Tag: artis

  • Aliff Aziz Curi Telefon Bimbit, Didenda $2000

    Aliff Aziz Curi Telefon Bimbit, Didenda $2000

    aliff aziz

    PENYANYI kelahiran Singapura yang telah mencipta nama di seberang Tambak, Aliff Aziz, dikenakan denda $2,000 Jumaat lalu atas kesalahan mencuri telefon bimbit.

    Jika gagal membayar denda tersebut, dia boleh dipenjara 20 hari sebagai ganti.

    Menurut kertas pertuduhan, Aliff, 23 tahun, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz, didakwa mencuri dua telefon bimbit berjenama HTC one dan Samsung Note 1, yang setiap satu bernilai $800.

    Telefon itu dimiliki seorang individu bernama Yong Kit Siong.

    Aliff dikatakan mencuri telefon bimbit itu bersama seorang lagi lelaki bernama Muhammad Nurazlee Roslee pada atau sekitar 12.01 tengah malam pada 24 Mei lalu di kolong blok Blok 36 Tanglin Halt Road.

    Bagi kesalahan mencuri, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda atau kedua-duanya sekali. Aliff didakwa di mahkamah buat kali pertama pada 16 Ogos lalu.

    Satu laporan di laman akhbar Berita Harian Malaysia pada 27 Ogos lalu memetik ibu Aliff, Cik S. Hafiza Basharahil, sebagai berkata bahawa anaknya itu berada di Singapura ketika itu dan keadaannya baik-baik sahaja.

    Menurutnya, Aliff berada di sini atas urusan peribadi dan akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.

    Sebelum itu, dia dikatakan telah menghilangkan diri daripada lokasi penggambaran sebuah drama dan pulang ke Singapura.

    Aliff dan pasangan duetnya, Siti Nordiana, yang menyanyikan lagu Tak Ada Cinta Sepertimu, turut dicalonkan untuk kategori Kolaborasi Terbaik (Artis) bagi Anugerah Planet Muzik (APM) 2014 yang akan berlangsung pada 17 Oktober ini.

    Menurut satu laporan di laman mStar Online bulan lalu pula, dia ditukil sebagai berkata dia tidak hilang, bersembunyi atau melarikan diri daripada sesiapa atau mempunyai masalah kewangan tetapi sebaliknya hanya berehat daripada industri seni buat sementara bagi menguruskan beberapa hal peribadi.

    Dia juga berkata, dia memadamkan semua gambarnya di laman sosial Instagram kerana ingin mulakan hidup baru dan berjanji akan kembali semula dengan ‘Aliff yang baru’.

    Menerusi laman Twitter miliknya di bawah nama @aliffaziz pula, artis muda itu memuat naik status kelmarin dengan berkata: “Selamat tengah hari dunia. Saya akan kembali tidak lama lagi. Tidak lama lagi.”

    Sumber: http://beritaharian.sg/setempat/aliff-aziz-curi-telefon-bimbit-didenda-2000#sthash.bpRq5vrm.dpuf

  • Mamat Exist Menyesal, Mahu Tebus Kesilapan

    Mamat Exist Menyesal, Mahu Tebus Kesilapan

    Mamat Piz 2

    PETALING JAYA: Bekas vokalis kumpulan Exist iaitu Mamat terpaksa menumpang di beberapa rumah kenalannya di Kuala Lumpur selepas mengambil keputusan untuk kembali aktif sebagai penyanyi.

    Mamat atau nama sebenarnya, Mohd Ali Kamarudin, 36, berkata, semenjak bercerai dengan isterinya, Marshila Mustapa Kamal empat tahun lalu dia lebih selesa menumpang di rumah temannya kerana dapat berkongsi masalah dengan mereka.

    “Saya tiada rumah di Kuala Lumpur jadi setiap kali ada tugasan di sini saya akan duduk menumpang dengan kawan-kawan atau pun tidur di hotel.

    “Biarpun saya ada rumah di Johor tetapi saya kini lebih selesa untuk tinggal bersama rakan-rakan kerana sekurang-kurangnya ada teman untuk berbicara dan berkongsi masalah,” katanya kepada mStar Online.

    Dalam pada itu, Mamat turut mengakui dia kadang-kala tertekan dengan pandangan negatif sesetengah pihak terhadapnya berhubung kisah silamnya termasuk dalam soal penyalahgunaan dadah sebelum ini.

    elas Mamat, dia berharap masyarakat dapat memberinya peluang untuk menebus semua kesilapan yang pernah dilakukannya dan bukan terus menghukumnya tanpa mengetahui keadaan sebenar.

    “Mungkin saya nampak seperti tidak kisah dengan apa yang orang perkatakan tentang saya tetapi jauh di sudut hati perasaan sedih itu ada.|

    “Apa yang berlaku sebelum ini adalah sejarah dan harap ia boleh diambil sebagai iktibar malah ia mengajar saya mengenai erti kehidupan,” ujarnya.

    Sementara itu, Mamat berkata, dia bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul Keluhan Cinta dan berharap lagu itu nanti akan dapat diterima peminat selepas sekian lama menyepi.

    Jelas Mamat, lagu berkenaan diterbitkan oleh Anita Entertainment dan dia bersyukur atas kepercayaan diberikan oleh syarikat berkenaan.

    “Klip video lagu itu juga sudah dirakamkan dan sedang menjalani proses suntingan. Harap-harap ia akan dapat diterima peminat,” ujarnya.

    Dalam pada itu saksikan temubual video wartawan kami, Addy Junaidi bersama Mamat menerusi ruangan Zoom. 

