Blog

  • Mencuri, Edar Dadah, Demi Persiapan Hari Raya

    Mencuri, Edar Dadah, Demi Persiapan Hari Raya

    INDONESIA: Hari Raya akan menjelma tidak lama lagi. Antara yang menjadi kebiasaannya pada waktu-waktu ini adalah mencari pakaian baru.

    Sebaiknya membeli mengikut kemampuan masing-masing malah tidak semestinya semua perlu serba baru.

    Namun, ada yang nekad melakukah jenayah semata-mata untuk mendapatkan yang baru pada Hari Raya.

    SURI RUMAH CURI DOMPET SEORANG NENEK

    Seorang suri rumah di Palembang Indonesia mencuri dompet seorang nenek yang bernama Hajah Rokiah semasa beliau sedang memilih baju muslimah di sebuah kedai.

    Menurut maklumat yang diterima laman Merdeka.com, suspek bertindak semasa mangsanya sedang leka lantas dia melanggar mangsa sehingga mangsa hampir terjatuh sebelum mencuri dompet nenek berkenaan.

    Mujur pemilik kedai itu mula berasa curiga dan memberitahu mangsa, menyebabkan mangsa segera menjerit.

    Meskipun suspek cuba melarikan diri, dia akhirnya berjaya ditangkap dan berkata: ‘’Saya mahu membeli baju Hari Raya.’’

    TERTARIK JADI PENGEDAR DADAH DEMI WANG BELANJA HARI RAYA

    Dalam satu lagi kes berasingan, gara-gara terdesak mahukan wang untuk berbelanja sempena Aidilfitri, Erpin, 45 tahun sanggup menjadi pengedar dadah.

    Dia ditangkap semasa sedang berurus niaga di Jalan Taman Kenten, Palembang.

    Apabila polis memeriksanya, dia cuba menjatuhkan sebungkus plastik ke arah belakangnya namun diketahui oleh seorang pegawai.

    Menurut suspek, dadah tersebut adalah milik rakannya dan dia begitu terdesak memerlukan wang untuk membuat persiapan Hari Raya sehingga tertarik menjadi pengedar.

    SUSPEK CURI 4 KALI DARI KEDAI YANG SAMA

    Dalam kedua-dua insiden itu suspek sudahpun ditangkap, namun berlainan pula dengan satu lagi kes di mana suspek masih berleluasa malah perbuatannya mencuri hanya diketahui setelah telefon bimbit pemilik kedai pakaian hilang dan mereka memutuskan untuk melihat rakaman CCTV.

    Menerusi rakaman CCTV, salah seorang pekerja kedai Toko Rahmad Ilahi yang sibuk dengan orang ramai yang sedang berbelanja sempena Aidilfitri itu berkata, seorang lelaki yang mencurigakan dilihat memasuki kedai tersebut.

    Oleh kerana kedatangannya ke kedai itu tidak disedari keempat-empat pekerja kedai, suspek mencuri sebanyak empat kali dari kedai yang sama.

    “Menerusi rakaman kami lihat lelaki itu pada mulanya memasuki kedai dan mengambil beberapa set pakaian kanak-kanak, yang kedua mengambil rok, yang ketiga mengambil sepasang seluar dan yang keempat telefon bimbit serta pakaian lain,” menurut Anwar, pemilik Toko Rahmad Ilahi, seperti yang ditukil Antara.

    Beliau sudahpun membuat aduan polis berhubung insiden itu.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Makcik: University Graduate Girls Should Marry University Graduate Boys

    Makcik: University Graduate Girls Should Marry University Graduate Boys

    “Cik dah nampak the exchange of messages antara lelaki ITE yg nak kenal kenalan dgn pelajar NUS. Cik rasa tak salah kalau pelajar perempuan tuh reject based on tahap pendidikan.

    Ini kerana biarlah mereka yg ITE dipadankan dengan mereka yg datang dari ITE. Dan kalau yg uni tuh, biarlah dipadankan dengan lulusan universiti. Ini kerana kalau tidak, akan ada masalah dalam keluarga dari segi pemikiran.

    Cik pun ada anak perempuan yg sdg belajar diperingkat universiti. Harap DRZ tak marah, tapi kalau dia dipadankan dengan seorang yg bukan ditahap pendidikannya, takut akan ada ketidak seimbangan.”

    Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini? Kalau tidak atau ya, mengapa? Ada pengalaman? Kongsi di sini dengan berhemah. Silakan.

