Tag: artis

  • Nick Mikhail Jelaskan, “Itu Bukan Ugutan” Terhadap Zed Zaidi, Presiden Seniman

    Nick Mikhail Jelaskan, “Itu Bukan Ugutan” Terhadap Zed Zaidi, Presiden Seniman

    “Itu bukan ugutan.” Demikian penjelasan pelakon Nick Mikhail berhubung komen Facebook Live beliau terhadap Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi.

    Penjelasan itu juga dibuat menyusuli laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Seniman terhadap Nick kerana dikatakan mengugut dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Zed.

    Nick berkata demikian dalam temu bual secara langsung menerusi Facebook bersama BERITAMediacop awal pagi tadi (4 Ogos).

    BUKAN UGUTAN TETAPI CABARAN

    Nick mengakui mungkin imej beliau menjejas pemikiran pihak lain bahawa kata-kata yang dikeluarkan itu berbunyi ugutan walhal ia lebih kepada “cabaran” untuk Zed Zaidi.

    Nick juga menjelaskan ayatnya “lu langgar Aliff, gua langgar lu. Lu datang sini, gua mahu tengok lu punya pancung” sebenarnya bermaksud “anda mengacau Aliff, saya mengacau anda. Anda datang ke sini, saya mahu lihat apa yang anda boleh lakukan.

    “Itu bukan ugutan. Itu cabaran. Kalau ugut saya akan kata ‘lu datang gua rembat’, ‘lu datang gua potong’. Jadi apa yang saya mengatakan itu hanyalah cabaran bukan ugutan. Mungkin imej saya atau bahasa samseng saya disalah faham orang,” jelas beliau kepada BERITAMediacorp.

    Nick juga mendakwa beliau hanya menunjukkan sikap samseng atau menggunakan bahasa itu kerana perkara yang sama dilakukan Zed dalam temu bualnya bersama laman Roti Kaya.

    “Zed berkata ‘kau buat sekali lagi, gua cari lu sampai dapat’. Itu ugutan. Beliau mengugut Aliff. Dan kata-kata sebegitu hanya samseng yang gunakan bukan seorang yang memegang jawatan Presiden. Anda pernah dengar Presiden berbual begitu? Kenapa itu tidak diperkatakan?” tambah Nick.

    DEMI CINTA TERHADAP INDUSTRI, BAKAT TEMPATAN

    Pelakon Singapura itu selanjutnya menjelaskan kepada BERITAMediacorp bahawa tindakan beliau menyuarakan pendapat di media sosial bukanlah untuk meraih populariti tetapi lebih kepada mempertahankan perjuangan seni bakat Singapura yang merantau ke negara orang.

    Nick berkongsi meskipun orang ramai nampak bakat Singapura yang berjaya menempah nama di negara lain hidup senang sekarang, mereka tidak lihat kesusahan yang dilalui anak-anak Singa itu.

    “Mereka harus merempat, tumpang tempat teduh, bermalam dalam kereta. Kita tidak tahu itu semua. Jadi apabila ada pihak kelihatan seperti menindas mereka, saya terpanggil untuk mempertahankan mereka. Biarlah saya kelihatan seperti orang yang jahat,” luah Nick kepada BERITAMediacorp.

    Beliau tidak akan mencampur tangan melainkan isu bakat Singapura ditindas dan sebagainya, menurutnya, sambil menambah beliau bertindak demikian kerana sangat mencintai industri seni dan bakat-bakat Singapura yang kerap tidak dipertahankan mana-mana pihak.

    Demi cinta itu juga Nick akur bahawa perkara sebegini membawa kepada banyak berlakunya tempias kepada keluarga. Beliau sendiri mendakwa menerima banyak ugutan bunuh dan kata-kata kesat yang turut dilemparkan kepada anaknya.

    “Anda rasa saya tidak terkesan? Orang kata macam-macam tentang anak saya, isteri saya. Saya terima ugutan seperti ‘kau masuk JB kau mati’, ‘kau masuk KL kau mati’. Anda rasa saya tidak pernah terfikir diri saya akan ditikam dari belakang. Namun, siapa lagi yang akan mempertahankan anak Singa kita,” katanya.

    Lukisan Nick bersama anaknya. (Gambar: Facebook/ Nick Mikhail Razak)

    TIDAK ADA MASALAH DENGAN WARGA, ARTIS M’SIA, SENIMAN

    Nick, yang sebenarnya pernah menjadi anggota Seniman pada tahun 2002 hingga 2003, menyebut bahawa beliau tidak pernah ada masalah dengan negara, warga dan artis Malaysia.

    Beliau juga menekankan bahawa beliau juga tidak ada masalah dengan Seniman dan sendiri menghargai layanan baik dan kenangan manis semasa beliau menjadi anggota persatuan itu.

    Secara peribadi, menurut Nick, beliau memahami kenapa aduan itu dibuat dan memuji langkah itu kerana itulah perpaduan antara rakan dan keluarga yang harus ditonjolkan.

    “Ingin saya menekankan sekali lagi, saya tidak ada masalah dengan warga, artis Malaysia dan Seniman. Jika ada yang tersinggung dengan video saya, saya meminta maaf,” ujar Nick.

    Apabila ditanya mengenai langkah seterusnya terhadap aduan polis berkenaan, Nick memberitahu BERITAMediacorp bahawa beliau sudah mendapatkan nasihat guaman dan akan memerhatikan perkembangan aduan tersebut di Malaysia.

    “Mengenai isu Zed, saya hanya akan meminta maaf kepadanya jika beliau menarik balik kenyataannya terhadap Aliff, mengaku kata-katanya mungkin melampau dan seperti mengugut Aliff. Selepas itu, barulah saya akan meminta maaf kepadanya (Zed Zaidi),” kongsi beliau.

     

    Source: http://berita.mediacorp.sg/

  • Zed Zaidi: Aliff Aziz Tak Respect Artis Malaysia, Akan Dicari Sampai Dapat Kalau Aliff Perangai Lagi

    Zed Zaidi: Aliff Aziz Tak Respect Artis Malaysia, Akan Dicari Sampai Dapat Kalau Aliff Perangai Lagi

    Boleh tahan beremosi juga Zed Zaidi memberi pandangan mengenai isu Aliff Aziz yang hangat diperkatakan baru baru ini. Walaubagaimanapun, Zed selaku Presiden Seniman itu juga dalam masa yang sama masih menghormati pelakon berkenaan.

    “Dari sudut pandangan saya, bagi saya, Aliff, lu memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki patut kita menghormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yagn memang sentiasa di belakang kita”

    “Kalau nak cakap jujur, bagi akulah, kau ni dah mencemarkan imej artis Malaysia. Walaupun kau bukan artis Malaysia, kau kena respek artis Malaysia,” antara kata-katanya kepada Rotikaya.

    Selain itu, Zed turut mengaitkan beberapa lagi kes melibatkan artis luar yang datang ke Malaysia sebelum ini dan menegaskan mengapa dia ingin menghalang kebanjiran artis luar negara di Malaysia. Namun kata Zed, jika ingin bawa artis luar datang ke Malaysia, biarlah yang berkualiti dan membantu industri tanah air terutamanya dari sudut cukai.

    Di penghujung video, Zed sempat menyuarakan lagi pendapatnya sendiri berkenaan isu tersebut selain menegaskan supaya Aliff Aziz tidak mengulangi perkara yang sama buat kali kedua.

    “Aku ni tahan sabar ni sebab apa sebab aku masih respect kau lagi sebab isteri kau. Kau kena ingat tau, isteri yang kau pukul tu rakyat Malaysia tau. Aku buat complaindengan imigresen dan macam-macam – yang memang kau tak boleh masuk Malaysialah”

    “Jadi, masa ni aku masih respect. Jadi jaga perangai kau. Kau dah berjanji tadi aku tengok, yang memang kau tak nak buat lagi. Tapi kali kedua kau buat, lu jagalah bro, gua cari lu sampai dapat,” tegasnya menutup bicara.

    Jika anda mempunyai banyak masa, bolehlah tonton video pendek di bawah untuk mendengar sendiri apa yang diperkatakan oleh Zed Zaidi.

     

    Source: https://terbakor.com

  • Datuk Jamal Abdillah Bernikah Dengan Wanita Berusia 23 Tahun

    Datuk Jamal Abdillah Bernikah Dengan Wanita Berusia 23 Tahun

    PETALING JAYA: Penyanyi Datuk Jamal Abdillah memilih wanita berusia 23 tahun sebagai isterinya yang dilangsungkan pada 1 April lalu.

    Bagaimanapun, menurut laporan mStar, penyanyi itu enggan berkongsi lanjut tentang butiran majlis perkahwinan kali keempatnya itu.

    Difahamkan, isteri penyanyi yang terkenal dengan lagu Azura itu berasal dari Kulim, Kedah.

    “Alhamdulillah, benar saya sudah bernikah, doakan yang baik-baik buat rumah tangga saya.

    “Maaf saya tidak mahu berkongsi lanjut. Saya tidak yakin perbincangan di media akan membawa sejahtera kepada sesebuah rumah tangga,” jawabnya ringkas kepada mStar.

    Jamal pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali.

    Dalam petikan laporan mStar, isteri pertamanya ialah Basariah Abdul Latiff, kedua, Noraina Mohd. Yusof dan ketiga, Fatimatuzahrah Samad. Jamal sudahpun berpisah dengan ketiga-tiga wanita tersebut.

