Category: Sosial

  • Straits Times Forum Writer Urges Locals To Learn The Malay Language

    Straits Times Forum Writer Urges Locals To Learn The Malay Language

    WHILE I was on an exchange programme at the Lycee Francais de Singapour in Ang Mo Kio, I realised that most of the students learnt at least three languages.

    In fact, many people around the world are now trilingual in English, Mandarin and a language used by their neighbouring country.

    Singaporeans, however, study only two languages in school – English and our mother tongue.

    With Malay being a common language used by our neighbours such as Malaysia and Indonesia, and with many Singaporeans travelling to these countries for short trips, perhaps it would be useful to offer lessons in conversational Malay to students.

    In my school, everyone had to learn conversational Malay for two years. During that time, we had the chance to taste Malay cuisine and experience eating using our hands.

    Learning another language is useful as, in doing so, we can better understand its culture, something that is important in a multiracial society like Singapore.

    Whether we use it in the future or not, it is always better to be able to know the gist of the language, so we can apply it if necessary.

    Jong Ching Yee (Ms)

     

    Source: www.straitstimes.com

  • Prestasi Cemerlang Aisyah Nurul Izza Menjalani PSLE

    Prestasi Cemerlang Aisyah Nurul Izza Menjalani PSLE

    SEDANG murid darjah enam lain bersuka ria selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) September lalu, Aisyah Nurul Izza dan rakan-rakannya di Madrasah Al-Irsyad Al-Islamiah kembali menelaah pelajaran ukhrawi yang mereka ketepikan buat sementara.

    Ini kerana sebulan selepas PSLE, mereka perlu menduduki Peperiksaan Penyaluran Pengajian Islam (ISPE) merangkumi lima mata pelajaran iaitu Bahasa Arab; Bacaan dan Pengajian Quran; Sirah dan Hadis; Akidah, Fiqah dan Akhlak; serta Pengajian Sosial Islam.

    Anak sulung pasangan jurutera dan suri rumah dari Indonesia itu jatuh sakit semasa ISPE. Namun, murid warga Indonesia itu tetap cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan.

    Aisyah mendapat agregat 269 dalam PSLE dengan kelulusan gred A* dalam keempat-empat mata pelajaran, dan gred keseluruhan A* dalam ISPE.

    Dia menjadi murid madrasah terbaik tahun ini dan yang terbaik sejak pelajar madrasah diwajibkan mengambil PSLE pada 2008.

    Aisyah juga muncul sebagai antara 10 murid terbaik dalam ISPE tahun ini. Peperiksaan itu hanya diduduki murid Madrasah Al-Irsyad, satu-satunya madrasah di bawah Sistem Madrasah Bersama (JMS) yang menawarkan pendidikan rendah.

    Ditemui selepas menerima keputusan semalam, Aisyah, 12 tahun, berkata dia bukan jenis yang belajar berbulan-bulan sebelum peperiksaan.

    “Saya seperti kebanyakan pelajar, belajar pada saat akhir sebelum peperiksaan. Namun, saya memastikan saya memberi perhatian penuh di dalam kelas dan membuat tugasan yang diberi guru dengan teliti dan bersungguh-sungguh,” kata anggota jawatankuasa eksekutif pemimpin pelajar Madrasah Al-Irsyad itu.

    Dengan keputusan itu, Aisyah boleh melanjutkan pendidikan ukhrawi peringkat menengah di bawah JMS di Madrasah Aljunied atau pendidikan sekular di Madrasah Al-Arabiah.

    Dia juga boleh memohon melanjutkan pelajaran di sekolah menengah nasional termasuk sekolah perdana seperti Sekolah Perempuan Raffles (RGS).

    Aisyah belum membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pelajaran di madrasah atau sekolah menengah nasional tetapi berhasrat menceburi aliran sekular kerana meminati kimia dan matematik.

    Seorang lagi murid madrasah cemerlang ialah Siti Nur Sarah Ashri, dari Madrasah Al-Maarif, yang mendapat agregat 242 mata.

    Dia meraih gred ‘A*’ bagi Bahasa Melayu, ‘A’ bagi Bahasa Inggeris, dan ‘B’ bagi Matematik serta Sains.

    Seorang murid Madrasah Wak Tanjong, Asiyah Begam Yusuff, dan Madrasah Al-Irsyad, Syarif Rahman Roslan, pula mendapat agregat 232, dengan kelulusan gred ‘A’ dalam keempat- empat mata pelajaran.

    “Anak-anak ini selama enam tahun, kami telah terapkan strategi yang sangat menyeluruh. Sokongan ibu ayah pun memainkan peranan yang amat penting. Semuanya akhirnya membuahkan hasil yang sangat menyenangkan hati.”

    – Pengetua Madrasah Al-Irsyad, Encik Nor Isham Sanif, mengenai pencapaian pelajar Madrasah Al-Irsyad.

     

    Source:http://beritaharian.sg

  • Students Overcome Personal Adversity To Pass PSLE

    Students Overcome Personal Adversity To Pass PSLE

    What doesn’t kill you makes you stronger. For Safi Arinah Sa’ad, who survived a hit-and-run accident and brain surgery, that age-old saying is certainly true. And she has the stitches — all 29 of them — to prove it.

    During the June holidays, Safi Arinah and her family were on their way back from visiting her grandparents in Malaysia when the car they were travelling in was hit by a lorry.

    The impact of the accident flung Safi Arinah and her siblings out of the car, leaving her with a blood clot in her brain.

    One brain surgery, 29 stitches, a partially shaved head and several weeks later, Safi Arinah returned to school a week after the July term began, more determined than ever to give the Primary School Leaving Examination (PSLE) her all.

    However, playing catch-up was an uphill struggle for the West Grove Primary School student, who suffered from lingering side effects brought on by the accident.

    “Sometimes I (get) headaches (when) I’m in school, so usually my teachers understand and … (let me) take a rest for a while.

    “If I’m at home, sometimes I cannot take it, so I will take painkillers,” said Safi Arinah, who has two CCAs in Art and Brownies.

    Still, Safi Arinah pushed through with resilience and determination, sacrificing recess to revise with her teachers and staying back after school to study with friends.

    Her efforts paid off and Safi Arinah scored 204 for her PSLE. Even though the score was lower than the 220 Safi Arinah was hoping for to enter the Express Stream in Hua Yi Secondary School, the Girl Guides enthusiast and her family are happy.

    “She’s healthy; that’s the main focus of my family … That she’s healthy and she went through PSLE so she doesn’t have to repeat one whole year just because of the accident,” said Safi Arinah’s mother, Madam Siti Habsah, who works as a management support officer at West Grove Primary School.

    Another student who has overcome the odds is Muhd Khairul Irzhan Rosli. Despite being forced to miss out on kindergarten due to financial difficulties, the Huamin Primary School hockey captain — who watched his father suffer a series of heart attacks, lose his job and the family home — managed to score 255 in his PSLE and enter Raffles Institution (RI) through the Direct School Admission.

    “I came in to Pri 1 a little bit later than all the others and I also skipped kindergarten, so I (was) a little bit bumpy in my studies,” said the Huamin Primary School student.

    “Throughout Pri 6, there were a lot of times when I wanted to give up. Sometimes when I obtained low scores, some of my friends … would make fun of me,” Khairul said.

    “It would take a few days or few weeks to toughen myself up because it really hurts (when) someone makes fun of you in front of a whole group of people,” he added.

    After his father suffered his first heart attack in 2010 and subsequently became unemployed, mortgage loan arrears forced the family to sell their Yishun flat near Huamin Primary School and move into a relative’s flat in Clementi earlier this year.

    Tired from the long commute between school and his relative’s home, Khairul said it also left him with little time to study.

    However, the determined young man has risen above the adversity, making his father proud.

    Khairul’s father, Mr Rosli Rashid, said he is happy with his son’s performance.

    “I’m very happy for him. As a father, I will try to do anything I can in order for me to support whatever (my children) want to (do). I really hope my health (allows) me to work more in order to support them in their education,” said Mr Rosli, who now works as a security executive.

    Excited about starting at RI in a few months’ time, Khairul said it has been his dream since he started playing hockey in Pri 2 to enrol in that school.

    “They have a rich … hockey background, so I believe over there, the teachers and students will help motivate me to continue,” Khairul said.

     

    Source: www.todayonline.com

  • Osman Sulaiman Dilantik Setiausaha Agung Persatuan Belia MOTIVASI

    Osman Sulaiman Dilantik Setiausaha Agung Persatuan Belia MOTIVASI

    Persatuan Belia MOTIVASI telah memilih sdra Osman Sulaiman sebagai Setiausaha Agung nya yang baru.

    Persatuan Belia MOTIVASI yang berdaftar dengan Pendaftaran Persatuan (ROS) sejak tahun 1993 yang bergerak aktif dengan program-program khas untuk belia  dan isu-isu masyarakat amnya. MOTIVASI yang pernah berkerjasama dengan badan-badan Islam dan masjid-masjid Singapura sebagai contoh PERTAPIS, Masjid Ar-Rhaudah, Masjid Kassim dan lain-lain.

    Program-program yang telah MOTIVASI laksanakan adalah seperti Kelas Tuisyen Percuma, membantu belia dalam kes-kes mahkamah (juvenile delinquency), mengadakan pertandingan bolasepak, acara-acara sukan, Konvensyen Belia dengan penglibatan masyarakat dalam isu-isu semasa dan sebagainya.

    MOTIVASI juga telah bersama dalam program YMS (Young Muslim Secretariat), Belia Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), WAY (World Assembly Of Youth) yang memberi ahli-ahlinya kemahiran dan kematangan dalam kepimpinan.

    Integrasi kaum dan kerjasama diantara NGOs, CCs dan masjid-masjid dalam projek ‘Belia Jaya’ adalah diantara usaha MOTIVASI pelopori bagi keharmonian kaum dan kemakmuran masyarakat Singapura.

    Justeru itu usaha untuk mendekati belia dan masyarakat dipergiatkan bagi meneruskan usaha murni ini dengan motto MOTIVASI ‘Kejayaan Melalui Perpaduan’ (Success Through Unity). Untuk pertanyaan, penyertaan dan keahlian emel [email protected].

