Wanita Disiasat Kerana Dakwa Anak Nyaris Diculik

Seorang wanita berusia 35 tahun sedang disiasat polis kerana dipercayai membuat aduan palsu bahawa anak lelakinya nyaris diculik.

Polis semalam (14 Nov) menyatakan wanita itu memberitahu polis kelmarin bahawa seorang lelaki tidak dikenali cuba menculik anak lelakinya yang berusia lima tahun ketika beliau membeli-belah di Bukit Panjang Plaza. Beliau mendakwa lelaki itu cuba menculik budak itu dengan menolak kereta sorongnya, namun melarikan diri setelah wanita itu menghalang percubaannya itu.

Polis mendapati banyak percanggahan semasa melakukan siasatan dan mendapati wanita itu memberikan keterangan palsu.

Siasatan terhadap wanita tersebut sedang dijalankan. Jika didapati bersalah memberikan keterangan palsu kepada kakitangan awam, wanita itu boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga S$5,000.

Source: Berita MediaCorp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *