Tag: Akta Keselamatan Dalam Negeri

  • Yaacob Ibrahim Luahkan Rasa Kecewa Dengan Kes-Kes Rakyat Singapura Yang Menjadi Radikal

    Yaacob Ibrahim Luahkan Rasa Kecewa Dengan Kes-Kes Rakyat Singapura Yang Menjadi Radikal

    Kes tangkapan Imran Kassim di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menunjukkan betapa pentingnya teman-teman dan orang-orang tersayang kekal bersikap waspada.

    Ia juga menekankan peri pentingnya bantuan pihak berkuasa didapatkan setelah mengetahui tentang sesiapa yang menunjukkan tanda-tanda menjadi radikal.

    Demikian komen Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim sebagai mengulas tangkapan Imran Kassim, yang didedahkan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) petang tadi (7 Sep).

    Imran, 34 tahun, dikenakan Perintah Tahanan (OD) kerana merancang untuk mengangkat senjata dan melakukan keganasan di luar negara. Seorang lagi rakyat Singapura, Shakirah Begam Abdul Wahab, 23 tahun, pula dikenakan Perintah Sekatan (RO) kerana memulakan dan kemudian terus berhubungan dengan para pengganas asing.

    Komen Dr Yaacob Ibrahim yang dibuat dalam catatannya di laman Facebook hari ini (7 Sep) menarik perhatian bahawa mereka yang rapat dengan Imran tampil untuk meminta bantuan dan panduan semasa dia cuba mempengaruhi mereka.

    “Itulah adalah perbuatan yang betul untuk dilakukan,” tulis Dr Yaacob.

    Beliau turut meluahkan rasa “kecewa” dengan kes rakyat Singapura menjadi radikal itu.

    Menurutnya, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan rakan-rakan masyarakat yang lain, dengan sokongan pemerintah, mesti dan akan terus membina sikap daya tahan masyarakat terhadap doktrin pelampau asing atau dorongan terpesong untuk menyertai konflik asing.

    “Saya juga ingin menekankan rasa terima kasih saya kepada rakyat Singapura secara umum yang sudah menunjukkan kesabaran dan kesatuan dalam memerangi kegiatan pelampau.

    “Kami terdorong oleh sokongan anda dan akan terus maju demi kebaikan Singapura dan semua rakyat Singapura,” tulis Dr Yaacob dalam catatan tersebut.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg/

  • Pihak Polis Siasat Bantahan Dalam MRT Yang Berlalu Pada Sabtu Lalu

    Pihak Polis Siasat Bantahan Dalam MRT Yang Berlalu Pada Sabtu Lalu

    Aduan polis sudah dibuat terhadap bantahan yang diadakan di dalam kereta api pada hari Sabtu (3 Jun) dan pihak polis mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat aduan tersebut.

    Bantahan itu diadakan bagi menentang penahanan yang berlaku 30 tahun lalu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Pada Mei 1987, 22 orang ditahan di bawah Operasi Spectrum dan dituduh terlibat dengan pakatan Marxis untuk mewujudkan sebuah negara komunis.

    Menyusuli pelancaran sebuah buku pada bulan lalu oleh bekas tahanan bagi menandakan ulang tahun penahanan mereka, para aktivis mengadakan bantahan secara aman di Laluan Utara-Selatan dengan menutup mata mereka dengan kain sambil memegang buku “1987: Singapore’s Marxist Conspiracy 30 years on”.

    Aktivis sosial Jolovan Wham turut mengongsi gambar-gambar mengenai bantahan itu di Facebooknya, yang kini tersebar online.

    Pihak polis menyatakan,” Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghantarkannya online di www.police.gov.sg/iwitness. Semua maklumat akan dirahsiakan.”

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Pemimpin DAP Karpal Singh Meninggal Dunia

    karpal
    Photo by The Star

    KAMPAR (PERAK): Anggota Parlimen (AP) Bukit Gelugor dan pemimpin pembangkang veteren DAP, Karpal Singh, meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan trafik dekat Gua Tempurung, awal pagi tadi, Khamis.

    Encik Karpal, seorang peguam, dan pembantunya, C Michael, meninggal dunia di tempat kejadian, lapor akhbar The Star Online.

    Anak lelaki beliau, Ramkarpal dan pemandu kereta terbabit, C Selvam, cedera dalam kejadian sekitar 1 pagi itu.

    Mereka kemudian telah dikejarkan ke Hospital Kampar.

    Kereta yang dinaiki Encik Karpal dan tiga yang lain telah bertembung dengan sebuah lori.

    Beliau dikatakan sedang menuju ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah.