Tag: Al-Quran

  • Aplikasi Al-Quran Yang Telah Diluluskan Oleh Pertubuhan Penghafalan Al-Quran Antarabangsa

    Aplikasi Al-Quran Yang Telah Diluluskan Oleh Pertubuhan Penghafalan Al-Quran Antarabangsa

    Sesetengah aplikasi Quran mudah alih tidak tepat dan umat Islam perlu berhati-hati apabila memuat turun dan menggunakannya. Demikian diumumkan oleh para pegawai dari Liga Muslim Sedunia setelah menerima kiriman emel yang mengadu terdapat kesilapan dalam sesetengah ayat Quran, lapor laman Saudi Gazette. Aplikasi sedemikian dihasilkan oleh sumber yang tidak dikenal pasti sekaligus sukar memastikan sama ada seluruh ‘kitab’ al-Quran sudah disemak oleh jawatankuasa dan para pakar yang bertauliah.

    Berikut aplikasi dan lelaman yang diluluskan oleh Pertubuhan Penghafalan Al-Quran Antarabangsa, menurut laman Saudi Gazette:

    . Almadina Al-Munawwarah Quran

    · Quran flash: www.quranflash.com

    · The Holy Quran application

    · The Holy Quran app dibiayai oleh Sheikh Saad Almousa dan Sheikh Abdulaziz Almousa

    · Bayan Quran

    · Electronic Quran by King Saud University: www.quran.ksu.edu.sa/

    Source: Berita Mediacorp

  • CEO Hyundai Di Turkey Berpuasa Penuh Sepanjang Ramadan Meskipun Bukan Beragama Islam

    CEO Hyundai Di Turkey Berpuasa Penuh Sepanjang Ramadan Meskipun Bukan Beragama Islam

    Sempena bulan Ramadan, umat Islam kian memperbanyakkan ibadah selain menahan lapar dan dahaga bagi menghayati keindahan bulan mulia ini.

    Yang jelas, terdapat pelbagai manfaat kesihatan daripada amalan berpuasa, antaranya bagi mengeluarkan toksin tubuh dan menyihatkan sistem pencernaan. Namun, bukan umat Islam sahaja yang mahu merasai nikmat berpuasa, nampaknya sebilangan masyarakat bukan Islam juga ingin saling menghormati bulan suci ini.

    Malah, sesetengah daripada mereka bukan sekadar tidak makan di hadapan rakan Islam yang berpuasa, mereka juga ikut berpuasa selama sebulan! Salah seorang daripadanya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai, di bandar Assan, Turki.

    CEO Hyundai itu, Mong Hyun Yoon, sudahpun berpuasa sejak tahun lalu dan tindakannya itu jelas amat dihargai oleh para pegawainya.

    “Sejak tahun lalu, saya sudah mula berpuasa dengan keluarga Hyundai Assan untuk merasakan apa yang mereka rasakan selama berpuasa,” tulisnya dalam sebuah surat untuk pegawai yang jadi tular sejak beberapa hari lalu.

    “Saya ingin menunjukkan rasa bangga saya terhadap mereka. Betapa kagumnya saya melihat para pegawai berpuasa dengan senang hati, tidak menganggap puasa sebagai suatu urusan yang berat,” katanya.

    “Melihat para pegawai saya tetap bekerja dengan baik meskipun berpuasa membuat saya berasa simpati terhadap mereka dan belajar memahami orang-orang yang kelaparan di luar sana, hal ini adalah pelajaran yang sangat penting dari Al-Quran.”

    Selain ikut berpuasa, Encik Mong Hyun Yoon malah turut memberikan ganjaran kepada pegawainya yang tetap bekerja keras sepanjang bulan Ramadan.

    Yang pasti, dengan wujudnya sikap toleransi dan prihatin oleh CEO mereka, para pegawai ternyata semakin dapat melakukan tugas dengan tenang dan gembira.