    Beliau memiliki dua orang anak lelaki iaitu Osama Yamani hasil perkahwinan kedua dan Ahmad Zaki Yamani daripada perkahwinan ketiga.

    Source: http://berita.mediacorp.sg

  • Penjelasan Zahiril Adzim Terpaksa Solat Di Parkir PWTC

    Penjelasan Zahiril Adzim Terpaksa Solat Di Parkir PWTC

    PETALING JAYA: Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

    Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan.

    “Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang.

    Gambar Zahiril yang tersebar di laman sosial selepas dimuat naik oleh seorang peminatnya.

    “Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online.

    Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.

    Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC.

    Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial.

    “Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet  sahaja.

    “Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya.

    Sumber www.mstar.com.my

     

    Source: http://ooomedianetwork.blogspot.sg

  • Aliff Aziz Claims He Did Not Steal Handphone

    Aliff Aziz Claims He Did Not Steal Handphone

    KUALA LUMPUR: Acara pradengar album Aliff Aziz berjudul Rebirth sebentar tadi diadakan di pejabat Sony Music Entertainment Malaysia di Publika, Solaris Dutamas turut menjadi ruang beliau menjelaskan apa yang terjadi kepadanya beberapa bulan lalu.

    Bermula dengan isu dikatakan lari dari set penggambaran drama dan pulang Singapura sehinggalah timbul cerita beliau dituduh mencuri telefon bimbit di negara kelahirannya sendiri.

    Menurut Aliff apa yang terjadi menjadi pengajaran terbesar sekali gus mematangkan dirinya.

    “Isu mencuri telefon bimbit itu sudah selesai. Saya berada di tempat dan waktu yang salah. Natijahnya saya terpaksa mengaku bersalah biarpun saya tidak melakukan perkara itu.

    “Undang-undang di Singapura berbeza di sana. Atas saranan pihak peguam bela, saya mengaku saja dan bayar denda untuk memendekkan proses berkaitan.

    “Jika tidak saya perlu melalui proses pengadilan yang panjang. Kejadian ini terjadi empat bulan lalu dan itu antara sebab saya terpaksa berulang alik dari Kuala Lumpur dan Singapura,” katanya yang berulang alik ke Kuala Lumpur kerana melunaskan urusan rakaman album barunya itu.

    Mengenai cerita lari dari set, penyanyi lagu Sayang Sayang ini tidak pernah wujud isu itu dan barangkali ia ditokok tambah pihak tertentu hingga jadi pelbagai versi termasuk isu berhutang.

    “Pertamanya saya minta maaf kepada semua pihak yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan saya. Tak nafikan saya berperang dengan komitmen lakonan dan melunaskan rakaman lagu.

    “Saya memang tak pernah lari dari set penggambaran. Cuma ada kalanya kepenatan dan jatuh sakit, saya gagahkan berlakon juga. Saya sedar jika saya tak datang berlakon ia akan menjejaskan perjalanan penggambaran.

    “Tapi bila saya datang berlakon dalam keadaan penat timbul pula cerita seperti bertebaran kononnya saya lalok,” kata Aliff yang mula sedar bahawa beliau belum bersedia untuk melakukan banyak kerja dalam satu masa.

    Enggan mengenang kisah lalu, kehadiran album terbarunya berjudul Rebirth itu membawa semangat baru serta umpama kelahiran semula buat dirinya.

    Album berkenaan sepatutnya diedarkan tahun ini tetapi atas beberapa masalah ia ditunda hingga ke Januari depan.

    “Kali pertama saya muncul dengan album ketika berusia 16 tahun dan kini saya bakal menginjak 24 tahun depan. Jelas saya melalui fasa kematangan dan perubahan dalam hidup.

    “Istimewanya pembikinan album ini turut diberi peluang memilih lagu yang sesuai. Proses pembikinan sejak setahun setengah hampir menemui penamat.

    “Tinggal lagu ciptaan Awi Rafael saja yang belum dirakam. Saya juga sudah tidak sabar untuk kembali ke persada seni dan lupakan kisah lalu yang menjadi pengalaman berharga.

    “Peluang berehat empat bulan lalu menjadi ruang saya bermuhasabah diri. Tak dinafikan saya tertekan tapi semua hikmah berguna, katanya.

    Untuk album barunya lagu Selayaknya Aku ciptaan Faizal Tahir antara kegemaran Aliff. Selayaknya lagu itu dijadikan single pertama.

    Lagu lain yang dimuatkan ialah Hari Ini, Coba, Setelah Kau Pergi, Dengarkan Aku, Pujangga, Novella, Tak Ada Cinta Sepertimu, Dan Lagi Cinta.

     

    Source: www.bharian.com.my