    ‪#‎rembatpendapat‬
    ‪#‎amacampuasa‬

     

    Source: Dzar Ismail

  • Lelaki Gali Kubur Ibu, Cuba “Hidupkan” Mayat

    Lelaki Gali Kubur Ibu, Cuba “Hidupkan” Mayat

    Gara-gara percayakan mimpi bahawa ibunya belum mati walaupun sudah dikebumikan, seorang lelaki sanggup menggali kubur ibunya itu.

    Dia kemudian membawa pulang mayat ibunya atas alasan untuk “menghidupkan” semula mayat itu.

    Perbuatan pelik lelaki dikenali sebagai Supriyanto, 47 tahun, dari Kampung Dusun Ngrancang di Kedu, Daerah Temanggung, Jawa Tengah itu hanya disedari oleh penduduk kampung setelah sebulan kejadian itu berlaku. Mereka kemudian membuat laporan polis semalam (22 Jun).

    Agensi berita Antara memetik Ketua Polis Temanggung Wahyu Wim Hardjanto sebagai berkata, polis sudah menahan lelaki terbabit bersama dua lagi rakannya yang membantu menggali kubur dan membawa pulang jenazah wanita bernama Parimah itu.

    Katanya, Allahyarhamha Parimah, 70 tahun, meninggal dunia pada 14 April lepas dan setelah 40 hari dikebumikan, Supriyanto yang juga anak sulung Allahyarhamha meminta bantuan enam rakannya untuk menggali dan membawa pulang jenazah ibunya.

    Dia memberitahu mereka bahawa dia bermimpi ibunya boleh hidup semula dengan mengadakan upacara tertentu.

    “Kami dapat maklumat dari masyarakat adanya perbuatan pembongkaran (penggalian) mayat oleh anak kandung almarhumah sendiri. Kejadian pembongkaran ternyata sudah dilakukan sejak bulan Mei 2016 dengan alasan dia boleh menghidupkan kembali ibunya,” kata Encik Wahyu.

    Encik Wahyu berkata hasil siasatan mendapati Supriyanto bersama enam rakannya itu menggali kubur dan membawa pulang jenazah Allahyarhamha Parimah pada tengah malam 25 Mei lepas dan mayat itu disimpan dalam rumah Supriyanto.

    Sementara itu, menurut laporan portal berita merdeka.com, Supriyanto memberi alasan berbuat demikian kerana dia terlalu sayangkan ibunya dan mendapat mimpi bahawa ibunya itu hanya pengsan dan boleh dihidupkan semula.

    Akibat perbuatan aneh dan melanggar undang-undang itu, Supriyanto dan kawan-kawannya akan didakwa di bawah Pasal 180 undang-undang negara yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama 16 bulan.

    Source: Berita MediaCorp

  • “Keagungan” Masjidil Haram Bak Setitik Cahaya Putih Menerangi Sekitaran

    “Keagungan” Masjidil Haram Bak Setitik Cahaya Putih Menerangi Sekitaran

    Pernahkan anda bayangkan bagaimana agaknya Masjidil Haram jika dilihat nun jauh dari ruang udara?

    Sebuah akhbar Qatar ‘Al Watan, mengeluarkan imej dan video Masjidil Haram yang disifatkan sebagai “begitu indah”, yang dirakam oleh seorang juruterbang pesawat penumpang.

    Paparan videonya menunjukkan keagungan Masjidil Haram di malam hari dari ruang udara.

    Menerusi rakaman itu juga dapat dilihat Masjidil Haram seolah-olah seperti setitik cahaya putih yang menyinari sekitarannya.

    Source: Berita MediaCorp

  • Zulfikar Shariff: Israel Is A Political Entity All About Oppression, Not Religious Diversity

    Zulfikar Shariff: Israel Is A Political Entity All About Oppression, Not Religious Diversity

    Some friends posted about the Israeli embassy iftar in Singapura a few days ago.

    I think it is terribly unfortunate that Muslims attended that event.

    If they are forced to attend, then I can understand it.

    But for those who attended out of their own accord…why?

    Some of those who attended argued it is about accepting religious diversity.

    That argument shows how flawed their position is.

    Israel is not about religion.

    It is a political entity. It is a political creation that at its very core is about dispossession and oppression.

    We can respect and have affection for the Jewish communities.

    But do not confuse the state of Israel with those who believe in Judaism.

    By conflating Judaism with Israel, they are insulting all the Jewish communities that reject the atrocities that Israel perpetuates.

    Those who attend out of their own free will should know that their participation will not help Palestinians.

    The Israeli embassy in Singapura does not have the authority to influence Israeli policies or stop its violence…

    Or will it relay your personal concerns to the Israeli government.

    All you do is legitimise Israel and its behaviour.

     

    Source: Zulfikar Shariff

deneme bonusu