    Penyanyi ini menjelaskan pendapatannya terjejas. Wajah terbaharu Mamat mengejutkan banyak pihak kerana dia kelihatan cengkung bagaikan tidak terurus. 

    Sumber: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/09/02/mamat-exist-hidup-merana/

  • Anggota Ruffedge Rogol Anak Tiri Dihukum 20 Tahun Penjara, 10 Sebatan

    Anggota Ruffedge Rogol Anak Tiri Dihukum 20 Tahun Penjara, 10 Sebatan

    SHAH ALAM – Mahkamah Tinggi Shah Alam mengekalkan hukuman 20 tahun penjara dan 10 sebatan terhadap bekas anggota kumpulan Ruffedge atas kesalahan merogol anak tirinya, dua tahun lalu.

    Hakim Nurchaya Arshad mengekalkan keputusan itu sekali gus menolak permohonan rayuan perayu terhadap sabitan dan hukuman.

    Menurutnya, hukuman yang diputuskan oleh hakim mahkamah sesyen itu adalah setimpal terhadap kesalahan yang dilakukan.

    “Rogol bukan sahaja kesalahan serius malah lebih menyedihkan lagi apabila mangsa menghadapi trauma sepanjang hayatnya.

    “Kita tidak mahu anak, adik, kakak mahupun ibu diperlakukan sebegitu,” katanya, hari ini.

    Beliau berkata, sepatutnya perayu yang telah berkahwin dengan ibu mangsa melindungi anak kecil itu walaupun bergelar bapa tiri.
    iwan-ruffedge-2 Ahli-Kumpulan-Ruffedge-perogol

    “Seorang bapa perlulah melindungi anaknya,” katanya.

    Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak tirinya pada ketika itu berusia 14 tahun di sebuah rumah di Gombak, Selangor.

    Perbuatan itu didakwa dilakukan jam 9 pagi pada 2 Februari 2012.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd Salleh mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan minimum 10 sebatan.

    Perayu yang juga guru vokal diwakili peguam, Azmin Talib.

    Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kajang, Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu pada 6 September 2013.

    Sumber: http://www.sinarharian.com.my/semasa/rogol-hukuman-bekas-anggota-ruffedge-kekal-1.316209

  • Fiza O, DJ KC Timang Cahaya Mata Lelaki

    Credit: ST
    Credit: ST
    Credit: https://www.facebook.com/i.like.fizao
    Credit: https://www.facebook.com/i.like.fizao

    DjKC baby fizababy

    DEEJAY popular Ria 89.7FM Fiza O telah selamat melahirkan anak sulungnya, seorang bayi lelaki, semalam.

    Fiza O atau nama sebenarnya Nur Hafiza Osman, 32 tahun telah mengongsi berita gembira itu di laman Facebooknya awal pagi tadi.

    Fiza telah bernikah dengan deejay rancangan Misteri Jam 12, Abdul Karim Sadali, atau lebih dikenali sebagai KC pada Oktober 2012. Sebelum ini, Fiza pernah mengalami keguguran selepas hamil lapan minggu.

    Sumber: Berita Harian SG

     

    EDITOR’S NOTE

    Rilek1Corner tumpang gembira dengan berita ini. Mesti cute kan anak mereka? 🙂

    Tahniah kepada Fiza O dan suami DJ KC. Semoga kehadiran cahayamata putera yang pertama ini menambah lagi keceriaan dann kebahagian rumahtangga kalian berdua. Amin.

  • Aliff Aziz: Saya Dah Lupakan Anne Ngasri

    Image_2

    Tempat jatuh dikenang, inikan pula kekasih pertama. Abang Nara faham perasaan Aliff Aziz yang sedikit sebanyak pastinya terkenang bibit-bibit dan memori-memori ketika bercinta dengan Anne Ngasri. Mungkin sebab itulah, Aliff Aziz terlepas cakap dan bercerita mengenai Anne meenerusi sebuah suratkhabar pada hujung minggu lalu. Biasalah tue terkenang cinta lama.

    Namun hari ini, menerusi Harian Metro, Aliff mengakui melakukan kesilapan ketika memberi kenyataan berhubung perkara tersebut. Menurut Aliff, dirinya sudah pun melupakan Anne Ngasri sepenuhnya. Kata Aliff:-

    aya dah lupakan dia (Anne Ngasri) sepenuhnya. Itu cerita lama, dua tahun lalu punya kisah. Apabila orang baca laporan, saya letakkan diri di tempat mereka dan sudah tentu mereka anggap saya masih tak dapat lupakan dia.

    Sedangkan saya tak bermaksud begitu. Mungkin kesilapan saya sebab tak jelaskan betul-betul mengenai perkara itu. Bila orang baca saya cakap macam itu, tentu orang akan cakap saya ini tak habis-habis lagi (teringat Anne) ke?

    Sudahnya saya nampak macam memalukan dan terhegeh-hegeh sedangkan dia sudah melangkah ke depan dengan kehidupan baru. Saya sudah lama lupakan dia dan minta maaf atas salah faham yang tercetus daripada artikel itu.

    Baguslah macam itu. Takkanlah dah 2 tahun pun tak boleh lupakan Anne Ngasri kot? Rasa rugi pulak kalau terkenang-kenang sampai sekarang sedangkan Aliff masih muda dan masih ramai gadis-gadis di luar sana yang mampu mengisi ruang kosong dalam hati Aliff. Lupakan kisah silam, pandanglah ke hadapan. Semoga hati Aliff Aziz akan terisi dengan bunga-bunga cinta dalam masa terdekat ini.

    Sumber: BeautifulNara

deneme bonusu