     

    Source: http://singapurakita.bravejournal.com

  • Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture By Hidayah Amin

    Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture By Hidayah Amin

    ADA pelbagai buku tentang budaya dan warisan Melayu dalam bahasa ibunda tetapi hanya segelintir dalam bahasa Inggeris.

    Atas dasar itu, penulis buku, Cik Hidayah Amin, merasakan sudah tiba masanya untuk mencetak buku, Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture (Majlis Perkahwinan Melayu Tidak Berharga $50 dan Fakta-fakta Lain tentang Budaya Melayu).

    Malay Weddings Don't Cost $50 and Other Facts About Malay Culture

    Beliau, lulusan sarjana sejarah Universiti Cambridge, pernah menulis sebanyak 47 rencana mengenai budaya dan warisan Melayu di blog ‘Let’s Lepak’ bagi satu laman web milik Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF), www.singaporekopitiam.sg.

    Maklum balas positif yang diterimanya mendorong beliau membukukan rencana lama dan baru itu selepas laman web tersebut tidak lagi aktif.

    Buku itu hasil syarikat penerbitan Cik Hidayah, Helang Books, merangkumi 42 rencana yang memberi panduan tentang budaya dan warisan, gaya hidup dan persona Melayu.

    Bagi mempersiapkan buku itu, Cik Hidayah telah memilih dan membuat kajian tentang satu senarai topik yang luas termasuk satu bibliografi.

    Antara topik dalam buku itu ialah When Visiting a Malay Home (adat istiadat semasa mengunjungi sebuah rumah orang Melayu); Khatan – The Journey from Boyhood to Manhood (amalan khatan); dan Potong Andam (adat mengetahui dara atau bukan).

    “Penulisan saya membolehkan pembaca mudah mencerna maklumat padat dan seronok dibaca,” kata Cik Hidayah.

    Katanya lagi, beliau juga mahu setiap esei dipadankan dengan gambar-gambar yang relevan untuk meningkatkan pembelajaran pembaca.

    Justeru, selain mencetak gambar koleksinya, beliau telah mendapatkan beberapa gambar daripada kawan dan anggota keluarga.

    Beliau juga telah membelanjakan sekitar $620 untuk membeli gambar luar biasa dan mendapatkan khidmat seorang pelukis ilustrasi untuk menghasilkan beberapa ilustrasi.

    Selain itu, beliau juga telah membayar hak cipta untuk menerbitkan lima setem dalam bukunya kepada Muzium Filatelik Singapura.

    “Buku ini ialah satu projek gotong-royong. Kawan-kawan menolong dengan membaca draf, mengambil atau meminjam gambar-gambar untuk buku, memberi sokongan moral, menyumbang tenaga di pelancaran buku dan sebagainya,” ujar Cik Hidayah.

    Bagi memastikan agar kandungan buku itu jelas difahami buat pembaca bangsa asing, beliau telah bekerja sama dengan seorang bangsa Cina yang menyunting buku itu.

    Sebelum ini, beliau pernah menulis buku koleksi 28 cerita tentang kehidupan keluarganya di rumah pusaka keluarga, Gedung Kuning, dari 1850-an hingga 1999.

    Buku Gedung Kuning: Memories of a Malay Childhood diterbitkan pada 2010.

    Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku kanak-kanak berbahasa Inggeris berjudul The Mango Tree (Pokok Mangga Itu) pada tahun lalu.

    Ia satu-satunya buku kanak-kanak yang terpilih dalam senarai kategori bukan fiksyen berbahasa Inggeris bagi Hadiah Sastera Singapura (Singapore Literature Prize) tahun ini.

    Namun, Cik Hidayah menghadapi beberapa rintangan semasa menulis buku itu, antaranya kegagalannnya mendapatkan dana daripada pihak-pihak berkenaan kerana menurut pihak yang dimohon, beliau menulis adat istiadat yang tidak lagi diamalkan dan beliau menulis tentang pengalaman hidupnya di luar negara, selain menulis dalam bahasa Inggeris dan bukan Melayu.

    Namun, beliau tidak berputus asa.

    Akhirnya, beliau mendapat Geran Penyertaan Warisan (HPG) daripada Lembaga Warisan Negara (NHB) untuk mendapat subsidi bagi kos penerbitan.

    Beliau juga mengalami cabaran lain yang melengahkan jadual melengkapkan buku itu, antaranya, editor buku terpaksa menjalani pembedahan kecemasan dan rawatan, manakala pereka grafik, Masturah Sha’ari daripada Maya Gallery, perlu berpindah ke pejabat baru.

    Kini, Cik Hidayah, yang bakal menghasilkan buku kanak-kanak kedua, Mina Meets Cambridge, sedang membuat kajian untuk buku-buku tentang Kampong Gelam dan Kampong Tempe, berharap penulis dan penerbit tempatan mendapat sokongan.

    Nota: Buku Malay Weddings Don’t Cost $50 And Other Facts About Malay Culture boleh dibeli di semua gedung buku utama Singapura dan Malaysia pada harga $29.90.

deneme bonusu