Tag: anjing

  • Ultras Malaya Janji Tak Hina Lawan

    Ultras Malaya Janji Tak Hina Lawan

    Kelab penyokong bola sepak terbesar Malaysia, Ultras Malaya berjanji tidak akan menghina pasukan lawan semasa perlawanan separuh akhir bertemu pasukan Indonesia malam esok. Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Hamidin Mohd Amin berkata, jaminan itu diberikan semasa pertemuan badan induk bola sepak itu dengan dua wakil Ultras Malaya – Rambo dan Mizi. Pertemuan itu dibuat susulan aduan rasmi diterima berhubung laungan yang dianggap menghina negara pasukan lawan pada perlawanan bola sepak lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 baru-baru ini.

    “Kami kesal dengan apa yang berlaku dan atas dasar persahabatan sesama negara ASEAN, kami telah mencapai persetujuan bersama dan juga jaminan bahawa chant seumpama itu tidak akan dilakukan lagi oleh Ultras Malaya pada baki perlawanan Sukan SEA 2017 ini. Bermula dengan separuh akhir bertemu Indonesia, malam esok dan juga final pada Selasa ini jika Malaysia layak. Malah, langkah awal sebenarnya sudah pun diusahakan pihak Ultras Malaya yang tidak melaungkan chant berkenaan ketika perlawanan terakhir Kumpulan A bertemu Laos, Rabu lalu,” jelasnya dalam kenyataan media.

    Beliau berkata FAM menghargai sokongan padu daripada Ultras Malaya yang telah menghidupkan suasana perlawanan di stadium dan pada masa sama membantu menaikkan semangat para pemain. Peminat Malaysia sebelum ini menerima kritikan kerana melaungkan “Singapore anjing” semasa perlawanan Kumpulan A pada 22 Ogos lalu, yang menyaksikan tuan rumah menang 2-1.

     

    Source: Malaysia Kini

  • Tahu Apa Itu Hukum Pelihara Anjing?

    Tahu Apa Itu Hukum Pelihara Anjing?

    -ISU ANJING LAGI-

    Ramai orang di Malaysia sudah faqih tentang hukum anjing, kalau tanya sesiapa tentang kenajisan anjing nanti ramai yang jawab, “Hukum kenajisan anjing khilaf dalam kalangan ulama”. Ada yang lebih ‘advance’ ilmunya akan menjawab, “Mazhab Maliki kata tak najis”. Ada yang terlajak ‘advance’ menjawab, “Mazhab Maliki cakap cuci tujuh kali perkara ta’abbudi bukan sebab anjing tu najis”.

    Apa pun syabas saya ucapkan atas perkembangan ilmu dan pengetahuan seperti ini. Apa pun saya seperti mereka memperakui ia adalah khilaf di sisi ulama. Cuma adakah mereka tahu ada satu lagi hukum yang lain tetapi ia amat berkait rapat. Iaitu APAKAH HUKUM PELIHARA ANJING MACAM PELIHARA KUCING di sisi Malikiyyah? Macam omputih cakap ‘as a pet’.

    Adakah mereka yang menyokong pendapat mazhab Maliki kerana konon membela orang Islam yang memelihara anjing sedar bahawa hukum kenajisan anjing ialah lain, manakala hukum memelihara anjing adalah perkara yang lain? kedua-duanya ada hukum tersendiri dan berbeza. Apakah mereka juga sedar ada hadith-hadith yang menyebut tentang implikasi buruk akibat memelihara anjing?

    Tak perlu jawab di sini, sebab rasanya mereka yang dah ‘advance’ sudah menemui jawapannya.

     

    Sumber: Syed Shahridzan

  • Malay Woman Seeks Fund To Help Save Dog After Hit-And-Run

    Malay Woman Seeks Fund To Help Save Dog After Hit-And-Run

    A Malay woman who caught the attention of netizens for rescuing a badly injured dog in Malacca on Saturday (March 4) is now hoping the public could donate to help fund the mongrel’s surgery.

    The girl known on Facebook as Ziezie Zeyta said on her profile last night that while she has received some donation, the amount was still insufficient to cover the medical cost, which she said was RM1,500 (S$475).

    “[God bless], thank you so much to everyone who donated to help save the dog… I hope Allah will bless you all with good health and prosperity,” Ziezy wrote.

    “But according to the latest information the fund is still insufficient to cover the cost. I plead for your kindness to help donate a little for surgery and the ward.

    “Only Allah can repay your good deeds,” she added.

    Pictures of the mongrel’s X-ray scans, which accompanied the woman’s post, showed the dog’s left leg was severely broken.

    She wrote on her Facebook:

    Bismillah..
    Alhamdulillah..
    Terima kasih pd anda semua yg telah membantu menyumbang kn dana pd Anjing ini..semoga anda semua diberkati Allah dan di Murah kan rezeki.

    Maklumat Terkini Kos Rawatan Masih Lagi Tidak Mencukupi. Mohon Jasa Baik Anda Semua Untuk Memberi Sedikit Sumbangan Kepada Kos Rawatan Anjing ini melakukan Operation dan ward. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik anda semua.

    Sumbangan boleh di buat di Akaun Tersebut: Kos operation RM1500 termasuk warded 2 minggu dan ubat.
    Acc no. bank cimb-
    ‭8007776310‬ Maju animal clinic. Sila Hantar Pic Resit Untuk Kami Beri Kepada pihak veterinar. Atau anda Boleh Terus Menghubungi Norashikin Ahmad

     

    Source: Ziezie Zeyta

  • Minah Tudung Pegang/Bela Anjing

    anjingnajis

    Dik, anjing ni najis berat. Haram disentuh. Bukan masalah dosa, tapi masalahnya haram. Bila ko sentuh, ko kena sertu tangan ko dan juga segala anggota yg bersentuhan dgn anjing tu. Jika tidak solat ko x sah sbb ko bernajis. Ko xleh baca al Quran. Ko xleh masuk rumah pun kalau ikutkan sbb nnt satu rumah ko bernajis.

    Ini bukan sekadar urusan antara ko dgn Allah, tp soal kebersihan, ibadah dll. Xkan tu pun x reti2?

    Allah mmg letakkan anjing n babi sebagai najis berat, tp dalam masa yg kita dilarang menyakiti dan menyeksa kedua2 haiwan tu. Dan membela anjing pun harus dgn syarat utk keselamatan dan diletakkan jauh dr rumah dan ditambat rapi agar x sesenang lari keluar masuk rumah agar x menajiskan rumah.

    Bukannya boleh bela dok bawak jenjalan gini. Banyak lg menatang ko boleh bela dik.

    faisalhajari

    Sumber: Fais Al-Hajari, Rosidah Mohd Rahim