    Malah, CEO yang bertugas di Turki sejak tahun lalu itu memang terkenal dengan sikap bijak menyesuaikan diri sehingga turut menghafal lagu kebangsaan Turki pada tahun lalu.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Ahmadiyya Response To MUIS

    Ahmadiyya Response To MUIS

    On the 2 May 2017, Yahoo News Singapore published an article titled “Behind the belief: The Ahmadis of Singapore’.

    Yahoo interviewed Ali who is one of about 280 active members of the Ahmadiyya Muslim Mission in Singapore, based in a mosque along Onan Road. These believers claim that the Ahmadiyya movement is a branch of Islam, with one key difference: while it accepts the divinity of Prophet Muhammad, it does not believe that he is the last messenger of Allah. Ahmadis look to their founder Mirza Ghulam Ahmad, a 19th century religious leader from the Punjab, as the prophesied Mahdi, or redeemer of Islam.

    Mainstream Muslims in Singapore and around the world do not consider the Ahmadis to be their co-religionists. The Islamic Religious Council of Singapore, or MUIS, issued a fatwa (ruling) in 1969 declaring Mirza Ghulam to be “not only a kafir (unbeliever) who is murtad (a Muslim who has rejected Islam), his teachings are misleading and could lead people astray from the real teachings of Islam”.

    Read more about the article by Yahoo here.

    Response to MUIS fatwa against Ahmadiyya

    “MUIS or MUIS fatwa (edict) committee issued a fatwa (edict) dating back to 23 June 1969 declaring the Founder of the Ahmadiyya Community, Hadhrat Mirza Ghulam Ahmad (on whom be peace) who claimed to be the Promised Messiah of the later days, ‘not only a kafir (disbeliever) who is murtad (apostate), his teachings are misleading and could lead people astray from the real teachings of Islam’, God forbid!”

    Some of the extracts from their 17 paged response:

    The full response can be found here or http://ahmadiyya.org.sg/response-to-muis-fatwa-against-qadiani-ahmadiyya/

     

    Another believer when prompted, replied emphatically, “Yeah, of course. Very thankful, we are quite fortunate. Our government is…very particular that we should not instigate or use religion to incite others. Otherwise, we could not have (this building).”

     

    Rilek1Corner

    Sources: https://sg.news.yahoo.com and http://ahmadiyya.org.sg

  • Hotel Halal Pertama Thailand Dapat Sambutan Amat Menggalakkan

    Hotel Halal Pertama Thailand Dapat Sambutan Amat Menggalakkan

    Perniagaan Al Meroz Hotel, hotel empat bintang halal sepenuhnya yang
    pertama di Thailand, kini semakin pesat berikutan peningkatan jumlah pelancong Islam ke negara itu.

    Pengarah Urusan dan Pengurus Besarnya Sanya Saengboon berkata hotel dengan 242 bilik itu yang sudah mendapat pensijilan daripada pihak berkuasa dari Timur Tengah dan Thailand, mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

    “Kadar penginapan hotel kami sekarang ialah pada 94 peratus. Ia sudah terlalu tinggi dan saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan lagi (terhadap sambutan yang tidak pernah berlaku),” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual baru-baru ini.

    Bagi menampung permintaan yang amat menggalakkan itu, beliau berkata hotel itu, yang menampilkan seni bina seperti masjid lengkap dengan menara, sudah mula merancang untuk menambah 150 bilik lagi.

    Rancangan pengembangan dilakukan sebulan selepas hotel itu, yang terletak di pinggir bandar Bangkok, Ramkhamhaeng, dilancarkan secara rasmi pada Februari tahun ini selepas menjalani operasi percubaan lebih setahun.

    BANGUNAN TAMBAHAN AKAN DITAMBAH

    Hotel berkenaan akan menambah satu lagi bangunan tambahan pada akhir tahun,
    menjadikan jumlah keseluruhan bilik kepada hampir 500, setiap satu dilengkapi dengan
    sejadah, Al-Quran dan arah kiblat.

    Ia juga mempunyai surau, kemudahan wuduk, tiga restoran, dewan, gimnasium dan kolam renang, dengan masa yang berlainan bagi lelaki dan wanita.

    Menurut Sanya, yang beragama Islam, walaupun hotel itu halal sepenuhnya, Al Meroz menerima campuran tetamu, Islam dan bukan Islam, yang menunjukkan bahawa orang bukan Islam sedia untuk menginap di hotel berstatus halal.

    “Sejak dibuka, kami telah menerima banyak pelanggan dari Malaysia, Indonesia, Brunei, China, serta negara-negara di Timur Tengah, Eropah dan Amerika,” katanya.

    Selain itu, hotel ini juga memenuhi keperluan pelancong Islam tempatan terutamanya dari bahagian selatan negara ini dan masyarakat yang tinggal di Ramkhamhaeng, antara penempatan orang Islam terawal dan terbesar di Bangkok.

    LIHAT PELUANG DALAM PELANCONGAN HALAL

    Sanya berkata Lembaga Pelancongan Thailand melihat peluang dalam pasaran
    pelancongan halal dan memulakan usaha bersepadu untuk menarik pelancong Islam dari seluruh dunia ke negara di Asia Tenggara itu.

    (Gambar-gambar: Laman Al Meroz Hotel)

    “Terdapat 1.6 bilion umat Islam di dunia dan ini merupakan satu peluang yang besar untuk negara,” katanya, sambil menambah bahawa usaha untuk menarik pelancong Islam sudah memberi faedah kepada Thailand, sebuah negara dengan majoriti penduduk beragama Buddha.

    Thailand sudah menyaksikan lonjakan pelancong dan pengunjung Islam sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

    Beliau berkata inisiatif ini melangkaui peluang pelancongan memandangkan rantaian halal meliputi industri-industri lain yang Thailand boleh memanfaatkannya.

    Mengimbas kembali bagaimana tercetusnya idea untuk membina hotel halal pertama Thailand itu, Sanya berkata ia adalah ilham Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rausak Mulsap, yang melihat peluang luas dalam industri halal.

    Didorong oleh impian memiliki hotel halal di Thailand, Rausak memulakan pembinaan Al Meroz Hotel tiga tahun lalu dengan pelaburan sebanyak lebih satu bilion baht (S$40 juta).

    Source: BeritaMediacorp

  • Kalimah Nama Allah Tertulis Pada Selipar

    Kalimah Nama Allah Tertulis Pada Selipar

    Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) mengesahkan aduan orang ramai berhubung penjualan selipar yang didakwa tertulis kalimah nama Allah iaitu Ya Hayyu Ya Qayyum, adalah benar.

    Pengerusinya Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata lembaga itu sudah meneliti selipar berkenaan dan mendapati adalah benar tertulis kalimah Ya Hayyu Ya Qayyum yang mempunyai kalimah suci daripada Asma’ al-Husna (Himpunan 99 Nama Allah).

    “Sehubungan dengan itu, rampasan sudahpun dibuat dan tindakan lanjut sedang dilakukan oleh pihak Kementerian Dalam Negeri melalui Akta Pencetakan Teks al-Quran 1986,” katanya dalam satu kenyataan hari ini (29 Mac).

    Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran juga menasihatkan orang ramai yang membeli selipar berkenaan supaya menyerahkannya kepada KDN atau Jabatan Agama Islam Negeri untuk tujuan pelupusan, katanya.

    Dalam kenyataan berasingan, Dr Harussani berkata semakan dan penelitian Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran mendapati tulisan pada tapak kasut jenama Bata yang tular di media sosial tidak menyerupai kalimah Allah.

    “Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Teks Al-Quran merakamkan jutaan terima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang beragama Islam yang terlebih dahulu merujuk perkara ini kepada kami,” katanya.

    Source: BeritaMediacorp