyaris diculik.

    Polis semalam (14 Nov) menyatakan wanita itu memberitahu polis kelmarin bahawa seorang lelaki tidak dikenali cuba menculik anak lelakinya yang berusia lima tahun ketika beliau membeli-belah di Bukit Panjang Plaza. Beliau mendakwa lelaki itu cuba menculik budak itu dengan menolak kereta sorongnya, namun melarikan diri setelah wanita itu menghalang percubaannya itu.

    Polis mendapati banyak percanggahan semasa melakukan siasatan dan mendapati wanita itu memberikan keterangan palsu.

    Siasatan terhadap wanita tersebut sedang dijalankan. Jika didapati bersalah memberikan keterangan palsu kepada kakitangan awam, wanita itu boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga S$5,000.

    Source: Berita MediaCorp

  • Wajib Daftar Semula NRIC Apabila Cecah Usia 55 Tahun Mulai Januari Depan

    Wajib Daftar Semula NRIC Apabila Cecah Usia 55 Tahun Mulai Januari Depan

    Semua warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura yang akan mencecah usia 55 tahun pada atau selepas 1 Januari 2017, dan belum diberikan kad pengenalan (NRIC) ganti dalam tempoh 10 tahun sebelum ulang tahun mereka yang ke-55, perlu mendaftar semula bagi mendapatkan NRIC baru mulai Januari tahun depan

    Ini diumumkan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) hari ini (14 Nov).

    Bayaran pendaftaran S$10 dikenakan bagi warga Singapura dan S$50 bagi PR, menurut ICA, iaitu kos yang sama untuk mendaftar bagi NRIC pada usia 15 tahun dan pendaftaran semula pada usia 30 tahun.

    ICA menjelaskan bahawa proses itu perlu dijalankan kerana gambar pada NRIC sedia ada menjadi lapuk sedang usia para pemegang NRIC meningkat, dan mungkin menyebabkan mereka sukar dikenal pasti, terutama warga emas.

    “Selain mungkin menyusahkan para pemegang NRIC, ini juga boleh menimbulkan risiko keselamatan kerana pihak berkuasa mungkin tidak dapat mengenal pasti seorang individu secara tepat berdasarkan gambarnya yang sudah lapuk,” menurut ICA.

    Timbalan pengarah Pusat Khidmat Rakyat di ICA, Chui Wai Cheng, juga berkata: “Terdapat juga risiko bahawa jika kad itu diambil orang lain, individu itu boleh mengambil identiti pemegang kad asal. Ia mungkin dari segi urus niaga kewangan, atau percubaan membeli barangan dan perkhidmatan dengan menggunakan identiti orang lain.”

    Mediacorp difahamkan bahawa ICA sudah menerima maklum balas tentang kes-kes sedemikian, namun tidak menjejak perangkaan itu kerana sesetengahnya adalah insiden privet dan tidak dilaporkan.

    Tambahan lagi, ICA menyatakan mulai 2017, ia merancang untuk mengumpul imej mata ketika NRIC baru dikeluarkan.

    Ini setelah Parlimen pada 10 November meluluskan pindaan pada Akta Pendaftaran Nasional untuk mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi ICA.

    PENDAFTARAN SEMULA ADALAH WAJIB

    Mereka yang dikehendaki mendaftar semula bagi NRIC mereka akan menerima surat notis dari ICA sebulan sebelum ulang tahun ke-55 mereka. Mereka akan diberi tempoh setahun untuk membuat pendaftaran semula – selepas mereka mencapai usia 55 tahun hingga sebelum mereka mencecah usia 56 tahun.

    Mereka yang tinggal di luar negara boleh mendaftar semula NRIC dalam tempoh setahun selepas pulang ke Singapura.

    ICA menyarankan agar pendaftaran semula dibuat secara online menerusi laman ICA.

    “Mereka juga boleh mendaftar semula menerusi kios-kios layan diri di eLobby di tingkat satu Bangunan ICA.

    “Pemegang NRIC yang tidak dapat mendaftar semula online boleh mengisi borang permohonan dalam surat notis ICA dan mengirimkannya kepada Pusat Khidmat Rakyat ICA,” menurut ICA.

    Pendaftaran semula yang dibuat online akan mengambil masa sekitar tiga hari kerja untuk diproses, sementara tempoh untuk permohonan menerusi surat diproses akan mengambil masa sekitar dua minggu, menurut ICA.

    Ketika membuat pendaftaran semula, pemegang NRIC perlu mengemaskini perincian peribadi mereka dan menyerahkan gambar terkini mereka.

    Kad pengiktirafan akan dikirimkan sekiranya permohonan mereka diluluskan. Para pemegang NRIC boleh membuat temu janji online atau menerusi app mudah alih ICA untuk mengambil NRIC mereka.

    ICA menambah bahawa adalah satu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Nasional sekiranya pemegang NRIC gagal mendaftarkan semula NRIC-nya dalam setahun selepas mencapai usia 55 tahun, atau dalam setahun selepas pulang ke Singapura jika beliau tinggal di luar negara.

    ICA juga menyatakan ia akan mengirimkan surat-surat peringatan enam dan sembilan bulan selepas pemegang NRIC mencecah usia 55 tahun untuk meminta mereka membuat pendaftaran semula, sekiranya belum berbuat demikian.

    Bagi rakyat dan PR Singapura yang mencapai usia 55 tahun sebelum 2017, pendaftaran semula NRIC secara sukarela akan diperkenalkan mulai 2018, menurut ICA. Butiran lanjut akan diberikan tahun depan.

    Source: Berita MediaCorp

deneme bonusu